Tudiaaa, Langkawi! -part 2-

1:32p.m
kampung subang
TV Show time~

okay, hari ni aku masuk part hari kedua kami di Langkawi. pagi-pagi tu lepas semua dah bersiap-siap, kami bergerak ke kedai mak ngah aku. dekat je kedai tu dari rumah kami. tak sampai 5 minit pun. ha, kalau dah namanya kedai mak cik, free lah sarapan tu. hahahaha.

lepas dah makan-makan, kami bergerak ke Kilim. sebab kami dah tempah dengan Ali Long. kami ambil pukul 9 pagi punya. percayalah, kalau korang nak view yang sangat cantik bila sedang mengembara di atas laut, datanglah pagi-pagi :)

pakej Ali Long ni takdelah mahal mana. murah lagilah dari semua pakej aku rasa.. kita boleh nego dengan dia. ushar lah website dia kalau nak tengok. serious aku cakap, janganlah pergi beli dekat kaunter Kilim Geoforest Park tu, mahal oi! mahal gila -.-"

inilah kerja kami ketika sedang menunggu anak pak cik tu.




 

sambil-sambil bergambar, anak dia pun sampai. dah bayar segala benda and bermulalah perjalanan kami berlapan ^^, kami dibawa oleh dua orang buaya darat. lol~ aku x cakap, diorang sendiri yang menggelarkan diorang sebegitu.










destinasi yang pertama ialah gua kelawar. dia ada sewa lampu suluh. satu RM1. aku sarankan belilah satu je. xde function (adalah sikit) sewa bendalah tu. bawa sendiri lagi bagus (xyah bawa besar-besarlah). masuk je dalam gua kena senyap. sebab kelawar-kelawar tu tengah tidurkan. masuk je, perghh.. banyak sungguh mak hang kelawar tu. aku rasa macam sarang dia, macam tahi dia pun ada.. bila suluh betul-betul kat atas kepala, eii.. geli aku tengok. rasa macam nak pengsan pun ada. -.- sekejap je masuk dalam gua tu, lepas tu berjalan terus. sepanjang tu ada paya bakau. bolehlah nak ambil gambar bersama-sama. and then, masuk dalam gua balik. tapi gua ni xde kelawar. ada gua je. hahaha. rendah sikit, kena hati-hati. takut kena stalaktik and stalagmit gua tu. and then, ke destinasi seterusnya...

                               











destinasi kedua ialah fish farm kalau x silap aku namanya. kami diiringi oleh seorang adik (aku rasa macam sebaya je). dia yang sibuk bercerita pasal ikan-ikan kat situ. best lah jugak, aku ingatkan bosan. hehehehe.


ini belangkas namanya. menarik cerita dia. tapi dia ni one-night-stand punya binatang.

ini namanya ikan sumpit. dia menyumpit kita bila kita letak jari kat tepi kayu. dia sumpit guna air. x bahayalah. best! aku dah try ^^,

ikan pari ni Hasan namanya. eh, Husin kot. ada dua ekor dalam tu. diorang yang bagi nama okay, bukan aku. ikan tu peramah, cubalah sentuh dia, rasa geli. eiii

betapa excitednya kami nak sentuh binatang tu.


kemudian, kami beransur dari situ. next destination! sambil-sambil tu, si tour guide tu membawa kami ke er... apa buaya entah. gua buaya, tasik buaya. something like that. dia kata batu tu nampak macam buaya. hahaha. and then, kami pun masuk dalam gua tu. masuk guna bot ler. kami beruntung sebab air surut. so, dapatlah menjelajah ke dalam gua itu. takde apa pun. nak ambil gambar pun kelam je. tapi nampaklah kesan air pasang. pergh.. memang tinggi. serious x boleh masuk kalau air tengah pasang.

nampak x gigi buaya tu? aku x nampak sebenarnya -.-
and then, kami bergerak ke pulau-pulau. first sekali gua langsir. menakutkan bila aku tengok nama dia. apasal nama dia langsir entah. xde benda pun, takat ambil gambar and ke pulau seterusnya.


 




kemudian, kami ke Pulau Tikus pula. pun xde benda. snap gambar and then next destination, tengok burung helang makan!!! 



yang ni serious best! sambil-sambil tengok, kami dengar cerita daripada mamat tour guide tu. dia kata helang merah ni setia. ke mana mereka pergi, mereka akan setia bersama. nak tahu sampai tahap mana setianya mereka. macam ni, you jump i jump. hahaha. betul weyh, aku tak tipu. dia kata helang ni, kalau pasangannya mati, dia pun akan mati sama. sedihnya aku dengar. T___T tapi kita x boleh bagi makanan kat Helang tu, sebab nanti dia cepat kenyang and xnak datang dah. so, si pembawa bot sahaja yang akan memberi makanan. 




 

kemudian, destinasi terakhir. Icon Kilim Geoforest Park :)) 

 to be continued...
adios~


Share:

2 comments

  1. Hi Weirdo! Happynya dia... Setia helang itu sangat menarik.. Ngee....

    #skmbn#

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. oh, x sangka ada orang akan baca cerita ni. terima kasih banyak-banyak ^^, ha'a, jangan jadi macam belangkas, tapi jadilah seperti burung helang :D

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.