
bab 3
Safrina menuju masuk ke dalam restoran tersebut dan bau haruman masakan terus menusuk ke dalam rongga hidungnya. Kali terakhir dia menjamu selera di restoran lima bintang sebegini adalah ketika dia bertemu semula dengan salah seorang klien perempuannya yang sudah pun berkahwin tahun lepas.
Belum sempat Safrina bertanyakan kepada penyambut tetamu yang ada di situ, seorang lelaki telah mendekati dia. "Miss Safrina?"
Aneh, lelaki ini tidak pula memakai uniform yang sama seperti kakitangan yang lain. Mungkin dia adalah seorang pengurus.
"Yes?"
"Mr. Alfie is waiting for you."
Mesti pengurus. Safrina mengekori lelaki itu ke satu tempat yang menghadap lautan. Alfie Hakimi perasan akan kehadirannya dan berdiri ketika dia semakin hampir.
Sama seperti sebelum ini, wajahnya dan cara dia mengenakan sut berwarna kelabu itu menghantar getaran di dalam hati Safrina. Alfie berjaya menguasai seluruh kawasan ini walau dengan hanya berada di sini sahaja.
Mata Alfie meliar melihat tubuh Safrina dan senyuman kecil terukir di bibir lelaki itu. Dia sudah menukar ke pakaian yang lebih sederhana, tidak terlalu formal. Ekspresi wajah Alfie menunjukkan bahawa dia sudah lulus. Bukanlah dia berpakaian sebegini semata-mata untuk Alfie, tetapi takkan pula dia hendak memakai pakaian yang tidak senonoh ke tempat mewah seperti ini. Safrina menemukan matanya dengan mata lelaki itu dan dia terasa bagai ada renjatan elektrik terkena padanya.
"Awak lambat," ujar Alfie, nada suaranya mengusik.
Safrina membuka mulut untuk meningkah, tetapi ditutup kembali. "Touché."
Alfie tersenyum. "Saya cuma pesan air buah je. Saya harap awak tak kisah." Alfie menunggu sehinggalah Safrina melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan dengannya.
Dia cuma melihat sahaja Alfie menuang air buah tadi ke dalam gelas dan dia cuba sedaya-upaya tidak merenung lelaki itu. "Kita ada sambut apa-apa yang istimewa ke?"
"Mungkin," kata Alfie ketika dia mengalihkan jug tadi ke gelasnya pula.
Safrina terasa bagai mahu sahaja terus bertanyakan tentang siapakah yang menjadi pilihan Alfie. Sudah semestinya lelaki itu masih lagi belum berjumpa dengan mereka lagi, dan secara jujurnya dia merasakan Alfie masih belum membuat pilihannya.
Alfie mengangkat gelas, dan menunggu giliran Safrina untuk berbuat perkara yang sama pula. "To a successful business relationship."
Menggeletar tangan Safrina ketika dia mencapai gelasnya. Kata-kata Alfie itu bagai ada sesuatu yang tidak kena. Selepas menyisip sedikit air buahnya, Safrina melabuhkan tangan di atas riba, cuba menghilangkan rasa gementar yang masih belum hilang dari tadi.
"Saya harap perjalanan awak tadi tak teruk."
Okay, jadi mereka tidak akan berbincang tentang bisnes terlebih dahulu sepertimana yang dia inginkan. Sebaliknya, Safrina turut berbual santai bersama lelaki itu. "Biasalah waktu-waktu macam ni."
"Terima kasih sebab bersetuju untuk berjumpa dengan saya dekat sini."
"Saya terkejut juga bila awak pilih tempat ni. I'd think that a business dinner would be in a place less formal." Kurang romantik, dia mahu menambah.
Alfie merehatkan diri di atas kerusinya. Sukar bagi Safrina untuk melarikan pandangan jauh dari wajah kacak di sebelahnya ini.
"Saya suka tempat-tempat macam ni. Tenang. Lagi-lagi bila ada perempuan cantik dekat sebelah saya."
Aduhai, pelik sudah ini. Safrina tahu yang dia tidak cantik, menarik mungkin, tetapi dari gaya lelaki itu bercakap, sangat jelas menunjukkan yang dia langsung tidak termasuk di dalam kategori tersebut. "You're charming, Mr. Alfie, but you're wasting it on me. Saya rasa encik mesti dah tengok portfolio yang pembantu saya fakskan tu kan."
Mata Alfie mencerun tajam tetapi dia tidak berkata apa-apa. Safrina menelan air liur dan menyatukan kedua-dua belah tangannya di atas riba. Bibirnya ditutup rapi.
Keadaan yang tegang itu hanya pecah ketika seorang pelayan datang kepada mereka. Safrina memegang kad menu yang telah diberi. Ini merupakan kliennya, dan kalau diikutkan, dia yang perlu membayar bil itu nanti, walaupun restoran sebegini pasti akan melarikan bajetnya. Dia memutuskan untuk memilih ikan salmon bakar bersama salad, cuba mengabaikan harga yang sudah ditetapkan di dalam menu tersebut. Pastinya dia akan menggunakan kad kredit, dan berharap agar Alfie akan membayar perkhidmatannya secepat mungkin.
Apabila ditinggalkan berdua semula, Alfie bertanya, "Tell me, Safrina... why would I be wasting my charm on you?"
Alfie menyebut namanya seolah-olah mereka ini adalah pasangan kekasih, sangat lembut dan menggoda.
"Kita kan nak bincang pasal perkahwinan encik dengan salah seorang calon yang saya dah tetapkan tu," Safrina mengingatkan. "I'm not sure how charming me can work to any advantage for you."
"Does everything have to have an angle?"
"In business, yes." Di dalam dunia dia juga.
"Macam mana dengan kehidupan peribadi awak?" Alfie menegakkan tubuh, sutnya turut dibuka dan barulah dia perasan buat kali pertamanya, lelaki itu tidak memakai sebarang tali leher. Dua butang yang pertama kemejanya juga dibuka menampakkan kulit berwarna hitam manis itu.
"Kita kat sini bukannya nak bincang pasal kehidupan peribadi saya."
"Saya tak pasti pasal tu. Your summary of my life this morning prompted me to do some digging of my own."
Safrina bersedia mendengar apa sahaja penghinaan tentang keluarganya. Dia tidak pernah mencuba untuk menyembunyikan diri dari masa silamnya, tetapi dia selalu kehilangan salah seorang klien disebabkan oleh dosa ayahnya sendiri. "One doesn't have to dig up to unveil my past, Mr. Alfie."
"Kan saya dah suruh awak panggil saya Alfie je."
Nama pertama dan berbicara tentang perhubungan... ini tidak akan berakhir dengan baik. Safrina meneguk air buahnya sekali lagi. "Ayah saya teruk orangnya, dan emak saya pula pengecut. Mereka bukan penentu kehidupan saya sekarang ini dan juga bagaimana cara saya menjalankan perniagaan saya, Alfie."
"Saya tak cakap apa-apa."
Safrina sungguh benci setiap kali lelaki bercakap sebegitu.
"Awak sengaja tak nak letak nama terakhir calon-calon perempuan tu, kenapa ya?"
Oh, bagus, kembali kepada niat asal. "Bukan saya seorang sahaja yang ada masalah keluarga macam ini. I realize that family can pose a problem to any relationship, even if it's a business relationship, but starting out with information about the women themselves helps keep the door of possibilities open."
"Are the women all trust fund babies or daughters of convicted felons?"
"Hardly. All three have severed their family ties... financially anyway. Sebab tu lah diorang mencari perlindungan dan bukannya cinta."
Alfie menyentuh gelasnya. Apalah yang difikirkan oleh lelaki itu ketika ini?
"Saya boleh bagi awak nama penuh diorang sekarang kalau awak nak juga. Kalau itu membantu dalam keputusan awak, jadi saya sanggup buat apa sahaja."
"Tak perlu rasanya. Saya dah pilih perempuan mana yang saya nak tawarkan kontrak tu."
Safrina memandang tepat pada wajah Alfie ketika pelayan datang membawa salad mereka. Keterujaan itu memakan dirinya. Siapakah yang dia pilih, dan mengapa? Bagaimana dia boleh menetapkan keputusan untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah dia berjumpa lagi? Ia terlalu ekstrem, lebih-lebih bagi seorang lelaki yang bergelar jutawan seperti dia. Tetapi apalah yang Safrina Yahya tahu mengenai Alfie Hakimi ini? Lelaki itu sukakan wanita yang mempunyai tubuh yang menggoda. Tiada satu pun gambar yang dia lihat tanpa kehadiran seorang gadis yang cantik jelita di sisinya. Disebabkan itulah, Safrina memilih tiga wanita yang paling cantik yang ada di dalam komputer ribanya. Masih, bagaimanalah lelaki ini memilih di antara ketiga-tiga gambar itu?
"Awak tak nak jumpa diorang dulu ke?" Tiba-tiba, fikirannya membayangkan cara lelaki itu memilih dengan hanya menatap satu gambar sahaja membuatkan dia berasa mual. Mudah sungguhkah lelaki memilih wanita dengan hanya memandang paras rupa mereka sahaja? Jawapan ringkasnya adalah 'ya'. Safrina tahu kemungkinan itu pasti ada, tetapi entah kenapa, hatinya terasa kecewa apabila mengenangkan perbuatan lelaki itu.
"Perempuan dalam gambar tu?"
Safrina menggelengkan kepala, keliru. "Mestilah, siapa lagi."
"Bukan." Alfie mengangkat garpu dan mula menjamu selera.
Bukan? Aduh. Lelaki itu memutuskan untuk berkahwin dengan orang lain. Mata wang dolar yang muncul di hadapan matanya semakin menghilangkan diri, hanyut dibawa ombak. "Awak dah jumpa orang lain yang bersetuju untuk kahwin dengan awak?"
"Dia masih belum bersetuju, belum lagi." Dia menyambung makan semula, santai dan dalam kawalan.
Jika Alfie tidak mahu menggunakan perkhidmatannya, kenapa pula lelaki itu memintanya supaya datang ke sini? "Jadi Sinful Cupid cuma sekadar back up plan sahaja?"
"Not entirely."
Safrina menjatuhkan garpunya dan merenung wajah lelaki itu. "Saya minta maaf, Encik Alfie, tapi saya keliru. Baru pagi tadi encik minta saya carikan calon perempuan untuk dijadikan isteri encik dan baru beberapa jam kita berjumpa, encik dah berubah fikiran? Atau encik tak berpuas hati dengan calon-calon yang saya pilihkan tu?"
Alfie berhenti dari makan dan meletakkan tangannya di atas meja bersebelahan dengan pinggannya. "Perempuan yang awak pilih tu semuanya sempurna. Terlalu sempurna. Masa untuk saya pilih seorang isteri sangat singkat. Nak berkenalan dengan semua perempuan cantik memang saya takkan sempat punya."
Tangan Alfie bergerak ke bawah meja dan mencapai sebuah beg yang tidak Safrina perasan sebelum ini. Lelaki itu mengeluarkan sekeping fail dan menolaknya ke hadapan Safrina di atas meja.
"Apa ni?"

apa nI ? haha...suspen..cepat sambung akak :)
ReplyDeletehaha. akak dah siapkan pun. tunggu 7hb nanti ya? :)
Deleteactually, akak post each entry selang sehari. so, lusa SDH pula. ^^
Ok :-)
Deletengeee. Good job kak! (y)
ReplyDeleteterima kasih jugak sudi bagi kata semangat pada Mira.. Mira hargai sangat! Terima kasih! -^^-
I'll always support u kak,InshaAllah ..
P/s : Novel yg dh dibukukan ada x? *biggrin*
thank you :)
Deletehey, no worries about that!
hmm, xdelah dik. akak ingat nk bukukan sendiri, but i'm too freaking busy. haha, so xtaulah. buat masa ni baca kat sini dulu la ye. ^^. sorry.
BEST NAK LAGI...
ReplyDeletethank you. :)
Deleteand saya dah tukar template. sorry for the inconvenience before.