mengarut di malam hari




insya-ALLAH. bulan oktober dah nak sampai pun. yeah! bulan di mana aku dilahirkan. =D
aku berbintang Libra, jatuh pada 10 Oktober 1992.. cantik x nombor? haha. (okay,perasan sendiri).
x tahulah nanti sama ada kawan-kawan CG aku akan prank aku ke x.. just wait and see okay.
kalau ada, confirm aku post. hehe.
meh aku kongsi serba sedikit sifat-sifat orang yang lahir bulan Oktober even aku tahu most of us dah 
tahu pun pasal ni.. xpelah, post je =.=

first - suka berbual
ain't that right? percaya x kalau aku cakap dulu aku sangat-sangatlahhhhhh pendiam.. 
dalam kelas aku duduk belakang, xpun duduk dekat hujung depan sekali.
aku x reti nak bersembang dengan orang. since ada orang masih sudi berkawan dengan
aku, thanks =) aku xkan lupa korang semua. 
time bila aku jadi mulut murai pun aku x tahu.. sekarang ni kalau jumpa kawan sekepala, memang
aku bercakap dari pagi sampai ke malam. kalau tidur pun boleh bercakap, agaknya aku berkebolehan 
jugak, kot? 
kadang-kadang benda yang aku nak cerita xde kaitan pun dengan kawan-kawan aku.
tapi aku tetap jugak buat endah x endah asal aku dapat luahkan everything to them.
bagi aku, friends are like the second family to me.
diorang nak ingat ke xnak apa aku cerita, aku xkisah. tapi serius terharu bila 
ada antara kawan aku yang ingat benda yang aku cerita though aku rasa benda tu x menarik langsung! 

second - suka orang yang sayang padanya
of course lah, siapa yang x suka dekat orang yang sayang dekat dia, kan? 

third - suka ambil jalan tengah
okay, aku x faham sangat dengan ayat di atas. anyone? 
fourth - mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan
erm.. aku memang sangat tinggi daya simpati. lagi-lagi dekat adik-adik sendiri. 
bila dia buat nakal tu, ya ampun... macam nak piat-piat je telinga tu.
tapi sekali dia cakap sorry, terus x jadi. boleh terus maafkan.
situasi kedua pulak bila tengok orang minta sedekah. rasa macam nak tolong je.
tapi takut pulak, takut dia tipu.. anyhow, umi aku cakap x kisahlah dia tipu kita ke x, yang
penting niat dalam hati kita ni. kalau kita ikhlas, insya-ALLAH kita dapat pahala.
betul jugak, kan?


fifth - cepat marah
okay, yang ni memang sifat yang sudah sebati dalam diri aku ni.
nak buang sifat ni pun aku xtahu macam mana. (boleh buang ke? -.-")
sekarang ni aku try untuk overcome nafsu amarah tu.
kadang-kadang terbabas jugak. setiap manusia ada had dia, kan?
aku rasa aku try overcome marah aku ni bila umi cakap.
"along dah baik dah, rajin tolong umi, tapi satu je sikap along umi x suka. along cepat marah. 
cuba bawa bersabar sikit. along tu kakak."
aku just rephrasing balik je. tapi setiap apa yang seorang ibu tu cakap, 
memang bawa kesan yang mendalam sungguh!

sixth - suka melancong, bidang sastera dan seni
aku nak sangat melancong!! kalau satu dunia ni free, memang aku x study.
aku study semua budaya dekat dalam dunia ni. hahaha~ 
aku dah pernah post tempat-tempat yang aku nak pergi and plan kami CG nanti.
moga-moga jadi.

 

seventh - boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
pantang sungguh bila dalam dompet ada duit and nampak pulak item yang menarik hati.
terus nak beli. nasib baik kawan aku jenis selalu pergi downtown.
downtown murah lah jugak daripada dekat pavillion tu, kan?
actually, xdelah selalu pun. rasa macam nak pergi, kitorang pergilah.
kadang-kadang rasa macam xnak bawa dompet je, 
tapi time x bawa lah macam-macam benda penting yang ada depan mata yang perlu sangat-sangat untuk dibeli!!! 
orait. that's all yang aku boleh cerita. yang lain, family je boleh cerita because they know me better than anyone else =D
selamat malam... 

Share:

0 comments

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.