Tudiaaa, Langkawi! -part 4-

11:46a.m
apartment murni
home alone

masya-ALLAH, dah lama x update pasal Langkawi ni. entah ingat entah tidak lagi pasal schedule kitorang. hmm.. okay, aku dah janji nak cerita pasal Island Hopping. and here it goes...

kami bertolak agak awal sikit sebab pakcik (sorry, dah x ingat nama dia) suruh kitorang tunggu dekat depan Underwater World. UW tu dekat Pantai Cenang, kami dekat Kuah. jauh kot. ambil masa lebih kurang sejam kalau x silap aku. lepas dah bersiap, kami pergi sarapan kejap. sebab haritu akan jadi hari yang memenatkan. kami bawa sarapan sekali, sebab orang kata kat sana x jual makanan. mesti lapar punya, percayalah. dah banyak sangat masuk dalam air kan.

Island Hopping punya pakej kalau x silap aku, kami kena bayar RM24 sorang.

kami sampai di UW pukul berapa entah, aku rasa tepat-tepat pukul 9 pagi. ada seorang pakcik datang. and kami pun follow dia pakai kereta kami sendiri. la, ingatkan dia nak bawakan. tapi xdelah jauh pun tempat tu dari UW. dalam 10 minit lah lebih kurang.

Sampai je, wah! x sabar dah aku bergerak!! Kami dibawa oleh seorang pakcik muda ni. Tengah-tengah jalan dekat jeti tu, eh. tiba-tiba je ada sorang mamat ni ambil gambar kami. oi, xde kerja betul. rupa-rupanya itu kerja dia. dia ambil gambar kita and then dia jual balik kat kita. kalau nak belilah, RM10 je. aku x beli, malaslah.

Destinasi pertama kami sejurus je masuk dalam bot, Tasik Dayang Bunting! ^^, serius laju pakcik ni bawa. takut aku, dahlah aku x reti berenang. memang paut kuat lah kat bot tu. dengan ombaknya. rasa macam bot tu nak pecah pun ada T___T

and then dia berhenti betul-betul kat tengah laut. ingatkan ada traffic light ke apa. ngahahaha. aku blur betul time tu. rupa-rupanya dia nak tunjuk rupa pulau yang menyerupai dayang bunting tu. ooo..

 

nampak x? x nampak sudah, pergi sendiri, baru boleh feel. ha. and then, lepas 5 minit kemudian, dia teruskan perjalanan. and alhamdulillah, sampai ke destinasi yang dituju. TASIK DAYANG BUNTING :)



 

aku x mandi pun. kawan-kawan aku pun x mandi. yang mandinya dua orang je, Azra and Lai. sebab apa tau? sebab dalam gila airnya -.-" yang mandi ni confirm lah pandai berenang. tapi diorang x lama pun berenang. diorang kata air tu tekanan dia tinggi, x boleh bernafas. lepastu dia macam tarik kita ke bawah. so, nak berenang tu memerlukan banyak tenaga. memang penat. and then, destinasi seterusnya ^^, Pulau Singa Besar.

Pulau ni xde benda pun. yang ada cuma burung helang. haritu dah tengok burung helang, kali ni tengok lagi. tapi yang ni best sikit. lagi dekat pakcik tu bagi kami tengok burung helang. hahaha.



 

Ha, dekat gila kau. x lama pun kat sini. 10 minit lah kot aku rasa. and then, destinasi terakhir kami, Pulau Beras Basah. ini yang paling best! aku teringin nak tahu kenapa nama dia beras basah. hmm..

Wow, serius cantik gila tempat dia. air dia jernih. pasir dia lembut. kalau korang rasa pasir pantai tu dah memang lembut, ini lagi lembut. agaknya sebab tu nama dia beras basah kot?? apalagi, mandi lah! masa ni barulah best nak mandi. sambil tu, nampak orang main banana boat, kawan-kawan aku nak lah main. aku xnak, aku dah naik sekali, xnak dah -.- aku suruh adik aku je main. lol~ 






 

pakcik tu kata dia bagi masa sejam, satu jam setengah kitorang berendam. haha, kesian pakcik tu. alah, baru pukul berapa. pakej yang kami ambil ni 3 jam kot. time tu baru pukul 11 lebih. bila dah puas berenang, kami makan. kan aku dah cakap, lapar. orang lain tengok je, laparlah tu. tapi aku beli sandwich je. x banyak pun. takat nak isi perut. 

alhamdulillah, kami sampai di jeti semula. ambil gambar jap, keringkan badan sebab nak masuk dalam kereta kan. nanti busuk -.- tapi xdelah kering mana. sebab kitorang nak pergi mandi lagi lepas tu. ha, betul. satu hari tu kami mandi je. alang-alang kan.

 

Kami plan nak pergi Telaga Tujuh. tapi takutlah. aku dengar macam-macam cerita pelik pasal tempat tu. last-last kami pergi Air Terjun Durian Perangin. Mula-mula risau jugak, apasal x ramai orang ni. dah tutup ke sebenarnya tempat tu. haha. serius x ramai orang. and lepas tu, kami bergerak terus ke air terjun. Ya ALLAH, patutlah x ramai orang pergi tempat ni. nak pergi ke air terjun tu punyalah tinggi. bertingkat-tingkat tangga kitorang daki. dah macam Batu Caves pun ada, cuma BC lagi tinggilah. haha.

Dalam hati kami, moga-moga pendakian kami ni berbaloi. and syukur sangat, memang berbaloi! sejuk oi air dia. air terjun dia best gila!! aku sarankan kalau korang nak mandi kat sini, ajaklah kawan-kawan je. untuk orang mengandung, orang tua, anak-anak kecil, xyah lah dibawa ke sini. risau, takut jatuh je. 





 

Lepas dah puas mandi, kami bergerak pula ke Pantai Cenang. aku x ingat kitorang makan kat mana. tapi sebelum mandi tu, kami cadang nak pakai baju sama. hehe. pergilah dekat satu kedai baju putih ni. yep, semua baju dia warna putih. aku carilah yang lengan panjang. tapi yang susahnya bila beli baju putih ni, kena ada inner. lol, x pasal je kena beli inner sekali, since aku x bawa baju lebih. and then, kami mandi!

Pantai Cenang best kalau korang nak main dengan ombak. haha. ombak dia kuat gila! kami memang xde kerja main lawan-lawan dengan ombak tu. agaknya sebab tu ada orang surfing kat situ. tapi time tu ada tempat yang dah ditutup. sebab ada konsert. kawan aku kata Bunkface yang datang, tapi esoknya. hello, esok kami dah balik ler. 




 


 





Share:

2 comments

  1. Hi Weirdo! Nice pictures, tq for sharing the great moments!

    Maha Besar Allah yang mencipta sesempurna itu. You should be so grateful for be given the chance to experience such moments. So apalagi, after the refreshing journey, idea mesti mencurah-curah kan? Teruskan menulis!! Don't ever give up!

    #snbn#

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak! :D

      betul. alhamdulillah. not everyone can have this kind of experience. ^^

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.