Cinta Matchmaker -bab 2-


bab 2


Sejurus selepas Safrina tahu yang dia tidak diperhatikan oleh sesiapa, dia menyelinap masuk ke dalam keretanya sambil tersengih gembira. "Sudah tiba masanya," bisik Safrina kepada dirinya sendiri.

Putera yang kacak itu merupakan tiketnya untuk bergerak lebih jauh. Di dalam fikiran sudah terbayang klien seperti Alfie Hakimi akan beratur untuk mendapatkan perkhidmatannya dalam mencari seorang isteri. Dia sudah menjumpai senarai isteri untuk lelaki yang tiada masa, dan tiada niat untuk berjumpa dan berkenalan terlebih dahulu. Mereka ini bukannya mencari cinta, tetapi cuma sebagai peneman sahaja. Sesetengah lelaki ingin berkahwin hanyalah sekadar untuk lari dari kekasih-kekasih mereka yang tidak henti datang dan pergi dalam hidup. Sehingga kini, dia sudah menyimpan pendapatan yang kukuh untuk mengekalkan perniagannya.

Dengan Alfie, dan anggaran keuntungan yang akan dia perolehi, Safrina mampu membayar segala perbelanjaannya selama dua tiga tahun yang akan datang.

Kalau diikutkan, Alfie tidak memerlukan harta dari arwah bapanya memandangkan dia sendiri sudah menjadi jutawan atas usahanya selama ini. Tetapi untuk membiarkan wang tersebut diserahkan bulat-bulat kepada sepupu Alfie, ternyata sangat memalukan. Lebih-lebih lagi dengan rasuah dan skandal yang sering dikaitkan dengan amal jariah yang dilakukannya.

Safrina tahu, musibah akan melanda jika harta itu jatuh ke tangan orang yang tamak haloba.

Situasi Alfie akan membawa gangguan yang tidak pernah dihadapinya sebelum ini. Gelaran lelaki itu pasti akan menjadi masalah besar buatnya. Dia terpaksa menyelidik dengan lebih teliti akan wanita yang perlu dipilihnya agar mereka tidak berangan-angan untuk mendapat gelaran Puteri Raja. Dengan wajah yang menawan itu, bodohlah jika wanita yang dipilih oleh Alfie hanya memandang pada kekayaannya sahaja.

Safrina pernah melihat gambar-gambar tabloid Alfie di pantai Tahiti yang menyerlahkan figura sasa lelaki itu. Ketika dia melangkah masuk ke dalam kedai kopi tersebut tadi pun, semua mata berpaling kepadanya walaupun lelaki itu seakan-akan tidak sedar dengan setiap renungan itu. Dia sekadar memerhati satu kawasan kedai untuk mencari orang yang ingin dijumpai. Baru sahaja sesaat melihat Alfie, hati Safrina sudah merasa gementar.

Safrina mengeluarkan telefon bimbit dari dalam beg tangan dan menelefon pembantunya.

"Sinful Cupid, this is Allie."

"Hey, aku ni."

"Ha, macam mana tadi?" Terlompat Alina ketika mendengar suara majikannya yang juga merupakan kawan baiknya.

"Bagus sangat. Kau dah cari fail dan buat panggilan tu?"

"Dah. Janet je yang tak boleh buat masa ni."

Safrina terus terbayangkan perempuan tinggi berambut perang itu. "Ye ke, kenapa?"

"Nampaknya dia dah ada teman lelaki lah."

Perkara sebegitu mampu memusnahkan perkahwinan orang lain pula. Tanpa Janet, ada tiga orang lagi perempuan di dalam senarainya. Melainkan jika Alfie mempunyai masalah dengan wanita cantik jelita, Safrina mampu memberi lelaki itu seorang isteri pada hari Khamis ini juga. Hari ini baru masuk hari Isnin.

"Nasiblah dia."

"Kau nak datang ke?"

"Aku ada benda nak buat sekejap lepas tu baru aku ke sana."

"Bawa makanan tengah hari sekali."

Alina dan Safrina sudah lama menjadi sahabat baik, sebelum mereka memulakan perniagaan ini lagi. "Sebagai majikan kau, bukan kau ke yang kena belikan makanan tengah hari untuk aku?" usik Safrina.

"Not when my slave-driving employer isn't in the office long enough to man the phones."

Dalam ketawa, Safrina berkata, "Nanti dalam setengah jam aku sampai."

"Kau patut telefon Blue Moon dulu."

Safrina tersentak. "Kenapa, ada masalah ke?" Kerisauan mula bermaharajalela di dalam dirinya.

"Tak penting mana pun. Rose tak makan banyak macam yang diorang nak. Diorang fikir yang kau patut datang sekejap untuk jumpa dan bersembang dengan dia."

Safrina menghembuskan nafas sedalamnya, cuba untuk menenangkan diri. "Okay." Rancangannya pada petang itu akan menjadi rumit memandangkan dia perlu singgah sebentar ke rumah sakit di mana adik bongsunya ditempatkan. Kali terakhir Sadiya berhenti makan, dia ditempatkan di hospital disebabkan oleh jangkitan yang merebak pantas ke dalam saluran darahnya. Safrina berharap agar adiknya itu cuma tertekan dan bukannya kerana sakit kronik. Sedih mengenangkan itulah yang menjadi pendorong utama adiknya berbuat sedemikian.

Tetapi apa lagi yang tinggal kini? Tekanan yang melampau membuatkan Sadiya cuba membunuh dirinya sendiri, yang akhirnya mengakibatkan strok dan bukannya kematian. "Aku lambat sikit, tapi kalau kau nak tunggu, nanti aku bawakan makanan tengah hari sekali."

"Bagitahu aku kalau kau rasa dah tak cukup tangan."

"Pasti. Terima kasih."

Safrina menutup talian dan menghidupkan enjinnya sebelum bergerak ke rumah sakit Blue Moon. Kos rumah eksklusif itu bernilai hampir seratus ribu setahun dan disebabkan itulah Safrina benar-benar memerlukan duit daripada Alfie. Dia sudah terlewat satu bulan untuk membayar kos perubatan adiknya. Perkara terakhir yang ingin dia lakukan ialah mencari nahas dengan kewangannya yang boleh mengakibatkan adiknya dikeluarkan serta-merta dari rumah itu. Tidak, dia sanggup tidur di dalam kereta sahaja sebelum sempat perkara itu terjadi.

Membayangkan Putera itu, Safrina tahu ada sesetengah perkara yang tidak akan berakhir dengan buruk. Alfie akan kehilangan tiga juta dari tanah ayahnya jika dia masih lagi tidak berkawhin dengan sesiapa hujung bulan ini. Alfie sanggup membayar wanita itu untuk bernikah dengannya dan sekaligus membayar syarikat Safrina juga. Apa yang perlu dia lakukan ialah cuma mencari wanita yang mampu menepati personaliti yang lelaki itu mahukan dan memastikan wanita itu tidak akan membuat masalah di kemudian hari.

Senang sahaja.. atau dia hanya mampu berharap.

_______________________________________________________________________

Afie mengimbas setiap gambar dan fail ketiga-tiga orang pereempuan yang sudah dihantar oleh Safrina. Setiap seorang dari mereka sangat sempurna. Mereka berpendidikan, berbudi pekerti, dan cantik jelita. Jadi kenapa mereka perlu mendaftarkan diri di dalam servis sebegini semata-mata untuk mencari seorang suami sementara sahaja? Pasti ada kaitan di antara mereka ini dengan Miss Matchmaker tu, tetapi Alfie tidak mampu mengaitkannya.

Calon pertama, Efisa.. tiada nama terakhir. Mengikut portfolio ini, dia merupakan seorang pelajar tahun dua dalam bidang undang-undang. Dia sangat sukakan seni dan menghabiskan masa lapangnya dengan menyertai marathon. Alfie mengerling pada gambar wanita itu sekali lagi. Terlalu sama wajahnya dengan wajah Daisy membuatkan dia menjadi takut. Safrina terlalu teliti dan memikirkan segala-galanya, dia juga turut meletak ukuran tubuh badan setiap wanita tersebut di bahagian bawah halaman. Terdapat juga kaki nota dari Safrina yang mengatakan gambar yang diambil oleh syarikatnya sentiasa ditukar setiap enam bulan.

Calon kedua, Yana... sekali lagi, tiada nama terakhir. Seorang pembantu doktor yang sedang mengambil kelas perubatan. Dia sangat sukakan bot dan menghabiskan masanya dengan melawat tempat-tempat menarik. Dia turut berkongsi kisah tentang lawatannya, tetapi kertas ini tidak menunjukkan bagaimana wanita bernama Yana ini mampu membiayai hobinya itu.

Calon ketiga, Katrina.. Alfie tidak teragak untuk melihat nama terakhirnya pun, dia tahu ia takkan ada di situ. Katrina sepatutnya menjadi model. Dengan mata yang berwarna hazel dan kaki yang tinggi lampai mampu membuatkan kaum Adam kehilangan nafas. Katrina tidak belajar dan tidak mempunyai sebarang pinjaman. Dia berjaya menyediakan sebuah rumah untuk mendidik anak-anak yang masih muda.

Sempurna sungguh semua wanita ini, tetapi kenapa Alfie merasakan bagai ada sesuatu yang tidak kena?

Alfie menolak kerusinya ke hadapan dan mengangkat gagang telefon. Apabila pembantunya menjawab panggilan, Alfie berkata, "Well, Danny?"

"Saya masih mempunyai beberapa panggilan yang belum berjawab, tetapi saya telah menemui beberapa perkara menarik mengenai Cik Safrina."

"Bagus, bawa ke sini."

Alfie berjalan ke lantai-ke-siling tingkap di pejabatnya dan memandang ke bawah bandar-bandar yang sedang sibuk. Menjalankan perniagaan penghantaran dari empat mata di dalam glob dunia memberikannya kelebihan berbanding dengan pesaingnya. Dia telah membina sebuah perniagaan yang tidak seberapa pada mulanya, walaupun ayahnya tidak bersetuju dengan apa yang sudah dia lakukan. Alfie terlalu ingin membuktikan kepada ayahnya bahawa dia tidak memerlukan duit lelaki itu, atau gelarannya, untuk membantu dia naik sampai ke sini. Walau bagaimanapun, nama Adie Hakimi itu telah membuka banyak pintu sejak beberapa tahun dan menidakkan asal usul keturunannya adalah sesuatu perkara yang tidak mahu dia lakukan, lebih-lebih lagi ayahnya sudah tiada di dunia ini.

Danny mengetuk pintu pejabatnya sebelum dia membenarkan lelaki itu masuk.

Berpaling, Alfie mengangguk pada meja kopi yang terletak di sudut ruang pejabatnya supaya dia dapat meneliti fail yang sedang dipegang oleh Danny itu. "Let's do this over here."

Danny melabuhkan punggung dan menghabiskan sedikit masa mengeluarkan segala timbunan kertas itu dari fail agar Alfie dapat melihatnya.

"Safrina Yahya, dua puluh tujuh tahun, lahir di Malaysia, anak hasil daripada Yahya Adri dan Salwa Tamin."

Alfie pula mengambil tempat duduknya. "Kenapa nama-nama tu macam pernah dengar je sebelum ni?"

"Memang pun, Tuan Yahya menjadi perhatian pihak media beberapa tahun yang lalu apabila dia didakwa kerana tidak membayar cukai dan menyeleweng wang syarikat. Dia dan keluargnya tinggal di dalam rumah yang bernilai dua puluh juta dolar, sekali dengan rumah-rumah percutian di Perancis dan juga Hawaii."

Alfie sudah mula teringatkannya sekarang. Seorang usahawan terbesar di New York yang menyalurkan dananya menerusi skim Ponzi. Dia telah diberikan insurans rumah, tanah, pernigaan dan harta milik kepada mangsa-mangsa yang tidak dapat dikenalpasti, tanpa niat untuk membayar mereka semula. Kalau diingat semula, Alfie masih ingat lagi akan pihak polis yang mengambil masa sukar untuk menjatuhkan lelaki itu atas rasuah yang dilakukannya. Sebaliknya, dia cuma dimasukkan ke dalam penjara atas sebab tidak membayar cukai sahaja. Segala akaun dan harta miliknya dibekukan dan keluarganya jatuh berpecah-belah.

"Puan Salwa, si isteri, tidak mampu menangani kejatuhan statusnya, jadi dia membuat keputusan untuk menelan satu botol pil tidur bersama air gas, dan akhirnya dia meninggal dunia." Danny menceritakan tentang butir keluarga Safrina Yahya seolah-olah ianya seperti drama TV.

"Menurut media, adik kepada Safrina, Sadiya, cuba mengikut jejak ibunya juga, tetapi berakhir dengan ketidakfungsian dalam otaknya. Saya masih lagi menunggu butiran tentang di mana gadis itu berada sekarang. Safrina berjaya hidup dari segala musibah itu, dan akhirnya dia yang menyatukan semula perhubungan mereka semua yang telah pecah berderai. Dia berhenti dari kolej, di mana dia mengambil kos perniagaan, dan menggunakan duit yang tidak disentuh oleh kerajaan untuk menjaga keperluan adik perempuannya." Danny menarik nafas dan menyerahkan senarai nama kepada Alfie.

"Apa ni?"

"Inilah orang-orang yang ada kaitan dengan Cik Safrina. Membesar dalam golongan orang kaya membuatkan hubungan persahabatan mereka bertahan lama. Orang-orang dewasa yang pernah rapat dengan keluarga Encik Yahya semuanya tidak mahu membantu dan mula menjauhkan diri, tetapi kawan-kawan Safrina tidak. Ada seorang anak perempuan senator di dalam senarai tu dan dua lagi merupakan peguam ternama. I'm still not sure how she found out about your prior, but I have a call in back home."

Alfie menyelak helaian kertas tersebut dan menjumpai sekeping gambar keluarga Encik Yahya ketika hari-hari bahagia mereka. Keluarga yang kecil itu sedang berdiri di atas sebuah kapal besar. Puan Salwa sangat kecil orangnya, dan anak-anaknya berdiri sebelah-menyebelah dengan hanya memakai baju T berlengan pendek bersama skirt. Rambut Safrina diikat tocang kuda tetapi ia tetap mampu menyerlahkan kecomelan wajah itu. Sadiya, lebih muda dari Safrina, mempunyai rambut dan tubuh yang sama seperti ibunya. Encik Yahya, lelaki yang berbadan besar, melabuhkan tangan di atas bahu isterinya dan tersenyum pada kamera.

Gambar boleh menipu kita. Ingatannya melayang pada potret keluarganya yang sama seperti ini. Ayah Alfie berdiri disebelah ibunya bersama tangan di atas bahu si isteri. Tangan ibunya tergenggam kuat di atas riba sendiri. Alfie masih ingat lagi hari di mana gambar itu diambil. Dia dan ayahnya sedang bertengkar tentang dia yang ingin mengambil kerja sambilan sementara menunggu keputusan kemasukan ke kolej. Ayahnya menolak untuk membenarkan dia bekerja untuk sesiapa, lebih-lebih lagi jika ia percuma. Ayahnya percaya bahawa pendidikan itu penting untuk dibangga-banggakan pada kawan-kawannya. Kerja, walau bagaimanapun, cuma sekadar empat-huruf ayat sahaja.

"Aku ingatkan keluarga aku je yang ada masalah," bisik Alfie.

"Nampaknya Cik Safrina yang menang dalam pertandingan ni."

Kelakar, Alfie tidak merasakan perkara sebegini patut dimenangi oleh sesiapa. "Kat mana Safrina tinggal?"

"Dia menyewa rumah dekat Port Louis."

"Kawan sebilik?"

"Susah nak cakap."

Kemudian, tanpa dijangka ayat itu terkeluar dari mulutnya, "Teman lelaki?"

Bulat mata Danny memandangnya. "Saya tak tengok pula, tapi nanti saya cari." Dan tiba-tiba, telefon bimbit di dalam poket Danny berdering. Dia mengeluarkannya dan menoleh untuk melihat nombor tersebut. "Ini mengenai adik Cik Safrina," Danny menjelaskan sebelum dia menjawab panggilan.

Danny masih lagi berbual dengan orang di sebelah sana sementara Alfie melihat nama-nama yang tertulis di atas kertas dalam pegangannya itu. Safrina mempunyai ramai kawan. Dia tertanya-tanya jika salah seorang di antara merek ada membantunya dari segi kewangan ataupun tidak.

Danny membuat bunyi siulan, menarik perhatian Alfie.

"Okay, thanks." kata Danny sebelum dia mematikan talian.

"Apa dia?"

"Cik Safrina benar-benar memerlukan duit dari Tuan."

"Ye ke, kenapa?"

"Adiknya merupakan salah seorang pesakit di Villa Blue Moon. Nama cantik untuk rumah pesakit yang mempunyai kondisi sebegitu. Tempat itu mengambil lebih kurang enam digit nombor bil setiap tahun."

Alfie tersentak mendengarnya. "Dan tak ada sesiapa yang membantu Cik Safrina dalam hal ni?"

Danny menggelengkan kepala. "Tak ada pula rasanya. Kawan-kawan dia cuma bagi nasihat sahaja, tapi tak ada satu sen pun yang diberikan oleh mereka kepada keluarga Cik Safrina. Dia cuma bergantung pada perniagaannya sahaja."

Satu perniagaan yang telah dikaji oleh Alfie dan dia sudah tahu akan semuanya.

"Menarik."

"Jadi, macam mana rupa dia?"

Itu merupakan soalan peribadi pertama yang ditanya oleh Danny.

Alfie membayangkan wajah manis Safrina. Dan suara itu. Ah, memikirkan tentang itu sahaja sudah membuatkan dia terasa ingin berbual dengan wanita itu lagi.

"She's all business," Alfie memberitahu pembantunya. "Kau pasti akan suka dengan dia."

_____________________________________________________________________

Safrina lebih suka jika dia yang mengawal apa jua jenis keadaan. Jadi apabila Alfie Hakimi menggesanya untuk makan bersama dan berbincang sekali tentang calon isteri lelaki itu, Safrina mula memikirkan senario-senario tentang apa yang akan Alfie katakan.

Mungkin dia sudah mengenali salah seorang wanita di dalam fail itu, atau meletakkan nama terakhir pada satu wajah. Safrina sengaja tidak meletakkan nama penuh wanita-wanita itu jadi klien lelakinya cuma akan menilai merit wanita itu berdasarkan perangai mereka, bukannya keturunan mereka. Safrina terlalu arif akan manusia yang suka menghakimi seseorang berdasarkan perbuatan ibu bapa orang itu. Selepas ibu bapanya jatuh, dia pernah memikirkan untuk menukar namanya, hatta warna rambutnya juga. Dia sedaya upaya melarikan diri dari pihak media dan berpindah ke sebelah barat Indiana. Perhatian tabloid cuma sementara sahaja. Sekali skandal baru mula hangat diceritakan di persada dunia, ceritanya ini akan dilupakan. Wajahnya sudah lama tidak terpapar di surat khabat semenjak ibunya meninggal dunia.

Mungkin jika Safrina mempunyai rupa dan gilakan kontroversi, pihak media pasti akan mengejarnya setiap masa.

Jadi, apa yang ingin Alfie bincangkan? Mungkin dia sudah berbincang dengan peguamnya dan memerlukan butiran peribadi yang tidak dilampirkan sekali di dalam kertas tersebut. Safrina sudah memikirkan segala baik dan buruknya ketika dia memulakan perniagaan ini. Cukainya selalu berbayar, terima kasih, papa, dan sumber-sumbernya disimpan rapi di dalam dada. Tiada apa yang dilakukannya, dari latar belakang sehinggalah ke penyiasatan peribadi, adalah salah di sisi undang-undang. Dan dia cuma bergantung harap pada kaum wanita sahaja. Safrina bukanlah naif untuk terlalu percaya bahawa wanita tidak mampu membuat kesalahan undang-undang, tetapi dia terlalu sukar untuk mempercayai lelaki. Tidak ramai pun di dalam hidupnya yang mahu dia berjaya. Secara jujurnya, dia tidak dapat memikirkan walau seorang pun.




post signature

Tags:

Share:

2 comments

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.