Soal Hati 4 - Cuma Teman Biasa

10:33 a.m
apartment murni
layan perasaan (dengar lagu)

ada orang kata cinta tu perlu dicari. ada yang kata kita tunggu je cinta tu hadir dalam diri kita. so, makin confuse aku jadinya. which one should i do? aku perlu buat dua-dua or x perlu berbuat apa-apa? no way, aku nak tahu juga apa rasanya mencintai dan dicintai. eii, geli pula bila cerita pasal cinta ni kadang-kadang. rasa gedik pun ada. tapi jangan tipulah. aku bercerita kat sini bermakna aku jujur dengan diri aku. orang yang kuat menganjing tu orang gila. sebab cinta tu lumrah kehidupan. sedangkan Nabi Adam dan Hawa pun bercinta.

ada yang beruntung sebab bercinta lepas kahwin. bercinta sebelum kahwin pun banyak dah aku dengar. bercinta bagai nak rak, 8 tahun bercinta kau. tapi macam ustaz cakap time aku kursus kahwin hari tu. dia kata ada yang bercinta lama, tapi at the end, masing-masing kahwin dengan orang lain juga. katanya apa, x sehaluan. la.. -.-

kita bercinta lama dengan seseorang tu x semestinya kita dah kenal lama dengan dia. kadang-kadang dia pandai sembunyikan sikap dia yang sebenar. sebab maybe time tu dia kena pegang kuat-kuat pasangannya dia. and dia kena jadi seorang pasangan yang baik akhlaknya. tapi bila dah kahwin, dia dah menjadi hak milik mutlak kita (mutlak lah sangat), time tu baru kita tahu apa perangai dia.


 betul. masa aku masuk foundation, aku cuma kenal dengan sorang lelaki ni. maybe sebab dia sama u dengan aku dulu sebelum aku masuk uniten. kami juga kelas sama, so lagi senanglah aku. in case aku perlukan pertolongan dari sesiapa, aku boleh minta dari dia je. aku senang bercerita dengan dia. maybe sebab dia bukan jenis yang suka judge people sesuka hati.

sampaikan ada orang salah anggap. ingatkan yang kitorang ni ada apa-apa. lol~ aku x pernah terdetik pun macam tu. aku pun rasa dia tak pernah terfikir pasal tu. kami cuma sekadar kawan baik je. not more than that. aku tahu semua orang mesti ada sorang kawan baik yang korang x terasa nak bercinta dengan dia kan.

aku dah jumpa someone. tapi aku ada satu kelemahan yang aku x boleh nak overcome sampai sekarang. bila tiap kali aku suka someone, aku akan fikir yang 'hmm, punya syok aku suka dekat dia, entah-entah dia suka kat kawan aku.' serious, aku selalu fikir macam tu. sebab tu aku x pernah tergerak nak mulakan perkenalan. apa yang menyebabkan sampai aku fikir macam tu? aku ada kisah silam yang x de sorang pun tahu. tapi aku takkan lupakan perkara tu sampai bila-bila. tapi satu aku boleh cakap, janganlah sesekali bergurau dengan perempuan pasal appearance diorang. maksud aku, muka or tubuh badan diorang. kadang-kadang bukan itu yang kita nak. kita dijadikan macam ni ada sebabnya. manusia ni selalu x puas hati dengan kita. hmm..

  

Share:

0 comments

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.