Chennai Express

3:17 p.m
kampung subang
dua kali dah tengok + study




ha, siapa peminat Hindi kat sini? meh kita berkongsi cerita. aku peminat tegar Hindustan okay. aku dah lama ada cerita ni, tapi x berkesempatan nak tengok. aku memang selalu macam tu. simpan movie banyak-banyak. tapi tengoknya tak.

and malam tadi tergerak hati nak tengok. maybe sebab tengah sedih kot, so aku pun tengoklah sorang-sorang. selalu tengok dengan adik-adik, tapi malas nak ajak diorang. aku nak layan perasaan sendiri dulu. 

intro dia dah buat aku tertarik nak tengok cerita dia. serious kelakar! aku dah lama x tengok cerita yang betul-betul buat aku geli hati. dah lah dalam cerita tu dua-dua favorite artist aku, Shah Rukh Khan and Deepika Padukone. aaaaa.. i love you both!

babak dalam train yang x boleh belah nya. hahaha. macam-macam lagu terkeluar. si Meenamma ni orang Tamil tapi boleh cakap Hindi, si Rahul pula of course lah Hindi. Meena ni anak kepada Don. Don ni ala-ala ketua gangster or taiko yang paling ditakuti dekat kawasan kampung tu. ala, nama pun taiko, siapa yang x takut. 

ada empat orang disuruh untuk kidnap Meena and balik ke Komban semula. memandangkan diorang tak faham bahasa Hindi, si Meenamma dengan Rahul menyanyi dalam Hindi tapi diorang bukannya nyanyi. diorang more to talk to each other. 

si Meena ni nak larikan diri sebenarnya. tapi at the end, dia kena balik juga ke rumahnya di Komban. dia larikan diri sebab dia kena kahwin dengan Tanggabali. alah, aku x reti eja nama dia. -.- tingginya kau oi Tanggu. aku pun takut.

and walaupun kebanyakan cerita ni banyak yang kelakar, ada juga aksi okay. kalau diikutkan cerita sekarang, dah jarang aku tengok cerita yang si hero berlawan dengan orang jahat sebab nak dapatkan orang yang dia cinta balik. dulu belambak lah. sekarang dah x banyak. 

and bila ada balik, aku jadi excited pula. and lastly, aku menangis. sobs. aku tengok Hindi memang x boleh lepas dari mengalirkan air mata. 

anways, malas nak cakap banyak. kalau belum tengok, pergilah tengok. aku kalau dah minat cerita tu, aku boleh tengok banyak kali tanpa bosan. sampai boleh ingat apa dia cakap. hahaha. nampak x obses aku kat situ. okay, adios~ :)

ha, lagu favorite - Titli and Kashmir Main Tu Kanyakumari. sweet lagu dia. lirik pun x merepek macam lagu ........ 


wajib tengok scene ni please! DDLJ, oh i so miss you ^^,




Share:

1 comments

  1. ha'ah.. best citer ni sebab pengaruh citer Tamil agak kuat. Kira hindustan + tamil la.. kebabaooommm...!! hehehehee..
    akak pun suka lagu Kashmir Main Tu Kanyakumari tu.. ulang banyak2 kali kat youtube... hehehehee... :p

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.