Kursus Kahwin! :D

 

alhamdulillah... syukur sangat-sangat. dah settle pun kursus kahwin yang aku join semalam and harini. aku bayangkan mula-mula, mesti bosan gila sebab ceramah je sepanjang masa. serious, aku x tipu. itu perasaan aku. tapi bila dah start je satu ceramah, wah. memang berbaloi aku bayar RM65 untuk kursus ni. penceramah yang datang best sangat!

and banyaklah juga tips yang diorang bagi untuk kami si bakal-bakal isteri dan suami. alah, aku saja je join. bukannya ada pakwe lagi pun. tapi apa lah salahnya ambil awal-awal kan. x berdosa pun. nanti dah nak kahwin (insya-ALLAH, mudah-mudahan), xdelah susah-susah nak fikir pasal kursus kahwin ni. aku dah pergi pun dengan kawan-kawan aku.

lagi satu aku dengar kursus kahwin nak buat lebih kurang seminggu. mak kau, lamanya. and lagi satu aku dengar, ada nak buat ujian juga. uish... nasib baiklah yang ni dua hari je. so, alhamdulillah again. aku dah dapat sijil. tinggal kahwin je. hahahaha. baru 21 tahun. tunggulah final year ke lepas grad ke, kalau ada jodoh... 

okay, tu je. adios ^^,

Share:

1 comments

  1. Hi Weirdo! Bravo for the move to take up the course. Ilmu munakahat ini sesuatu yang perlu difahami dan dipraktikkan bila diizinkanNYA. I strongly believe this the one of the reasons why nowadays the marriage institution is getting weaker and weaker. Sebab kurang kefahaman dan penghayatan.. Hei, youngsters don't get marry just for the sake of it and cause others do, you do it!

    In sya Allah, ada jodoh. Jodoh juga sesuatu yang perlu diikhtiarkan. I'll pray the best for you.

    #skmbn#

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.