menggamit kenangan lama


Ini comel!
sekadar gambar hiasan sahaja
                  Comel x? hahaha. okay, seriuos. bagi aku memang sangat comel. teringat zaman aku kecil-kecil dulu. berapa tahun dah ye? hmm... 14 tahun. ooo.. aku dah x ingat most of the memories yang pernah terjadi waktu tadika dulu. dulu aku sekolah dekat Tadika Pasti. pakai baju colour hijau. hahaha. tapi kalau x silap aku, sekarang ni dah tukar colour. aku x sure colour apa. dulu aku selalu balik dengan seorang mamat ni. kalau ikut pertalian saudara, erm.. macam xde je. dia tu anak saudara kepada makcik aku a.k.a isteri kepada pakcik aku yang merupakan abang kepada umi aku. berbelit nak cerita.
 
                   Lepastu, masuk sekolah rendah. dulu pakai tudung satu lapis je. hahaha. umi yang pakaikan. maklumlah, x reti nak bergaya lagi time tu. aku selalu pergi sekolah pakai tudung nampak serkup. dulu-dulu pakai comel lah. sekarang kelakar. hahaha.. aku ni sangat pendiam. serious! aku x pandai nak cari kawan. tapi lama-lama adalah jugak kawan, kan.. dulu orang panggil aku kaklong. sebab naif punya pasal. aku cakap kat diorang nama aku amelia tapi family panggil aku kaklong. and sampai sudah panggil aku kaklong. hahahaha. kenangan sungguh time tu.. =D 
                     Masuk sekolah menengah pulak, aku dah start improvise sedikit demi sedikit. xdelah pendiam je. adalah jugak bercakap. tapi x dengan semua orang lah. aku mesra dengan orang yang rapat dengan aku je. dulu aku pengawas. berbaju kuning kau! aku jadi pengawas bahagian apa entah. tapi aku sekolah menengah dekat atas bukit tu x lama pun. 3 tahun je. lepas tu aku dapat masuk MRSM. alhamdulillah. termakbul doaku. =D doa umi aku rasanya yang termakbul.. tapi jauhnya lah hai sekolah aku yang satu ni.
                       First-first masuk dah rasa takut dah. siapalah yang x takut bila dapat mrsm. kat situ semua orang pandai-pandai belaka. aku takut x terikut je sebab aku suka hati nak study bila pun. nasib baik ada geng kampung yang dapat sama tempat jugak. so, xdelah awkward bila kat sana. dulu aku pernah buat esei tentang sekolah biasa atau sekolah asrama lagi best? since aku x pernah dapat sekolah asrama, aku cakaplah benda yang bukan-bukan pasal asrama ni. hahaha.. it turns out yang aku lagi sayang dengan maktab aku!! 
                         Kat sini memang memori akan sentiasa terpahat dalam ingatan aku. kat sini aku belajar berdikari, kat sini aku banyak ketawa, banyak menangis. kebanyakan dari kami ni orang selangor. so, peluang untuk korang nak dengar aku cakap Penang, harapan lah beb. kat maktab ni, disebabkan kitorang duduk jauh dari keluarga, jadi kami dapat keluarga angkat. ala, itupun dari kalangan kawan-kawan sendiri. hahaha.. Homeroom aku terdiri daripada aku, Hana, Wani, Umi, Zaquan, Nashrul, Fikri, Nazwan, Shahrul. sorry lah, x ingat lagi yang lain. 







masuk universiti pulak nanti aku cerita. adios~

Share:

0 comments

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.