Tudiaaa, Langkawi! -part 1-

11:09p.m
kampung subang, alhamdulillah, selamat sampai ke rumah ^^,
tumblr+blogger+facebook

hello! aaaaaaaaaaaaaa.. dah lama aku tak jenguk blog aku ni. rindu sangat-sangat!! okay, cut it short. harini aku nak cerita sikit..ermm.. banyak kot pasal perjalanan kami si CG ke Pulau Langkawi :)

aku mulakan dengan perjalanan kami orang KL+Shah Alam. ada 5 orang kesemuanya. aku, adik aku, Lai, Azra and Atul. kami dapat tiket pukul 9:20p.m. 4 orang pilih seat biasa, azra pilih tempat tidur.

so, azra punya mahal sikitlah. hahaha. aku malas nak ambil tempat tidur, mahallah. -.- kami pilih yang economy class punya. ingat nak pilih second class, tapi dia takde kerusi yang ada meja kat tengah-tengah tu pulak. hmmm... so, inilah resultnya.

kalau untuk seat biasa, RM22 sorang. kalau katil, RM45 sorang.

bila dah naik tu, memang syok gila lah. aku dah lama x naik train yang membawa manusia ke tempat yang jauh-jauh. last aku naik masa aku form 5, balik MRSM. lol~ keadaan agak tak selesa untuk orang yang tak biasa tidur kat tempat lain selain daripada katil. aku memang x lena langsung.

lagi-lagi duduk kat seat sebelah aisle. hmmm... last-last, aku join Azra and Lai kat kantin. sembang... kat situ nak hu ha hu ha pun, suka hatilah. xde orang marah. hahahaha.





akhirnya, kami sampai juga di Stesen Alor Star, Kedah pada pukul 7 pagi. Alhamdulillah. :) kami singgah kat sini sebab ada lagi dua orang kawan kami yang tinggal kat Kedah. so, alang-alang menyeluk pekasam, kitorang menumpang mandilah di rumah kawan.

rumah dia tak jauh pun dari Jeti Kuala Kedah tu. so, dah sampai rumah Sya, kami gilir-gilir mandi, sambil sarapan. and then, adik Sya hantar kami ke Jeti Kuala Kedah.

Feri bertolak pada pukul 10:45a.m. tiketnya berharga RM23. uish, semua makin mahal -.- sebelum kami bertolak tu, semua orang kena register nama dulu. aku rasa in case kalau kapal tu karam, senang kot nak tahu siapa yang hilang. wallahualam.

apa lagi, disebabkan tidak mendapat tidur yang mencukupi, kami semua pakat tidur. (berdengkur)..... sekejap je nak sampai Langkawi tu. dalam satu jam setengah. kami sampai lebih kurang pukul 1 tengah hari.



yeah Langkawi, kami sudah tiba!! :DD
 




yang mengambil kami dari Jeti ialah mak ngah aku. kitorang minta dia yang handle semua. senang kan kalau ada saudara mara yang duduk kat tempat yang kita nak berjoli tu. hahahaha. so, dia bawa kereta Avanza. aku rasa kereta tu kawan dia punya, harganya RM100 sehari.

sebab kitorang ni ramai, dia pilihkanlah Avanza. senang. kalau bawa dua kereta, macam leceh sikitlah. and then, kami bergerak ke tempat tinggal sementara kami.





uish, banglo mak hang. mak ngah aku punya. tu homestay je. aku x pasti mak ngah aku duduk kat mana. memang lengkaplah rumah tu. ada TV, Astro, Air cond setiap 3 bilik. 3 bilik air, ada peti ais, microwave, mesin basuh. memang full furniture lah. harganya cuma RM300 sahaja sehari :)








dah masuk dalam rumah, apa lagi... kemas barang, rehat2 kejap. and then, petang tu, MANDI KAT PANTAI CENANG!



 



to be continued~ 

adios..







Share:

2 comments

  1. Hi Weirdo! Kemain ye girls outing... You looked so happy! Glad that... :-)

    #skmbn#

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello :) hahaha. happy sangat!! thanks ^^.

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.