Reunion MRSMKB + Kenduri Kahwin Pojan

4:15p.m
kampung subang
baru balik dari Parit Buntar

alhamdulillah. selamat sampai ke rumah juga akhirnya. i'm sooooo freaking happy :DD

agak penat juga sebenarnya sebab kelam kabutlah masa nak pergi tu. aku memang buat last minute punya decision and preparation. hari tu, i was supposed to go back home and enjoy my life in a week sebelum aku masuk balik ke UNITEN. then, masa malam tu, aku ternampak post yang diorang nak pergi beramai-ramai. ada pula kawan aku, Atikah, dia kata ada spot kosong lagi satu. dengan pantasnya, aku pergi msg dia. tunggu punya tunggu, aku pun dapat jawapan dari dia. and yeah! dapat juga. but there's one problem. aku tak bagitahu lagi umi and ayah aku. hmm...

lepas tu, apalagi, terus aku call umi. minta izin dari umi and ayah. at first, umi macam keberatan. yelah, emak kan. emak mana yang tak risau anak dia nak berjalan jauh. perempuan semua pula tu.


and then, hari tu, ayah datang ke apartment aku, aku bawa semua barang turun ke bawah. time tu dah pukul 7 malam dah. aku dah gelabah. haish.. sebab kami sepatutnya gerak pukul 8.30 malam.

nasib baiklah sempat. and sampai je rumah, dah masukkan semua barang masuk dalam bilik, aku kemas pula barang nak ke pulau pinang. nasib baik juga nak pergi sana x lama. so, satu beg sandang je aku bawa. bila aku cakap kat umi yang aku nak jumpa budak-budak maktab, aku rasa baru umi aku senang hati nak bagi aku pergi. seorang emak takkan biar anak dia pergi ke mana tanpa sebarang nasihat kan. so..

"nak pergi jauh ni, bawa elok-elok. jangan suka-suka sangat. dah sampai call."

okay. :) and kami terus bergerak. ah, memang penat gila lah hari tu. (memang dah kurang stamina, dah lama x jogging. kena tukar style ni.) kami bergerak ke Kuala Kangsar dulu sebab nak tidur sekejap sebelum bertolak ke Nibong Tebal. nasib baik ada kawan yang duduk situ. dia ada homestay. geng perempuan duduk kat homestay dia (dekat gila dengan istana raja tu) and lelaki pula duduk dekat rumah dia (since dia juga lelaki. duhh)

esoknya, pergi ke rumah dia and sarapan kejap. and apalagi, camwhore ler.. hahahaha~


bergambar di rumah Piky

tengah hari tu baru gerak ke rumah Pojan dekat Penang. best sangat sebab jumpa balik ramai kawan-kawan lama! banyak sangat kenangan dengan diorang :D bersembang bagai. tanya semua orang, "ko kenal aku lagi tak?" haha, lepas tu sembang x ingat dunia. and then, dah dekat dua jam macam tu, kami bergambar bersama-sama.
ni je yang datang kenduri

aku budak kelas 506. ala, aku sorang je perempuan. yang selebihnya 3 lelaki. shahrul, nashrul and nazrin. ambil kesempatan yang ada lah nak bergambar. and dah dekat petang tu, baru balik. kami gerak ke Parit Buntar sebab Atikah takut nak bawa malam lagi dah. lepas tu jauh kan. kesian dia, penat. ada yang nak fly ke Mesir, U.K and German. so, x dapat lepak sampai ke malam.

ikram, faez, yin, bok, galah

esok paginya a.k.a harini baru kami bergerak balik. sampai rumah lebih kurang pukul 1 tengah hari. alhamdulillah, syukur semuanya selamat. :)

apa yang paling best dalam banyak-banyak ni, banyak memori yang terkeluar. macam-macam cerita sepanjang kenduri and time kami nak balik tu. itulah untungnya bila masuk asrama. kita dah macam satu family. lagi-lagi kami x ramai. so, semua orang kita kenal. and aku sayang sangat dengan diorang sebab diorang x memilih sesiapa untuk berkawan. pelik ke pendiam ke bising ke, masuk je.

insya-ALLAH satu hari lagi kita jumpa. i'll miss you all 2nd batch MRSMKB :')

even penat, manisnya tetap terasa sampai bila-bila :D

Share:

1 comments

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.