Sama Tapi Tak Serupa

8:29 p.m
kampung subang
buat assignment

harini aku nak cerita sikit pasal tajuk kat atas tu. sama tapi tak serupa. apa maksudnya? pernah tengok drama ni? lelaki ni ustaz tak silap aku, memang handal sangat bab agama. tapi bila masuk dalam kesedaran sivik, dia langsung takde. meludah merata-rata. marah orang. ada lagi satu pulak, perempuan. dia kurang ilmu agama, tapi dia baik sangat, dia suka tolong orang yang susah. dia hormat orang tua.

sini aku cerita. dipendekkan cerita, janganlah kita suka-suka pandang orang sebelah mata sahaja. tak semestinya orang tu tiada ilmu agama, tak bermakna dia tu jahat. aku tak cakaplah yang orang ada ilmu agama ni jahat. insya-ALLAH semuanya baik, mudah-mudahan. maksud aku jangan pandang enteng dengan orang yang pakai seksi, yang tak pakai tudung labuh and so on.

kadang-kadang orang macam ni kan ilmu agama dia lagi tinggi. kita je yang tak sedar benda tu. aku cakap yang sebetulnya. aku pernah saksikan sendiri dengan mata aku. waktu tu aku nak balik ke rumah naik tren KTM. ada dua orang budak melayu ni berdiri depan aku. pakaian dia, masya-ALLAH, seksi tahap tak ingat matilah. dalam hati dah, biasalah, mulalah bersangka buruk. lepas tu dah lama aku usha diorang, aku ternampak salah seorang dari diorang ni tengah membaca buku.

dalam hati, bagusnya budak ni. dalam train sempat baca buku. since aku ni memang bosan, aku try la tengok-tengok juga buku apa yang dia baca. entah-entah best ke kan. rupa-rupanya, memang buat aku terkejut, dia tengah baca buku agama. mata aku tak menipu, sebab aku nampak ada ayat-ayat al-Quran kat dalam buku tu. ha, kau. aku pun tak baca buku agama kat dalam train.

mungkin orang macam ni, dia perlukan sokongan daripada kita. kalau kita asyik condemn diorang, macam manalah diorang nak berubah. biasalah perempuan, dia kena dipuji, ditegur elok-elok. macam kakak usrah aku cakap dulu, cuba tegur macam ni. awak ni cantik sangat, rambut hitam pekat, kulit putih mulus, tapi lagi best kalau semua tu suami sendiri je yang dapat tengok. entah-entah pakai tudung mesti lagi cantik.

abang kawan aku kata, lagi bagus sebenarnya kalau orang yang tak kenal kita yang tegur kita. sebab ada certain kawan kita yang x berani nak bersuara. ada yang tegur kita, tapi kita pula degil. keras kepala. cakap yang ni aku yang sebenarnya, kenapa aku nak berubah?

x salah pun nak berubah ke arah yang lebih baik. kalau ada kawan-kawan yang nak buat baik dalam bulan Ramadhan ni, janganlah memandai attack dia. eh, bulan puasa baru nak buat baik. ya ALLAH, dia nak buat baik tu, sabarlah brother. sekurang-kurangnya dia nak berubah. korang tu? bila nak berubah dari cemburu dengan kesenangan orang lain. aku benci betul dengan manusia ni. i just don't get it sometimes.

ha, untuk orang yang nak buat baik dalam bulan puasa ni, baguslah. tapi jangan time Ramadhan je. biarlah bulan ini menjadi permulaan yang baik bagi kita untuk menjalani kehidupan yang akan datang. bulan puasa ni kawan aku tergerak hati nak pakai baju kurung. baguslah tu. aku pun tergerak nak pakai tudung lagi labuh. nak jadi isteri yang solehah, siapa yang tak nak kan.

bagi aku, kalau untuk adik-adik usrah dekat sekolah kan. apa kata mula-mula cerita dulu pasal keistimewaan wanita. kenapa kita digalakkan menutup aurat sebenarnya. cinta tu apa. biar orang tertarik nak dengar cerita dari kita sebelum kita masuk bab yang berat. macam kita belajar dari tadika, kita belajar ABC, 123 dulu. lepas tu baru kita masuk add maths, biologi bagai. aku minta maaf kalau ada yang terasa and tak sependapat dengan aku. this is just my opinion.

aku teringat time aku usrah kat MRSM dulu. serius aku cakap, aku suka sangat. dulu jahil lagi. hahahaha. -.- lengan tak tutup, kaki pun tak tutup. tapi sejak aku join usrah dekat sekolah, alhamdulillah aku mula berubah. kawan-kawan aku pun sama. kami mula pakai tudung yang menutup dada, pakai stoking walaupun pakai selipar, pakai handsock. bila dari situ kita dah mula, macam sekarang ni rasa pelik pula kalau tak buat. even dah pakai baju kurung pun, handsock tu kalau takde, macam tak pakai apa-apa pun ada. -.-

so, bagi sesiapa yang tak pernah try semua ni, try lah. kalau ada yang condemn korang, ingat, kita buat semua ni untuk ALLAH. biarlah diorang tak suka, biarlah diorang nak kata apa. selagi kita ikut apa yang ALLAH suruh, kita akan dipandang tinggi oleh-Nya. insya-ALLAH. lagipun bayangkan. bila korang dah kahwin nanti, suami sendiri pun tak tutup aurat. pergi tunjuk lutut dekat semua makhluk. ish, tak senonoh betul. tunjuk kat isteri sendiri sudahlah.

cerita aku kali ni agak berat sikit. tapi aku memang dah lama nak cerita pasal benda ni. sebab aku tak suka orang yang suka judge orang tanpa tahu macam mana perangai orang tu yang sebenarnya. okay, adios. :)

Share:

0 comments

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.