3rd E-Novel - Cinta Matchmaker



insya-ALLAH ini novel saya yang seterusnya. 1 cerita 2 hati terpaksa disimpan buat sementara (kekurangan idea sebenarnya)... habis MCD, saya sambung cerita ni :) that's all. 

watak-watak dalam cerita ni - Alfie Hakimi and Aina Sofia 





adios~

"Cium saya pun salah ke?"

"Ya," kata Sofia tanpa berfikir terlebih dahulu. "Maksud saya, tak."

Alfie tergelak kecil. "Yang mana satu sebenarnya?"

"Ugh. Macam mana kalau saya tercekik? Macam mana kalau saya tak nampak meyakinkan?" Bagaimana pula kalau dia menjadi tidak tentu arah dan memberikan pihak wartawan apa sebenarnya yang mereka mahukan? Alfie mungkin akan kehilangan harta warisannya.

Alfie mengalihkan sebelah tangan yang memegang stereng kereta dan melabuhkannya di atas tangan Sofia yang terasa dingin. "Sofia?"

"Ya."

"Relax. Let me take charge here."

Sofia menggelengkan kepala. "Saya tak biasa dengan lelaki yang mengambil alih dalam hidup saya."

"Saya tahu tu. Tapi awak boleh percayakan saya."

Sofia mahu percayakan lelaki itu. Tetapi kedua-dua tangannya menggeletar ketika mereka berhenti di tepi rumahnya. Alfie mengeluarkan kunci dari pencucuh dan bergerak keluar dari tempat duduknya. "Jom kita masuk dan kemas barang-barang kita ni."

"Awak nak cium saya ke bila kita dah masuk dalam nanti?" Allah, dia perlu tahu... jadi dia boleh bersiap sedia dengan apa yang bakal terjadi nanti.

Alfie menggerakkan badannya ke hadapan dan membuka cermin mata hitamnya. "Mari sini," bisik Alfie, sambil merenung ke arah bibir wanita itu.

Sofia bergerak sedikit ke hadapan, dengan sangkaan bahawa Alfie ingin berbisik sesuatu kepadanya.

Sebaliknya, Alfie terus mengucup bibir mungil isterinya, perlahan. Terpana Sofia seketika. Kemudian Alfie menghentikan kelakuannya. "Cium ni senang je." kata Alfie. "Nak menolak balik tu yang susah."

Tags:

Share:

0 comments

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.