Nafasku Hanya Untuk Dia -bab 6-



bab 6


"Anak you minta cerai," Mirza membuka bicara dan genggaman Ainul pada telefon semakin kuat.

"Apa yang kau cakap ni? Penceraian bukanlah satu pilihan dan kau pun tahu tu!" balas bapanya, terkejut.

"Yes," suara Mirza lebih kering daripada padang pasir di musim panas. "Aku tahu tu tapi nampaknya dia dah memang tetap dengan keputusannya. You tak bagitahu dia tentang perjanjian kita ke?"

Perjanjian apa pula?

"Mestilah tak," Amran menyindir. "Takkanlah dia nak kahwin dengan kau kalau aku bagitahu pula. Budak kecil tu dari dulu lagi dah memang dah gila bayang dengan kau!" Kuat tawa bapanya membuatkan Ainul terasa. Tangannya menyapa perut, cuba untuk menghentikan rasa loya yang dirasai sejak tadi. Mirza tidak membalas kenyataan akhir bapanya itu.

"Aku ingatkan dia tahu.... yang dia kahwin dengan aku ni bermakna dia bersetuju untuk jualkan diri dia demi kontrak sadis you tu. Memang anak kesayangan ayah sampai ke mati!" akhirnya Mirza bersuara setelah lama membisu.

"Kau boleh ubah fikiran ke kalau kau kahwin dengan budak naif macam tu, yang sangka impian dia jadi kenyataan?"

"Dan dia memang tak tahu syarat-syarat perjanjian kita?" Mirza bersuara perlahan.

"Aku ingatkan dia akan tahu juga dari kau...."

"Maksudnya dia kahwin dengan aku sebab percayakan yang aku cintakan dia?" Malu rasanya Mirza bahawa selama ini Ainul memang benar-benar jatuh cinta padanya.

"Mestilah," dengus bapa Ainul, Ainul tahu bapanya tidak pernah mengambil peduli langsung tentang dirinya. Tengok sahajalah cara lelaki tua itu bercakap.

"Dan you biarkan je dia percaya terus-terusan?" 

"Aku tahu itu adalah andaian yang tak masuk akal untuk dia tapi kita juga yang untung kan. Ibarat seperti anak kucing yang telah jatuh hati pada harimau." Bapa Ainul tergelak besar sekali lagi. "Tapi aku tak rasa yang dia akan kahwin dengan kau kalau bukan dengan cara macam ni."

"'Kita yang untung?' Tak ada istilah kita kat sini, Amran. Aku tak pernah ada apa-apa kaitan dengan perjanjian you tu."

"Ah, jangan nak menipulah, Mirza..." tempelak bapa Ainul. "Jangan jadi hipokritlah kalau kau kata kau tak dapat apa-apa daripada perjanjian ni. Alah, kalau kau tahu pasal perasaan Ainul pada kau pun, bukannya boleh merubah apa-apa. Kau tahu, aku pun tahu."

"Dia anak perempuan you!" Mirza tiba-tiba berang. "Takkanlah you tak rasa apa-apa pun..."

"Mestilah ada... tapi dia sepatutnya berguna sesuatu untuk aku! Peranan dia dalam hidup aku sekarang ni sangat penting. Jadi baik kau bahagiakan dia, hamilkan dia, dan hentikan dia daripada sebut tentang penceraian ni lagi. Kau tahu kan yang kau akan kehilangan sesuatu yang besar kalau perkahwinan korang tak menjadi macam yang aku mahukan."

"Aku ada kehidupan aku sendiri sebelum perjanjian mengarut ni... dan aku mahukannya semula," Mirza akhirnya berkata dan Ainul menggigit bibirnya kuat untuk menghalangnya dari menangis mengenangkan bahawa suaminya langsung tidak pernah memikirkan perkahwinan ini sebagai matlamat hidupnya. Dia tidak pernah bertemu mata dengan keluarga Mirza, yang mana kesemuanya menetap di Itali. 

Mirza seringkali melawat mereka setiap dua bulan dan tidak pernah sekalipun lelaki itu berniat untuk mengajaknya bersama. Pastilah Mirza tidak mahu keluarganya berjumpa dengan Ainul, tidak sesekali disebabkan oleh status isteri sementara dan tidak pernah diigininya ini.

"Well you know what it would take to get out and i'm amazed that it's taken you so long to accomplish that task." Mirza cuma berdiam diri.

"You know we had a setback, it's been difficult to recover from that!" Akhirnya Mirza bersuara. Kening Ainul bertaut dan tangannya berpeluh mendengar setiap bait patah perkataan yang Mirza tuturkan. Dia cuba memikirkan apa yang sedang mereka bicarakan itu. Apakah tujuannya yang boleh membuatkan dia melepaskan diri?

Pasti ada kaitan dengan kepentingan perniagaan Mirza. Ainul sanggup melaukan apa sahaja untuk menolong Mirza mencapai apa sahaja yang dia inginkan kalau itu bermaksud dia boleh keluar dari semua masalah ini secepat mungkin. Dan sekali dia terlepas, Ainul akan pergi jauh dari mereka dan takkan memandang ke belakang lagi.

"Yes... that damned girl can't do anything right, can she?" kata Amran dan kepala Ainul terangkat apabila dia mendapati mereka sedang berbual tentang dirinya. Kenapa tiba-tiba....

"The one thing you'd expect the woman to be able to do and she botched even that." Ya ALLAH! Ainul akhirnya sedar bahawa mereka sedang merujuk kepada syarat-syarat perjanjian tersebut dan kesakitan di dada Ainul semakin bertambah.

"Tak ada siapa yang patut dipersalahkan dalam hal ni, Amran," Mirza mengejutkan Ainul dengan berkata sebegitu. "It was just one of those things...."

"Tanpa ragu-ragu lagi," putus bapanya. "Buat je lah apa yang patut kau buat. Takkan itu pun kau tak tahu? Lepas dah dapat apa yang aku nak, kau boleh ceraikan dia dan hidup bahagia selama-lamanya dengan Nelly kau tu. The Love of your Life, bak kata wartawan, betulkan."

Nelly? Ainul sudah tidak tahu untuk memproses yang mana satu dahulu, kenyataan bahawa perkahwinan ini sekadar untuk mendapat zuriat lelaki ataupun kenyataan bahawa Mirza masih/tidak(?) cintakan perempuan lain. Kedua-kedua maklumat tersebut terlalu memeritkan sehingga Ainul terasa seperti didera secara fizikal. 

Ainul ingatkan keinginan Mirza untuk mendapat anak lelaki adalah disebabkan oleh ego kelakiannya; disebabkan itulah perlunya untuk mereka 'bersama'. Tidak pernah sekalipun Ainul terfikir bahawa perkara ini sebenarnya adalah satu tawaran yang Mirza lakukan bersama bapanya! Ainul selalu percaya bahawa ini yang Mirza inginkan, anak lelaki untuk menyambung nama keluarganya dan waris untuk segala hartanya. Sebaliknya, bayi itu cuma sekadar satu alasan untuk dia bebas dan menyambung kehidupannya semula bersama dengan Nelly.

Tapi apa pula yang akan terjadi pada dia dan si bayi apabila Mirza sudah mendapat apa yang ditawarkan oleh bapanya? Semudah itukah Mirza akan pergi dan melupakan mereka berdua? Satu-satunya perkara yang Ainul tidak mampu menyangkal lagi adalah jika Mirza menginginkan anak lelaki, lelaki itu pasti akan menyanyangi bayi mereka. Sekarang ini dia semakin sangsi! Mirza memang tidak memerlukan dia dan si bayi walaupun bayi itu akan membawa namanya. Dan akhirnya bayi itu akan diabaikan dan dibenci oleh bapanya sendiri seperti dia juga. Ainul tidak sanggup perkara itu terjadi. Lagilah kuat hatinya untuk tidak mengandungkan anak Mirza.

Bagi watak bapanya dalam semua dilema ini pula, Ainul sememangnya tahu kenapa bapanya mahukan cucu lelaki, itu sudah tiada misteri lagi! Bapanya selalu merungut tentang kekurangan anak lelaki untuk memikul tanggungjawab menyambung perniagaannya. Ainul tidak layak untuk mewarisi, sudah lali Ainul mendengar kata-kata tersebut tetapi dia tidak pernah sedar sejauh mana bapanya sanggup pergi demi mendapatkan waris lelaki. Ketinggalan zaman sungguh. Dek terlalu asyik memikirkan hal tersebut, sakit di kepala mula menyerang. Ainul cuba untuk menenangkan dirinya.

Akhirnya dia perasan kedua-dua lelaki tersebut sudahpun memutuskan talian masing-masing. Secara perlahan, ibarat barang yang paling rapuh di dunia, Ainul meletakkan kembali telefon dan duduk berdiam lamanya sebelum tiba-tiba dia bangkit menuju ke bilik air di mana dia membuang segala apa yang dia makan pagi tadi.

Seusainya Ainul lega, dia segera mencuci mulutnya dan bergerak balik ke bilik tidur dan merangkak menuju ke tengah-tengah katil, lututnya diangkat rapat ke dada dan mukanya ditutupi dengan tangannya. Kesakitan yang Ainul rasakan sangat mendalam sehingga sukar untuk dia menitiskan air mata. Menggeletar seluruh tubuh badannya sehingga berlaga gigi atas dan bawah antara satu sama lain. Ainul buntu.

Dia perlu keluar dari situasi ini, jauh daripada mereka selagi dia terdaya. Pelbagai jalan dan senario berlegar-legar di ruang mindanya tetapi fikirannya diganggu dengan bayangan Mirza. Masih teringat lagi akan ugutan Mirza terhadap perniagaan Lily. Ainul juga tidak punya pendapatannya sendiri dan berdasarkan kekuasaan Mirza dan bapanya, dia tahu dia tidak mampu pergi jauh.

Ainul masih lagi sibuk memikirkan hal tersebut apabila ketukan perlahan berbunyi di pintu biliknya. Pintu sudahpun terbuka sebelum sempat dia bergerak dan suaminya yang tegap, gelap dan kacak berdiri tegak di sisi pintu. Mata Mirza mengecil melihat keadaan Ainul yang masih tidak bergerak dari tadi.

"Dah dekat tiga jam kau duduk kat dalam bilik, Ainul," kata Mirza perlahan. Tiga jam? Ainul tidak menyedari bahawa sudah lama rupanya dia duduk di situ dan apabila dia cuba bergerak, ototnya menjerit protes. Dia sudah duduk di dalam satu posisi yang sama sejak dari awal tadi.

Dengan berbekalkan usaha yang ada, Ainul meregangkan tangan dan kakinya, cuba untuk tidak mengerang kesakitan ketika darahnya kembali mengalir secara bebas semula.

"Saya tak perasan," Ainul merungut, menyelak helaian rambut di matanya. "Saya ingat nak pergi rumah Lily."

"Kenapa?" Mendadak Mirza bertanya dan Ainul cuma mengangkat bahu.

"Adalah...." Cuma itu sahaja yang dibalas.

"Aku ingat...." Mirza teragak-agak dan mata Ainul laju memandang Mirza, anehnya suami dia kali ini. "Aku ingat harini kita boleh makan tengah hari sama-sama.... keluar jalan ke. Kita dah jarang sangat buat macam tu."

"Pff.. Macam pernah je," Ainul separuh ketawa dan kening Mirza terangkat sedikit.

"Mestilah kita pernah buat...." tutur Mirza.

"Sekali," tambah Ainul. "Sebulan sebelum kita berkahwin. Saya ingat lagi masa tu sebab saya rasa macam puteri raja dalam khayalannya sendiri. Anak dara yang bodoh dan masih mentah sedang menjamu selera bersama seorang putera raja yang sasa lagi menawan. Tapi putera tu tak ada rasa nak bersuara hatta dua patah perkataan sekalipun. Tak habis-habis perhatikan jam tangannya setiap lima minit macam dia ada hal penting yang perlu dia uruskan. Tapi mestilah, saya tak kisah, itu sememangnya sikap awak dan saya pun 'pernah'...." Ainul meninggikan suara sedikit. "....cintakan awak. Sejak dari tu, kita mana pernah ada keluar dah."

"Kita pernahlah," walaupun Mirza mendakwa, dia kelihatan sangat tidak selesa; Mirza mengalihkan tubuhnya dan memasukkan kedua-dua belah tangan ke dalam poket seluar jean.

"Those other times were official work-related dinners, the ones you have to take your wife to." Mirza semakin bengang tetapi membuat keputusan untuk tidak membalas kenyataan Ainul.

"Kalau macam tu, dah tiba masanya untuk kita keluar sama, betul tak?" ujar Mirza dengan nada ceria dan Ainul menyengetkan kepalanya ke tepi, cuba membaca reaksi wajah Mirza. seperti biasa, tiada emosi di situ. Terus bibirnya mengukir senyuman sinis.

"Tak perlu rasanya, Mirza," Ainul menggelengkan kepalanya. "Saya rasa saya nak pergi rumah sepupu saya macam apa yang saya rancangkan tadi." Mirza mengangguk tanda mengerti, menggoyangkan kakinya ke depan dan ke belakang, resah.

"Suit yourself," Mirza mengangkat bahu. "Pukul berapa kau nak pergi sana?"

"Kejap lagi."

"Hmm..." Mirza mengangkat bahunya sekali lagi, janggal sungguh pandangannya. "Jumpa nanti." Ainul cuma mengangguk sahaja dan Mirza berpaling dan keluar tanpa berkata apa-apa.

post signature

Tags:

Share:

2 comments

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.