Tanpa - Cerpen

ini hak cipta terpelihara dari adik perempuan aku. saja menulis katanya, mengisi masa lapang. ada masa komen la ye ^^. thanks.




Hai. Nama aku Nia. Aku mempunyai seorang kekasih. Hot juga orangnya. Zackry, atau lebih dikenali sebagai ‘Casa’ singkatan daripada Casanova. Masa pertama kali dia lamar aku jadi kekasih dia, aku rasa geli hati sebab mamat ni buta ke apa pilih aku. Aku ni dah lah tak seksi macam perempuan lain, ayu pun jauh sekali. Aku ni kira tengah-tengah. Aku pun pelik kenapa dia pilih aku. Tapi kalau belakang aku tak tahu lah berapa ramai awek lagi kan. Aku pun terima je lah. Mana tahu dia berubah. Mungkinkah? Haha hanya dia mampu memberi jawapan. Dari awal lagi aku tidak menaruh harapan untuk dia cintakan aku, sebab aku tahu dia mesti tak ambil serius pun pasal hubungan ni. Aku pun begitu.


Aku dengan dia merupakan seorang penuntut di Universiti yang sama. Sebab tu lah kami boleh kenal dan hubungan jarak dekat membuatkan kami bertambah rapat. Tapi kalau dia ajak jumpa, beribu macam alasan aku bagi. Aku takut aku terjerat dengan kata-kata manis dia. Sampaikan satu hari tu dia merajuk baik  punya, tapi salah tempat lah kan nak merajuk, aku tahu pujuk bakal laki aku je nanti. Dia pun dah makin lali dengan aku. Last last dia langsung malas nak merajuk dengan aku. Dia tahu perbuatan macam tu sia-sia je. Hahahaha kesian jugak aku kadang-kadang tengok dia. Sampailah suatu hari tu dia ajak aku jumpa. Macam biasa otak aku ligat berfikir alasan apa nak bagi. Tapi dia desak jugak, dia kata penting untuk hidup kami bersama. Jantung aku berdegup kencang. Ini yang kedua kalinya jantung aku begini. Yang pertamanya tentulah masa lamaran dia tu. Hihi. Aku pun hanya berdoa kepada Allah semoga tiada apa yang buruk bakal terjadi.


Sesampai je di café yang terletak 500m luar daripada Universiti, tempat yang dijanjikan, aku terus mendapatkan tempat duduk di tengah-tengah alam. Tempat terbuka. Barangkali ini sudah kali kedua aku memesan air, menunggu si jejaka hot ni memang lama nak siap. Kalahkan perempuan bersolek. Hampir separuh air aku hirup, dia masih tidak muncul tiba. Aku sudah nekad, kalau air aku dah habis, aku nak terus angkat kaki je dari situ. Aku bukanlah seorang yang penyabar nak menunggu-nunggu orang ni. Belum sempat aku nak bayangkan macam mana aku nak merajuk dengan dia sebab lambat, satu cubitan lembut singgah di bahu. Aku tersentak dari lamunan. Cis, baru nak berangan. Dia hanya mengenakan kolar T berwarna merah dan berseluar track. Handsome. Hahaha. Dia melemparkan senyuman. “Amboi, dah dua gelas dah air...” Aku hanya menjeling. “Yelah, tunggu tuan putera bersiap..mengalahkan puteri anak raja bersolek kan?” Aku menyindir.


Dia hanya tersenyum. Terserlah kemachoannya di situ. Ewah. Tiba-tiba tangannya ligat mencari sesuatu di dalam beg galasnya. Aku hanya  menunggu dan menunggu. Sebuah kotak berwarna merah hati sudah berada di tangannya. Hatiku mula berdegup kencang, tambahan dengan panahan mata dia. Ya Allah, kuatkan iman aku. Hatiku berbisik. Dia memulakan bicara setelah berdehem dua tiga kali.. “Nia Batrisyia binti Danish, sudikah awak menjadi suri di hati Zakry Imran bin Zakuan buat selamanya?” Aku terkedu. Tiba-tiba kedengaran alunan sebuah melodi romantis dipetik dari gitar. Entah dari mana datang bunyi itu. Tak lama kemudian, datang sekumpulan lelaki dan perempuan, salah seorangnya membawa gitar. Sah lah alunan tadi daripada mereka, pastinya yang memegang gitar tersebut. Mukaku sudah merona merah.


Aku rasa macam nak menyorok bawah meja je sekarang ni. Malunya. Oh ya, aku lupa. Jawapan Zackry masih lagi aku tidak menjawab. Aku lihat matanya bersungguh-sungguh. Benarkah atau ini sekadar gurauan? Yang lain turut berada di situ. Kini semua mata tertumpu ke arahku. Jawapan, ya jawapan. Akhirnya aku membuat keputusan muktamad. Aku segera menggeleng tanda aku tidak bersetuju. Ternyata Zackry terkejut dengan perbuatan aku. Kelihatan yang lain sudah pun bising-bising, mulut mereka terkumat-kamit menyatakan ketidakpuashatian, mungkin bercakap tentangku. Hampir tergelak aku melihat embun jantan Zackry hampir mengalir, kayak anak kecil. Akhirnya aku mengangguk. Zackry menadah tangan tanda bersyukur.


Aku semakin pelik dengan perangai dia. Kenapa aku yang dia pilih? Semua menepuk tangan dan mengucapkan tahniah. Tidak kurang juga yang berjenaka tentang “Nasi Minyak”. Aku hanya tersenyum. Almaklumlah semua itu kawan Zackry, aku mana pernah kenal dengan kawan dia. Ish teruk aku ni kan. Hahaha


Zackry membuka pintu kereta untuk aku masuk. Katanya ibu bapa dia sudah tahu dan menyuruh Zackry membawa aku pulang ke rumah. Pada mulanya aku tidak percaya, tapi setelah dia call mama dia dengan pembesar suara lagi, ternyata dia tidak berbohong. Satu jam lamanya berada di dalam kereta. Akhirnya sampai juga di rumahnya. Luas, tapi sederhana besar sahaja rumahnya. Tidaklah seperti banglo-banglo milik orang kaya. Setahu aku, dia anak Dato’ tapi tak tahulah pulak kalau Dato’ yang suka merendah diri begini. Baguslah kalau betul pun. Aku dapat tahu dia ni anak orang kaya pun dari sahabat handai dan mulut perempuan lain yang sering bercakap mengenainya. Nak dengar dari mulut dia? Harapan je lah sebab dia tidak pernah menceritakan apa-apa pasal kedudukan dan status dia. Pakaian dia pun hanya jenama yang biasa dipakai. Selesa katanya. Dia lagi sekali membuka pintu untuk aku.


Aku keluar dari perut kereta. Dia berjalan dan mengarahkan aku membuntuti dia. Hatiku dah mula buat hal. Aku rasa jantung aku dah berdegup melebihi had. Terlalu laju, dan laju. Setelah salam diberikan, akhirnya pintu berkuak. Kelihatan dua insan yang dalam lingkungan 40-an terpacul di muka pintu. Zackry menyalami tangan mama dan papanya. Begitu juga aku. Mama Zackry hanya menjeling ke arahku. Aku sudah mula resah hati. Muka Zackry saling tidak tumpah seperti papanya. Handsome. Mamanya juga tidak kurang cantiknya. Papanya tersenyum sahaja dan menyuruh aku masuk ke dalam.


Aku pada masa itu hanya menyarung baju T berwarna merah, kebetulan sedondon pula dengan Zackry dan mengenakan tudung bawal berwarna krim bercorak polka dot. Memang ceria habis lah. Kalaulah aku tahu nak ke sini. Zackry ni memang cari pasal betul lah. Kami semua dihidangkan dengan makanan-makanan yang menyelerakan. Semuanya dihidangkan oleh Mama Zackry sendiri. Almaklumlah, papa Zackry tidak boleh makan kalau bukan air tangan isterinya. Tak kena tekak katanya. Bermacam-macam soalan yang diutarakan oleh mereka untuk aku. Macam interview pulak. Tapi takut dia mengalahkan masa aku di interview masa nak masuk Uni dulu. Aku melihat perlakuan mamanya masih lagi tidak mesra dan seolah tidak senang dengan kehadiranku. Aku hanya tunduk. Takut.


Usai makan, aku menolong Mama Zackry mengangkat pinggan mangkuk dan dibawa ke sinki untuk dibersihkan. Zackry dan papanya sudah pun ke tenpat lain. Berborak agaknya. Kini hanya tinggal aku dengan Mama Zackry. Ya Allah, tabahkan hatiku. Aku berdoa sebanyak yang mungkin. Sedang aku leka mencuci pinggan, Mama Zack berdehem. Aku tersentak. Aku memandang mamanya yang dari tadi asyik memerhatikan aku. “Dah lama kenal Zackry?” Aku dah lama kenal, tapi baru jelah couple ni. Aku hanya mengangguk. “Dah dekat dua tahun dah..” “Macam mana kenal dia?” Ah sudah, takkan aku nak cakap “Entah, tiba-tiba dah kenal makcik. Saya pun taktahu macam mana.”


Takkan lah. Otakku ligat memikirkan jawapan. Aku sendiri bingung macam mana aku boleh kenal dengan dia. Ish peliknya soalan! Belum sempat aku nak menjawab, Mama Zackry pun kembali bersuara. “Mama tak kisah macam mana kamu kenal dia, yang penting nawaitu kamu betul lah taknak mainkan dia. Sebab dia dah serius benar dah nak lamar kamu. Dia dah cerita semua tentang kamu dekat Mama. Sejak dia jumpa kamu, semualah. Mulanya dia cerita, mama sudah tahu kamu ni tentulah sangat special di hati dia.”


Selamat aku! Hahaha. Ececeh, mama. Aku hanya mengangguk. “Mana auntie tahu? Dia kan ramai peminatnya..Mulanya saya pun pelik kenapa dia pilih saya, sedangkan ramai lagi yang mahukan dia. Saya ingat dia tak serius pun masa mula-mula kenal dulu.” Mama tersenyum. Pinggan mangkuk telah pun aku habis dicuci. Aku mengelap tangan yang basah. Pada mulanya tadi Mama Zackry berkeras tidak mahu aku mencuci pinggan mangkuk tersebut, namun aku berjaya memujuknya. Mama Zackry tersenyum lagi. Dia memanggil aku duduk di sebelahnya. Lega sikit aku melihat Mama Zackry bukanlah seperti yang aku jumpa tadi.


 “Tak payah lah panggil auntie. Panggil mama je. Sebenarnya Zackry tu bukanlah macam yang lain. Walaupun rupa paras dia handsome macam papanya, tapi dia bukan buaya darat. Apa tu orang panggil dia dekat sana? Casa? Casa ke apa?” Aku mengangguk. “Ye ma, kata mereka dia ni Casanova. Buaya darat lah kira..” Mama menggeleng. “Tak baik betul mereka tu. Pantang muka handsome je Casanova. Mama pun tak faham. Katanya gelaran tu wujud sebab ada perempuan yang tak puas hati sebab Zack tak layan dia. Then perempuan tu mula lah buat cerita. Zackry tak kisah pun sebab dia tahu benda tu tak boleh buat dia jatuh pun. So lekat pulak dah nama tu dengan dia.” Aku hanya mengangguk faham. Patutlah pun.


 “Dia pernah bercinta ke ma?” Terdetik pulak hati aku nak tanya. “Ada dulu, tapi biasalah kebanyakan orang berada ni kahwinkan anak masing-masing atas urusan kerja. So Zack lah salah sorang mangsa yang tersepit dengan perempuan tu..Memang tak boleh buat apa dah, dia dengan family dia dah pindah ke overseas dah pun..sejak dari tu, dia patah hati sangat sangat, sampailah dia cerita kat mama ada perempuan dah berjaya merampas hati dia..” Mama tergelak. “Sebab tu dari mula mama dah tahu kamu ni kira special lah dekat hati dia..” Terhenti darah aku seketika. Tak sangka sampai macam tu sekali. Teruknya pandangan aku terhadap dia dulu. Ish


Mama mengajakku ke ruang hadapan. Kelihatan papa dan Zackry sedang leka menonton televisyen sampai tidak perasan akan kehadiran kami. Ehem.. dehem Puan Sri Zainura. Mereka menoleh serentak. Zackry mengukir senyuman. Aku hanya menunduk. Malu lah katakan. Hehehe. Tak lama kendian, Zackry mengajakku pulang ke Universiti semula. Takut terlewat nanti apa pula kata orang. Usai bersalaman, kami mengundur diri.


Berbaloi jugak lah aku pergi hari ni, dapat makan free, sedap pulak tu, dapat info free pasal Zack yang orang lain semua taktahu, dapat merasa jadi menantu kejap. Eh, bakal menantu, bukan sekejap je, InsyaAllah selamanya. Hehehe. Aku tersenyum sendiri. Zackry memandang ke arahku, pelik. Aku hanya menggeleng mengatakan aku okay dan ini urusan orang perempuan. Ingat lelaki je ke ada “Hal lelaki”. Perempuan pun ada jugak lah. Sampai di asrama, aku terus menapak di katil dan baring seluas yang mungkin. Penat sungguh.


Hari yang aku lalui semakin hari semakin indah yang aku rasakan. Aku rasa bahagia. Bahagia yang teramat. Segala kebencian aku terhadap lelaki selama ini hilang begitu sahaja. Mungkinkah sebab insan yang bernama Zackry Imran bin Zakuan ni? Ahh parah aku macam ni. Angau! Setiap malam pasti dia akan hantar lirik lagu yang didendangkan dari kumpulan 6ixth sense. Pasti. Benda yang sama sahaja. “Bila kau jauh aku selalu rindu.


Bila kau ada hati akan berbunga. Ku akan selalu menjadi bintangmu menerangi gelap dan mimpimu. Aku setia di sini mengusap tangismu menemani sunyi di hatiku.. Selamat malam..” Nak kata romantik taklah sangat, cilok lirik lagu buat apa. Tapi comel. Heheh apa yang pasti dia seorang yang pandai ambil hati. Itu sangat pasti.


Hampir tiga bulan aku dengannya, akhirnya kami diikat dengan tali pertunangan. Bahagia dia jangan cakap lah, aku merasakan ini pertama kali aku terlalu gembira. Airmata jatuh berlinangan. Airmata bahagia yang pasti. Aku sudah menjadi hak orang dan bakal menjadi suri di rumahtangga seseorang. Ya, Zackry Imran. Ya Allah, berilah kebahagiaan kepada kami. Perkahwinan kami dirancang lagi 3 bulan. Maknanya aku bakal jadi milik sepenuhnya lebih kurang lagi 3 bulan! Aku tersenyum dan membaringkan tubuh di atas katil empuk milikku sambil memeluk erat Teddy Bear yang berwarna coklat cair, dimana matanya dilitupi dengan bulu-bulu bear tersebut. Comel. Aku gelarnya Yiyim, hasil nama kepelatan Zackry Imran masa kecil dulu.


“Niaaaaaaaaaa..” Satu pesanan ringkas yangbaru aku terima. “Nak apaaaaaaaaaa?” Aku membalas. “Amboi panjangnya ‘a’ dia. Heheh. Jum, Zack teringin nak makan kebab ni..” Aku menelan air liur yang tersekat di kerongkong. Kata orang nanti tak manis kalau tunang selalu jumpa. “Ala, Zack pergi je lah. Ada kerja lah..” “Alasan lah tu. Ni mama dengan papa pun ada sekali ha. Saya tahu awak mesti mengelat. Pandai eh. Cepat siap, kami dekat café bawah dah ni..”


 Aku terkilan. Haha buat malu aku je, cakap lah awal-awal mama dengan papa ada. Aku hanya mengenakan baju T lengan panjang berwarna kuning cair dan dikenakan dengan seluar jeans dan tudung bawal berwarna kuning pekat. Nasib aku dah gosok awal-awal semua. Aku segera turun ke café. Dari jauh mataku sudah tertancap pada tubuh sasa milik si Zackry Imran. Amboi, sedondon lagi baju aku dengan dia. Dia mengangkat kening. Saja je buat aku cair kat tengah-tengah alam tu. Aku menjelir lidah. Perangaiku tidak ubah seperti anak kecil sejak aku bergelar tunang Zackry Imran ni. Pelik, patutnya aku harus lebih matang. Ish bila entah nak berubah.


Pejam celik pejam celik, sudah hampir dengan tarikh pernikahan aku dengan Zack. Hati mula berdebar. Hanya tinggal sebulan setengah. Zack pun sudah banyak berubah. Aku pun semakin matang. Yeke? Hahaha. Matang lah jugak. Pengalaman hidup banyak mengajar erti kematangan bagi aku. Zack yang dulunya serius kini semakin ceria. Aku suka perubahannya. Tapi sejak-dua menjak ni, keceriaannya semakin tenggelam sejak pertemuan kami makan kebab bersama, tapi hanya berdua pada minggu lepas. Cara percakapannya seolah ada sesuatu yang disembunyikan. “Nia, I have something to tell you..”


Aku yang sedang enak menikmati kebab special tu memberhentikan tangan untuk menyua kebab ke dalam mulutku. Aku memandangnya penuh tanda tanya. “Nak tanya apa?” Aku tersenyum, cuba untuk tidak mempamerkan resah yang kian berombak kencang di hatiku. “Nia...Zack rasa baik Nia cari yang lain je..Zack takut Zack tak boleh jaga Nia..” Resah yang dari tadinya ku tahan terpamer jua akhirnya. Airmata yang bertubir di anak mata kian mengalir deras menuruni pipiku. Terkilan. “Tapi kenapa Zack? Kenapa baru sekarang? Lagi sebulan setengah je Zack..Zack dah ada orang lain ke?” Bermacam soalan yang aku ingin bertanyakan padanya tapi hanya itu sahaja yang mampu terluah. “Hmmm ini untuk kebaikan Nia. Zack taknak Nia sedih lagi.. Nanti Nia tahu sendiri kenapa Zack buat Nia macam ni bila tiba masanya..Nia, I’m so sorry. I have to Nia...” Selesai menghabiskan katanya, Zackry bangun meninggalkan aku sendirian di situ. ‘Sungguh kejam dirimu Zackry Imran..’ Detak hatiku. Aku menyeka airmata menggunakan hujung lengan bajuku, berharap semua tidak tahu bahawa aku sedang bermain dengan resah dan kesedihan yang sering bertamu di hati. Tapi kali ini, betul-betul sakit. Aku pasrah.


Malam pun tiba. Aku membelek semua foto yang mempunyai kenangan yang tersendiri, foto aku bersama Zackry sepanjang perkenalan kami. Airmata jatuh lagi. Dan akhirnya aku terlena di balik airmata yang kini menjadi teman setia untuk aku buat masa kini.


“Nia..Zack minta maaf. Zack taknak buat Nia macam ni. Patutnya Zack awal-awal lagi tak kenal dengan Nia..Zack tak cintakan Nia. Zack tak cintakan Nia...” Tersedu-sedan aku menahan tangis. Aku berharap ini semua mimpi. Aku cuba mencubit lenganku tapi tidak terasa sakit. Tiba-tiba aku rasa kehangatan tubuh yang erat memelukku. “Nia..bangun Nia...” Aku cuba mencari suara itu. Yang pasti bukan suara Zack. Aku membuka mata. Alhamdulillah, semua ini hanya mimpi. Badanku menggeletar. Aku hanya sempat melihat Fatihah erat memelukku sebelum mataku kembali berpinar dan gelap memenuhi ruang.


Aku membuka perlahan kelopak mata yang terasa panas dan berat. Mataku meliar memandang sekeliling. Aku melihat ibu, abang dan Fatihah sedang duduk di ruang tamu di dalam bilik itu. Mereka segera bangkit menuju ke arahku setelah melihat aku sudah pun sedarkan diri. Mataku meliar lagi, mencari sesuatu, atau seseorang mungkin? Ya, seseorang yang bernama Zackry Imran bin Zakuan. Aku dimaklumkan bahawa aku demam panas teruk dan sudah empat hari terlantar di atas katil ini. Sepanjang aku tidak sedarkan diri, aku sering meracau.


 Tetapi mereka sendiri tidak tahu apa yang aku racaukan. Berulang kali. Benda yang sama. Dan yang paling sedih, aku dimaklumkan Zackry tidak langsung melawat aku sepanjang aku berada di sini. Mungkinkah benar dia sudah ada yang lain? Airmata berguguran. Ah, aku sangat sensitif sekarang ni. Aku benci diri aku begini. Ya Allah, jadikan hamba seorang yang kuat dari segi fizikal dan mental.. Aku memejam rapat kelopak mata. Berharap semuanya akan hilang dan kembali seperti dulu dimana aku baru batuk sedikit, Zack beria-ria mahu menghantarku ke klinik. Comel je dia masa tu. Tapi tidak lagi kini dan aku pasti masa tak akan kembali. Aku sudah makin tidak mengenali dirinya.


Akhirnya sehari sebelum pernikahan kami, aku menerima sebuah mesej, daripada Zack! Terkejut beruk jugaklah aku masa tu. Aku menekan punat untuk membuka mesej tersebut. “Maafkan Zack jika Nia terasa hati. Zack akan cuba jadi yang terbaik.” Hanya pilu yang aku rasakan saat ini. Aku tidak tahu mengapa dia berubah begini. Dia terima aku sebab terpaksa kah? Tapi mengapa dulu dia beria-ria nak sangat aku jadi isterinya?


Ya Allah, bantulah hambamu. Aku buntu.

Gaun labuh berwarna merah hati membaluti tubuhku. Tudung warna sedondon juga sudah tersarung kemas di kepalaku. Aku hanya membiarkan mak andam menghias wajahku. Awal-awal lagi aku sudah katakan pada mak andam untuk menyolek hanya dengan basic makeup sahaja, dan tidak terlalu over. Biasalah kalau makeup mak andam ni kadang-kadang mengalahkan opera cina. Terkejut semua yang hadir nanti. Hatiku kian resah kembali. Aku tidak pasti betulkah keputusan ini yang harus kami ambil? Aku redha.

Hanya sekali lafaz, aku sah menjadi hak milik sepenuhnya kepada insan yang bernama Zackry Imran bin Zakuan. Senyuman terukir. Segala mimpi burukku selama ini hanyalah mainan syaitanirrajim semata-mata. Aku bersyukur ke hadrat Illahi. Aku kini sudah menjadi isteri orang. Dua hari majlis makan-makan sempena pernikahan kami telah diadakan. Semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih ya Allah. Zack kini tidak lekang mengukir senyuman manis dengan lesung pipit di bahagian pipi kirinya membuatkannya bertambah lebih kacak. Setelah majlis berakhir, hari kami berjalan seperti biasa. Ops, luar biasa. Kalau dulu bangun kalau boleh sebelum matahari nak terbit balik, tapi sekarang kenalah bangun awal, nak jadi menantu yang baik lah katakan.


Hihi. Pagi itu, aku dan mama menyediakan sarapan pagi. Hari ini kata mama special sikit sebab ada orang baru. Aku hanya tersenyum. Penuh makna kata-kata mama. Aku bahagia. Usai membuat sarapan, kedua-dua anak-beranak itu pun turun. Serentak. Macam tahu je semua dah siap. Bau sampai atas agaknya, tunggu masa makan je. Like father like son. Hehehe. Pagi itu aku memulakan tugasku sebagai seorang isteri. Zack hanya tersenyum manja melihatku semakin matang menguruskan hidup.


Hampir tidak perasan, sebulan sudah pernikahan kami. Sungguh cepat masa berlalu. Aku masih bahagia. Bahagia yang teramat sangat.


“Nia..abang nak keluar jumpa kawan lah. Kawan-kawan lama abang masa sekolah menengah dulu. Diorang baru tahu abang dah kahwin. Kelakar kan. Yalah, dulu masa abang nak nikah tu diorang semua dekat overseas, contact number pulak semua dah tukar tak bagitahu. Email tak berbalas..” Zack tersenyum. “Boleh tak abang keluar? Sayang nak ikut?” Mahu sahaja aku katakan ya, tapi disebabkan aku masih ada kerja yang perlu diuruskan, aku hanya membiarkan sahaja dia pergi. Aku mengangguk. Zack mengucup dahiku. Lama. Aku menyalami tangannya, airmata hampir mengalir. Aku tidak tahu mengapa. Terasa sayu. “Take care. I love you..” Zack memalingkan muka memandangku, “Take care too. I love you more, always and forever Nia Batrisyia..” Deruman enjin kereta Zackry memenuhi ruang dan kereta Audi kelabu meluncur keluar dari perkarangan rumah. Hatiku diusik resah. Lama kemudian, satu mesej aku terima. Dari Zack.


 “Sayang, abang dah sampai dah dekat sini. Rindu tak? Hehe. Malam nanti abang balik. Nak pesan apa-apa?” Selang beberapa minit kemudian, aku membalas “Jaga diri. Heheh nak pesan tu je. Tak nak lain..Hehehe” “Alright. You too honey. Kalau pape berlaku, abang nak syg tahu abg cintakan syg sampai akhir nafas abang. Abang janji..Heheh okaylah, I have to go. Bye sayangku Nia Batrisyia..:)” Aku mengukir senyuman. Hatiku mengharap agar malam cepat menjelma. Petang itu, aku ke rumah mama dan papa Zack atas arahan Zack sebelum dia keluar rumah tadi. Takut apa-apa berlaku dekat aku.


Malam berkunjung tiba. Jam menunjukkan tepat jam 11 malam. Mama dan papa sedang leka menonton televisyen. Aku kini bagaikan cacing kepanasan. Aku tidak senang duduk. Zackry masih tidak ternampak bayang. Aku mulai risau. Tidak lama kendian, satu mesej aku terima. Bukan dari Zack seperti yang aku harapkan. Tanganku mulai sejuk. Hatiku kian berombak badai. Aku membuka mesej tersebut. Dari maxis. ‘Ya rabbi, buat aku cuak je maxis ni. Orang tengah risau ni.’ Aku membuka bahagian contact, ingin menanyakan kawan-kawan Zack, tapi masalahnya seorang pun kawan sekolah menengahnya aku tidak tahu number. Mana taknya, kenal pun tidak. Tiba-tiba telefon di rumah Zack berdering. Mama mengangkat gagang. Setelah beberapa minit telefon dilekapkan di telinga, mama meletakkan semula gagang tersebut. Muka mama berubah.


‘Ya Allah, apakah dugaanmu untuk kami kali ini ya Allah. Kuatkan hati hambaMu..’ Telefon tadi datangnya daripada seorang doktor dari unit kecemasan bahagian kanser. Hari itu, baru kami semua tahu bahawa Zackry menderita selama tiga tahun menghidapi kanser otak. Mama dan papanya juga baru sahaja tahu. Doktor yang telefon itu merupakan doktor peribadi Zackry. Aku terus mencapai kunci kereta lalu membawa mama dan papa menuju ke hospital berkenaan. ‘Sampai hati tak bagitahu Nia, Zack..’ Ternyata dia bukanlah berjumpa dengan rakan-rakannya, tapi dia pergi ke hospital itu sendirian. Ya Allah, berdosanya aku..Kalaulah aku tahu tadi, pasti aku sudah ikut..


Kami tiba di wad yang merawat Zack. Semua tidak dibenarkan masuk lagi. Tapi apabila doktor keluar sahaja, kami semua dibenarkan masuk setelah Zack sendiri menyatakan pada doktor yang dia mahu berjumpa kami semua. Sayu aku melihat Zack. Dengan wayar-wayar yang bersambung pada anggota badannya dan satu alat bantuan pernafasan di wajahnya membuatkanku bertambah sayu dan pilu. Aku hanya membiarkan mama dan papa dahulu bercakap dengannya. Aku mahu menjadi orang yang terakhir yang bercakap dengannya supaya aku boleh menangis sepuas-puasnya. Tidak lama kendian, mama dan papa memberikan ruang untuk aku bersamanya.


 Kini hanya tinggal aku dan Zack di dalam bilik. Sepi dan sayu. Aku terus memeluk erat tubuh sasa milik Zackry Imran. Zack pun berusaha untuk bangun juga dan dia membalas pelukanku. Lemah. Aku tahu dia akan pergi juga. Semua orang pasti akan pergi. Aku cuba gagahkan hati. Berusaha untuk nampak kuat di mata Zackry, berharap agar dia juga begitu, kuat melawan penyakitnya. Zackry lemah mengukir senyuman. Terserlah lesung pipit di pipi kirinya yang sering membuat hatiku berkocak hebat. “I’m so sorry...Nia...” Airmata deras mengalir. Aku hanya mengangguk. Tidak mampu berkata apa-apa. Aku menyembamkan mukaku di badannya.


Terasa kehangatan tangannya membelai kepalaku. Aku mendongak memandangnya. Dia semakin lemah. Walaupun kondisi dia kronik, namun dia masih mampu tersenyum. Mulutnya terkumat-kamit menyatakan sesuatu. “I love..you...forever. Jumpa...di..sana, Insya..Allah..” Aku tidak mampu membendung kesedihan yang bertamu di hati. Aku menangis sepuas-puasnya. “Nia sayang abang juga...InsyaAllah, terima kasih jaga Nia dengan baik. Halalkan makan minum Nia..”


Aku lantas bangun memanggil mama dan papa untuk masuk ke dalam, atas permintaan Zackry. Mungkinkah permintaan terakhirnya? Ya Allah, tabahkan hati kami semua. Zack masih berupaya menyalami tangan ibubapanya, meminta izin untuk dia pergi. Sungguh syahdu. Perit. Papa mendekatkan bibirnya ke telinga Zackry, mengatakan sesuatu. Aku pasti ianya Kalimah syahadah. Zackry menuruti. Dan akhirnya, ku rasakan tangannya tidak lagi membalas genggamanku. Matanya perlahan-lahan terpejam dengan sendiri.


Aku tahu dia sudah pergi. Aku redha. Ya Allah, tempatkan dia di tempat orang-orang yang beriman..Amin. Mama dan papa sudah tidak berdaya. Sungguh. Kain selimut yang menyelimuti separuh tubuh Zack kini telah pun menutupi seluruh tubuh badannya benar-benar meruntun hati kecilku ini. Kini hanya tinggal jasadnya sahaja. Fatihah masih berada di sampingku. Memeluk erat tubuhku. Aku berasa sangat lemah sekarang ini. Terima kasih Allah yang telah mengurniakan seorang kawan yang baik seperti Fatihah, ada ketika aku susah dan senang. Petang itu juga, jenazah Zackry dikebumikan. Betapa sedihnya aku melihat orang yang aku benar-benar sayang kini terbaring kaku di liang lahad buat kali keduanya dalam hidupku. Usai membaca Yassin dan menyiram air mawar, kami beransur pulang.


Seminggu pemergian Zack, badanku sentiasa terasa lemah. Aku sering sakit. Mama, papa dan Fatihah amat khuatir tentang diriku. Hinggalah aku pengsan pada suatu hari. Aku sedar sahaja aku sudah pun berada di katil hospital. “Kenapa Nia ma?” Mama tersenyum. Aku memandang mata mama, terlalu banyak kisah di sebalik mata mama. Tapi mama tetap gagah. Aku juga mahu jadi begitu. Tapi mampukah aku? “Nia..” seru mama lembut.


“Ya ma? Nia tak apa-apa kan?” Mama tersenyum dan mengangguk. “Nia pregnant..” Papa yang dari tadinya di samping mama turut tersenyum. Fatihah juga turut berada di situ. Di mana ada Fatihah, di situ ada aku. Di mana ada aku, di situ pasti ada Fatihah. Fatihah juga tersenyum. Aku bersyukur kehadrat Illahi. “Zack..kalaulah awak ada lagi mesti best..Hmm tapi takpelah, at least saya ada penyambung warisan untuk awak. Semoga bahagia di sana Zackry Imran Zakuan..” Kini senyuman tidak lekang dari bibirku. Aku mengusap perut. Bahagia yang teramat sangat.


Suatu petang, sedang aku leka mengemas barangan untuk berpindah ke rumah mertua aku, aku terjumpa satu surat berwarna merah terang. Hatiku berdebar. Milik siapa? Mungkinkah dia? Tanganku ligat menyelak sehelai demi sehelai buku nota itu.


Assalamualaikum..

Nia sihat? Nia kena sihat selalu tau. Masa Nia baca ni mungkin abang dah takde. Hehe. Abang minta maaf tak bagitahu pasal penyakit abang ni. Even mama dengan papa pun abang belum bagitahu. Abang taknak diorang risau, terutamanya papa. Kalaulah dia tahu, sudah tentu penyakit jantungnya datang menyerang. Nia, ingat tak masa abang nak minta putus tunang couple months ago? Bukan abang tak sayang Nia, tak sayang hubungan ni, Cuma Abang taknak Nia jadi balu di usia muda. Lepas abang tahu abang hanya mampu bertahan untuk beberapa bulan je, Abang dah bertegas taknak kahwin dengan Nia, tapi mama dengan papa pujuk jugak jangan buat macam tu dekat Nia. Lagipun abang satu-satunya anak diorang yang boleh sambung pewaris mereka. Dan Nia juga dah berjaya mendapat tempat di hati mama, papa dan abang sendiri Sekarang Nia faham kan kenapa? Hmm Nia, abang minta maaf lagi sekali sebab abang tak dapat jaga Nia sampai hujung nafas Nia. Kalau ada jodoh yang panjang, InsyaAllah kita jumpa di sana ya sayang. Nia jaga diri tau. Abang sayang Nia sangat-sangat. Jangan lupa tu!

Yours,

Zackry Imran

Usai membaca, aku melipatnya semula. Airmata yang mengalir diseka. ‘Mungkin abang tak boleh jaga Nia sampai akhir nafas Nia, tapi abang dah berjaya jaga Nia sampai akhir nafas abang. Terima kasih abang..’


9 bulan aku membawa perut, akhirnya tiba masa untuk bayi dalam kandunganku untuk keluar melihat dunia. Aku berasa sangat bahagia. Aku kini telah dikurniakan seorang bayi lelaki. Comel. Mama dan papa lebih-lebih bahagia lagi kerana ini cucu yang pertama dan terakhir untuk mereka. Aku turut bahagia melihat senyuman yang terukir dari mama dan papa. Fikiranku teringat pada Zackry. Airmata berlinangan lagi. Terima kasih ya Allah.


Kini, bayi lelaki aku sudah berubah menjadi anak teruna. Begitu cepat masa berlalu. Mukanya saling tidak tumpah seperti papanya, beserta lesung pipit di bahagian kirinya, tapi hanya nama yang membezakan mereka. Zarith Amran. Satu-satunya buah hati aku dan Zackry Imran. Terima kasih ya Allah. Kini aku bahagia.


Zackry Imran bin Zakuan, kenangan yang kita cipta akan aku sematkan di dalam dada dan akan ku ingat selagi berdaya. Andai benar jodoh itu milik kita, dimana kita berada pasti akan berjumpa. Tidak di dunia, InsyaAllah di akhirat sana...

Tags:

Share:

1 comments

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.