
bab 10
"Makan luar malam ni. Pakaian : kasual. 'Business thing'. Aku sampai dalam pukul 6. Dinner @ 7:30"
Ainul mendengus, Mirza dan 'penampilannya'! Ainul terasa bagai mahu sahaja dia menolak kehendak Mirza tetapi dia tidak larat pula hendak bertekak di kemudian hari. Sekurang-kurangnya Mirza memberitahu dia awal-awal kali ini, ada satu ketika dahulu di mana dengan selambanya Mirza memberitahu bahawa mereka akan keluar berjalan dalam masa satu jam saja lagi.
Kebanyakan majlis yang dihadirinya adalah berbentuk formal, membuatkan Ainul kelam-kabut mencari pakaian yang sesuai dan diam-diam mengutuk suaminya kerana dia tidak berpeluang untuk memakai tudung dengan sempura. Mengeluh lembut, Ainul berputus asa dengan kerjanya yang dilakukan hampir setengah hari, sebaliknya memutuskan untuk menggosok dress yang dipakai sebentar lagi. dengan berpenampilan bagus pada malam ini akan membuatkan egonya semakin meninggi.
Mirza pulang ke rumah ketika jarum jam hampir mencecah ke angka enam. Ainul sedang bermalas-malasan di atas sofa, menyelak majalah yang baru dibelinya semalam. Majalah itu dihasilkan oleh seorang jurugambar yang popular. Kebanyakan majalahnya bertemakan hidupan liar tapi kali ini berlainan sedikit. Antologi terbarunya bertajuk "Cat Sitter" merupakan kisah tentang cara menjaga kucing. Ainul, yang sememangnya peminat nombor satu kucing, tidak teragak-agak langsung untuk membeli buku tersebut.
Mirza terhenti di pintu muka dan Ainul mendongak untuk melihat Mirza yang sedang merenung baju yang dipakainya.
"Kau nampak...." suaranya serak dan Mirza membersihkan kerongkongnya sebelum bersuara kembali. "Kau nampak sangat cantik, hummingbird." suara Mirza yang perlahan kedengaran sangat ikhlas. "Tersangat menawan..."
Ainul mengelipkan matanya.
"Oh," itu sahaja yang mampu diucapkan dan Mirza melangkah masuk ke ruang tamu, masil lagi memandang wajahnya. hampir sahaja Mirza tersadung di atas lantai gara-gara terlanggar meja kecil yang terletak berhampiran dengan sofa.
Mirza memandang geram pada perabot tadi sebelum melabuhkan punggung di kerusi kulit bersebelahan sofa yang Ainul duduki.
"Uh..." Mirza melarikan pandangannya ke majalah di atas riba Ainul dan terasa janggal untuk memulakan perbicaraan. "Kau baca apa tu?" laju matanya melihat tajuk buku tersebut sebelum mengangkat pandangannya kepada Ainul, bingung. "Kucing?" Nada suara Mirza seolah-olah sedang mengutuknya membuatkan Ainul mengangkat majalah tersebut rapat ke dadanya.
"Saya suka kucinglah," Ainul berkata garang dan Mirza semakin bingung melihat ketegangan di wajah isterinya sebelum mengengsot sedikit dan menghulurkan tangan kanannya ke depan.
"Boleh saya tengok?" Mirza masih lagi memakukan pandangannya pada Ainul sehinggalah Ainul melepaskan cengkaman pada majalah tersebut dan menyerahkannya kepada Mirza. "Terima kasih." Mirza bersandar ke belakang dan menyelak setiap laman majalah, berhenti sekejap di beberapa muka surat sebelum tersengih suka. Betapa kacaknya Mirza ketika itu sehingga membuatkan Ainul tidak sedar bahawa Mirza sedang bertanyakan sesuatu padanya.
"Apa dia? saya tak dengar," bisik Ainul dan sengihan Mirza semakin melebar sambil menunjukkan satu gambar kucing Parsi di dalam majalah tersebut pada isterinya.
"Aku pernah ada satu macam ni," Mirza memberitahu dan Ainul keliru.
"Satu apa?" Ainul bertanya tanda tidak mengerti dan sengihan Mirza bertukar menjadi tawa yang kuat.
"Kucing," kata Mirza lembut, memusingkan buku tersebut supaya menghadapnya semula. Reaksi wajahnya tidak dapat dibaca ketika itu. "Aku suka kucing juga..... daripada apa yang aku tengok, siapa yang tak suka kucing tu maknanya dia tak boleh dipercayai. Kucing aku nama dia Black Jack. Dia mati sebelum aku masuk universiti. Aku bela dia hampir enam belas tahun. Aku rasa kau boleh cakap yang aku membesar bersama dengannya." Ainul tersenyum melihat kasih sayang yang jelas terpancar di wajah Mirza apabila bercerita tentang kucing kesayangannya.
"Kau pun mesti ada kucing juga, kan?" soal Mirza dan Ainul mengangguk perlahan. "Baka apa?"
"Ragdoll," Ainul berbisik, enggan meneruskan kata-katanya.
"Apa namanya?" Kenapa sibuk sangat Mirza nak tahu ni?
"Snow," jawab Ainul, suaranya semakin menghilang dan senyuman Mirza pudar ketika dia bergerak ke hadapan dengan penuh minat, matanya tetap memandang wajah muram isterinya.
"Ceritalah lagi," Mirza memujuknya lembut.
"Takde apa yang perlu diceritakan," Ainul mengeluh, membetulkan suara. "Mommy bawa saya ke SPCA masa harijadi saya yang ke-11 dan dia cakap yang saya boleh pilih mana-mana kucing yang saya mahukan. saya dah lama nakkan seekor kucing, berjanji bahawa saya akan menjaganya baik-baik. Rasanya itu cuma sekadar satu cara untuk membuat saya senyap. jadi saya pilih Snow, dengan matanya yang bercahaya, bulunya yang berwarna putih dan hitam dan ekornya yang bergerak-gerak suka."
Mirza tersenyum sedikit, begitu juga dengan Ainul. "Dia comel sangat." Ainul mengeluh berat sebelum berhenti dan mengangkat bahu, akhirnya mengangkat wajahnya memandang Mirza. "Time to get ready for dinner now, isn't it?" Mirza memasamkan mukanya sebelum menggelengkan kepala.
"Dah berapa lama kau bela kucing kau tu?" Mirza bertanya dalam nada yang dia ingin tahu segalanya dan tidak akan berhenti selagi dia tidak beroleh jawapan yang dikehendaki. Ainul menggigit bibirnya kuat.
"Lebih kurang tiga minggu," Mirza terpaku mendengar pengakuan isterinya.
"Apa jadi?"
"Mommy dengan ayah tak pernah bersetuju dalam semua perkara dan nampaknya dengan bagi saya bela kucing adalah salah satu lagi alasan untuk mereka bergaduh. Getting Snow was mommy's way of scoring points against daddy and getting rid of Snow was daddy's way of scoring points againts mommy," Ainul bereaksi tenang tetapi getaran dalam suaranya menunjukkan bahawa dia cuma berdusta.
Mirza tidak bersuara tetapi dia seolah-olah sedang bergelut dengan sesuatu, rahangnya begitu ketat sehingga Ainul dapat melihat otot di bawah telinga suaminya bergerak-gerak dan cengkamannya pada buku juga semakin kuat.
"Apa yang ayah kau buat dengan kucing tu?" akhirnya Mirza bersuara perlahan.
"Saya tak berapa pasti," akui Ainul. "Mommy cakap Snow dijaga oleh keluarga baru dan bahagia dengan diorang. Tapi saya tak tahu... saya takut kalau ayah lemaskan dia kat dalam tasik belakang rumah." Mengenangkan apa yang mungkin berlaku, akhirnya menitis juga air matanya dan Ainul mengalihkan pandangannya, berusaha untuk beraksi seperti biasa.
"Saya tak boleh tidur lena dah lepas tu, membayangkan betapa kelirunya Snow nanti dan kadang-kadang saya mimpi buruk yang Snow dibawa ke klinik haiwan untuk dibunuh... sebab walaupun saya sayang sangat dengan dia, dia bukanlah pandai atau istimewa mana pun. Kalau dia pergi balik ke tasik tu pun, tak mungkin dia dapat balik ke rumah dengan selamat."
"Kau janganlah fikir sampai macam tu sekali," Mirza menegur.
"Saya tahu. Takpelah, benda dah lepas. Luka pun dah pulih lama dulu. takde parut pun," renungan Mirza menunjukkan bahawa dia tidak mempercayai satu patah ayat pun yang dikata oleh Ainul tetapi nasib baiklah Mirza tidak memprovoknya. Mirza memberi balik majalah tersebut kepada isterinya dan Ainul mengambilnya bersama anggukan, mengelak dari bersentuh dengan tangan kekar Mirza. Mirza perasan dengan kelakuan Ainul, sambil matanya mengecil, dia memilih untuk tidak berkata apa-apa tentang hal itu.
"So how casual is this business thing?" Ainul bertanya, dengan penuh berhati-hati dia berdiri, tidak mahu sakit kepala menyerangnya kembali di hadapan Mirza.
"Extremely casual," balas Mirza. "Pakai jeans, t-shirt dengan jaket pun boleh."
"La, sia-sia je saya pakai macam ni." Ainul memasamkan muka, tidak berpuas hati kerana dia tidak dapat berpenampilan baik sebentar nanti.
"Aku tak rasa sia-sia pun," protes Mirza beserta senyuman yang tidak pernah dipamerkannya. "Berbaloi apa yang kau buat ni. Aku suka bila kau berpakaian santai, hummingbird, tapi this new kind of dressing.. words fail me.. kau nampak..." sambil menggelengkan kepala dan dengan gaya machonya, Mirza membawa kelima-lima hujung jari ke mulutnya dan mengucupnya, menandakan dia bersetuju. Ainul ketawa kecil melihat gelagat Mirza. Matanya turut bercahaya ketika itu membuatkan Mirza berdiri untuk masa yang lama, hanya merenung Ainul sebelum dia menelan air liur, membersihkan tekaknya.
"Pergilah, Ainul," arah Mirza lembut. "Pergi siap. Jumpa lagi dalam setengah jam?" Ainul mengangguk sahaja dengan pertanyaan Mirza.
_______________________________________________
Mirza cuma diam membisu sepanjang perjalanan mereka, mengabaikan pertanyaan Ainul tentang destinasi yang dituju. Luar biasa Mirza kali ni kerana berahsia dengan dia. Selalunya tak perlu ditanya pun, Mirza sudah memberitahu segalanya, siapa yang menjadi pengacara majlis kali ni dan apa yang dia mahu Ainul ucapkan.
Mirza selalu risau yang Ainul akan merosakkan majlis tersebut tetapi kali ini berlainan sungguh sikapnya, dia kelihatan sangat tenang dan setiap kali Ainul bertanya tentang ke mana haluan mereka, 'jangan risau' , itu sahajalah ayat yang diberi. Ainul curi-curi pandang ke arah Mirza, benci dengan sikap acuh tak acuh suaminya. Dia berpakaian lebih santai dari sebelum-sebelum ini, dengan hanya berbaju panas berjenama, sneakers dari jenama yang sama juga dan jaket untuk dipadankan dengan seluarnya.
"Berhentilah tenung aku macam tu," dengus Mirza, tidak menoleh langsung, memakukan pandangannya di jalan raya. "Kau buat aku gelabah je."
Yeah right! Mr Nerves of Steel, yang memandu Ferrari dengan penuh keyakinan, tengah gelabah. Ainul tidak percaya hatta sesaat sekalipun. Dia mencebikkan bibirnya dan mengalihkan pandangannya ke arah tingkap di sebelah. Sudah hampir 40 minit mereka berada di dalam kereta dan Ainul langsung tiada klu di mana mereka sekarang. Ainul menyandarkan kepalanya ke belakang dan menutup mata untuk beberapa ketika, tidak mahu memikirkan apa-apa.
"Kita dah sampai..." suara Mirza mengejutkan lenanya dan Ainul menggeliat sebelum duduk untuk melihat sekeliling. Kereta sudah pun diparkir di hadapan rumah yang sangat besar. Rumah tersebut kelihatan seperti garden cottage. Terdapat lima biji kereta mewah yang lain diparkir di sepanjang laluan tersebut dan setiap lampu di luar dan di dalam rumah tersebut menyala.
Ainul membuka tali pinggang keledar dan sudah pun keluar sebelum sempat Mirza bergerak. Ainul berdiri dengan tangannya diletakkan di atas bumbung Ferrari dan dia merenung setiap kawasan rumah itu dengan penuh tanda tanya. Ainul sedar yang Mirza sedang menggeledah sesuatu di ruang belakang tempat duduk pemandu sebelum keluar dari kereta.
"Ainul, aku tak nak kau fikir yang...." apa sahaja yang ingin diperkatakan oleh Mirza terpotong begitu sahaja dengan kehadiran sebuah lagi kereta, kali ini ialah Lamborghini berwarna biru metalik, berhenti betul-betul di belakang mereka. Mirza mengerling dan mengutuk apabila dia dapat mengenal pasti pemilik kereta tersebut.
Pemandu itu akhirnya keluar dari kereta beberapa saat kemudian dan Ainul dapat melihat dengan jelas wajah pemuda tersebut di bawah lampu terang sepanjang jalan masuk. Dia seorang lelaki yang tinggi, berambut gelap, dan kacak, lebih kurang sebaya dengan Mirza dan terpamer sengihan mesra di wajahnya ketika dia datang menyertai mereka.Terpegun Ainul melihatnya. Lelaki itu berpakaian sama fesyen dengan Mirza, cuma berbeza jenama pada baju panasnya.
"Mirza!" Lelaki itu menyambut suaminya dengan tamparan lembut di belakang badan.
"Mikael," Mirza mengangguk sebagai balasan, seolah-olah tidak menyenangi lelaki tersebut. Mirza berpaling dan meletakkan tangannya di belakang badan Ainul, memusingkan isterinya menghadap Mikael juga. Tangan Mirza masih lagi di tubuh isterinya ketika mereka berdua sudah memandang lelaki tersebut.
"Who's this gorgeous babe?" Mikael tersengih menggoda pada Ainul dan Ainul tidak dapat membantu dari tersenyum kembali. Mirza melemparkan pandangan maut kepada Mikael, yang semakin lebar sengihannya.
"Isteri aku, Ainul," kata Mirza, jelas kedengaran amaran dalam suaranya.
"Kau kahwin dengan puteri kayangan ni?" Sengihan Mikael bertukar menjadi senyuman mesra tatkala dia melihat wajah Ainul sudah bertukar menjadi kemerah-merahan. "I always knew you were a man of impeccable taste, Mirza but I have to admit, my opinion of you has just sky-rocketed!"
"Saya Arif Mikael."
"Uh... A.Ainul," gugup Ainul jadinya. Rasanya Mikael sengaja mahu memprovok suaminya dengan cuba memegang tangannya dan nampak seperti menjadi kerana tangan Mirza pantas menarik tangannya dan dibawa ke dalam genggaman. "I'm very pleased to meet you, Mr. Mikael."
"Tak payahlah berformal dengan saya" tegur Mikael. "Saya Mikael dan awak Ain! Atau apa-apa saja yang awak suka. Jom, izinkan saya mengiringi awak masuk ke dalam." Belum sempat Mikael berbuat apa-apa, pantas Mirza memotong.
"Nama dia Ainul dan biar aku je yang iring isteri aku masuk ke dalam!" Mirza mengetap bibirnya kuat, terlalu jelas kemarahan di bola matanya.
p/s : okay, enjoy reading bab 10 :) -rasa macam nak try buat cerita pasal Suhairi dengan Lily la.. okay tak? tapi kena tunggu habis cerita ni dulu-

waa..bestnya!! keliru betul dgn mirza ni..dia suka ke tak ainul tu sebenarnya??
ReplyDeleteisk..cepat kak amy..nak lagi bab 11..
hihi....
haha. thank you :) ha, yang tu kena tunggu lah.
Deleteinsya-ALLAH dalam mnggu ni jugak.
Dulu mirza layan ainul dgn dingin...Mesti mirza rasa tergugat sekarang....Saya suka kalau akak buat cerita suhairi dgn lili.pasti cerita mereka sweet.tapi pastikan akak habiskan dulu cerita mirza dan ainul...sebabnya saya suka sangat dgn cerita mirza dan ainul. Teruskan menulis dan saya tak sabar nak tunggu smbungan seterusnya.
ReplyDeletehee. ada sebab kenapa dia layan Ainul mcm tu. kita kena faham perasaan Mirza jugak, betul x? XD
Deletetulah, lily and suhairi tu akak kiv dulu for a while.
and thanks. :)
saya nak baca cerita ainul n mirza dlu..best ni..dah xboleh stop membaca.keep it up!
ReplyDeleteokay, thank you :)
DeleteLaling ...
ReplyDeleteBab 11 please ......
Hehehhehehe .....
haha. baru separuh siap. sabar ye, sorry. huhu.
DeleteBest..klu nk baca semua bab ni macam mana?
ReplyDelete