Nafasku Hanya Untuk Dia -bab 3-



bab 3

"Kau buat lagi sekali perangai macam ni hummingbird dan aku bersumpah yang kau akan menyesal!" Ainul menjauhkan diri dari Mirza ketika realiti mula mengetuk minda. Mirza melepaskan dirinya dan dia meluncur ke bawah dan terduduk di atas kaki sendiri. Ah, mata itu kembali menjadi dingin...

"Kau pergi mana sebenarnya?" Mirza bertanya tenang. Ainul meluruskan kakinya, terasa bagai dihina apabila dengan mudahnya dia membiarkan Mirza meninggalkan kesan ke dalam dirinya sehingga boleh jadi lemah sebegini. Dia menyandarkan kepalanya ke pintu dan menolak untuk menjawab persoalan Mirza tadi. "Ainul, aku dah bagi amaran..."

"Pergi mampuslah dengan amaran tu..." Ainul mengejek tetapi ada getaran di dalam nadanya. "Awak nak kita terus bersama kan? Fine. Tapi saya takkan benarkan awak ganggu hidup saya lagi. Dah tiba masanya awak tunjukkan sikit hormat awak pada saya!"

"Macam mana aku nak hormat orang yang sanggup jual diri dia dengan harga yang sangat tinggi?" Mirza merengus marah dan Ainul tersentak. "Aku tak akan pernah ada rasa hormat pada kau, Ainul... apatah lagi sebagai ibu kepada anak aku sebab, sejujurnya, kau memang tak layak pun jadi seorang ibu."

Ainul sudah hilang kewarasan diri sepenuhnya, dan buat pertama kali di dalam hidup, Ainul bertindak ganas. Ainul berlari ke arah Mirza, menyumpah, dan mencakar seperti kucing! Pada masa itu, satu perkara sahaja yang dia tahu, dia sangat-sangat membenci Mirza. Apabila kemarahan Ainul semakin reda, dia tersedar yang Mirza sedang memeluknya, belakang badannya bersentuh dengan dada Mirza, pergelangan tangannya digenggam oleh Mirza dan tangannya dirapatkan ke dadanya. Kedua-dua mereka hilang nafas seketika. Bibir Mirza bermain-main di rambut miliknya, betul-betul di atas telinga kiri dan Mirza memujuknya, tidak menyakiti, cuma memberi kekuatan kepada Ainul. Ainul rebah dalam pelukan Mirza.

"I'm sorry.." Ainul terkedu; suaranya terlalu perlahan membuatkan Ainul tidak pasti betul ataupun tidak apa yang dia dengar tadi. "Tak patutkan aku cakap macam tu dekat kau." Eh, ada lagi? Ainul tidak tahu untuk bertindak balas bagaimana sebaliknya dia memilih untuk berdiam diri. Ainul dapat mendengar Mirza menelan air liur, sebelum Mirza melepaskan pergelangan tangannya dan bergerak menjauhi Ainul. Ainul mengusap-usap tangannya, berpura-pura sakit tetapi ada juga kesan-kesan luka akibat perbuatan kasar dia tadi. Dua kukunya rosak dan jarinya lebam kesan daripada tumbukan ke atas badan Mirza. Ainul berpusing menghadap Mirza dan terkejut melihat darah di sekitar dada dan perut suaminya. Mirza perasan akan Ainul yang asyik memandang ke arah lebam-lebam di badannya.

"Kuat betul kau tumbuk aku," Mirza berseloroh, dia memandang sayu tangan Ainul. "Tengok, kau dah lukakan diri kau sendiri." Mirza mengangkat sebelah tangan Ainul dan memerhati kesan lebam dan kukunya yang patah. Ainul menarik tangannya; keliru dengan perlakuan aneh suaminya dan dia tidak akan sesekali mepercayainya. Berkerut dahi Mirza lantas dia memasukkan tangannya ke dalam poket seluar. Ainul menolak tubuh Mirza sebelum melangkah naik ke tingkat atas.

"Ainul..." Ainul berhenti, membelakangkan Mirza. "Aku betul-betul minta maaf dengan apa yang aku cakap tadi. Itu semua tak betul." Ainul tahu kemaafan itu bukanlah lahir dari hati suaminya. Ainul sedar bahawa Mirza menyalahkan dia atas keguguran bayi mereka di usia awal perkahwinan mereka dahulu. Apa perlunya lelaki itu meminta maaf kepadanya kini?

"Saya nak tidur," Ainul berbisik, mengabaikan kata-kata maaf tadi dan masih lagi tidak memandang Mirza.

"Okay..." Mirza memberi laluan kepada Ainul. Ainul terus berjalan dan tidak menoleh langsung ketika dia menaiki tangga ke tingkat dua.

Sejurus sahaja Ainul sampai di blik tetamu, air matanya mengalir jatuh ke pipi. Setiap tutur kata yang keluar dari bibir Mirza sangat berbisa. Ainul sentiasa rasa bersalah atas kehilangan bayi mereka, dia dapat merasakan keguguran itu berpunca dari khilafnya sendiri kerana ketika dia mendapat tahu bahawa dia sedang membawa zuriat Mirza, Ainul terlalu berharap agar bayi itu mati. Apa yang paling memalukan adalah apabila dia terasa lega dan gembira mengenangkan bayi itu sudah tiada di dalam kandungannya.

Sejak hari itu, Ainul membenci dirinya sendiri, bagaikan ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya kerana mendoakan kematian anak sendiri. Ainul tidak pernah meluahkan apa yang dia rasa kepada Mirza dan mereka berdua berkabung di atas kematian si bayi secara berasingan, tidak sekalipun mereka berbicara tentang hal tersebut. Dan sekarang Ainul mengesyaki bahawa Mirza sudah tahu akan hal yang sebenarnya.

Ainul hanya keseorangan ketika dia mengalami tekanan yang melampau disebabkan oleh kegugurannya, Lily dan Suhairi juga tidak tahu akan hal itu. Ainul terasa berdosa dengan reaksinya terhadap bayi yang tidak pernah diketahui oleh sesiapa hatta sepupunya sekalipun. Dan malam ini, bicara Mirza benar-benar buat dia terkelu seribu bahasa.

Ainul mengeluh, cuba untuk kembali tenang dan seusai sahaja mandi, Ainul merebahkan badan di atas katil dengan hanya memakai gaun tidur yang sempat dikaut dari dalam laci bajunya di bilik tidur utama. Terlampau banyak drama yang berlaku hari ini membuatkan Ainul terus terlena. Dia tidak pasti sudah berapa lama dia tertidur sebelum dia terdengar ketukan perlahan di pintu. Ainul terus terjaga dan menyelak helaian rambut yang terjuntai di dahi.

"Ainul! Buka pintu ni!" Kemarahan Mirza dilepaskan ke pintu kayu itu sekali lagi dan kali ini betul-betul kuat sehingga terlompat Ainul dibuatnya. Pantas dia membuka pintu bilik, takut pembantu rumahnya akan terjaga disebabkan oleh perangai Mirza ini. Kesuraman cahaya lampu membuatkan Ainul hanya nampak sebahagian tubuh Mirza dan terkedu apabila terlihat pandangan tajam lelaki itu.

"Apa yang kau buat kat sini?" Mirza bertanya, tegas.

"Saya dah buat keputusan untuk pindah ke bilik sini." Ainul memberitahu dan rahang Mirza menegang. Ainul tahu perbualan ini pasti akan berlaku tetapi bukanlah di waktu sebegini. Terlalu banyak kejutan Mirza hari ini... Ainul tahu Mirza pasti sedih apabila mendapat tahu yang dia berpindah keluar dari bilik tidur mereka. Tetapi ini sememangnya bukan sikap Mirza yang tiba-tiba menerjahnya dan sibuk meminta penjelasan pada waktu tengah malam seperti ini! Ainul kecewa apabila memandang bola mata Mirza yang sentiasa dingin setiap masa itu.

"I can see that," kata Mirza. "I think the pertinent question is why?"  Dan Ainul tahu pasti sukar untuk suaminya hendak bertanyakan soalan sebegitu.

"Saya rasa hipokrit pula bila tidur sekatil dengan awak," Ainul memberitahu lagi. "Baru je pagi tadi saya minta cerai dari awak, tak ke pelik kalau saya tiba-tiba tidur bersama dengan awak macam tak ada apa-apa yang berlaku pula antara kita ni."

"Kau ni mengarutlah," Mirza mendengus.

"No... Akhirnya saya mampu juga buat keputusan yang tepat buat pertama kalinya selama hampir dua tahun ni."

"Isteri aku..." Mirza mencari ayat sebelum menyambung kembali percakapannya. "... tidur dengan aku. Kau kena masuk juga dalam bilik tidur kita. Kalau kau tak nak juga, aku dukung kau. Lantaklah kau nak jerit ke nak tendang ke!"

"S.saya... mungkin boleh tidur dengan awak, Mirza," Ainul membalas, tahu yang dia pasti akan kalah dengan Mirza. "Tapi saya takkan 'bersama' dengan awak lagi dah..."

"Kau nak nafikan hak yang sepatutnya aku dapat, sebagai suami kau?" Suara Mirza sangat memeritkan, sama peritnya apabila Ainul meluahkan kata-katanya tadi.

"Ya." Mata Mirza mencerun dan bergerak satu langkah ke arah Ainul.

"Apa je yang mampu hentikan aku dari dapatkan apa yang dah lama jadi hak milik aku, ha?" Mirza bertanya, matanya tajam bagai burung helang mencari mangsanya, memandang ke arah baju nipis Ainul yang sedang menggigil resah. Ainul memeluk tubuhnya serta-merta.

"Saya bukan milik awak," dia berkata perlahan.

"Well, aku dah keluarkan banyak duit semata-mata nak dapatkan kau.. nak tak nak, kau memang dah jadi hak mutlak aku sepenuhnya."

"Sebenarnyakan, saya tak tahu apa yang awak cakap ni, Mirza." Ainul memprotes kegeraman dan Mirza ketawa perlahan.

"Dan kau pulak tak habis-habis cakap benda yang sama," Mirza mengejek. "Dahlah, malas aku nak bertekak dengan kau, bukannya dapat apa pun. Jom, masuk bilik kita sekarang!" Mirza menarik tangan Ainul dan terus menuju ke bilik tidur mereka yang hanya dipisahkan oleh beberapa buah pintu sahaja.


6 comments :

  1. Replies
    1. haha. thank you sudi baca :) agak2 ada apa2 yg kena baiki x?

      Delete
    2. Your welcome. Btw, jalan cerita ni sangat menarik. To me, tak ada apa yang perlu diperbaiki. Semuanya okay and perfect ! :)

      Delete
  2. selesai baca bab ini..ihhiihhiihi

    ReplyDelete
  3. baru lepak sini baca.. best pulak .. hehe

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes