Nafasku Hanya Untuk Dia -bab 1-

Apa yang Mirza Aiman mahukan daripadanya isterinya hanyalah seorang anak lelaki tapi lepas setahun setengah hidup dalam keadaan yang tidak bahagia, Ainul Hayat mahukan penceraian dari suaminya yang berhati batu.
Silap keadaan bila Ainul dapat tahu yang dia hamil dan Mirza pula menyedari yang dia tidak sanggup kehilangan isterinya, Ainul.







BAB 1




Ainul mengalihkan pandangannya ke sebelah menghadap ke arah lelaki itu, mengharap untuk membelainya tetapi dia tahu pasti lelaki itu akan mengelak. Kata-katanya lagilah menyakitkan. Setiap kali 'bersatu', tiada benda lain yang keluar dari mulut dia melainkan...

"Bagi aku anak lelaki, Ainul.."

Arghh.. dengan lima patah perkataan itu sahaja sudah mampu mematikan perasaan bahagia apabila dibelai oleh suaminya sebentar tadi. Itu semua hanyalah hubungan fizikal semata-mata. Selepas melalui keadaan yang sama selama lapan belas bulan, Ainul tahu ayat itu memang tidak akan pernah berubah. Mulanya memanglah dia tidak perasan kerana di dalam hati masih lagi berbunga.

Tetapi Ainul ada lima patah perkataan dia juga! Ayat yang bisa menggegarkan tiang arasy kalau disebut. Dia tahu perbuatan itu berdosa, tetapi dia sudah tidak punya pilihan lain. Ayat yang dia tidak boleh menelan balik, walaupun terasa bagai ingin membunuh diri sahaja apabila tidak diluahkan. Mata Mirza tertutup rapat tetapi Ainul tahu yang suaminya masih belum dibuai mimpi. Tidak, Mirza akan mengambil masa sekejap untuk berehat sebelum dia menghala ke bilik air.

Ainul sudah tidak sanggup bertahan lagi dan akhirnya terluah juga ayat itu dari bibir mungilnya dalam keadaan terpaksa.

"I want a divorce, Mirza."

Mirza terkejut, segala otot badannya terasa tegang seperti gelung spring, sebelum dia memusingkan kepalanya untuk memandang si isteri. Matanya kuyu dan bibir atas mengukir senyuman sinis.

"Tapi aku ingatkan kau cintakan aku Ainul," ejek Mirza, sinis dan Ainul menundukkan kepalanya, cuba menyembunyikan kepedihan disebabkan oleh kata-kata bisa Mirza. Apabila emosinya kembali terkawal, dia mengangkat pandangannya semula ke arah Mirza.

"Not anymore," akhirnya berjaya, berharap agar pembohongan dia nampak meyakinkan.

"Hmmm.. apa dah jadi dengan 'I'll love you forever, Mirza'?"

"Benda dah berubah," Ainul berbisik.

"Benda apa?" Mirza memusingkan badannya ke tepi sambil melipatkan siku, meletakkan kepala di atas tangannya.

"P.perasaan berubah.." Ainul teragak-agak untuk berbicara. Tergoda Ainul dengan gaya Mirza mengiring sekarang tapi dia tidak akan tertipu dengan suaminya sekali lagi. "S.saya dah berubah.."

"Kau nampak sama je," akhirnya Mirza bersuara. "Tetap Ainul yang sama aku kahwin dulu. perempuan yang mengaku dia cintakan aku sangat-sangat, yang tak boleh hidup tanpa aku. Satu-satunya perempuan yang boleh buat ayah dia lakukan apa sahaja yang dia minta.."

Dan di saat itulah dia menghentam Ainul, tanpa sebarang pergerakan, hatta nada suaranya juga.

"Si Ainul yang tetap tak boleh bagi aku the only thing yang aku nak sangat dalam perkahwinan bodoh ni." Ainul tersentak tetapi dia menolak untuk bertentang mata dengan suaminya.

"L.lagilah patut kita kena bercerai," Ainul cuba berlagak tidak kisah tetapi dia gagal.

"Mungkin untuk kau," Mirza membalas. "Tapi aku dah cakap dari awal lagi, hummingbird, bukan senang nak keluar dari perkahwinan ni. Takkan, selagi aku belum dapat apa yang aku nak dari kau! Sayangnya, macam klise pulak, kau yang cipta masalah tu, kita berdua pula yang kena bertanggungjawab!"

"Saya dah tak boleh hidup macam ni lagi dah," Ainul menekup mukanya ke kaki dan cuba sedaya-upaya menahan air matanya dari jatuh.

"Dah tak ada jalan lain untuk kita berdua..." Mirza duduk tegak dan menggeliat sebelum bangun dan berjalan ke arah bilik air. Ainul terdengar bunyi pancuran air tidak berapa lama kemudiannya dan mengambil masa untuk menghilangkan segala sisa air mata dengan kedua belakang tapak tangannya lalu bergerak ke dapur untuk menjerang air. Sedang dia duduk di atas kerusi sambil menghirup susu panas, dia dapat merasakan kehadiran Mirza di belakangnya dan tidak semena-mena bulu roma di lehernya meremang.

"Tak sejuk ke pakai macam tu je?" Mirza memerhati sambil menuju ke peti ais dan mengeluarkan sekotak jus oren. Rambutnya yang pendek masih lembap dan dia hanya memakai seluar bermuda berwarna hitam. Mirza sentiasa berjaya menarik perhatian orang yang memandangnya dan Ainul bertambah benci apabila melihat tubuh sempurna lelaki itu.

"Saya okay..." Ainul bangun dan bergerak ke sinki untuk membasuh mug yang telah dipakainya sebentar tadi tetapi Mirza menghalang pergerakannya dengan memegang sikunya. Ainul terkejut dengan sentuhan itu.. Mirza tidak pernah menyentuhnya luar daripada bilik tidur mereka. Selama 18 bulan mereka berkahwin, ini adalah kali pertama lelaki itu menyentuhnya tanpa ada rasa keinginan untuk 'bersama'. Mirza merapatkan tubuh mereka dan merendahkan bibirnya ke telinga Ainul. Ainul dapat merasakan hangatnya nafas si suami di sisi mukanya sebelum lelaki itu berbicara.

"Lepas ni aku dah tak nak dengar dah benda-benda yang ada kaitan dengan cerai, Ainul.... ever," Mirza bertegas.

"Awak tak boleh halang saya dari buat apa yang saya nak, Mirza," Ainul bersuara dengan berani.

"Betul kau nak minta cerai, hummingbird?" Mirza bertanya dan Ainul hanya mampu mengangguk.

"Kalau kau nak juga cerai, sepupu kau hilang bisnes dia dan kau tahu dia takkan mampu nak tanggung kan, lagi-lagi bila dia dah dapat baby nanti. Dia mestilah perlukan wang cukup. Suami bukan main kaya, tapi tak nak ambil kesempatan pula." Oh, Ainul tidak pernah terfikir tentang hal itu. Dia benar-benar terlupa! Mirza pernah meminjamkan duit kepada sepupunya, Dalily, sebagai wang pendahuluan untuk pembukaan kafenya. Ainul tidak pasti sebab yang kukuh atas pinjaman itu dibuat tetapi pasti ada sesuatu rahsia di sebaliknya. Sambil merenung tajam mata lelaki itu, Ainul tidak percaya dengan sikap naifnya. Tidak mungkinlah Mirza sanggup meminjamkan duit tersebut disebabkan oleh sikap pemurahnya.  Pasti dia jadikan pinjaman itu sebagai salah satu senjata untuk mengenakannya bila-bila masa yang dia suka!

"No! Awak takkan berani punya," Ainul membalas. "Lily tak patut diperlakukan macam ni."

"Hummingbird, aku boleh buat apa saja untuk dapatkan sesuatu dari kau."

"Saya ada duit jugak, saya boleh tolong dia...." Ainul semakin terdesak.

"Tak. Kau ada ayah yang kaya-raya dan dia ada peluang untuk tolong Lily bila dia perlukan bantuan untuk mulakan bisnes dia tapi ayah kau ada niat lain yang lebih jelas masa tu dan kau tahu dia takkan sokong kau kalau kita bercerai, Ainul."

"Saya masih tak percaya awak boleh buat macam ni! Awak ada reputasi yang perlu dijaga, awak seorang usahawan yang jujur, awak takkan sanggup musnahkan bisnes kecil macam tu je just to prove a point. Mesej apa yang awak cuba sampaikan ni?" tempelak Ainul, marah.

"That i'm not to be trifled with," Mirza mengangkat bahu. "Kau rasa aku kisah ke dengan apa orang cakap pasal aku, Ainul? Kau rasa aku kisah ke apa yang kau fikir tentang aku? Aku tak pernah dah tak akan. Kau tu dahlah lemah dan cepat mengalah....."

"I'm not..." Ainul cuba mempertahankan dirinya tapi Mirza tidak mengendahkannya.

"Jangan risau, kau akan dapat jugak cerai tu tapi aku perlukan sesuatu dari kau. Kau yang nak perkahwinan ni terjadi, ingat tak? Kau yang merayu.. jadi kalau kau nak cerai sekarang juga, kau kena pikul hukuman yang berat sekali. Kau sanggup perjudikan masa depan sepupu kau?"

Mirza tahu isterinya tidak akan sanggup! Bercerai tidak akan sesekali berlaku di antara mereka. Tetapi mungkin ada sedikit perubahan.. Ainul Hayat bt Mohd Amran tidak akan lagi menjadi isteri yang patuh seperti dulu! Ainul tidak bersuara, dia memilih untuk berpusing dan beredar dari situ. Mirza hanya memerhatikan sahaja, Ainul dapat merasakan renungan suaminya yang membara di belakangnya tetapi lelaki itu cuma mendiamkan diri. Ainul tidak terus ke bilik tidur yang mereka telah kongsi bersama semenjak hari pertama perkahwinan mereka, sebaliknya ke perpustakaan, mengerti yang dia tidak akan dapat tidur walaupun sejenak. Bukan di bilik tu, takkan lagi...

Share:

15 comments

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.