BIRTHDAY GIRL! tagged - LAILI -




assalamualaikum.. =)

hari ini Aku terasa nak menulis...
cerita tentang apa? mari Aku ceritakan dari pagi sampailah ke malam tadi.. hehe~

bermulalah cerita pada pagi hari.. Aku ada MUET tau! hati dah resah gelisah.. takut, gementar, risau, dapat ke x Aku buat MUET dengan baik. haisy! lambat lah jugak sampai ke COIT [College of Information Technology].. disebabkan xde bas, Aku dan Laili pun berjalan lah ke sana.. tengah dah nak lebih kurang 7 minit ke COIT, ternampak bas lalu. dah plan dah, nak bas tahan ke nak guna law of attraction.. haha~ apa maksud LOA tu? maksudnya kita guna aura yang ada dalam diri kita.. kita cuba bercakap di dalam hati dan sampaikan kat dia.. haha! tapi... x semua orang boleh buat macam tu.. Aku try kat someone yang Aku suka, nampaknya x jadi la. =.=" sedih pulak.. hmm, tapi nak buat macam mana an.. huhu~

akhirnya, dia berhenti jugak! alhamdulillah... tapi sempat lah dia bising juga.. dia cakap lain kalo kalau nak naik, mintalah berhenti, ini x.. tapi nasib baik lah drebar bas tu baik orangnya.. hehe~ sampai juga ke destinasi yang dituju.. =) cepat-cepat Aku dan Laili pergi ke tingkat dua dengan harapan kami masih x terlambat.. rupa-rupanya wow! kamilah yang paling awal untuk kami punya bilik... hehe~ nak tahu apa lagi yang best? bila dalam bilik tu sepatutnya 15 orang, tapi 3 orang je yang datang.. yang ada hanyalah Aku, Laili dan Fauzani.. hehe~ last2 kami bertiga je la yang buat!

alhamdulillah, sekali lagi kami dapat tajuk senang.. nak tahu apa tajuk kitorang? pasal perlukah seorang remaja untuk meminta nasihat daripada ibu bapa dalam menentukan sesuatu keputusan? hehe~
Aku dapat point apa tau? Aku dapat contoh keputusan tu ialah kalau nak study aborad.. since Aku pun dulu teringin nak belajar ke luar negara... [tapi x dapat.. =\]

kami punya sesi xlah lama sangat.. lebih kurang setengah jam, lepas tu tiba-tiba rasa lapar.. pergilah bungkus makan.. Laili kata dia nak ambil buku kejap.. tertinggal dekat ILMU... Aku kata kat dia, alang-alang kita lepak kejap dekat rumah dia.. pukul 9.30 baru kita gerak.. dia pun xde hal.. haha~ [bukan senang kot nak datang lambat ke kelas dengan bersebab!]

petang tu pulak, Aku dan ahli CG merancang macam mana nak kenakan Laili.. kenapa nak kenakan Lai? sebab hari ni birthday dia! hehe~ plan dah ada, cuma nak realisasikan je..plan kami simple je.. sebab kami cuma 9 orang sahaja, dan ini mungkin kali terakhir kami akan berada dalam group sama.. [sedih-sedih]
kalau kalian semua nak tahu, kami baru habis dalam menjayakan satu karnival iaitu Karnival SAAY1M..
Laili merupakan salah satu HICOM dalam Karnival ni... jadi kononnya hari ni Biro Promosi nak adakan makan-makan sikit [kononnya la...] siapakan yang menjadi dalang nak call Laili? Barra' namanya.. haha~ kitorang suruh dia cakap kat Lai pasal benda ni.. dan Barra' dapat lakukannya dengan baik sekali..

tapi kelakar lah jugak sebab hampir banyak kali terkantoi! Azra hampir kantoikan, Barra' pun dua kali lima juga.. walau bagaimanapun, kami berjaya juga membuatnya dengan sempurna.. =) syukur juga sebab Laili x cepat tangkap dengan apa yang ada disekeliling dia.. haha! [oppss.. sorry!] kami sambut dekat UPTEN je.. x mampu nak sambut kat luar.. tapi kek kami sempat beli.. kebetulan, petang tu hanya ada kelas agama sampai pukul 3 petang. so, lepas tu terus kami gerak..naik kereta dengan bantuan Zahir dan Wazien.. terima kasih kepada Wazien sebab tolong pinjamkan kereta dan Zahir sebab tolong bawa.. walaupun..... hmm, xpelah. xyah cerita! =P

segala barang persiapan, kitorang letak dekat rumah Asyiqin dan Atul.. bukan kek je tau! spaghetti pun kitorang beli.. nak makan sekali dengan kek.. =D Sya dah risau, sebab apa yang dia nak bagi alasan sebab dia balik lambat ke rumah.. macam-macam alasan lah jugak kitorang kemukakan.. akhirnya , dia jumpa satu alasan yang munasabah [kot... ??] hehe~

malamnya memang best sangat! Aku, Atul, Fauzani, Azra, dan Qin gerak dulu.. sebab kitorang kena bawak barang.. dan takut kantoi dengan Laili pulak.. bila dah sampai ke UPTEN, baru Atul suruh Barra' call Laili.. Aku pun xtahu apa yang Barra' cakap dekat Laili sampaikan Lai marah sangat.. haha~ kitorang sergah dia dari belakang dengan ucapan Happy Birthday! =) and last but not least, semua orang gembira!

gembira memang x terkata bila dapat baling tepung dekat Lai!!!! merata tepung dekat tapak parking ILMU tu ha.. oopppss, xtahu! hahaha~ XD nasib baik Qin x pulangkan lagi kamera Deeba, banyaklah jugak gambar yang kami ambil especially dengan birthday girl! XD insya-ALLAH , nanti ada masa Aku letak dalam blog k.. that's all from me.. Aku dah ngantuk.. nak tidur! ciao~




SYAKINAH, SAKINAH, AFIDATUL, FAUZANI, LAILI (BIRTHDAY GIRL), AZRA, HANI DAN AKU..
ADA LAGI SEORANG AMBIL GAMBAR, ASYIQIN.. =)





............(0 0)
.---oOO-- (_)-----.
╔═════════════════╗
║ Archyhis forever!..║
╚═════════════════╝
'----------------------oOO
........|__|__|
.......... || ||
....... ooO Ooo

Share:

0 comments

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.