
bab 5
Alfie setia memeluk pinggang isterinya ketika dia mengiringi Safrina dari lapangan terbang. Ketika mereka melepasi pihak media tersebut, Alfie sempat juga berkata sesuatu kepada mereka, ayatnya berbunyi seperti, cinta hati saya dan dialah satu-satunya berjaya menawan hati saya. Kata-kata itu kedengara ikhlas pula di pendengarannya. Kalaulah dia juga tidak tahu tentang rancangan suaminya, pasti dia akan percaya bulat-bulat dengan setiap bait yang Alfie tuturkan itu. Ada satu ketika, Alfie membisikkan sesuatu di cuping telinga isterinya, "Ini baru dekat sini. Eropah lagi teruk tau. Jadi awak banyakkan bersabar dan senyum je dekat diorang okay."
Safrina ketawa dan bersandar pada suaminya untuk memberinya laluan ke pintu kereta. Imej tersebut sempat ditangkap oleh golongan paparazzi yang masih lagi berlegar-legar di sekeliling mereka berdua. Sahabat Alfie, Karl hadir tanpa dijangka. Rambutnya yang berwarna hitam keperangan dan wajah hitam manis yang menggoda itu sangat berbeza dengan suaminya. Dia seorang lelaki yang bijak, pragmatik, dan sangat pandai membuat orang ketawa. Dia juga turut memberikan Safrina nombor telefonnya dan meminta wanita itu supaya menelefonnya jika dia memerlukan apa-apa setiap kali Alfie ke luar daerah.
Seperti yang diperbincangkan, Alfie memberi kebenaran kepada Safrina untuk melawat rumahnya yang terletak di kawasan bukit yang menghadap lautan itu. Kawasan tanah tersebut terlalu besar. Para pekerjanya termasuklah seorang tukang masak, seorang pembantu rumah, dan sekumpulan lelaki yang akan menjaga halaman rumah. Adam, pemandu Alfie, bertanggungjawab untuk memantau kerja mereka. Saiz tubuh lelaki itu sahaja sudah mampu mengalahkan satu pasukan bola sepak. Alfie menerangkan bahawa lelaki itu juga turut ditugaskan menjadi pengawal peribadinya.
Usai sahaja Safrina tiba di rumah, dia berdoa agar suaminya selamat sampai ke destinasi yang dituju. Dia memusing-musingkan cincin di jari dan mengaguminya dalam masa yang sama. "Aku tak sanggup nak tahu berapa harga kau ni cincin," tutur Safrina kepada cincin perkahwinannya. Dia akan memulangkan cincin tersebut selepas perkahwinan mereka berakhir dalam lima puluh empat minggu lagi, tetapi buat masa ini, dia hanya ingin menikmatinya sahaja.
Pintu di hadapan rumahnya dihempas kuat selepas dia mendengar jeritan yang datang dari ,"No comment."
"Mashaallah, sampai bila kita kena berdepan dengan semua tu?" Alina mengalihkan beg tangannya dari bahu dan mencampaknya ke atas meja kopi.
"Nanti lagi dua tiga hari, diorang pergilah tu."
"Macam yakin sangat je kau ni."
"Aku dah pernah kena kot sebelum ni. Nanti bila aku dah bercerai dengan Alfie, lagi banyak media yang akan datang serang rumah kita tahu."
Alina melemparkan sehelai keratan di atas meja. Terpampang wajah Safrina dan Alfie yang sedang ketawa di halaman depan artikel tersebut. "Korang ni nampak macam betul-betul bercintalah. Aku pun boleh tertipu tahu."
Safrina tersenyum. Walaupun dia terlalu ingin pihak media menghilangkan diri mereka, dia akui yang dia sangat menyukai gambar yang diambil oleh mereka. Lagipun, itu sahajalah gambar perkahwinan yang dia dan Alfie ada. "Boleh tahan juga kitorang ni kan."
"Boleh tahan? Korang nampak bahagia gila tahu tak."
"Hai, dah bahagia, gila pula?" usik Safrina.
"Entahlah. Aku minta maaflah sebab tak sempat nak jumpa dengan dia masa dia hantar kau ke sini tadi." Alina bersandar pada kerusi dan meletakkan kedua-dua belah kakinya ke atas meja kopi.
"Bukan dia pun tadi, tapi pemandu dia."
"Pemandu?" Terserlah mata hijaunya yang cantik itu ketika dia bertanyakan soalan tersebut kepadaku. Alina merupakan satu-satunya anak perempuan di dalam keluarga mereka. Emaknya berbangsa Melayu manakala ayahnya pula lahir dan membesar di negara Scotland.
"Dia tu kaya kot. Kenapa pula dia nak susahkan diri sendiri kalau dia boleh upah pemandu kan?" Safrina ketawa dan menjulingkan matanya.
"Hmm.. betul juga cakap kau." Kawannya turut ketawa sama.
Telefon pejabat berbunyi dan Alina melompat dari kerusi untuk menjawabnya. "Sinful Cupid."
Safrina cuma mendengar sahaja perbualan dengan orang di sebelah sana.
"We don't have any comments at this time," tegas . "No, we're not an escort service.. Again, no comment." Bersama keluhan kecewa, Alina menutup gagang telefon.
"Aku sepatutnya dah boleh agak dah pasal ni." Pihak media pasti akan menghancurkan perniagaannya jika diberi peluang.
"Nampaknya kita kena bagi keterangan dekat diorang."
"Betul juga tu. Nanti aku draft something and bagi dekat Alfie."
Telefon berdering sekali lagi dengan wartawan yang lain pula bertanyakan soalan yang sama. Lebih kurang setengah jam kemudian, Safrina dan Alina akhirnya mengaku kalah dan mencabut wayar telefon mereka. Susahlah untuk dia mendapat klien jika perkara ini berlanjutan sampai ke sudah.
"Gila betullah," bentak Alina ketika dia mengangkat sedikit tirai tingkap yang tertutup. Beberapa orang paparazzi sedang mundar mandir di luar dan berjaya menghalakan lensa mereka setiap kali dia mahupun Safrina mengintai dari tingkap tersebut.
"Nanti aku siapkan makan malam. Kau tak kisah kan nak duduk kat sini malam ni?" Alina pernah menginap di sini suatu ketika dahulu sebelum dia berpindah ke rumah emaknya semula enam bulan kemudian.
"Itu ke cara kau untuk suruh aku tinggal dekat sini?"
"Yelah. Aku tak nak duduk sorang-sorang selagi diorang semua ada kat luar. Nanti diorang ikut kau juga kalau kau balik ke rumah kau," Safrina memberitahu.
"Fine, tapi aku yang pilih movie tau. Tolonglah bagitahu yang kau ada snek."
"Alah, macam tak kenal pula dengan aku ni?" Safrina menutup lampu di luar rumahnya dan mengunci pintu hadapan. Kedua-dua mereka hanya memakai baju panas sahaja dan bersantai di hadapan televisyen bersama sekotak pizza, snek dan juga air 100 Plus.
"Mesti lepas ni kita takkan berpeluang buat macam ni lagi dah kan," luah Alina sambil sibuk menggigit makanannya.
"Kenapa pula?" Safrina menulis sesuatu di dalam buku notanya, cuba mencari idea bagaimana mahu memberitahu pihak wartawan tentang kisah mereka.
"Kau kan dah kahwin."
"Habis tu?" Mereka berdua tahu bahawa perkahwinan itu hanyalah sekadar atas dasar nama sahaja. Sekarang ini, Alfie mungkin sedang enak tidur di dalam jet peribadinya dan tidak pernah terfikir langsung akan isterinya di sini.
"Kau kan kahwin dengan putera raja, Rin. Kau tahu tak betapa besarnya gelaran tu?"
"Alah, takat gelaran putera raja. Sama je macam Tuan ataupun Doktor. Cuma Alfie tak perlu nak bersusah payah dapatkan gelaran tu."
"Dia terus mewarisi gelaran tu lepas ayah dia mangkat ke?" Alina sudah mengalihkan kakinya di bawah punggung dan meletakkan semangkuk bertih jagung di antara mereka.
Safrina menganggukkan kepala.
"Tapi dia kena kahwin untuk mewarisi harta tu?"
"Kalau diikutkan, gelaran dengan harta tu terus dapat dekat anak lelaki pertama keturunan diorang. Tapi dah ayah Alfie yang sesuka hati nak ubah peraturan. Dia tukarlah wasiat dia. Dalam wasiat tu, dia kata selagi Alfie tak berkahwin, segala harta akan disimpan oleh peguam ayahnya. Tapi lepas Alfie dah mencecah umur tiga puluh tahun, harta tu bukan lagi menjadi milik dia. Sebaliknya, hartu tu akan dibahagikan dan diberi kepada orang yang lebih layak. Salah seorang sepupu akan mendapat sebahagian daripada harta tersebut, sedikit elaun kepada emak dan juga adik perempuan dia, dan yang selebihnya didermakan kepada rumah kebajikan."
"Kejamnya."
"Alfie bagitahu aku yang gelaran tanpa harta tu samalah macam seorang raja tanpa negara. Benda-benda diraja ni buat aku sakit kepala lah."
Telefon bimbit Safrina bergetar di sebelahnya. Nama Alfie tertera di skrin tersebut. Seronok Safrina ketika dia melihat nama suaminya itu lantas diangkatnya tanpa lengah. "Hey," jawab Safrina.
"Saya ingat nak telefon awak dulu sebelum saya tidur." Suaranya kedengaran terlalu penat dan bunyi bising di belakang membuatkan Safrina sukar untuk mendengar kata-kata suaminya.
"Saya ingatkan awak ada dekat dalam jet lagi. Awak kat mana ni?"
"Saya terpaksa berhenti dekat New York kejap. Dalam masa satu jam lagi nanti, baru saya bertolak." Kasihan pula Safrina mendengarnya.
"Awak, media kat sini gila lah. I thought we should give a press release sooner than later, maybe get them off my back," cadang Safrina.
"Awak okay? Diorang tak kacau awak lebih-lebih kan?" Kerisauan tergambar di nada suara lelaki itu.
"Tak, saya.."
"Kan bagus kalau awak tinggal je dekat rumah saya."
"Kita dah bincang pun pasal tu semalam. Saya elok je kat sini. Lama-lama nanti diorang senyaplah." Safrina terdengar seorang PA sedang bercakap mengenai penerbangan mereka. "Cuba dengar ni.. Mr and Mrs Alfie Hakimi would like you to respect their privacy while they adjust to their rapidly changing lives. Their courtship and subsequent wedding was an unexpected to those as it will be to the world. A pending reception is being planned where details of their love match will be revealed."
"Love match?" Itu sahaja yang ditanya Alfie.
"Macam pelik pula bunyinya kan. Nanti saya tukar ayat lain."
Alfie ketawa. "Nama kita je yang awak kena tukar sebenarnya."
"Apa?"
Alfie menyampuk percakapan Safrina.
"Yelah, patutnya macam ni, Lord and Lady Alfie, the Duke and Duchess of Ashburtonn. Hm, saya kena gerak dululah. Nanti pagi esok saya telefon awak. Awak telefon je Adam atau Karl kalau awak perlukan apa-apa." Talian di sana terus dimatikan.
Safrina menggeletar kuat. "Ya.Allah."
"Kenapa?" Alina berhenti mengunyah makanannya dan merenung Safrina dengan mata yang membulat.
"Aku selalu terlupa!" Duchess! Dia sudah menjadi sebahagian dari keluarga diraja. Gelaran itu membuatkan dia terasa ingin mati sahaja di saat itu. Dan dia perlu bersedia menerimanya jika dia tidak mahu sebarang masalah berlaku pada masa hadapan kelak.
________________________________________________________________________
"Awak masih belum guna lagi kad kredit tu." Itulah ayat pertama yang keluar dari mulut Alfie tiga hari kemudiannya.
Safrina sedang berjoging di tepi pantai bersama Bluetooth diselitkan di telinganya. Pihak media sudah tiada di luar rumahnya, tetapi panggilan telefon daripada mereka masih belum berkurangan. Dia memutuskan untuk memberi cuti sementara dan melarikan diri dari rumahnya secepat mungkin.
"Waalaikumussalam." Safrina memperlahankan langkahnya agar dia dapat berbual dengan suaminya.
"Awak ni macam tak cukup nafas je, apa yang awak buat tu?"
"Joging."
"Oh." Alfie kedengaran terkejut. "Bunyi bising tu apa pula?"
"Bunyi angin. Saya kat pantai ni." Safrina melompat di atas beberapa batu yang menghalang laluannya dan menyambung lariannya.
"Selamat ke? Ada orang lain tak dengan awak?"
Safrina ketawa. "Iya, semuanya selamat, detektif Alfie, dan tak, tak ada orang lain dengan saya." Walaupun dia mengusik lelaki itu, dia suka dengan sikap prihatin suaminya. Safrina tidak mampu mengingati bilakah kali terakhir seseorang risau akan dia yang berjalan bersendirian. "Awak telefon ni sebab nak tahu pasal senaman harian saya ke. Awak nak apa?"
"Saya cuma nak pastikan yang awak dah isi borang untuk pasport awak tu."
"Enam jam saya habiskan dekat pejabat diorang Selasa haritu. Name change, passport, the whole deal. Saya dah suruh diorang cepat sikit, tapi diorang kata paling cepat pun dalam sepuluh hari macam tu lah."
"Sepuluh hari tu dah lebih sangatlah. Nanti saya telefon diorang suruh cepat sikit."
"Itupun saya dah bayar kot dekat diorang. Okaylah tu daripada sebulan jadi sepuluh hari. Diorang kata saya tak boleh dapat lagi cepat dari tu." Nafasnya sudah mula tercungap-cungap tetapi dia tetap bergerak seperti biasa.
"Nanti biar saya yang uruskan." Safrina ketawa mengenangkan sikap lelaki itu.
"Agak-agak ada tak orang yang berani melawan Alfie Hakimi yang sangat hebat lagi berkuasa ni?" usik Safrina.
"Awak je. Kenapa awak tak keluar shopping? I told you to indulge." Alfie tidak gembira dengan sesuatu; dia dapat mendengarnya dari nada suara lelaki itu.
"Biar saya teka, awak nampak gambar saya yang cuma pakai tshirt lama dengan seluar jeans je kan."
Alfie teragak-agak.
"Betul kan tekaan saya?" Safrina ketawa dan menghentikan langkahnya untuk mencari nafas. "Oh, Alfie, sudah-sudahlah."
"Pergilah shopping, Safrina. Our reception is going to bring out dignitaries and several influential families. We'll be attending the theater, polo matches.. you name it."
"My cut offs aren't going to work?" Air mata mula bertakung di tubir matanya.
"Sedangkan saya pun tengok cerita Pretty Woman. Pergi shopping!"
Membayangkan si Alfie yang menonton filem tersebut membuatkan dia ketawa kecil. "Saya harap perempuan tu berbaloi."
"Perempuan apa?"
"Yang tarik awak pergi tengok wayang tu."
Giliran Alfie pula ketawa; suara itu membuatkan dia terbayang akan wajah suaminya yang tampan dan bertubuh sasa itu. "Satu-satunya adik perempuan yang saya ada."
"Patutlah."
"Dia menang taruhan. Nak tak nak saya kena bawa juga dia pergi tengok wayang, kalau tak nanti dia merajuk pula." Alfie semakin tenang ketika mereka meneruskan perbualan. "Awak dah berhenti lari ke?" tanya suaminya.
Safrina menoleh seketika memandang kawasan pantai dan meletakkan sebelah tangannya di pinggang. "Ha'a," kata Safrina. Dia mendesah kuat tanpa disedari.
Alfie mengeluh.
"Kenapa?"
"Awak nak jawapan yang jujur?"
"Mestilah." Safrina berpaling menghadap angin yang bertiup lembut dan memaksa dirinya untuk bernafas secara perlahan-lahan.
"Between the heavy breathing and that voice of yours, I'm having a hard time still."
Jantung Safrina terasa bagai menendang kuat ke dadanya. Dia menggigit bibir bawah. "Kalau macam tu, saya tak naklah sebut apa yang saya pakai ni, nanti rosak pula fantasi awak tu."
Alfie ketawa. "Alah, mesti ada paparazzi kat kawasan tu. Nanti esok ada lah gambar awak dekat atas meja saya ni."
Safrina memandang sekeliling tetapi tidak menjumpai sesiapa yang sedang memegang kamera. "Mungkin."
"Sebelum saya pergi, saya ada cuba telefon rumah awak tadi tapi operator cakap nombor awak dah tak ada dalam perkhidmatan."
"Ada masalah sikit dengan talian tu. Saya dah minta orang datang repair telefon tu balik pagi ni. Saya pun dah tambah caller ID sekali, senang sikit saya nak tahu siapa yang telefon saya nanti." Safrina menjelaskan dan mula berlari anak menuju ke keretanya.
"Bagus rancangan awak tu. Esok saya telefon lagi."
Selepas Alfie mematikan talian, Safrina tersenyum sendirian. Sungguh dia tidak sabar untuk menanti panggilan seterusnya dari lelaki itu. Tidak disangka pula ada juga lelaki yang berminat dengan dirinya ini. Lebih-lebih lagi jika lelaki itu adalah suaminya sendiri.
p/s : chap seterusnya : ada orang datang mengganggu hidup Safrina. The python a.k.a Troian!

Best <3
ReplyDeletethank you :)
Deletebest....
ReplyDeletethank you :)
Delete