Nafasku Hanya Untuk Dia -SE-



Special Edition


"Humaira! Jangan ingat ibu tak nampak apa yang kamu buat tu," Ainul memberi amaran. "Biskut tu bukannya untuk kamu."

Mata bulat berwarna coklat cair mencuri pandang ke arahnya di sebalik meja dengan rasa tidak bersalah. "Bolehlah, ibu?"

"Tak boleh. Yang tu untuk tetamu ibu yang nak datang kejap lagi."

Anak perempuan kecil berusia tiga tahun itu menghentak-hentakkan kaki, berlari mendapatkan bapanya, dan memeluknya erat. "Kalau ayah bagi Mai makan biskut tu, nanti Mai cium ayah." pinta si kecil Humaira sambil mencebik pada ayahnya. 

"Adoi, habislah aku macam ni," Mirza mengeluh.

Suhairi ketawa. "Dia tahu macam mana nak goda kau. Samalah macam Adlan kecil-kecil dulu."

"Macam ni lah sayang. Kalau Mai bagi ayah satu biskut juga, nanti ayah bagitahu ibu, ayah yang suruh Mai ambil biskut tu, okay?"

"Okay."

"Tapi ayah nak juga cium anak ayah ni." Mirza mendapakapnya dan menghadiahkan sebuah ciuman di pipi anak perempuannya itu. "I love you baby."

Humaira sempat melabuhkan kedua-dua belah tangannya di leher ayahnya sebelum berlari menuju ke ruang dapur.

"Aku suka sangat bila dapat jadi ayah ni." Mirza tersenyum melihat si gadis cilik itu yang mempunyai mata coklat nakalnya dan rambut hitam milik ibunya.

"Betul cakap mak kau." kata Suhairi.

"Yang mana satu?'

"Kau perlukan lebih dari seorang wanita untuk gembirakan hati kau."

Mirza ketawa, cuba untuk tidak melarikan diri dari misi anaknya dengan memerhati lebih dekat. Humaira bersembunyi di bawah meja, menunggu dengan penuh sabar sehinggalah ibunya dan Auntie Lily tidak memandang, kemudian dia terus mencapai dua keping biskut dengan pantas.


"Aina Humaira!" Ainul ternampak anaknya berlari ke arah Mirza bersama hadiah di dalam cengkamannya. "Abang, awak patutnya perhatikan dia."

"Abang tengah tengok dialah ni. Abang tengok dia pergi curi biskut awak." Mirza menggigit sedikit biskut di tangan Humaira dan mengenyitkan mata kepada isterinya. 

Dalily ketawa. "Nasiblah kau dapat 'Mirza' lagi satu dalam hidup kau weyh."

Ainul menutup mulutnya supaya kedua-dua buah hati kesayangannya tidak perasan akan gelak tawanya itu. 

"Aku tahu. Diorang ni menakutkan betullah."

_________________________________________________________________________

Ainul memerhati keadaan di ruang makan untuk memastikan bahawa semuanya telah siap tersedia. Akhirnya, selepas beberapa bulan dia membuat persediaan, dia kini yakin yang dia akan berjaya. Dalily mengekorinya semula ke dapur, supaya Ainul dapat memberi arahan yang terakhir kepada para pekerjanya.

Seusai selesai semuanya, Ainul menghela nafas perlahan. "Aku rasa hauslah pulak. Kau nak minum, Lily?"

"Boleh juga."

Jari jemari Ainul menggeletar ketika dia sedang menuang air Pepsi tersebut ke dalam gelas.

"Risau ke?"

"Macam mana kalau tak ada orang pun yang datang? Aku buat semua ni sia-sialah maknanya?"

"Kau jangan risaulah." Mirza memasuki ke dalam dapur, sambil mendukung si pencuri biskut tadi. "Pelanggan pertama sayang dah sampai."

"Ye ke?" Ainul mengintai dari pintu dapur dan dia dapat melihat para pekerjanya sibuk mengiringi para tetamu yang hadir. Kebanyakan di antara mereka sedang menunggu di sudut belakang.

"Tahniah, hummingbird." Mirza menarik isterinya rapat dan mencium pipinya, lembut. "Sayang sekarang dah jadi chef dekat restoran sayang sendiri. Abang tahu sayang boleh buat punya."

"Yay, ibu!"

"To Chef Ainul!" Dalily mengangkat tinggi gelasnya.

"Apa sayang buat dengan air ni?" Suhairi pantas merampas gelas yang masih penuh itu dari tangan isterinya. "Lily mana boleh minum air gas dah."

Dalily tersentak. "Oh, lupa, sorry bang."

Ainul melepaskan diri dari pelukan Mirza. "Kenapa kau tak boleh...?"

Tetapi ketika dia melihat mata Dalily bercahaya, dia tidak perlu untuk menghabiskan soalannya tadi. "Kau mengandung lagi!"

Dalily mengangguk dan memeluk erat sepupunya itu.

"Dah tiba masanya korang dapat baby baru pun." Mirza menumbuk lengan Suhairi.

"Hey, it's not for lack of trying."

"Yeah, you just wanted to keep trying."

"Kau boleh salahkan aku ke?"

Pintu dapur terbuka luas, membuatkan seorang pelayan yang sedang memegang dulang terjatuh di situ. Dulang tersebut tertolak dan semua gelas bergoyang-goyang, tetapi sempat pelayan itu menahannya dari pecah berderai di atas lantai. 

"I'm so sorry." Encik Danial Zamri, si pembuka pintu, mencapai dulang yang berat itu dan mengimbangkannya. "Are you all right? Can I help?"

"I've got it, sir. Thank you." Pelayan tersebut tersenyum manis padanya.

Encik Danial mengangguk dan memegang pintu untuk wanita tersebut. Dia memandang sekeliling dapur itu dan menjumpai apa yang dia cari dari tadi. "Mana cucu kesayangan atuk tu?"

"Atuk!" Humaira menggeliat, cuba keluar dari pelukan ayahnya. "Atuk datang, yeah! Atuk datang, yeah!"

"Wow, nampaknya kau baru je dipulaukan oleh anak kau sendiri." Suhairi ketawa ketika ayah mertuanya mendukung si kecil itu dengan penuh gembira.

"Hmm.. nak buat macam mana. Selalu dia lukakan hati aku tiap kali atuk saudara dia datang." Mirza meletakkan sebelah tangannya di dada dan mencebik, tetapi dia tidak mampu menyembunyikan senyuman gembira di tubir matanya. "Manalah aku mampu berlawan dengan seorang atuk."

"Itu sebabnya, kau tak pernah belikan dia hadiah." Encik Danial mengeluarkan anak patung dari dalam poket jaketnya.

Si kecil itu menjerit kesukaan dan mencium pipi atuknya berkali-kali.

Encik Danial meneliti ruang dapur yang sibuk itu dengan pandangan kagum.

"Cantik tempat ni, Ainul. Lama juga kamu impikan tempat macam ni. Pak cik tak percaya pula kamu berjaya lakukannya."

Ainul tersenyum, memilih untuk menerima kata-kata itu sebagai satu pujian. "Terima kasih, pak cik."

"Madam" Penyambut tetamu yang berada di luar tadi sedang berdiri di laluan pintu dapur. "There's a woman here who says she wants to meet the chef."

"Wow. Already?" Ketika dia terpandang figura tubuh di belakang penyambut tetamu itu, senyumannya menjadi kaku.

Mirza turut memandang manusia itu dari bahu isterinya. "Sayang nak abang yang layan ke? She likes me."

Ainul menjulingkan mata. "Peliklah macam mana abang mampu buat macam tu."

"Anugerah ALLAH nak bagi. Nasib baiklah dia tu satu-satunya mama yang abang ada."

"Jomlah." Ainul mencapai tangan suaminya dan membawanya ke ruang makan. "Hi, mama. Ainul tak sangka pula mama sanggup terbang ke sini semata-mata nak tengok majlis ni."

Puan Maria tersenyum pada satu-satunya menantu perempuan yang dia ada. "Mama takkan lepaskan peluang tengok majlis ni. I'm so proud of you, darling."

Ainul cuba menahan air matanya dari jatuh ketika ibu mertuanya memeluknya erat.

"Hello, mama." Mirza menyalami tangan ibunya dan turut memeluk ibunya. 

"Hello honey, where's your sweet little angel?"

"She's got you fooled, doesn't she? Dia ada dekat dapur, mengorat atuknya."

"Of course."

"Jomlah kita ke sana, mama." Ainul mengiringi ibu mertua dan pakciknya mengelilingi kawasan rumah itu.

Tiba-tiba, ruang makan tersebut menjadi sibuk dan Ainul terpaksa mengambil alih kerja di dapur sementara suaminya menjaga anak perempuan mereka. Suhairi dan Dalily ingin menawarkan diri untuk memberi pertolongan, tetapi Ainul dan para pekerjanya mampu menjalankan kerja dengan baik.

Mirza melarikan diri dari keluarganya dan terjumpa si isteri yang sedang sibuk mengacau sup. "Mak Ery telefon. Dia suruh ucapkan tahniah dekat sayang dan dia minta maaf sebab tak dapat datang malam ni. Tapi insya-ALLAH dia akan datang dalam masa yang terdekat."

Ainul mengangguk. "Nak tahu tak, Ainul lagi suka bila dia takde kat sini."

"Sebab ayah dia ke?"

"Uh-huh. Ainul tak sanggup nak tengok drama dia sekali lagi."

"Yelah. Diorang kahwin pun dia tak ada kan."

Ainul merasa sedikit sup tersebut. Rasanya sudah cukup bagus tetapi ada sesuatu yang tertinggal. "Ainul berharap sangat yang ayah dapat tengok semua ni."

"Dia mesti rasa bangga dengan sayang punya." Mirza memeluk erat tubuh isterinya. "Abang bangga sangat."

"Terima kasih, sayang."

Mirza berdiri di belakang Ainul ketika isterinya itu sedang menambah oregano ke dalam sup. Mirza merangkul pinggang Ainuk, menggigit lembut leher si isteri. "Mmm..sayang nak tahu tak? Sebenarnya sayanglah yang paling sedap kat dalam menu ni."

Ainul bersandar padanya dan mengeluh. "Buatlah lagi."

"Hey." Mirza mengucup telinga isterinya. "Ada seorang lelaki kat sini yang nak tengok chef tu... pakai apron je."

Ainul ketawa. "Well, businessman, bagitahu dekat dia yang kalau dia boleh tunggu, dia boleh dapat lawatan secara peribadi dekat dalam rumah ni."

"Itulah yang paling abang suka dengar." Mirza memandang sekeliling dapur tersebut. "Kita ehem ehem dekat dapur je boleh tak?"

"Ish.. abang ni. Tak malu betul."

Seusai segala kesibukan tadi berakhir, dapur juga sudah dibersihkan, dan para pekerja sudah dihantar pulang, Ainul dan Mirza duduk bersama kawan-kawan dan keluarga mereka untuk makan malam yang Ainul sediakan khas untuk mereka semua.

"Saya nak buat ucapan sikit." Ainul memandang semua orang yang berada di situ.

"Untuk kalian yang ada kat sini malam ni.. Dalily, Suhairi, pak cik, mama, dan teruatamanya abang Mirza. Agak lama masa yang diambil untuk sampai ke tahap ni. Banyak sangat kerja, sampaikan tak tidur malam.. tapi apa yang penting, kasih sayang dan sokongan dari korang semua. Saya tak mampu lakukannya sendiri. Terima kasih sangat-sangat."

"Mai pun?" Humaira ketawa.

"Kamu juga, sayang." Ainul tersenyum. Inilah kebahagiaan yang dia impikan. Berada bersama keluarga yang tercinta. Tiada derita, cuma senyuman yang terukir di bibir setiap masa. Tanpa Mirza dan Humaira, hidupnya terasa kosong. Sungguh, setiap nafas yang dihela hanyalah untuk dua orang kesayangannya itu.


THE END :)

5 comments :

  1. Yeay! Bestnya!!! Nak lagi? Sambungan perhaps? ngeeee

    ReplyDelete
  2. thank you eurytides and am-mir. insya-ALLAH kalo ada idea ye. ^^,

    ReplyDelete
  3. Ingatkan Ainul jd pereka barang kemas... bukan rupanya... :-)

    ReplyDelete
  4. itu hobi dalaman dia :)

    ada certain orang berbakat dalam something, tapi dia xnak tunjuk dekat orang. dia just suka buat diam-diam.

    ada yang pandai nyanyi, tapi segan nak nyanyi depan orang.

    ada yang pandai masak, tapi biar masakan dia tu khas untuk family je. x perlu dikongsi dengan orang lain. :)

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes