impian ku...

hello hello!! harini aku nak cerita sikit pasal impian yang aku x tahu tahun bila nak jadi kenyataan.. haha~
impian aku, aku nak pergi merantau negara orang lepastu buat semua aktiviti kat sana! urghhh.. bestnya!!!
dah lama sebenarnya aku nak buat ni.. tapi maklum lah, nama pun impian. kita simpan je la dulu dalam kepala brain kita.. haha~
insya-ALLAH bulan satu or dua or tiga nanti, kawan2 aku and aku of course, kitorang nak pergi bercuti!
mudah-mudahan plan ni menjadi..ops, tapi bukan pergi luar negara.. maybe pergi langkawi kot.. or PD or Cameron.. lol~ macam ni lah kitorang kalau dah start berbincang. kadang-kadang tu melencong habis! 
tengoklah macam mana.. aku x kisah pun mana-mana asalkan kami dapat bercuti bersama.. seriously, makcik aku kata time kat universiti ni lah kita nak enjoy tau.. nanti dah kerja susah gila nak spend time sama-sama.. lepas tu kahwin.. oh, lagilah susah. confirm2 lah x boleh. boleh je kot aku rasa cuma agak complicated sikit di situ.. hmm...
anyway, back to our story.. kalau diberi peluang.. aku nak pergi LONDON!! sebab apa? sebab aku minat gila dengan mamat british ni. aku pun x tahu kenapa.. oh man =.=" aku suka lah dengar slanga dia... 
umi aku x suka sebab umi aku rasa dia cakap serabut.. susah nak menyebutnya.. hahaha~
aku dah ushar2 tempat2 menarik kat London.. banyaknya tempat boleh pergi...BIG BEN, LONDON BRIDGE, LONDON EYE... 
dengan siapalah aku nak pergi ni... ops, impian.. lupa pulak...
okay, second destination pulak ... NEW ZEALAND... 
ha, yang ni dah tahu dah nak pergi dengan siapa..haha. aku dengan azra dah plan habis dah..
ceh, habis lah sangat... tapi NZ ni memang tempat pilihan kitorang...
kalau backpacking pun jadi lah asal dapat pergi sana..
kenapa nak pergi tempat ni pulak? sebab hmm... aku pun x tahu lah.. tapi tempat dia sangat tenang! 
aku tengok gambar lah, kat mana lagi... banyak gila gunung ganang dia, lepas tu ada geiser pulak..
bestnya kalau dapat tengok depan mata.. serious aku boleh berlama-lama kat sini kalau dapat tengok...
ha, lagi satu yang best.. kat sini ada tempat lakonan LOTR!!!
aku dengan azra nak pergi HOBBITON...
pernah dengar kan Hobbit tu apa benda? kalau x pernah tengok LOTR, nak buat macam mana.. pergilah tengok dulu cerita tu.. haha
third destinantion pulak, hmmm.. VENICE..
tempat tu best untuk honeymoon je sebenarnya.. ah, peduli apa aku..
aku nak pergi jugak situ... orang lain nak pergi PARIS, suka hati mung ler...
aku nak pergi venice jugak...
banyak gila bangunan lama... cantik... siap boleh naik sampan lagi sebelum pergi hotel.. 
aku pernah naik macam ni tapi kat genting highlands.. lol~ x terasa sangat pun.. hahahahah~
nevertheless, Makkah tetap jadi impian nombor satu aku..
siapa yang x nak pergi situ, kan?
semua family aku dah pergi.. aku je belum.. waaa... sedihlah jugak..
xpelah, mudah-mudahan kalau aku kahwin nanti, aku nak aku dengan suami aku pergi umrah sama-sama..
sambil tu boleh melawat kubur arwah abah sekali.. insya-ALLAH..

Share:

2 comments

  1. Dulu2 kak ira berangan nak g niagara fall...hihihi tinggal angan-angan ja kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh..jauhnya sis pergi ushar blog saya. hehe... ^^,

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.