Cinta Matchmaker -bab 4-


bab 4

"Ini adalah perjanjian yang saya dan peguam saya tulis tengah hari tadi."

Safrina teragak-agak untuk membuka fail tersebut. "Perjanjian apa?"

Mata coklat itu memandangnya. "Saya nak tawarkan awak sebuah perkahwinan."

Terhenti degupan jantung Safrina ketika itu. "I'm not in the menu, Mr. Alfie." Safrina menolak kembali kertas-kertas tersebut ke arah Alfie. Alfie menangkap tangannya dan mengusap lembut. Sentuhan hangat itu meresahkan jiwanya. Bulu romanya meremang. 

"Setiap orang ada harganya, Safrina."

"Bukan saya." Safrina cuba menarik tangannya, tetapi Alfie memegang erat jemarinya membuatkan dia tidak mampu melarikan diri dari situ. 

"I'm setting up a trust fund to take care of Sadiya for life. Kalaulah ada sesuatu yang akan berlaku pada awak, Sadiya masih akan tetap dijaga dengan baik."

Mulut Safrina terbuka sekali lagi. Alfie cekap membuat kerja penyiasatannya juga. Lelaki itu tahu mengenai adik perempuannya dan juga keperluan mereka. "Adik saya baru berumur dua puluh tahun. Dia masih mampu hidup lama lagi di dunia ni." Tidak juga, berdasarkan apa yang telah dikata oleh doktor. Walau bagaimanapun, tiada bukti juga yang mengatakan bahawa adiknya akan mati dalam usia muda.

"Dan penjagaannya menampung sebanyak enam ratus ribu setiap tahun. Kos perbelanjaan akan semakin menaik, Safrina." Pegangan Alfie sudah mula longgar, tetapi Safrina cuma membiarkan sahaja tangannya di situ.

"Awak sanggup bayar saya sejuta dolar cuma untuk menjadi isteri awak selama setahun ni je?"

"Tambahan dua puluh peratus. Itu bayaran awak kan?"

Safrina menganggukkan kepala kemudian dia menggeleng pula. "Kenapa saya?"

"Kenapa bukan awak?" Ibu jari Alfie sudah mula meliar di tangan Safrina tetapi dia terlalu terkejut untuk bergerak walau seinci.

"I'm not your type."

"My type?"

"Tinggi, berambut perang, dan cantik menawan."

Alfie tergelak kecil. Ini cuma satu perjanjian bisnes sahaja, tidak lebih, tidak kurang. 

"Apa pendapat awak tentang konsep perkahwinan ni?"

"Hidup awak takkan berubah," kata Alfie ketika dia mengangkat gelas dan dibawa ke mulutnya. "Kita balik ke Malaysia sekejap, untuk bernikah di sana. Kita perlu tunjukkan muka depan peguam-peguam ayah saya dalam masa beberapa bulan supaya mereka berpuas hati dan supaya harta tu tak jatuh ke tangan sepupu saya. Saya habiskan separuh masa saya di Eropah, dan separuh masa lagi di Mauritius, jadi kita mungkin takkan selalu berjumpa antara satu sama lain."

"Kenapa tak cari isteri dekat Eropah je?"

"Sebab nak kurangkan kontroversi di sana. Kat sini tak ada tabloid yang nak bercerita tentang negara saya. Berita pasal perkahwinan kita ni pun mesti sekejap je masuk dalam surat khabar."

Ayah Alfie sudah menetapkan bahawa Alfie perlu berkahwin sebelum masuk hari jadinya yang kedua puluh enam, untuk mewarisi kekayaan dan takhtanya. Selepas perdebatan demi perdebatan, para peguam akhirnya bersetuju akan memberikan segala harta tersebut kepada Alfie jika perkahwinannya bertahan selama setahun. Inilah apa yang diceritakan kepada Safrina melalui sumbernya. 

"What kind of appearances?"

"A small reception and a few appearances in public venues. I'd need you to come with me to Ashburtonn to sign papers with the lawyers in regard to my title, our titles."

Safrina menelan air liur; dia sudah terlupa akan hal tersebut. "Saya tak tahu macam mana nak jadi sebahagian dari keluarga diraja ni."

Alfie mengangkat garpu dan mula makan sekali lagi. "Saya pun tak pernah, jadi saya pun tak tahu."

Safrina tidak dapat membantu dirinya dari ketawa. "Gila betul kerja ni."

"I'm surprised you think so. The arrangement makes perfect sense to me."

Pelayan tadi kembali bersama dengan makanan utama mereka dan cepat-cepat beredar.

"Kenapa?" tanya Alfie.

Safrina tersentak. "Tak ada apa-apa... Saya... banyak sangat yang perlu saya fikirkan. Saya tak terjangka pula yang saya akan dilamar."

"Tapi awak cuba pertimbangkannya."

"Bodohlah kalau saya tak nak terima."

"You don't strike me as foolish.

Tidak, dia bukannya bodoh. "Nanti saya tengok kontrak awak ni."

"Bagus."

______________________________________________________________________

Kapal terbang tersebut sudah mencapai ketinggian yang ditetapkan dan juruterbang memberitahu bahawa tali pinggang keledar sudah boleh dibuka di sepanjang perjalanan ke Malaysia nanti. Alfie mengambil kesempatan itu untuk bergerak ke kabin jet peribadinya dan mengambil sebotol air sejuk.

Safrina tidak bercakap banyak ketika mereka sedang bergerak. Selepas dia bersetuju untuk menjadi isteri lelaki itu selama setahun, Alfie menetapkan keputusannya untuk berkahwin di Malaysia juga. Dia percaya bahawa bernikah di sana adalah lebih elok dan afdhal berbanding di Mauritius. 

Ketika Alfie melirik pandang pada tunangnya, lelaki itu perasan akan pergerakan tangan Safrina yang sekejap digenggam, sekejap dicubit pula di atas pangkuannya itu. Kelakar, dialah satu-satunya orang yang akan kehilangan segalanya, tetapi wanita itu pula yang gelisah tidak menentu. "Nah, mungkin ini boleh bantu awak." Alfie menghulurkan segelas air dan duduk berhadapan dengan Safrina. 

"Nampak sangat ke?"

"The white knuckles give you away."

Safrina meneguk hampir separuh dari air kosong yang diberi tadi. "Saya tak pernah teringin nak jadi pelakon."

"Saya boleh jamin yang pihak studio akan bayar awak beribu dolar untuk menggunakan suara awak tu."

Safrina mengangkat bahu. 

"Suara awak memang sedap."

Mata Safrina bergerak memandang wajah Alfie dan pipinya sudah mula berubah menjadi kemerah-merahan. "I think this marriage thing will work out better if we didn't find anything about the each other amazing. Nothing personal, anyway."

"Mungkin betul cakap awak tu, tapi kita juga dah berjanji yang kita akan berlaku jujur antara satu sama lain. Dan suara awak memang seksi sangat." Teruja Alfie ketika dia melihat Safrina sudah mula gelabah ketika mendengar pujiannya itu. Pipi yang merah tadi semakin jelas warnanya. Comel sungguh Safrina ketika itu. 

Dengan begitu sahaja, gelas Safrina kini sudah kosong. "Saya tak pasti kalau saya patut berterima kasih pada awak atau encourage you to be less shallow."

"Ouch."

"Awak nak saya berlaku jujur kan."

"The only person in my life who's called me shallow is Karl ."

"Kawan baik awak?"

"Kawan yang paling saya percaya."

"Ye ke? Saya ingatkan dengan harta awak yang banyak tu, awak mesti ada ramai kawan juga."

"Money brings people, not friends." kata Alfie.

"Okay. Mesti dia tahu pasal kita kan. Maksud saya, pasal perjanjian ni."

"Yep."

"Macam mana dengan semua kekasih awak? Diorang tahu ke?"

Kali ini Alfie pula yang menggelabah. Walaupun perkahwinan ini bukanlah atas dasar cinta, tetapi bercerita tentang kekasih lamanya kepada Safrina, terasa bagai ada sesuatu yang tidak kena pula.

"Kenapalah saya nak cerita pasal perkahwinan ni dekat diorang. Itu mengundang bala namanya tahu." Alfie menghabiskan airnya dan berdiri untuk mengisi gelas mereka semula.

"Awak tak percayakan mereka?"

"Not with this."

"Macam mana lelaki buat ya?"

"Buat apa?"

"Couple dengan perempuan yang diorang tak percaya?" Safrina mengucapkan terima kasih untuk airnya dan menyisip perlahan-lahan kali ini.

"Itu namanya tarikan."

Ketawa, Safrina meningkah, "Itu namanya nafsu."

"Itu juga." Di dalam diri Alfie sudah mula terasa hangat. Bilalah kali terakhir dia berbual dengan seorang wanita mengenai perangai kaum lelaki seperti sekarang ini? Tidak pernah. Dan ternyata dia sangat sukakannya.

"Habis tu apa yang awak cakap dekat.... apa yang awak panggil perempuan-perempuan dalam hidup awak tu ya, kekasih?"

Gelaran kekasih itu sudah mula nampak terlalu peribadi. "Saya tak bagitahu apa-apa kat diorang.... lagi."

Safrina mengangkat keningnya tinggi. "Saya teringin nak jadi lalat ataupun cicak semata-mata nak dengar perbualan awak dengan diorang semua nanti. Oh darling, by the way... I got married over the weekend." Safrina ketawa mendengar jenakanya sendiri.

"Takkanlah saya nak cakap macam tu pula dekat diorang." Dia tidak pasti bagaimana caranya untuk mengkhabarkan berita tersebut kepada mereka. Dan sejujurnya, dia tidak pernah terfikir pun tentangnya. 

"Awak sedar kan yang awak akan kehilangan diorang berdua sekaligus?"

"Macam mana awak tahu ada dua?" Alfie menggelengkan kepala dan mengangkat tangannya ke udara. "Tak kisahlah. Awak tak perlu risau pasal diorang. Awak takkan berjumpa pun."

Safrina meletakkan sebelah tangannya ke dada dan tersenyum. "Shallow and a tiny bit naive."

Amboi, suka hati sahaja menggelar dirinya sebegitu. "Excuse me?"

"Kalau saya dengan awak couple, dan tiba-tiba je awak kahwin dengan perempuan lain, walaupun saya terasa benci sangat nak buat, saya tetap akan cari jalan untuk tahu siapa perempuan yang dah jadi isteri awak tu. Perempuan ni makhluk yang sensitif, Encik Al.. Alfie. I might fight that gender trait with a nine iron, but still can't beat down certain impulses. Saya tak rasa yang Daisy atau Troy..."

"Troian" Alfie membetulkan.

"Maafkan saya, Troian, semuanya sama je. Antara diorang, siapa yang lebih mudah kecewa?"

Perbualan ini sudah semakin jauh. Alfie berasa sangat tidak selesa berbicara tentang hal tersebut walaupun tunangnya ada hak untuk tahu tentang kisah lalunya. Dia berfikir seketika tentang apa yang Daisy dan Troian akan katakan jika dia memberitahu mereka tentang perkahwinannya ini. Diasy pasti akan menamparnya dan berlalu pergi. Manakala Troian pula akan mengamuk tidak tentu hala, tetapi menyambung perhubungannya dengan wanita itu sangat berisiko tinggi. "Both women knew about the other."

"Tapi mana lagi yang nak lebih dari awak?"

"Saya tak percaya yang tunang saya sanggup tanya soalan-soalan macam ni."

"Yang mana satu, Alfie?"

Safrina sudah mula menyinga.

"Troian. Tapi saya tak rasa yang awak akan terserempak dengan dia. Lagipun, dia tinggal dekat London dan cuma melawat Mauritius untuk masa-masa yang tertentu je."

"Yelah sangat, dan Daisy pula tinggal di antara New York dan Sepanyol."

Suara juruterbang yang datang dari pembesar suara bergema ketika dia mengumumkan tentang ketibaan mereka di lapangan terbang KLIA. "You've done your homework." Alfie beralih tempat dan duduk di sebelah Safrina.

"Always." Safrina terasa bangga dengan kehebatan dirinya.

"Awak akan bagitahu saya kalau salah seorang daripada mereka muncul dekat depan pintu awak?"

Safrina meluruskan kakinya dan memakai tali pinggang keledar. "Awaklah orang pertama yang akan tahu pasal tu."

Jet sudah mula mendarat dan Safrina mengerling ke luar tingkap. Alfie mencapai tangan tunangnya membuatkan wanita itu tersentak. "Awak kena belajar kawal diri awak," cadang Alfie.

Safrina merenung tajam pada tangan mereka yang sudah bertaut dan menarik nafas sedalamnya. "I'm trying. Tapi kita belum kahwin lagi. Jadi jangan sesuka hati nak sentuh tangan saya okay."

Alfie tersengih sumbing dan melepaskan pegangannya. Belum kahwin lagi sudah ditegur sebegitu rupa. Terasa malu pula dirinya ketika itu. Tidak mengapa, selepas mereka berkahwin nanti, akan digenggam tangan itu seeratnya. Dan bakal isterinya tidak punya hak untuk menolak kemahuannya itu. Sengihan tadi berubah menjadi nakal.

Apabila juruterbang memberitahu bahawa mereka sudah boleh membuka tali pinggang keledar masing-masing, Alfie menoleh pada Safrina. "Dah bersedia untuk kahwin?"

Safrina juga memusingkan kepalanya dan tersenyum. "Hmm.. bolehlah, saya pun tak ada benda nak buat harini."

Alfie ketawa besar mendengarnya. 

________________________________________________________________________

Alfie tidak pasti akan bagaimana malam pertamanya bakal berlaku, tetapi bukan ini yang dibayangkannya. Dia sudah menempah satu bilik suite di hotel terkemuka yang ada di situ. Tetapi akhirnya, dia tidur di atas sofa manakala isterinya pula tidur di atas katil empuk itu. 

Ciuman di dahi isteri pada hari itu menggelisahkan jiwanya. Pada mulanya, Alfie cuma mahu menunjukkan kepada Tok Kadi dan para saksi bahawa mereka berdua adalah pasangan kekasih yang bahagia. Tambahan, senang untuk dia melaporkan kepada para peguamnya. Tetapi kini, dia terlalu ingin mengulangi kembali kelakuan mereka itu. Aduh, dia sudah tergoda dengan isterinya. Seorang isteri atas dasar nama. Seorang isteri yang berjaya meletakkan senyuman di wajahnya. Dan seorang isteri yang berani mempersoalkan tentang sikapnya yang suka bertukar kekasih.

Alfie menolak selimut yang dipakai malam sebelumnya dan menunggu seketika untuk mengejutkan isterinya. Dia sudahpun menghantar notis ke pejabat di Ashburtonn tentang 'perkahwinannya' dengan si isteri 'tercinta'. Sekejap sahaja berita itu akan tersebar. Dan dia perlu berada di sana bersama si isteri untuk membuktikan kepada mereka tentang ceritanya itu. Dia akan menggunakan beberapa minggu tersebut untuk membina dinding di sekeliling hatinya. Alfie tidak berasa risau akan hatinya, tetapi jika dia melukakan hati Safrina, dia akan kehilangan segala-galanya. Risiko itu terlalu tinggi dan merbahaya.

Ketukan perlahan di pintu mengejutkan lamunannya.

Alfie membuka pintu dan membiarkan staff tersebut menghidangkan sarapan mereka. Bau kuat yang datang dari kopi menangkap deria rasanya membuatkan air liurnya terasa meleleh. Ketika pelayan itu menyerahkan bil untuk ditandatangani, pintu di bilik tidur terbuka dan keluar isterinya yang masih lagi mamai, dengan matanya yang kuyu bersama jubah berwarna putih.

"Itu bau kopi ke?" Suara Safrina yang garau gara-gara baru bangun tidur menyiksa jiwanya dan Alfie mendengus. Sedangkan budak-budak staff ini juga turut menoleh ke arah suara tadi. 

"Saya dah pesan sarapan."

"Oh, baguslah, saya dah kebulur ni." Terjatuh bil tersebut dari pegangan pelayan itu dan Alfie beralih untuk berdiri di antara Safrina dan pelayan tadi.

Wajah budak remaja itu berubah menjadi merah ketika dia mengambil bil tersebut dan menyerahkannya semula. Alfie menandatangani cepat-cepat dan menolak budak tersebut keluar dari biliknya. Alfie menarik nafas sedalamnya dan menegakkan tubuh sebelum dia berpusing. Safrina sedang asyik mengintai di sebalik penutup makanan itu dan menolak rambutnya ke belakang dengan sebelah tangan lagi. Wanita ini terlalu seksi.

Safrina mula menuang kopi ke dalam cawan mereka. "How do you like it?"

Alfie menutup matanya dan memaksa untuk tidak berfikir nakal tentang isterinya. "Hitam."

Alfie berjalan melepasi meja tersebut dan melabuhkan punggung. 

Membuat kerja tanpa bersuara, Safrina menghulurkan cawan tersebut sebelum dia menaburkan sedikit gula ke dalam kopinya pula.

"Macam mana awak tidur malam tadi?" tanya Safrina, sambil menyilangkan kaki, menunjukkan separuh betisnya yang putih mulus itu. 

"Okay," Alfie berbohong, cuba sedaya-upaya untuk tidak melirikkan pandangannya ke arah betis Safrina.

 "Iya? Saya dah tunggang terbalik dah ni. I'm more keyed up about this marriage than I thought I would be."

Susahkah jika dia memberitahu kepada Safrina bahawa dia juga turut merasakan perkara yang sama? Tetapi, nampak seperti dia tidak terkawal pula. Alfie perlu menunjukkan bahawa dia berkuasa dalam segala-galanya termasuklah perkahwinan ini.

"Lama-lama nanti biasalah. Lagi-lagi bila saya dah pergi Ashburtonn."

Safrina bergerak ke hadapan dan mengalihkan sekeping roti bakar dari pinggannya. "Bila awak nak pergi?"

"Esok."

"Esok?" Safrina kedengaran terkejut.

"Saya akan bawa awak balik ke Mauritius, berkenalan dengan pekerja saya dan juga Karl, lepas tu saya terus berangkat ke sana."

Safrina menggigit kecil rotinya. "Tak nampak macam mencurigakan ke, awak cepat-cepat nak ke Ashburtonn tanpa saya walaupun kita baru je berkahwin?"

"Mungkin, so we'll have to make things look good. Daily phone calls, something that proves we're talking to each other. Peguam-peguam ayah saya memang tak berhati perut. Mereka sanggup mengupah orang dalam bagi pihak ayah saya masa saya dekat kolej dulu semata-mata untuk report balik tentang sikap saya yang suka melanggar peraturan."

"Tak rasa macam melampau ke?"

"My father offered kickbacks, lucrative kickbacks for every offence they found. I doubt anything has changed since his death." Disebabkan Alfie masih lagi belum bersedia untuk bercerita lebih lanjut mengenai kisah lalunya, dia bertanya, "Awak ada passport tak?"

"Mestilah ada, kalau tak macam mana saya boleh ada kat sini." Safrina tersenyum kini, mula terjaga ketika dia menghabiskan secawan kopi yang pertama. "Nanti saya siapkan kertas kerja tu hari Isnin ni."

"Ikut awaklah."

"Nanti saya akan buat akaun untuk awak sebelum saya pergi, dan saya akan bagi awak kunci rumah saya di sana." Tersenyum hatinya ketika dia membayangkan Safrina berjalan-jalan di sekitar rumahnya dengan hanya memakai jubah putih itu. 

"Tak perlu rasanya."

"Saya tak setuju," ujar Alfie, sambil menghabiskan sosej dan roti bakarnya. "Saya takkan tinggalkan isteri saya sehelai sepinggang kat sana."

"Suka hati awaklah, tapi saya takkan gunakannya. Saya tak perlukan duit awak, sekurang-kurangnya awak dah bantu saya dengan Sadiya, dan saya ada rumah saya sendiri." Safrina mengunyah makanannya perlahan-lahan sebelum menelannya.

"Saya masih berhutang dengan awak sebanyak dua puluh peratus, Safrina. Saya akan pastikan isteri saya dijaga dengan sebaiknya dan saya tak nak orang bercakap belakang pasal awak."

Safrina melabuhkan tangannya di atas meja. "Saya takkan rosakkan imej awak, Alfie."

"You will if you're driving and old car and skimping on personal items. I'm not suggesting you buy a yacht, just don't shop at the big box stores." Alfie membayangkan isterinya membeli belah di pasaraya besar Giant dan tersentak.

"You realize how snobby that sounds, right?"

"Saya tak peduli. My girlfriends shopped at designer stores, my wife won't be taking dresses off the sale rack." Alfie ternampak rahang wanita itu menegang dan dia sudah bersedia untuk bertengkar dengan isterinya. 

"Ada masalah ke dengan cara saya berpakaian?" Ops, dia sudah tersalah bicara.

"Saya tak cakap macam tu pun."

"Oh, ya, awak memang cakap macam tu."

Alfie berhenti makan. "Awak tahu kan yang saya betul pasal benda ni."

Safrina merengus tetapi dia tidak menafikannya. "Yalah."

"Bagus." Aku menang. Ya Tuhan, bilalah kali terakhir dia bertengkar dengan seorang wanita yang tidak mahu menghabiskan wangnya? Alfie tersenyum pada diri sendiri.

"Apa yang kelakarnya?"

Mata Safrina bercahaya dengan rasa geram yang membara. 

"I think we just had our first marital spat."

Safrina mengangkat bahu dan ketawa kecil. "I guess we did."

"Dan saya menang," sambung Alfie.

Safrina menghantar renungan tajam lagi berbisa kepada suaminya. "Jangan harap nak sambung lagi ya."

Tak. Dia bukanlah naif mana memikirkan bahawa dia akan beroleh kemenangan setiap masa. Walau bagaimanapun, ia tetap berjaya membuatkan hatinya terasa gembira dan bahagia. 


p/s : new entry. :) and btw, saya simpan SDH dulu for a while. sorry, sorry, sorry! saya nak betulkan every mistakes yang saya dah buat dalam cerita tu. insya-ALLAH, nanti saya post balik. (tak pasti bila) ^^, thank you pada yang sudi bagi honest komen pasal cerita saya tu. i appreciate it :) 

adios
post signature

Tags:

Share:

15 comments

  1. alfie dah start jatuh ciinta dgn safrina ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu namanya tarikan, bukan cinta. hehe. :P

      lambat lagi dia nak fall in love dengan isteri dia.

      Delete
    2. Hehe..ok..cepat cepat jatuh cinta tau alfie haha ;-)

      Delete
    3. insya-ALLAH satu hari nanti. ^^,

      Delete
  2. O dear. if one say there are few mistakes..it does not necessarily mean that unless it is from good writer yg tak dinafikan lagi. maybe it just your writing style.cara penulisan you yg membezakan u dgn penulis lain.how kecewa other readers will be. though i am but me too .: me_myself :.

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay, sorry about that. don't worry, saya akan publishkan balik cerita tu. and saya akan edit balik ASAP. bukan xnak publish langsung dah. cuma nak cari ayat yang sesuai untuk buat cerita tu. kalau saya x simpan for a while, saya takut ada readers yang confuse dengan cerita saya.

      'eh, chap 1 cakap lain, tapi chap 2 lain pula.' that's all. malam esok or lusa insya-ALLAH, saya post balik semua ya :)

      Delete
    2. its a relief. i felt bad already.i just agak to see some improvement in coming chap and not in the previous one.please don't take it so hard n seriously.some review can easily be made but to karang the whole one..i could only guess that it takes lot of time.i look forward then .: me_myself :.

      Delete
    3. no please, don't feel bad about it. saya akan try improve untuk next chapter, insya-ALLAH tapi at the same time, saya perlu edit chap sebelumnya. this is just me. no worries. and saya tak ubah semua pun. edit sikit-sikit, tukar ayat. buang mana yang x perlu. jalan cerita sebelum ni tetap sama. :)

      cerita ni takkan sesekali saya buang dari blog sebab saya dah ada idea nak buat macam mana. haha. tapi mungkin betul cakap sis. saya x berapa pandai lagi nak buat cerita guna 'aku'. lol~ i'll try my best okay.

      sorry, saya weird. perangai saya memang macam ni. hehe.

      Delete
    4. its your strength. keep it. make ur writing wierd so that u tak ikut trend. if i'm a cikgu aka otai..no way i would feel bad. jgn sampai u dpt ajaran sesat wina sudah.hahaha. oh ho, wina lagi la tak pandai langsung buat cerita.pndai ngomel je.hahaha.see,u much better than me.so,do it your way la.

      me sorry too.maybe i'm giving u such review sbb wina personally tak suka itu or ini.not because there was something wrong with it.let me know if i need to set some limit.

      hopefully wina bole spend some time for your next next entry.mggu depan ada asignment baru masuk list.huhuhu.wish u well then. :)

      .: me_myself :.

      Delete
    5. haha. okay then. :)

      tak apa, saya cuba terima segala komen yang saya dapat dengan hati yang terbuka. kalaulah saya ni mudah sangat mengalah bila orang dah kritik macam-macam, dari awal lagi saya x sepatutnya buat novel kan. so, saya kena memahami juga apa yang readers nak.

      sedih plus jealous juga bila tengok orang lain punya writing lagi hebat kan. dapat banyak awesome feedback. so, bila dikomen macam ni, at least saya tahu silap saya dekat mana.

      insya-ALLAH. mudah-mudahan saya pun ada masa. sebab next week dah start exam week. haha. and good luck siapkan your assignment. saya x pernah siap assignment on time. and thanks a lot :))

      Delete
  3. Wahh, satu lagi bab yg layak dapat pujian! =D
    Yeayy! *tepuk tangan* Love this one Kak, do more ea? hee. *demand*

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. thank you :') terharu akak baca. kita tunggu chap seterusnya esok ya ^^, insya-ALLAH.

      harini akak post SDH je dulu.

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.