
bab 1
"Aku perlukan seorang isteri, Karl, dan aku perlukan dia semalam." Alfie Hakimi mengerling jam tangannya buat kali kesepuluh.
Ketawa Karl membuatkannya terkejut. "Habis tu carilah mana-mana perempuan yang ada dekat sini and then kahwin."
Nasihat kawan baiknya itu mungkin ada benarnya, itupun jika Alfie mampu mempercayai semua perempuan yang pernah hadir di dalam hidupnya. Sayangnya, dia tidak mampu. "Dan ambil risiko hilang segala-galanya? Kau pun kenal aku kan. Aku tak perlukan perkahwinan macam tu kawan." Satu perjanjian yang dia perlukan sebenarnya. Sebuah kontrak. Berkahwin, bercerai, dan bawa haluan masing-masing kemudiannya.
"Perempuan-perempuan yang selalu keluar dengan kau mesti nak punya tanda tangan kontrak tu."
Dia sudah pun memikirkannya. Tetapi dia tidak mahu memusnahkan rancangannya dengan berpura-pura jatuh cinta semata-mata mahukan seorang wanita berjalan bersama dengannya ke mahkamah kelak. "I need someone who's on board with my plan. Seseorang yang aku tak berminat."
"Kau yakin ke servis dating ni berkesan?"
"Matchmaking, not dating."
"Apa bezanya?"
"They don't match your love interests. They match your life plan."
"Romantiknya." Sinis Karl bersuara.
"Rasanya bukan aku je yang terdesak sekarang ni."
Karl ketawa dan tercungap-cungap dia mencari nafas. "Yalah," ujar Karl. "Aku tak pernah dengar pula orang kaya dan bernama macam kau ni sanggup telefon orang yang tak dikenali untuk padankan kau dengan someone."
"Ramai kot yang rekomenkan lelaki ni, seorang usahawan yang sanggup tolong lelaki macam aku dalam situasi yang sama."
"Apa nama dia?"
"Safri Yahya."
"Tak pernah dengar pun."
Jalan sesak di antara dua blok di mana temu janjinya bersama dengan lelaki itu berlaku. Sesaat berlalu pergi. Ah, dia sangat benci lewat sebegini.
"Aku kena pergi."
"Aku harap kau tahu apa yang kau buat."
"Business is what I do, Karl."
Sahabatnya marah tanda tidak bersetuju. "Aku tahu. It's relationships you suck at."
"Screw you." Tetapi Alfie tahu setiap tutur kawannya itu benar belaka.
"You're not my type."
Pemandu Alfie memasang lampu tinggi, menganggu pemandu di hadapan yang sedang memandu. Kejam, sama seperti yang dia mahukan.
"Jumpa kau lagi malam ni."
Alfie mematikan talian, dan memasukkannya ke dalam poket kot, dan bersandar ke belakang tempat duduknya. Nampaknya dia lambat. Dia perlu mencari seorang isteri sebelum minggu itu berakhir, semata-mata untuk mengekalkan namanya, dan harta ayahnya. Dan semua itu bergantung kepada Safri Yahya.
Dia berharap sangat agar pembantu peribadinya tahu apa yang dia lakukan. Kalau tidak, Alfie terpaksa pula memilih untuk berkahwin dengan Daisy, atau mungkin juga Troian. Daisy lebih mementingkan dirinya sendiri berbanding dengan duit yang Alfie miliki. Hakikat bahawa perempuan itu mempunyai kekasih gelap membuatkan dia menolak untuk memilihnya sebagai isteri. Dan sekarang cuma tinggal Troian.
Cantik dan berambut perang. Dia tidak suka dengan niat wanita itu. Dia mungkin jahat, tetapi dia bukan kejam. Sesetengah perempuan tidak akan bersetuju dengan hal itu, dan pihak wartawan juga sudah melabelkannya sebagai lelaki yang licik dan sombong. Selagi boleh dia mahu menjauhkan diri dari mana-mana skandal. Kebenaran itu pahit, dan dia tahu perkahwinan palsunya nanti perlu nampak seperti realiti semata-mata untuk memuaskan hati para peguam ayahnya.
Adam memberhentikan kereta di tepi kedai kopi yang berwarna hijau dan putih dan cepat-cepat dia membuka pintu kereta Alfie. Bersama beg bimbit di tangan, Alfie tidak mengendahkan kepala-kepala yang berpusing ketika dia melangkah masuk ke dalam kedai tersebut. Bau kacang tanah yang segar menusuk ke dalam rongga hidungnya ketika dia memerhati meja yang ada situ, cuba mencari figura lelaki yang bernama Safri Yahya. Pastinya orang Melayu, dengan nama sebegitu. Alfie sangkakan yang dia akan berjumpa dengan seorang lelaki yang memakai sut bersama portfolio yang mengandungi segala maklumat tentang bakal isterinya di dalam.
Kilasan pertama tidak menjadi, jadi dia membuka cermin mata hitamnya dan mula mencari sekali lagi. Satu pasangan muda sedang bermain dengan komputer riba masing-masing sambil meminum latte mereka di meja kecil berhadapan dengannya. Di meja yang lain pula, seorang lelaki yang hanya memakai seluar pendek bersama kemeja T sedang bertekak dengan seseorang di dalam telefon. Di bahagian kaunter pula, terdapat satu pasangan yang sedang menolak kereta bayi mereka.
Melangkah masuk lebih dalam, Alfie ternampak seorang wanita dengan rambut ikal beralun lembut di bahu. Kakinya bergoyang-goyang tanpa henti, gementar atau mungkin juga dia sedang mendengar muzik. Mata masih lagi meliar memandang sekeliling, Alfie terlihat seorang lelaki yang sedang duduk di atas kerusi malas. Dia memakai seluar panjang dan wajahnya menunjukkan dia mungkin berada dalam lewat empat puluhan. Bukannya beg bimbit yang berada di sini, sebaliknya, lelaki itu memegang sebuah buku. Alfie mencerunkan matanya membuatkan perhatian lelaki tadi terganggu. Lelaki itu memandangnya seketika sebelum menyambung semula aktiviti membacanya.
Aduhai, mungkin Encik Safri juga terperangkap di dalam kesesakan jalan.
Lewat tidak pernah menjadi pendorong utama bagi seorang klien, tidak kiralah perniagaan apa yang mereka jalankan bersama.
Jika Alfie mempunyai pilihan yang lain, dia akan berpaling dan berlalu pergi dari situ.
Berjalan melepasi seorang wanita yang berambut merah, Alfie memesan secawan kopi, kemudian dia duduk di situ buat beberapa minit dan menunggu. Dia meletakkan beg bimbitnya ke atas meja kosong dan berpusing untuk mengambil kopinya ketika seorang anak remaja memanggil namanya di kaunter tadi.
Renungan mata dari seseorang membuatkan badannya terasa satu getaran. Laju matanya mengimbas kawasan kedai itu untuk melihat siapakah yang sedang memandangnya. Akhirnya, pandangannya jatuh kepada sepasang mata coklat yang semakin mencerun tajam merenungnya. Wanita genit itu tidak mendengar muzik, ataupun membaca majalah. Dia cuma memandang tepat kepadanya.
Mata perempuan itu dihala semula ke komputer ribanya sebelum memandang Alfie sekali lagi. Nampaknya wanita itu mula mengenal pasti akan dirinya. Alfie pernah melihat ekspresi wajah itu sebelum ini setiap kali seseorang memanggil namanya.
Wanita itu tidak nampak seperti merbahaya. Sehinggalah dia membuka mulut dan bercakap terus kepadanya. "Awak lambat."
Dua patah perkataan. Dua kata itu sahaja mampu membuatkan Alfie terkelu seribu bahasa.
"Apa dia?"
"Encik ni Encik Alfie, kan?"
Mudah sahaja soalan itu, tetapi Alfie tidak dapat memahaminya. Dia benar-benar terpana dengan wanita di hadapannya itu. Ketika perempuan itu berdiri, dia cuma separas bahunya sahaja. "Ya saya."
"Safri Yahya." Wanita itu memperkenalkan dirinya.
"Awak bukan lelaki." Alfie terasa bagai mahu menjerit. Itu sudah semestinya perkara bodoh yang pernah dia katakan terhadap seorang wanita selama dia hidup di dunia ini.
Sebaliknya, wanita yang bernama Safri itu ternyata tidak terkejut. "Never have been." Wanita itu tersenyum lebar, menunjukkan giginya yang sempurna.
"Saya ingatkan Safri tu lelaki."
"I get that a lot. Selalunya ada manfaat juga untuk kerja saya ni." Wanita itu menunjukkan ke arah kerusi yang bertentangan dengannya. "Encik nak duduk sementara kita mulakan perbincangan kita ni?"
Alfie teragak-agak, tidak pasti jika dia mahu menyambung 'temuduga' ini atau bertanyakan tentang perubahan jantina yang berlaku kepada wanita itu.
Sepuluh minit sahaja akan diberi kepada wanita ini untuk dia membuktikan yang dia boleh memenuhi kemahuannya. Jika tidak, dia akan berundur diri dan mencari pilihan lain.
Alfie membuka butang sut di bahagian atas sekali sebelum mengambil tempatnya di meja itu. "Nama cik memang Safri ke?"
"Safrina." Safrina tidak memandang lelaki itu kerana dia sedang sibuk mengeluarkan timbunan kertas dari dalam beg bimbitnya yang diletakkan di sebelah kerusi yang didudukinya. Senyuman ringkas yang diberi tadi sudah hilang dari pandangan dan digantikan pula dengan garis nipis di antara bibir mungilnya, menyembunyikan apa sahaja di dalam pemikirannya ketika itu.
"Cik pakai nama Safri tu untuk perbodohkan klien ke?" Tangan Safrina terhenti ketika dia menolak kertas-kertas tadi ke arah Alfie. "Encik nak datang ke kalau saya ni perempuan?"
Mungkin tidak.
Tanpa menyuarakan kata-katanya, Safrina menyengetkan sedikit kepalanya ke kanan dan menyambung. "You make my case, Mr. Alfie. Let me see if I'm reading your intentions. Dalam fikiran encik, encik dah tetapkan masa untuk saya buktikan yang saya mampu dalam bidang ini kan. Berapa lama ya.. dua puluh minit?"
"Sepuluh." Jawab Alfie tanpa berfikir. Apalah yang ada di dalam gadis ini yang membuatkan dia bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu?
Safrina tersenyum lagi, membuatkan Alfie berasa tidak tentu arah.
"Sepuluh minit," ulang Safrina. "To outline exactly how I plan on finding you the perfect wife for your short-term goals. A businessman like yourself expects quick efficiency and no emotional baggage to complicate matters. Betul tak apa yang saya cakap setakat ni?" Safrina memandang Alfie, tepat. Mata coklat itu tidak menunjukkan sebarang keraguan.
"Betullah tu semuanya."
"Perempuan ni berjiwa sensitif, dan sebab tulah P.A encik memilih servis saya untuk membantu selesaikan masalah encik ni. Hati saya kuat mengatakan ramai sebenarnya yang sanggup jual diri mereka semata-mata untuk berkahwin dengan encik, tapi encik tak percaya yang mereka semua tu mampu diberi nama dari keluarga encik." Selalunya, Alfie sendiri yang akan menguruskan segala keperluannya. Tetapi entah bagaimana ketika dia mendengar setiap bait kata-kata dari Safri a.k.a Safrina membuatkan dia berasa selesa. Dia tahu yang dia sudah datang ke tempat yang betul untuk menyelesaikan masalahnya.
"Macam mana saya nak tahu kalau perempuan yang awak pilih ni menepati kehendak saya?"
"Saya selidik dahulu setiap wanita di dalam direktori saya sama seperti yang saya lakukan terhadap lelaki. Latar belakang, masalah kewangan, salah silah keluarga, dan juga perangai mereka."
"Gaya awak ni macam penyiasat persendirian pula."
"Tak adalah. Tapi saya faham kenapa encik fikir macam tu. Matching people is what I do."
Alfie bersandar ke belakang dan menyilangkan kedua belah tangannya ke dada. Dia sukakan Safrina, dia memutuskan untuk memberi lebih masa kepada wanita di hadapannya ini.
"Boleh kita sambung?"
Alfie mencapai kopinya dan menganggukkan kepala. Safrina memegang sebatang pen dan memusingkan kertas yang diberi kepada Alfie tadi supaya menghadapnya. "Saya ada beberapa soalan untuk encik sebelum saya benarkan kita untuk sambung perkara ni lebih mendalam."
Kening Alfie bertaut mendengar kata-kata wanita itu. Menarik. "Berapa lama pula saya kena buktikan diri saya kepada Cik Safrina?"
Safrina memandang Alfie. "Lima minit."
Alfie menegakkan tubuhnya, semakin tertarik dengan sikap Safrina.
"Encik pernah kena tangkap sebelum ni?"
Rekodnya masih bersih, tetapi itu bukan persoalannya.
Dia tahu jika dia menipu Safrina wanita itu akan mengemas barangnya dan berjalan keluar dari pintu kedai tersebut. "Masa tu saya baru masuk tujuh belas tahun dan saya tumbuk lelaki yang cuba menyakitkan adik saya. The record was buried."
"Encik pernah pukul perempuan sebelum ni?"
Rahang Alfie menegang. "Tak pernah."
"Pernah berniat?" Safrina memandangnya kini, tajam matanya.
"Tak." Keganasan tidak pernah wujud di dalam kamus hidupnya.
"Saya perlukan nama kawan rapat encik."
"Karl Aiman." Safrina menulis sesuatu di atas kertas itu.
"Musuh ketat?"
Tidak terjangka Alfie akan soalan itu. "Saya tak pasti macam mana nak jawab soalan tu."
"Biar saya jelaskan balik. Siapa dalam hidup encik yang cuba nak menjatuhkan encik setiap masa?" Ingatannya melayang pada rakan-rakan perniagaannya yang mungkin ada menyimpan dendam terhadapnya. Tetapi tidak pula terlintas di mindanya akan sesiapa. Cuma ada seorang manusia sahaja yang sangat tidak senang melihat kejayaannya.
"Imej siapa yang encik bayangkan sekarang ni?"
Alfie menghirup kopinya. Perutnya terasa memulas. "Hanya seorang."
Sofia mengangkat pandangannya, dan menunggu.
"Sepupu saya, Junaidi." Rahang yang mengendur sedikit dan bahu yang tegak tadi terjatuh ke bawah, menunjukkan bahawa Safrina terkesan dengan jawapan yang diberinya tadi. Tetapi wanita itu tidak berkata apa-apa, cuma menulis sahaja maklumat tersebut tanpa suara. Safrina mengoyak kertas yang berada di atas sekali dan memberikan yang selainnya kepada Alfie. "Saya nak encik isi borang ni. Encik boleh faks kan kepada saya melalui nombor telefon yang ada di halaman terakhir."
"Saya lulus tak dalam ujian ni, Cik Safrina?"
"Kejujuran perlu dikekalkan dalam proses ini. Tapi setakat ni, semuanya berjalan baik bagi saya."
Giliran Alfie pula tersenyum. "Saya boleh je menipu awak pasal dakwaan tu."
Safrina mula mengemas barangnya ketika dia bersuara. "Nama lelaki tu Joshua D. Awak baru je sambut hari jadi awak yang ketujuh belas masa awak patahkan hidung dia dalam perlawanan polo yang korang berdua masuk untuk bertanding. Joshua ni ada kelebihan untuk memikat mana-mana je perempuan yang dia suka, and lepas dia dah dapat apa yang dia nak, dia akan tinggalkan perempuan tu tanpa belas kasihan. Tapi adik encik bijak, dia cepat-cepat melarikan diri, dan kalau encik tak belasah lelaki tu untuk melindungi adik encik, dan saya pun dah tahu juga pasal perkara tu, temuduga ni tak mungkin akan berlangsung sebelum encik duduk lagi."
"Macam mana..."
"Saya ada banyak sumber dari luar. Most of which I'm sure you'll know about before this day is out."
Yelah tu. Dia baru sahaja berbalas panggilan pembantunya sebelum dia memasuki keretanya.
"Berapa banyak yang saya kena bayar ni, Cik Safrina?"
"Anggaplah saya ni sebagai ejen. Bila peguam encik dah buat perjanjian tu, encik kena ingat yang dua puluh peratus dari apa yang encik tawarkan kepada isteri encik akan menjadi milik saya."
"Dan kalau saya bayar dia sikit je?"
"The women I work with have a minimum spelled out in that stack of papers."
"Dan kalau perempuan tu tak mampu bertahan sampai ke penghujung perjanjian tu? If she fights the contract after a year?"
Safrina berdiri, tidak memberikan Alfie peluang melainkan berdiri disebelahnya juga.
"Dia takkan sesekali jadi macam tu."
"Macam yakin sangat je awak ni."
"The predetermined amount of money, her share, goes into an account. If the woman fights for more, that money pays your attorneys to squelch her. Apa sahaja yang tinggal akan menjadi milik encik. Masa hanya akan berubah jika encik beroleh zuriat bersama isteri encik. Family courts with kids aren't something I agree to deal with. Pandai-pandai enciklah nanti. Melainkan kalau encik sendiri yang nak memutuskan hubungan dengan isteri encik selepas setahun perjanjian tu berlaku. Kalau tak, encik nikmati sahajalah bahagia sehingga ke hujung nyawa encik. Kalau boleh namakan anak encik dengan nama saya ya."
Wanita itu sudah memikirkan segalanya. Alfie berasa kagum dengan kenyataan Safrina itu.
"Saya perlukan kertas-kertas tu sebelum pukul tiga petang ni. I'll be in touch by five with a list of prospective women. We'll set up meetings as soon as tomorrow if your schedule allows."
Alfie mengangkat beg bimbit Safrina dan menyerahkannya kepada wanita itu.
"Ada apa-apa soalan lagi untuk saya, Encik Alfie? Atau saya patut panggil encik, Yang Mulia?"
Gaya Safrina bercakap ketika menyebut gelaran itu membuatkan dia terpana. Dia tidak kisah mendengarnya sekali lagi, tetapi mungkin cuma menerusi panggilan telefon sahaja... "Apa kata awak panggil saya Alfie je?"
p/s : macam mana? okay tak? ^^,
insya-ALLAH cerita ni lain sikit dari yang lain. tapi kalau rasa x best, saya try tukar cerita. hmm..

Menarik..suke <3
ReplyDeletethank you :)
ReplyDeletewahhh! COOL lah kak! (y)
ReplyDeletethank you am_mir :)
ReplyDeleteCERITA AWAK SEMUA MEMANG TERBAIK...
ReplyDeleteterima kasih baby mio. :')
DeleteWo wo woh , menarik , hehe. Dekat dekat exam baca novel xD nanti cbox saya kalau ada cerita bau ke apa. Hihi, nanti saya habiskan baca cerita awak ;)
ReplyDeleteakak, nak baca! nak baca ! hihii.. jie nak habiskan cerita nie dulu lah.
ReplyDeleteakak, u know what? jie rasa macam nak habiskan semua karya akak dlm satu hri ja! huu. Hati Diusik Cinta pun nak baca jugak ! wuhuu.. semua nk baca sbb akak pandai berkarya. thumbs up!