Soal Hati 3 - The Husband List

8:06a.m
apartment.
siap-siap nak p kuliah.



lain macam betul tajuk aku kali ni. hahaha. bukannya apa. tiba-tiba aku rasa nak cerita pasal ni dekat blog. semalam aku ada meeting dengan geng-geng yang lain. kitorang ada benda yang nak diselesaikan. dalam sibuk-sibuk buat kerja tu, dengarlah sekali celoteh diorang.

tapi x perlulah aku cerita satu demi satu. xde kaitan dengan orang lain pun. and then termasuk bab seorang lelaki yang kami semua tidak kenali. kawan aku kata lelaki tu adalah lelaki handsome sekali yang pernah dia nampak. kawan aku ni lelaki. sedangkan dia pun bercakap sebegitu, so memang handsomelah kot kan. kawan aku lagi satu tanya, kenapa kau cakap macam tu? dia cakap lelaki tu putih, tinggi lampai macam model, memang korang sukalah. (dia merujuk pada kami). kitorang pun angguk-angguk je. nak cakap apa kan.

tapi dalam hati kami berdua, hmm.. putih? x semua orang ada taste macam tu. x semestinya dia tinggi lampai and handsome gila pun, kami semua akan minat dengan dia. suka tengok maybe lah. sampai tahap ada crush tu, hmmm.... takkan terjadi rasanya.

ada yang suka lelaki hitam manis, ada yang suka lelaki yang pakai cermin mata, ada yang suka lelaki alim, ada yang suka lelaki pandai bergaya. semua orang ada taste sendiri. aku? ..... dulu adalah. tapi sekarang ni, malas pulak nak listkan ciri-ciri tu. kadang-kadang bukan itu yang kita akan dapat kan. aku pernah terjumpa dua orang lelaki yang mempunyai ciri-ciri yang aku idamkan. tapi terus aku jadi takut, bukannya suka. ha, tu perangai aku. so, akhirnya, aku memilih untuk berserah je. tengok sekali, nampak macam berkenan, aku crush la.. lol~

so, jangan risau untuk lelaki and perempuan kat luar sana tu. jangan sampai tengok ala, perempuan tu cantik sangat. mesti crush aku suka dia punya. tak semestinya kan. entah-entah dia pun suka kita, cuma kita je x tahu. macam orang kata, belum cuba belum tahu. tengok macam aku ni, dah dua tahun tak mencuba, ha, sekarang dia dah dimiliki oleh orang lain. so, aku give up macam tu je. okay, that's all! adios~

Share:

2 comments

  1. Hi Weirdo! Just as I mentioned at your previous post. Jodoh itu perlu diikhtiarkan bukan sekadar berharap. Perlu diingat Firman Allah SWT: “Mungkin kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216). Ever heard opposite attracts? Kutub yang berlainan menarik antara satu sama lain. :-)

    #skmbn#

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. betul :) tengah ikhtiar lagi ni. yang ni cuma sekadar crush biasa. tak terfikir lagi untuk serius. baru masuk tahun tiga. tunggulah lagi setahun ke. haha. tapi kalau dah jodoh, memang x boleh tolak la kan. sebab tu saya cakap saya dah xnak ada ciri2 lelaki yang saya nak. x kisahlah dia siapa, asalkan dia melengkapi diri saya seadanya ^^,

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.