
BAB 4
Bengang terasa hati Ainul sebaik sahaja Mirza melepaskan tangannya. Mereka kini sudah berada di dalam bilik tidur utama. Sambil berdepan antara satu sama lain, Ainul merenung tajam ke arah Mirza. Dia menolak untuk beralah dengan sikap suaminya itu.
"Sejak bila awak berubah jadi macam ni, Mirza? Saya tak sangka yang awak sanggup pakai taktik orang batu macam ni.." Sunggu Mirza pantang digelar sebegitu.
Ainul perasan bibir Mirza semakin menipis dan api kemarahan semakin membara di dalam matanya.
Mirza mencengkam pergelangan tangan Ainul dan menarik kuat ke arahnya.
"Kau belum tengok lagi 'orang' tu dalam diri aku, hummingbird. Jadi kau jangan suka-suka nak provok aku melainkan kalau kau nak keadaan kita jadi lebih teruk." Mirza sengaja menakutkan Ainul dengan kata-katanya itu. Dia melangkah setapak ke hadapan dan mendekatkan hidungnya dengan hidung Ainul.
"S.saya tak nampak pun macam mana benda ni boleh jadi teruk.." Ainul berbisik.
"Lebih baik kau pendamkan je harapan kau tu sebelum perkara ni berlarutan, percayalah."
Ainul tiba-tiba tersedar betapa rapatnya dia dengan tubuh Mirza. Walaupun Mirza bukanlah merelakan dirinya sepenuh hati ketika mereka 'bersama', dia tetap seorang pencinta yang hebat dan mungkin disebabkan itulah, dia tetap berasa puas. Mirza berjaya membuatkan hatinya cair.
Pandangan Mirza masih terkunci ke arahnya dan dia dapat merasakan perubahan pada nafas dan debaran di dada lelaki itu.
Mirza merapatkan lagi jurang di antara mereka, bibirnya hampir mengenai bibir mungil Ainul, nafas mereka menjadi tidak teratur. Seinci sahaja dia menggerakkan mulutnya, bibir mereka pasti bersentuh.
Ainul tidak mampu menolak dan terasa geram pada dirinya kerana terlalu mahukan sepasang bibir manis itu. Baru sahaja hendak dikucup, Mirza pantas menjauhkan diri. Mata Ainul berkelip tanda keliru.
"Pergilah tidur," Mirza meletakkan tangannya di belakang tubuh Ainul dan menolaknya perlahan ke katil.
"Saya tak nak.." Ainul mula memprotes.
"Aku tahu. Aku pun tak nak kau malam ni," celah Mirza.
"Awak takkan sentuh saya?"
"Tak melainkan kalau kau sendiri yang nak.." kata Mirza seolah-olah tidak kisah dengan perkara tersebut.
"Saya tak nak." Ainul bertegas.
"Habis tu kau tak perlulah nak risau," Mirza berpusing, membuka bajunya yang biasa dipakai, mendedahkan sebahagian tubuhnya.
Dan seperti biasa, Mirza berjaya membuatnya kehilangan nafas dan dia terpaksa mengalihkan padangannya lalu menuju ke katil. Ainul menarik selimut sehinggalah ke dada dan mengiring membelakangkan Mirza tetapi dia peka dengan setiap pergerakan yang suaminya lakukan. Mirza melangkah ke arah almari, mencampakkan pakaiannya di sepanjang perjalanan. Sebagai seorang lelaki yang sangat teliti dan suka menguasai segala aspek dalam hidupnya, Mirza kadang-kadang boleh menjadi orang yang sangat pemalas. Sesuka hati sahaja dia meletakkan bajunya di situ, stokingnya di sini... nampak sangat lelaki itu mengharapkan bantuan dari pari-pari kebersihan untuk mengangkat segala pakaiannya. Memandangkan Ainul seorang yang terlalu mementingkan kebersihan, terus sahaja diangkat dan dilipat segala apa yang suaminya lemparkan. Tetapi sekarang tidak lagi, biarlah lelaki itu yang mengangkat sendiri bajunya.
Ainul mengeluh
lembut dan mengalihkan pandangannya ke arah pintu bilik air, Mirza tidak
menutup rapat pintu tersebut dan kelihatan samar-samar cahaya lampu keluar dari
bilik air. Kehangatan haba terasa dan Ainul dapat menghidu bau sabun Mirza yang
sedang mandi. Tiba-tiba pancuran air terhenti dan Ainul terdengar pula bunyi
Mirza yang sedang mengeringkan rambutnya. Ainul tersenyum sendiri apabila dia
mendengar tuala terjatuh ke atas lantai sejurus selepas Mirza selesai. Ainul
sudah tahu akan segala rutin harian lelaki itu setiap malam; Mirza selalunya
akan mandi, bercukur dan memberus gigi selepasnya. Lima minit kemudian, lampu
bilik air terpadam dan Mirza menuju masuk ke dalam bilik tidur.
Mirza selalunya
tidur tanpa memakai apa-apa tetapi Ainul sejujurnya percaya Mirza pasti
sekurang-kurangnya memakai seluar pendek atau apa sahaja disebabkan oleh
kejadian tadi. Tiada tuah, Ainul dapat merasakan Mirza yang sedang mengalihkan
selimut sedikit dan menyelinapkan badannya di sebalik selimut tersebut. Harum
sungguh bau tubuh Mirza ketika itu dan Ainul terpaksa menguatkan semangat untuk
tidak mengalihkan badannya menghadap suaminya. Mirza hanya diam membisu dan
kaku tidak bergerak.
Kebiasannya, Mirza akan setia baring di sisi isterinya
melainkan kalau dia ingin menjalankan 'projek' untuk mendapat anak lelakinya,
barulah dia merapatkan badannya ke sisi Ainul, menyentuhnya, membelainya...
melakukan apa sahaja kecuali mencintai dirinya.
Ainul sudah
belajar dari awal lagi bahawa apa sahaja aksi intim yang ingin dilakukan
olehnya pasti akan dicantas awal-awal. Keyakinan yang sudah lama rapuh tidak
mampu lagi berhadapan dengan penolakan sebegitu, jadi Ainul berhenti dari
mencuba.
Ironinya malam
ini, selepas dia menolak kemahuan Mirza untuk bersama, adalah kali pertama di
dalam hidup, Ainul tergoda untuk merapati Mirza. Ainul menggenggam tangannya
kuat, cuba untuk tidak memikirkan tubuh sasa milik si suami yang sedang baring
di sisinya. Ainul tahu Mirza masih lagi belum tidur, kerana dia dapat mendengar
irama nafas Mirza. Lelaki itu turut sedar akan dirinya yang masih sukar untuk
melenakan diri.
"Ya ALLAH,
tidur je lah" jerkah Mirza tiba-tiba di dalam gelap. "Aku dah cakap
kan yang aku takkan sentuh kau... jadi kau tak payahlah nak gelabah
sangat!"
Tertekan Ainul mendengar tengkingan Mirza itu.
"Kalau kau
tak boleh tidur juga, aku ada jalan penyelasaian untuk masalah imsomnia kau
tu," Mirza berbisik memberi cadangan, membuatkan Ainul terasa cemas.
"Awak tak
membantu langsung tahu tak." lirih Ainul dan Mirza ketawa perlahan.
"Dah kalau
kita berdua tak boleh tidur.."
"Kita baru
je nak tidur.... so senyap je lah!" desis Ainul.
"Kau tahu
tak yang kau ni makin mengarut?" kata Mirza dengan suara lembut walaupun
kedengaran tegas.
Suara itulah yang sering membuatkan Ainul tergila-gilakan
suaminya.
"Suka hati
awaklah nak fikir apa pasal saya," Ainul menoleh untuk memandang Mirza dan
kegelapan bilik menyukarkannya untuk mencari wajah lelaki itu. Mirza sedang
berbaring, dengan sebelah tangannya di belakang kepala.
Apabila dia sedar yang
Ainul sedang memandangnya, Mirza turut berpusing menghadapnya.
Ainul hanya
mampu melihat mata putih suaminya di sebalik kegelapan itu. "Ini apa yang
saya mahukan, Mirza."
"Aku tak
percayakan kau walaupun sesaat, Ainul." tingkah Mirza, menggerakkan
tangannya cuba membelai wajah Ainul. "Apa fungsi perkahwinan ni kalau
kemahuan batin aku tak tercapai?"
"Ia tak
berguna untuk saya," rungut Ainul tanda membantah. Perbuatannya
mencalarkan ego kelakian Mirza.
"Habis tu,
selama ni kau memang tak berpura-pura dengan setiap belaian kau kan," dia
menafikan, resah.
"Tak, saya
tak pernah berpura-pura. Awak memang hebat..." Ainul bersetuju, tersedar
apa yang dia katakan sebentar tadi tidak nampak meyakinkan langsung.
"...cuma ia tak cukup untuk saya lagi dah."
"Aku tak
dah cukup untuk kau lagi?" Mirza bertanya dan Ainul tahu dia terpaksa
mencari ayat yang sesuai untuk meneruskan kata-katanya.
"Bukan
macam tu maksud saya..."
"Oh?"
"Mirza,
awak ni makin buat saya tertekanlah." Okay, bukan itu apa yang sepatutnya
Ainul luahkan. Kaku sahaja tubuh Mirza di sebelahnya ketika itu.
"Mungkin
lebih baik kalau kau tak sebut apa-apa dah pasal ni, Ainul..."
"Tengok,
awak dah salah faham dengan saya...." Ainul bersuara.
"Not
another word..." Mirza memberi amaran.
"Tapi.."
Tiba-tiba Ainul rebah di atas katil dengan paha Mirza di atas pahanya. Ainul
terkejut dan cuba melepaskan dirinya dari Mirza.
"Aku dah
bagi amaran kan tadi," Mirza kegeraman.
"Lepaslah,"
dengus Ainul kemarahan dan menolak kuat dada sasa Mirza.
"Tak
nak." Mirza merapatkan lagi tubuh mereka, menggerakkan kakinya sehingga
kedua-kedua paha Ainul bersentuh dan Mirza mengunci rapat pelukannya. Bibir
Mirza menjalar liar di leher dan telinga isterinya.
"Bukan ini
yang saya nak," tegas Ainul, mengerahkan segala tenaganya untuk menolak
Mirza tetapi Mirza tetap begitu, seakan-akan tidak merasa apa-apa.
"Ya, ini
yang kau mahukan," bisik Mirza di telinganya.
"Kalau awak
buat macam ni, awak dah dikira memaksa saya tahu tak," desak Ainul.
"Dan awak pun tahu benda ni ditakrifkan sebagai apa!" Mirza membeku
tiba-tiba, sebelum mengalihkan badannya menjauhi Ainul dan bergerak kembali ke
sisi katil.
"Kau nak
tuduh aku dengan sesuatu perbuatan yang keji?" Mirza tersinggung tetapi
Ainul tidak membenarkan dirinya terpengaruh.
"If the
shoe fits..."
"Apa maksud
kau ni?" tanya Mirza. "Some damned ambiguous idiom that doesn't apply
to this situation at all! Tiada paksaan pun dengan apa yang terjadi tadi."
"You pinned
me down and refused to get off me when i asked you to. Itu adalah salah satu
contoh paksaan yang sangat jelas..." Mirza tidak membalas dan hanya
terbaring. Ainul sekali lagi berjaya melukakan maruah Mirza dan Ainul juga
hanya sekadar manusia biasa. Dia tidak mampu lari dari mengecewakan hati
seseorang yang tidak disukainya. Mereka tidak bersuara lagi selepas itu dan
akhirnya Ainul terlena sendiri.
p/s : aduh, fail betul nak buat ayat melayu yang sedap2. -.-
its okay..keep it up..aku suka sangat baca..huhu
ReplyDeletehaha. thanks! :)
Deletebest la amy oiii
ReplyDelete