bab 11
"How remiss of me," kata Mikael kesal. "Aku betul-betul terlupa kau ada kat sini, Mirza!" Mirza mendengus perlahan dan Ainul tidak dapat menahan diri dari ketawa kali ini. Mikael gembira mendengar bunyi itu dan melangkah pergi bersama sengihan.
"Nanti kita sambung perbualan kita kat dalam ya, Ainul sayang" Mirza berjanji sebelum berpaling dan menaiki tangga menuju ke arah pintu hadapan rumah tersebut.
"Saya suka dia," Ainul tersenyum pada Mirza yang sedang memandang Mikael yang semakin menghilang bayangannya di sebalik muka pintu.
"Kau jangan salah anggap dengan godaan dia pulak, Ainul," Mirza merungut sambil memberi amaran. "Dia dah ada girlfriend."
"Saya bukannya bodoh pun, Mirza, dia saja je nak cucuk jarum dekat awak... berjayalah jugak, saya boleh cakap."
"Ya ALLAH, ini bukannya masa untuk kita bertekak, Ainul," Mirza kedengaran letih. "Cuba kita..."
"Kau nak masuk dalam ke tak?" sampuk satu suara ketika baru sahaja Mirza ingin mengatakan sesuatu dan mereka memandang ke arah rumah tersebut, di mana seorang pemuda tinggi dan berbadan tegap sedang berdiri di ambang pintu.
"Jomlah," kata Mirza, mencapai tangan Ainul dan mengambil beg sandangnya yang dibawa dari tadi. Mirza membawanya ke pintu utama, dan pemuda tadi beralih ke tepi untuk memberi laluan kepada mereka.
"Hey, Mirza..."sapa pemuda itu bersama tepukan di belakang badan Mirza dan kali ini wajah Mirza menunjukkan riak yang sebaliknya, mesra.
"Al," Mirza mengangguk, sebelum menarik Ainul kedepan. "Ini Ainul."
"Ainul?" Lelaki itu memandang tidak percaya dan terus melangkah mendekatinya, sebelum tersenyum mesra. "I'm very happy to meet you. Saya Alfie Hakimi."
Dan akhirnya terlerailah segala tanda tanya yang melanda dirinya tadi. Ainul merenung lelaki yang masih tersenyum itu dan dia terasa bagai orang bodoh sahaja kerana tidak dapat menangkap apa yang terjadi dari tadi. Malam ni merupakan malam Jumaat, Mirza berpakaian sukan dan dia membawanya ke permainan bola sepak yang selalu dihadiri oleh suaminya! Tipikal betul, hebat sungguh Mirza mencari jalan untuk pastikan semuanya mengikut seperti apa yang dia rancangkan tapi apa yang dia buat ini sememangnya tidak boleh diterima! Mirza tidak memberi amaran pun padanya.
Padanlah suaminya dikenali sebagai usahawan yang berjaya, dia memang bijak memanipulasikan keadaan dan ini adalah salah satu contohnya. Beri apa sahaja yang isterinya mahu dan mungkin kemarahan Ainul akan reda dan meneruskan rancangan mereka untuk beroleh anak lelaki!
"I'm so happy to meet you, Mr Alfie," kata Ainul perlahan sambil tersenyum manis. "Baru je saya berharap yang saya akan jumpa dengan awak!" Ainul tidak mahu memandang Mirza tetapi dia tahu Mirza menjadi semakin tidak selesa. "And here we are..."
"Indeed," Alfie tersengih, dan menghalakan pandangannya ke arah Mirza, tahu yang dia terlepas satu perkara yang menarik. "I'm glad you overcame your aversion to football and decided to join us tonight.
Yang lain mesti tak sabar nak jumpa dengan isteri Mirza yang cantik jelita ni." Kebenciannya pada bola sepak? Jadi macam tulah caranya Mirza memberitahu mereka tentang ketidakhadirannya selama ini.
"Dan saya pun tak sabar nak jumpa diorang," ujar Ainul. Dia sangat marah pada Mirza dan terluka dengan segala tipu helah suaminya tetapi senyuman Alfie membuatkan dia terus suka pada lelaki tersebut.
"Semua ada kat belakang, Mirza," Alfie memaklumkan pada Mirza, yang masih terdiam berdiri di belakang Ainul. "Nanti aku join korang, aku tengah tunggu Bob." Alfie tersengih sambil membawa pandangannya ke arah Ainul pula. "Jangan bagi lelaki lain goda awak lebih-lebih, Ainul. Diorang semua tu still solo and diorang memang pantang kalau nampak perempuan cantik!" Renungan Alfie nampak berlainan betul bila dia berkata sebegitu, seolah-olah apa yang dia sebutkan tadi adalah benar sehingga membuatkan wajah Ainul berubah menjadi kemerah-merahan.
"Sudah-sudahlah ngorat bini orang, Al," Mirza mendengus, menapak ke hadapan untuk meletakkan tangannya di belakang siku Ainul dan Alfie tersengih jahat.
"Aku tak percaya langsung..Kau.. jealous dengan aku!" Idea yang diutarakan oleh Alfie sangat merepek Mirza rasakan tetapi Ainul pula ketawa kuat mendengarnya.
"Mana ada aku jealous," katanya selepas tawa Ainul berhenti. "Aku cuma nak protect bini aku dari buaya darat macam korang je."
"Tak.. aku rasa aku faham kenapa kau nak jauhkan isteri kau dari kitorang. Sebab kau tak mampu nak bertanding dengan kitorang, kan?" Mirza menyiku pinggang Alfie yang hanya kawan rapat sahaja berani berbuat begitu.
"Aku yakin dengan taste isteri aku," akhiri Mirza sebelum membawa Ainul pergi dari situ tetapi Ainul masih tidak berganjak.
"Eh, tunggu kejap, Mirza... saya tak diberi pilihan pun awak tahu! saya rasa taste saya dah berubahlah.." Oh Mirza sangat-sangat tidak sukakannya, walau sedikit pun! Dia merenung tajam ke arah isterinya sehingga tergelak Alfie, yang tergelak gembira mendengar jawapan Ainul, dan Ainul mendongak memandang suaminya dengan pandangan yang membara.
"Ooh, aku suka dia, Mirza," Alfie akhirnya ketawa, sehingga mengalir air mata ke pipi. "She's a fiesty one."
"Yes.. this is I am beginning to realise." Mirza mencapai tangan Ainul sekali lagi dan belum sempat Ainul berkata apa-apa, Mirza sudah bergerak ke hadapan. Ainul hanya mengekori suaminya sampailah dia pasti bahawa mereka sudah berada jauh dari lelaki-lelaki tadi, pantas dia menarik kuat siku dari genggaman Mirza dan menghadapnya dalam keadaan marah.
"You despicable, manipulative man!" dengus Ainul, melepaskan segala kecewaannnya dengan menumbuk dada Mirza berulang kali. Mirza mengeluh dan menggosok tempat yang dipukul oleh Ainul sebelum berundur ke belakang jauh dari isterinya.
"Apa masalah kau ni sebenarnya?" tengking Mirza, geram.
"Masalah saya?" Ainul berjaya mengekalkan nada suaranya supaya tidak tinggi. "Masalah saya ialah awak! Awak tipu saya... sekali lagi. Awak cakap ini cuma hal bisnes je."
"Technically, it is.. I am in business with at least five of the men here tonight!" Mirza membalas, mempertahankan dirinya.
"Tapi ini bukan betul bisnes pun, kan? This is your precious little football game, the one I wasn't good enough to be invited to until after I threatened to leave you!"
"Kau kata kau nak jumpa dengan kawan-kawan aku," Mirza seolah-olah bingung ketika itu. "Sekarang bila aku dah bagi kau peluang, kau menggila pulak! Aku tak faham betul dengan perangai kau ni..."
"Satu-satunya alasan awak bawa saya ke sini malam ni sebab awak ingat awak boleh pujuk saya. Throw the vicious dog a bone and it'll soon be eating out of your hand!"
"More like a vicious bitch," tutur Mirza perlahan dan apabila tersedar Ainul dengar ayatnya itu, dia mengangkat bahu kesal. "Kalau kau nak guna metafor binatang pun, buatlah ayat elok sikit."
"Fine, I'm a bitch... apa-apa je lah!" Ainul tahu dia seperti kebudak-budakan sahaja sekarang ini tetapi dia tidak punya pilihan lain.
"Aku tak faham kenapa kau marah sangat bila kau sendiri kata yang kau nak jumpa dengan diorang."
"Satu tahun yang lalu.... lapan belas bulan dulu mungkin tapi bukan sekarang! Awak tak sedar ke kita dah terlambat untuk semua ni?" Ainul menggeleng kepala, kecewa. "It's like putting a band-aid on an amputation!"
"Kau ni asyik nak berdrama je 24 jam," ujar Mirza, sinis.
"Oh awak tahu reaksi saya nanti macam mana dan satu-satunya alasan awak tahu adalah sebab awak kenal sangat betapa teruknya perangai saya yang sebenarnya."
"Macam mana pulak kau boleh fikir macam tu?" Mirza bertanya cuba mempertahankan diri, menyilangkan kedua-dua belah tangan di dada sasanya dan merenung Ainul.
"Habis tu kenapa awak beria-ia nak bawa saya ke sini?"
"Mungkin sebab kau asyik menolak je tiap kali aku ajak kau keluar sejak dua menjak ni!" Mirza melenting kuat. "Aku tahu kau tak nak ikut punya kalau aku ajak kau ke sini malam ni, so aku buatlah sekali business dinner. Selama ni kau asyik over-react dengan apa yang aku cakap, apa yang aku buat, kau salah faham dengan segala niat aku, aku tak naklah jadi macam tu lagi. Aku dah berharap sangat dah tadi yang aku salah pasal semua perkara tentang kau... tapi tak sangka yang kau tak suka juga dengan benda ni...."
"....Kau selalu berfikiran negatif tentang aku beberapa hari ni sampai kau tak boleh nak bertindak waras dah. Aku takde apa-apa motif pun.. Aku sedar yang kau betul tentang kau tak pernah jumpa kawan-kawan aku, aku sedar yang aku dah berlaku... tak adil dan aku nak satu je lagi peluang untuk betulkan semula keadaan," Ainul menggigit bibirnya, cuba untuk tidak mempercayai Mirza tapi dia dapat melihat sinar keikhlasan di mata suaminya.
"Awak tak rasa ke betapa bodohnya saya rasa sekarang ni?" akhirnya Ainul bersuara, merendahkan pandangannya. "Baru nak jumpa diorang sekarang..... apalah yang diorang akan fikir pasal saya nanti? Saya rasa saya ni macam isteri awak yang penuh misteri sampai sanggup jauhkan diri daripada diorang lebih dari setahun."
Mirza bergerak ke hadapan sebelum memeluk isterinya dan merendahkan kepala supaya dahinya bersentuhan dengan dahi Ainul. Kedua-dua tangan Mirza dibawa ke wajah Ainul.
"Diorang akan tahu salah siapa sebenarnya, Ainul... I'll make sure of that," Mirza berjanji dengan penuh harapan.
"Macam mana?"
"Aku akan buat diorang percaya yang aku terlalu possessive sampai tak nak berkongsi kau dengan diorang. Diorang akan fikir yang aku nak kau menjadi milik aku seorang saja."
"Tapi nanti nampak macam awak......" ligat Ainul berfikir, cuba mencari ayat yang betul. "...insecure."
"Mungkin..." Mirza mengangkat bahu. "Or maybe they'll take one look at you and understand why I'd react like that."
"Apa maksud..." jarinya menekan lembut bibir Ainul, terdiam Ainul dari meneruskan ayatnya tadi.
"Silly little Ainul," Mirza menegur perlahan. "I may not have said it much, or at all for that matter but you're so beautiful I ache just looking at you sometimes." Ainul tidak cantik; dia tahu tu tapi untuk sekali ini sahaja dia mahu percayakan Mirza. Dia tidak pernah nampak sinar kejujuran di mata lelaki itu sebelum ini dan ia membuatkan hati Ainul cair. Mirza mendekatkan lagi tubuhnya, bibirnya hanya beberapa milimeter sahaja dari Ainul sebelum satu suara mengganggu mereka.
"Sudah-sudah la tu oi, honeymoon korang dah habis dah setahun lima bulan yang dulu. Give it a rest!" Kata Mikael, sambil menuju ke arah mereka. Ainul sudah merah mukanya, manakala Mirza pula hampir sahaja dia mengamuk, sambil memasukkan tangannya ke dalam poket seluar. Mirza menjeling ke arah Ainul, yang tiba-tiba sahaja memandangnya.
____________________________________________
Ainul hanya diam sahaja sepanjang perjalanan pulang ke rumah dan masih keliru antara realiti dan fantasi. Kawan-kawan Mirza semuanya baik. Pada mulanya dia tidak selesa berada di sekeliling isteri-isteri dan teman wanita kawan Mirza yang lain tetapi sikap mereka yang peramah membuatkan hilang terus rasa malu dalam diri Ainul. Mirza juga banyak menolongnya. Mirza asyik bertanyakan samada dia selesa atau tidak, kalau dia perlukan apa-apa, kalau dia sejuk ke dan itu membuatkan Ainul malu seketika, lebih-lebih lagi kawan-kawan Mirza sudah mula mengusik suaminya.
Ainul tahu itu semua cuma lakonan semata tetapi dia terasa sangat bahagia bila tumpuan Mirza hanya padanya seorang sahaja. Ainul juga sudah mula sukakan sukan bola sepak, apatah lagi dia tidak mampu menahan diri dari melihat Mirza yang sedang bermain di padang. selepas itu, mereka berbabeku dan sekali lagi, Mirza menjadi seorang suami yang penyayang, meletakkan tangannya di bahu Ainul. Ainul mula selesa dengan perlakuan Mirza.
Dan sekarang di dalam ruang kereta yang sempit ini, terasa bagai ada ketegangan pula antara mereka. Ainul mendepankan badannya untuk menghilangkan kesunyian dengan muzik tetapi Mirza pantas menangkap tangannya, menghalang Ainul daripada menghidupkan radio.
"Jangan...." Ainul berpaling untuk memandang Mirza tetapi mata Mirza masih terpaku di atas jalan raya.
"Tapi...."
"Kau gembira tak malam ni?" Mirza bertanya.
"Ya.. diorang semua baik sangat."
"I'm glad." Senyap balik. Mirza masih tidak melepaskan tangan Ainul yang masih terperangkap antara paha dan tangan suaminya.
"Semua orang suka dengan kau," Ainul dapat mendengar nada mesra di dalam suara Mirza tetapi dia tidak pasti sama ada ianya ditujukan pada kawan-kawannya atau pada dia. "Aku....bangga sangat...bawa kau ke sana." Ainul mengelipkan matanya, cuba memproses setiap perkataan yang dituturkan oleh Mirza. "Dan aku rasa bersalah sangat sebab tak pernah buat macam tu selama ni. Aku tak pernah terniat nak buat kau rasa yang aku ni malu dengan kau, Ainul... aku tak nak kahwin dengan kau, itu memang betul, tapi tak pernah sekalipun aku rasa yang kau akan memalukan aku."
"Thanks for saying that," bisik Ainul. "It means a lot." Mirza menguatkan lagi genggaman sebelum melepaskan tangannya dan Ainul mengalihkan tangannya dari paha suaminya. Suasana senyap menyelubungi mereka kembali tetapi kali ni sudah hilang segala kekusutan antara mereka.
p/s : yeah, akhirnya siap juga bab ni! sorry sorry sorry -.-" dah berkali-kali try hantar karya dekat p2u, tapi macam dia asyik x dapat je, mcm mana nak promote cerita ni :\

ahh.. finally ada entri baru...
ReplyDeletecuba laa try hantar kat ---> http://ilham.karangkraf.com/
kat situ lagi senang nak hantar karya.. kat p2u leceh sikit...
ye ke okay, thank you!!!!
Deletemost welcome.. :>
DeleteYeahhh...nak lagi nak lagi...
ReplyDeletetry lah promote kat fb ke. banyak group yg blh letak link entry awak...
dekat www.novelmelayukreatif.com/
thank you! :)
DeleteTry forum cari .... kat bakat dan ruangan penlisan ......
ReplyDeleteSian ainul .... mirza mengunakann dia
Amyyyyyyy ..... bab 12 plak ..... hehhehehe
thanks!
Deletetengoklah nanti Mirza buat apa okay :P
best..smbung lagi..kak amy boleh promote citer ni kat fb..dalam group seperti kami cinta novel, lovenovel publication, novel melayu kreatif, komuniti enovel, saya minat novel...ramai penulis yg menyiarkan karya mereka dlm group ni...teruskan menulis..
ReplyDeleteokay, thank you :)
DeleteHi, amy..sis nk promote cter awak kt group sis (Group Link Novelis) boleh? Bestt sgt story awak..
ReplyDelete-Alaina-
oh, boleh je. terima kasih banyak-banyak ye :))
ReplyDeletebest...
ReplyDelete