Tudiaaa, Langkawi! -part 3-

11:05a.m
kampung subang
menyanyi dan menari.

aku sambung sikit perjalanan untuk hari semalam. selepas menghabiskan setengah hari di Kilim, kami menuju pula ke cable car yang terletak di... aku x ingatlah pulak. ingatkan nak ambil pukul 6 petang punya, senang. best pun sama sebab dapat tengok matahari terbenam. tapi fikir balik, malas lah pulak nak tunggu lama-lama kat situ. lagipun, panas terik macam mana keadaan di situ, bila naik atas, mak kau. sejuk oi!  harga untuk kereta kabel tu seorang RM15. jangan lupa bawa MyKad tau :) kalau x hangpa kena bayar RM30. ha, mahu?








sempat lagi membuat truth or dare di atas.


aku gayat -.-


disebabkan terlalu penat, kami membuat keputusan untuk berehat di rumah dahulu. malam baru gerak pergi cari makan.

malamnya, semua dah bersiap-siap, dalam perjalanan tu, tiba-tiba rasa macam naik kuda. gedeguk gedeguk.. ah, sudah. aku tahu apa maksudnya kalau dah rasa macam naik kuda ni. tayar pecah!!! Allahuakbar.. x sangka benda ni boleh terjadi. nak dijadikan cerita, aku x bawa handphone aku, tengah charge kat rumah sebab dah kehabisan bateri. so, x dapatlah kami nak telefon mak cik aku. adik aku langsung x bawa handphone. -.- Lai pula x bawa lampu suluh. hmmm... nasib baiklah kami duduk di pekan. kereta tu kami parkir dekat depan kedai baiki kereta. tapi kedai tu dah tutup. dengan muka x malunya, kami meminta pertolongan dari pakcik yang menjual nasi lemak di hujung sebelah sana. Nasiblah dia baik, dia and the geng tolong kami. kesian yang lain tu, dah lah tengah tengok bola, kitorang menganggu pula. adalah dalam setengah jam, diorang pun siap. kami bagilah bayaran sikit, sebagai upah. Azra pula sebagai balasan, dia nak beli nasi lemak pak cik tu. orang dah tolong, apa salahnya kita tolong balik, kan?

and esoknya kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Island Hopping! :)

to be continued~
adios..

Share:

4 comments

  1. Hi Weirdo! Subhanallah cantiknye pemandangan. Of sudden.. rasanya dare n truth tu sesuai sesgt for Mirza n Ainul.. oh my imagination is flying... off we fly.. ngee.. love to note that u really had the fantastic time!

    #snmby#

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello :) ha'a, cantik sangat pemandangan. rasa macam xnak balik je. hahaha. insya-ALLAH nanti akan ada telling-the-truth time for Mirza and Ainul. just stay tuned. ^^

      Delete
  2. aku pun gayaaatttt, hahaa

    btw amy, off la captcha utk comment sbb aku nak comment byk2 susah. hahaha
    pegi setting > comments > turn off captcha :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. sorry2. aku lupa, aku dah off kan ^^,

      ha'a, takut aku nak pandang bawah. pandang atas pun gerun. last2 aku pandang iklan kat kereta kabel tu je -.-

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.