Cinta Matchmaker -bab 7-


bab 7


Pihak kerajaan juga pernah mengganggu privasinya sebelum ini. Dan ia tidak pernah berakhir dengan baik. Walaupun perkara ini tidaklah berat seperti masalahnya yang dahulu, tidak mungkin Safrina akan membiarkan sesiapa merampas apa yang sepatutnya menjadi hak milik Alfie begitu sahaja.

Walau mereka bahagia, walau badai melanda, Alfie tetap suaminya.. untuk lima puluh tiga minggu lagi.

Safrina bergerak setapak dan mencapai sekali lagi telefon tanpa wayar itu. Bersama telefon bimbit di tangan yang sebelahnya pula, dia menghantar mesej terlebih dahulu.

Awak ada kat rumah ke?

Telefon bimbitnya bergetar. Buat kali pertamanya dalam minggu ni.

Safrina mula mendail nombor telefon lelaki itu. Awak pegang je handphone awak tu and play along.

Alfie merenung pada skrin telefon bimbitnya dan menggelengkan kepala. "Play along? Apa pula maksudnya?" Telefon di rumahnya berdering di saat dia ingin bertanyakan soalan tersebut kepada isterinya.

Ketika dia menjawab, suara Safrina yang seksi menggoda menyapa cuping telinganya. "Assalamualaikum sayang."

Sayang? Dari mana pula datangnya ayat tu? Alfie membuka mulutnya untuk bertanya tetapi Safrina terus-terusan bercakap, kata-kata yang seterusnya lebih mengujakan hati lelakinya.

"Macam mana hari awak hari ni?"

"Sibuk sikit. Saya ingat nak kerja setengah hari je esok." Telefon bimbit bergetar. Awak ada dengar tak bunyi klik dekat dalam panggilan kita ni?

Alfie membaca pertanyaan Safrina dan mula menjawab dengan kuat. "Safrina, apa yang..."

"Ya ALLAH, rindunya saya dengan awak. Kalaulah pasport saya dah siap, dah lama saya pergi jumpa awak tau."

Mata Alfie tertutup rapat. Safrina tidak berbunyi seperti dia sedang mabuk, walaupun di dalam hati sudah terasa gembira mengenangkan yang isterinya merindui dirinya. Masih, dia tahu jika seseorang itu sekadar bercakap kosong ataupun jujur ketika dia mendengarnya.

Someone is bugging my phone. Keep talking.

Apa? Tak mungkin.

"Saya cakap yang saya rindukan awak," tercungap-cungap Safrina bersuara.

"Saya rindukan awak juga," bisik Alfie perlahan ketika dia menaip semula. WTH is going on?

Safrina tergelak kecil. "Awak tahu tak apa yang ada dalam fikiran saya sepanjang hari ni?" 

Suara yang seksi digabungkan dengan teks mesej itu, kedua-duanya membuatkan otaknya menjadi serabut. Kalau seseorang memasang peranti di dalam telefon Safrina, pasti mereka pernah berada di dalam rumah. Rahangnya mula terasa menegang dan api kemarahan mula membara di dalam tubuh. Sudahlah dia berada jauh dari wanita itu.

"Tak tahulah, apa kata sayang je yang bagitahu dekat saya?"

Sedang diperhatikan. Rasanya ada orang tengah dengar perbualan kita sekarang ni.

"Saya asyik terfikir pasal senyuman awak yang seksi tu."

Alfie teragak-agak untuk membalas mesejnya. "Awak rasa senyuman saya ni seksi?"

"Takkanlah awak tak tahu. Saya rindu nak tengok awak gelak setiap kali kita bersama."

Alfie tahu kata-kata Safrina itu hanyalah satu penipuan semata-mata, tetapi ia tetap berjaya menyentuh hati kecilnya. Safrina mungkin bukan seorang pelakon, tetapi dia sangat hebat dalam melakukan tugasnya sekarang ini.

Kita kena keluarkan awak dari situ.

"Awak tahu apa yang saya rindu pasal awak?" tanya Alfie, masih meneruskan perbualan yang dimulakan oleh isterinya tadi.

"Cakaplah."

Saya setuju dengan awak. Mesej dari Safrina.

Alfie terkejut apabila Safrina hanya bersetuju tanpa berbalah terlebih dahulu. "Apa?"

"Saya cakap bagitahulah saya apa yang awak rindu pasal saya tu." ulang Safrina sekali lagi.

Alfie meletakkan telefon bimbit ke tepi dan memberi perhatian pada bait bicara wanita itu.

"Saya rindu dengan rambut awak yang lembut tu bila awak baring dekat atas bantal saya." Itulah satu-satunya imej yang dia kerap kali bayangkan, walaupun dia tidak pernah melihatnya... lagi. "Bila awak basahkan bibir mungil awak tu sebelum saya cium awak."

"Iya?" Nada suara Safrina berubah menjadi garau.

"I miss the lavender scent of your skin. I'm going to have the gardeners plant bushels of it here so every time I walk by I will be reminded of you." Dari mana pula datang ayatnya itu? Dan sejak bila dia menjadi seorang penyajak?

Telefon menjadi senyap seketika. "Safrina? Awak ada lagi tak tu?" Alfie melirik pada telefon bimbitnya untuk melihat jika isterinya ada menghantar sebarang teks ataupun tidak. 

Tiada pula.

"Saya ada kat sini lagi. Saya cuma.. saya tak nak berjauhan dengan awak lagi. Rasanya saya patut pindah ke rumah awak dekat Port Louis tu lah."

Alfie tersenyum. "Akhirnya awak setuju juga nak duduk dengan saya."

"Semuanya berlaku dalam sekelip mata, sebab tu saya ingat nak perlahankan sikit keadaan kita ni buat sementara waktu. Bila fikir balik, rasanya sekarang macam bodoh pula rancangan saya tu."

"Awak dah biasa berdikari sejak dari dulu lagi. Saya faham. Tapi kita akan habiskan masa di Eropah dan juga di tempat lain. Lagi bagus kalau awak selesakan diri di dua-dua tempat nanti. Sekurang-kurangnya saya tahu awak ada kat mana setiap kali kita berjauhan." Kelakar, setiap ayat yang dituturnya adalah benar tetapi kalau bukan disebabkan ada sepasang lagi telinga yang sedang mendengar, dia mungkin tidak akan menyuarakannya sampai bila-bila.

"Awak... ouch!" Safrina menjerit kuat.

Rambut di belakang leher Alfie meremang naik. "Kenapa?"

"Saya... kaki saya terlanggar almari." Bunyinya seperti wanita itu sedang marah, bukannya sakit.

Telefon bimbit bergetar. Jumpa satu kamera.

"Apa yang awak tengah buat tu?" tanya Alfie. Dia mula berjalan perlahan-lahan.

"Saya nak pilih buku-buku untuk bawa ke rumah awak nanti. Pukul berapa awak sampai hari Ahad nanti?" 

Jika Alfie tidak mendengar, dia pasti tidak akan dapat mengesan getaran di dalam suara isterinya itu. Dia mula menghantar pesanan mesej kepada Adam. Pergi ke rumah Safrina sekarang! Kejap lagi aku telefon kau.

"Nanti saya tukar balik rancangan saya dan terbang ke sana lebih awal." Malam ini kalau boleh.

"Tak perlulah buat sampai macam tu sekali," tingkah Safrina.

"Mana boleh. Dah lama sangat kita tak jumpa kan."

Safrina menghembus nafas dalam. "Awak asyik nak menang je tak habis-habis."

"Nanti saya telefon awak."

"Jangan kelam kabut sangat," Safrina menasihati. "Saya okay je kat sini."

Tetapi dia tidak. Seseorang sedang memerhatikan Safrina, mendengar setiap perbualan isterinya... memerhatikan wanita itu. Dan sesungguhnya perbuatan tersebut sudah melampau.

"Esok pagi saya sampai."

"Okay, saya tunggu awak."

Alfie tersenyum dan mematikan talian.

Kemas barang yang awak perlukan untuk hari ni dan esok. Adam dalam perjalanan untuk ambil awak.

Alfie menelefon pengawal peribadinya, menerangkan situasi yang telah berlaku. Panggilan seterusnya adalah kepada juruterbangnya pula. Dia menggosok rambutnya menggunakan tangan dan pantas bergerak untuk membuat segala persiapan untuk terbang ke sana. Perkahwinan jarak jauhnya itu bukan lagi berada di dalam zon selamat. Otaknya terlalu asyik berfikir membuatkan kakinya secara automatik menghentak beberapa kali, tangannya juga turut mengusap belakang lehernya. Sampai ke tahap inikah sepupunya sanggup memusnahkan perkahwinannya? Ataupun Troian ingin membalas dendam kepadanya? Sedangkan Fred and Davis Law juga tidak boleh dikeluarkan dari senarai pendek suspeknya memandangkan mereka akan mendapat duit yang lebih banyak jika mereka dapat mendedahkan perkahwinan palsunya ini.

Dua puluh minit kemudian, telefon bimbitnya berdering di saat dia sedang dalam perjalanan ke lapangan terbang.

"Safrina?"

"Ya, saya ni." Isterinya kedengaran lemah. Tidak berdaya. "Saya kat rumah awak ni."

"Kalau macam tu selamatlah untuk kita bercakap. Sekuriti saya akan siasat tentang bug tu. Awak macam mana sekarang?"

Safrina mengeluh. Berat sungguh keluhan itu. "Saya tengah geram sangat ni. I thought my days of bugged phones and hidden cameras were behind me. Siapa yang sanggup pergi sejauh ni, Alfie?"

"Saya pun asyik bertanyakan perkara yang sama sejak awak telefon tadi. Saya dah suruh orang siasat pasal tu juga. Nanti kita akan tahu tak lama lagi."

"Nanti bagitahulah saya kalau-kalau saya boleh tolong awak ke. Siapa yang bertanggungjawab atas benda ni akan sentiasa menjadi musuh ketat saya sampai bila-bila." 

Suara yang lantang ini lebih baik daripada suara lemah yang didengarnya tadi. Isterinya yang satu ini kalau diusik kadang-kadang boleh meletup juga.

"Mungkin saya lambat sikit kot malam ni. Bilik mana yang awak pilih?"

"Oh, ah, S..saya tak pasti siapa kat sini yang tahu pasal kita jadi saya suruh Adam letakkan barang-barang saya dekat dalam bilik tidur awak," gugup Safrina. "Saya boleh pindah."

Hatinya menjadi tenang tatkala terbayangkan kepala Safrina bersandar di atas bantalnya, mata itu kuyu di atas katilnya. "Tak payah pindahlah. Betul cakap awak. Saya percayakan pekerja saya, tapi rasanya tak perlu kita bagitahu diorang tentang ni."

"Awak pasti?" Wanita itu kedengaran sayu sekali lagi. Hatinya kuat ingin menarik isterinya ke dalam dakapan dan berkongsi rasa sakit itu bersama.

"Please. I insist." Tidak akan sesekali dia memaksa isterinya. Safrina sangat pantang tika disuruh melakukan sesuatu tanpa kerelaan hatinya. Meminta sesuatu dengan baik adalah perkara baru baginya, tetapi semakin lama Alfie semakin boleh menerimanya dengan senang hati. 

"Okay. Nanti saya jumpa awak esok pagi."

Jarinya mengetuk-ngetuk telefon bimbit tersebut sesudah dia mematikan talian. Bayangan wajah Safrina yang tidak mampu tidur lena dan dihantui dengan igauan ngeri membuatkan hati Alfie menjadi hangat membara. Jari-jemarinya menekan kuat tapak tangannya sendiri. Siapa yang melakukan perkara ini sudah membuat satu kesalahan yang terlalu besar. Dia sanggup menghancurkan hidup orang yang sudah mengganggu privasi isterinya sampai ke tahap sebegini. Paparazzi berdiri di tepi jalan, mencuri dengar ketika mereka sedang keluar membeli belah, itu masih lagi boleh diterima, tetapi ini? Bagaimana kalau ada sebuah kamera terpasang di dalam bilik tidur Safrina? Bagaimana kalau ada seseorang yang sedang memerhatikan isterinya berpakaian, ataupun mandi?

Tidak hairanlah isterinya itu terlalu takut.

Semakin lama dia memikirkannya, semakin lama dia tidak mampu melihat apa-apa melainkan merah sahaja.

________________________________________________________

Separuh memori, separuh lagi mimpi, minda Safrina yang masih lagi tidur dipenuhi dengan imej dirinya berjalan di sekeliling kampus, sebuah beg sandang digalaskan di bahu kanannya. 

Seseorang sedang mengekorinya. Dia pernah melihat lelaki itu sebelum ini, tetapi dia tidak mampu mengenal wajah itu. Panik di dalam tubuh mula terasa selepas dia menceritakan tentang apa yang dfikirkannya kepada professor bisnesnya. 

Di sudut minda Safrina, dia tahu yang dia sedang bermimpi. Tahu di mana mimpi itu akan pergi dan cuba sedaya upaya untuk menghentikannya.

Sebuah gambar di bilik tidurnya semasa dia masih kecil bertamu di dalam fikiran. Perbualan bersahaja di antara dirinya dan juga seorang kawan yang dia percaya. Ibunya, masih hidup, memberi nasihat supaya menjaga percakapannya.

Sadiya, yang baru sahaja memakai baju sukannya, ketawa melihat aksi nakal kucing kesayangannya, Dio. 

Segala imej ini bercampur baur membuatkan dadanya terasa ketat dan menegang.

Dua orang lelaki yang memakai sut berwarna hitam dan memegang sebuah lencana membawanya keluar dari kelas dan bertanyakan pelbagai soalan kepadanya. Kali ini mereka bukannya bertanyakan tentang di mana ayahnya, atau apa yang ayahnya sedang lakukan, tetapi mengenai Alfie.

"Apa yang dia buat ni salah di sisi undang-undang, Safrina. Beribu orang menderita disebabkan oleh sikapnya."

Tidak! Safrina melawan mimpinya, mengharapkan agar imej tersebut akan berubah.

Mereka semakin memaksanya dan ketakutan mula merangkak di dalam hati kecilnya.

Safrina terbangun dari lena, nafasnya pantas dan degupan jantungnya menjadi tidak sekata. Dalam sekelip mata, Alfie menolak kerusi yang menjadi tempat tidurnya tadi dan berlari ke arah wanita itu.

"Rina, awak okay?" Tangannya menangkap lengan Safrina untuk mengimbangkan tubuh isterinya.

Memaksa nafas sendiri supaya menjadi perlahan, Safrina menganggukkan kepala. "Mimpi ngeri."

"Awak menggeletar." Luah Alfie lalu dia menarik tubuh isterinya itu dan dibawa rapat ke dadanya. 

Safrina terasa mahu menolak, tetapi dia sudah tiada tenaga. Dia menarik nafas dalam, haruman tubuh dari lelaki itu menenangkan hatinya. Kepalanya disandarkan di dada suaminya dan dia menutup mata.

Alfie melarikan tangannya ke belakang tubuh Safrina, dan membelai lembut rambut isterinya. "Tak apa," bisiknya perlahan.

Mimpi itu meninggalkan kesan yang mendalam ke dalam hatinya. Memori tentang ibunya yang masih hidup dan adiknya yang masih sihat, semuanya sudah menghilang.

Segala peristiwa itu datang dari khilafnya sendiri.

Terasa bagai lamanya Alfie memeluk erat isterinya. 

Ketika Safrina mengangkat kepala dari dada lelaki itu, dia perasan buat pertama kalinya suaminya masih lagi memakai baju kemeja dan seluar panjang. Mata itu penuh dengan rasa prihatin yang mendalam. Tetap nampak kacak menawan walaupun lelaki itu terlalu kusut wajahnya.

"Saya dah okay sekarang," beritahu Safrina.

Walaupun pelukan Alfie sudah semakin longgar, lelaki itu masih tidak melepaskannya. Tangan itu mengusap lengannya sebelum menggenggam jari-jemarinya.

Mata suaminya bagaikan mencari kesan penderaan fizikal di atas tubuhnya. Kerisauan itu membuatkan dia tersentak dan tarikan yang selalu dirasainya setiap kali bersama lelaki itu semakin mengembang di dalam. Walau bagaimana pun, dia tidak mahu menggoda lelaki itu memandangkan dia hanya memakai gaun tidur yang ringkas dan berada di atas katil suaminya sendiri.

Mengelak dari bertentang mata, Safrina memandang sekeliling bilik tersebut. "Awak tidur dekat kerusi?"

"Saya ingat nak tengok awak je. Agaknya saya terus tertidur lepas tu."

Tetapi kasut Alfie terletak elok di sebelah kerusi, dan kotnya yang berlipat diletakkan di atas meja kecil. 

"Apa yang kita nak buat ni? Ada seseorang yang cuba mencari kesalahan kita dalam perkahwinan ni."

"Diorang dah makin melampau." Tangannya menggenggam kuat tangan Safrina.

Safrina turut menggenggam erat. "Jadi apa yang perlu kita buat sekarang? Tinggalkan rumah macam tu je cuma akan menaikkan lagi kemarahan orang tu. Dekat setahun polis duduk dekat rumah kami semata-mata untuk selesaikan kes ayah saya. Jadi, saya dah boleh tahu kalau ada orang yang sedang mencuri dengar ataupun sedang mengintip kami setiap masa." Memikirkan tentang kamera dan peranti yang dipasang di dalam telefon rumah setahun lamanya membuatkan kepalanya pusing.

"Nanti saya siasat siapa yang buat benda ni. It's still illegal to penetrate someone's home and record them."

"Ia mungkin salah, tetapi itu takkan pernah menghentikan diorang. We need to convince them they're wasting their time. Kalau tak, lambat laun salah seorang daripada kita akan dedahkan tentang perkahwinan ni juga. Lepas tu awak akan kehilangan segala-galanya yang awak pertahankan selama ini dan itu semua datang dari silap saya sendiri."

Mata Alfie mencerun dan dia menyengetkan kepalanya ke tepi, pelik. "Kenapa pula awak yang salah? Kita berdua bernikah atas niat yang salah."

Takut lelaki itu akan nampak segala dosa silamnya, Safrina mengalihkan tangannya dari tangan lelaki itu dan menarik lututnya rapat ke dada. Sambil matanya dihalakan ke tempat lain, dia berkata, "Mungkin semuanya bukan salah saya..."

Alfie mengalihkan perhatian dan melabuhkan sebelah tangan di atas lutut isterinya. "Now that we know how dirty we're being played, we need to win on their terms. Kita akan gunakan kamera diorang untuk buktikan yang diorang salah tentang kita berdua."

"Macam mana kita nak buat tu?"

Hujung bibir Alfie terangkat menjadi sebuah sengihan. Kerisauan di mata itu semakin menghilang. "Nanti awak dengan saya pergi ke rumah awak dan kemas barang awak yang lain. Sebelum kita sampai ke sana, saya akan hantar satu pasukan untuk cari kamera yang diorang sembunyikan tu."

"Won't that be obvious?"

"Was it obvious when whoever planted them did it?"

Safrina tertanya-tanya tentang perkara itu setiap malam. Lelaki yang membaiki telefonnya adalahnya satu-satunya orang yang pernah memasuki rumahnya sejak dia dan Alfie berkahwin. "Tak."

"We'll soon find the cameras and play to them."

Nadinya semakin berdenyut pantas. "Play to them?"

Alfie mengangkat tangan dan menyelitkan sehelai rambut yang terjuntai ke belakang telinga isterinya. Kehangatan jari itu membuatkan hati Safrina bergetar. "Agak-agak susah tak awak nak cium saya sekali lagi? Untuk tatapan kamera tu?"

Safrina menjilat bibirnya dan memerhatikan lelaki itu yang sedang bercakap.

"Cium?"

Tangan Alfie menyentuh pipi isterinya. "Maybe some heavy petting. Mesti ada satu bilik yang kamera tu takkan nampak kita... jadi kita biarkan je dia tertanya-tanya."

Oh, dia juga turut tertanya-tanya akannya. Memikirkan tentang apakah rasanya bila dikucup oleh lelaki itu. Dia masih ingat lagi kali terakhir dia mencium bibir suaminya semasa malam pertama perkahwinan mereka dahulu.

"Apa yang boleh kita buktikan?" tanya Safrina, tidak mengendahkan ibu jari Alfie yang membelai lembut pipinya dan membuatkan fikirannya dipenuhi dengan imaginasi nakal.

"Kita bolehlah tunjuk dekat diorang yang kita ni intim, yang kita tetap seronok walaupun tak ada orang yang nampak kita. Selagi diorang masih ingat yang kita tak tahu tentang kamera tu, insya-ALLAH rancangan ni akan menjadi. Apa awak rasa, Safrina? Bersedia dengan cabaran ni?"

Safrina berhenti merenung bibir lelaki itu dan ternampak Alfie yang sedang memandangnya. Suaminya tahu bagaimana untuk menggusarkan hatinya dan dia sudah bersedia untuk berlawan. "Saya dah bersedia."

Sengihan Alfie bertukar menjadi senyuman lebar. "Macam tulah isteri saya. Sekarang, apa kata awak suruh tukang masak sediakan sarapan untuk awak sementara saya tidur sekejap. Lepas tu baru kita gerak ke rumah awak. Sempatlah juga orang saya cari semua benda yang tersembunyi dekat dalam rumah awak tu."

Alfie menjatuhkan tangannya ke sisi dan terbaring di atas katil.

"Alfie? Macam mana pula dengan esok? Lusa? Macam mana kita nak hadapi semua ni dalam masa setahun lagi?"

"Satu-satu sayang. Kita dua orang bijak dengan matlamat yang sama. We'll figure something out."



post signature

10 comments :

  1. Replies
    1. insya-ALLAH akak cuba habiskan secepat mungkin ye ^^,

      Delete
    2. hehe. sabar ye :) habis exam terus saya post ^^

      Delete
  2. yuhuu ~ assalamualaikum kak amy J =D

    Wahhh! I can't wait!! Sambung kak jangan tak sambung. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam :)

      hehe. of course akak akan sambung cter ni. tapi awak kena sabar jap je. akak ada test hari khamis and jumaat ni. lepas tu baru akak free.

      Delete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes