Nafasku Hanya Untuk Dia -bab 12-



bab 12


Ketika mereka tiba di rumah, jam tepat berdetik pada pukul 12 tengah malam dan sementara Mirza sedang mengunci pintu rumah, Ainul menuju ke bilik air di bilik tetamu tingkat atas. Ainul tetap bertegas untuk tidak berpindah balik ke bilik tidur utama walaupun sudah berkali-kali dipaksa oleh Mirza. 

Baru sahaja Ainul ingin melelapkan mata, Mirza merempuh masuk ke dalam bilik dan mengucupnya rakus. Terkedu Ainul dengan perlakuan Mirza. Lama bibirnya dicuri oleh si suami.

"Jom tidur kat bilik kita." kata Mirza lembut tiba-tiba.

"Tak nak!" 

"Jangan merepeklah, hummingbird," Mirza menegur sambil duduk di kaki katil. "Kau tidur dengan aku, dekat katil kita!"

"Saya kata saya tak nak," Laju sahaja Ainul menggelengkan kepalanya dan senyuman Mirza melebar.

"Degil sungguhlah," Mirza mengayunkan kakinya dari tepi katil dan memandang Ainul seperti harimau yang ingin menangkap mangsanya."Of course you are." Ainul berundur ke belakang tetapi Mirza menerkamnya sebelum sempat dia menjauhkan diri, kedua-dua tangan Mirza berada di atas bahu Ainul, menekan perlahan supaya Ainul tidak lari darinya.

"Pandang aku," pinta Mirza lembut pada Ainul yang asyik memandang dadanya dari tadi. Apabila Ainul menolak, Mirza menutur sesuatu di sebalik nafasnya sebelum mengangkat sebelah tangan untuk mendongakkan wajah Ainul supaya mereka bertentang mata. Apa sahaja yang Mirza lihat di dalam renungan tajam isterinya ketika itu membuatkan keningnya bertaut.

"Aku cuba nak baiki hubungan kita balik, hummingbird," akhirnya Mirza berbisik, kata-katanya itu hampir memakan dirinya sendiri.

"Awak tak boleh," Ainul menggeleng kepala, sedih. "This... whatever it is... it's irreparable."

"Kenapa pulak?" Mirza juga menggelengkan kepalanya perlahan, kcecewa dengan kenyataan Ainul.

"Sebab semua yang awak buat sekarang ni nampak macam tak ikhlas dan terpaksa!" dengus Ainul,  marah dia tiba-tiba. "Setiap sentuhan, setiap kemaafan, setiap panggilan mesra.... macam awak sedang membaca setiap gerak-geri saya so saya akan mengalah tiap kali saya bersama dengan awak!"

"Aku tak faham apa yang kau cakapkan Ainul!" Mirza menengking, menggoyangkan kepala isterinya perlahan.

"The kiss for once," jawab Ainul.

"Apa dia?"

"Selama tempoh kita kahwin, Mirza dan malam ni adalah pertama kali awak cium saya," Ainul bersuara. "Awak mesti sedarkan betapa terlukanya hati saya disebabkan oleh saya ni bukan isteri pilihan awak sampaikan nak hadiahkan saya satu ciuman pun payah."

"Itu tak..."

"Jadi mestilah malam ni," potong Ainul; tidak berminat dengan apa sahaja yang ingin dikatakan oleh Mirza. "Selepas awak buat saya rasa sangat istimewa dengan perkenalkan saya pada kawan-kawan awak, masa ni pulaklah awak nak baikkan lagi keadaan dengan ciuman awak tu! Agaknya awak dah memang terfikir tak yang ni je caranya untuk bagi perempuan ni cair, kan?"

"Kau dah salah faham dengan situasi ni, hummingbird."

"Jangan panggil saya macam tu! Saya bukannya humminngbird awak.... saya takkan pernah jadi kesayangan awak sampai bila-bila dan saya takkan mudah tergoda pada awak lagi!"

"Apa yang kau nak daripada aku sebenarnya?" tanya Mirza, kecewa, dia melepaskan bahu Ainul tiba-tiba membuatkan isterinya tersadung ke bawah. Mirza terkejut, memandang Ainul seperti sebuah objek yang sudah pecah dan rasa bersalah pada riak wajah suaminya membuatkan Ainul hampir sahaja kasihan padanya. Ainul bingkas duduk dan merenung wajah yang sedang tertekan itu.

"Saya nak awak lepaskan saya," Ainul berbisik dan Mirza jatuh terduduk di sebelah, mengangkat tangan dan membelai lembut pipinya.

"Aku minta maaf," ujar Mirza. "I'm so sorry for more things than you could possibly imagine... but that's the one thing I can't give you."

"Kalau macam tu, perbincangan kita berakhir sampai sini saja," Ainul cuba berdiri, tidak mengendahkan tangan yang dihulurkan oleh Mirza untuk menolongnya. 

"Please, baliklah ke bilik awak semula, Mirza," pinta Ainul dan Mirza teragak-agak, matanya masih lagi meliar di wajah isterinya untuk beberapa ketika, sebelum berpusing dan pergi dari situ.


Ainul terjaga di dalam bilik tidur tetamu pada keesokan paginya....sendirian. Terasa sedih dan lega hatinya dengan perkara itu. Ainul menjeling sedikit ke arah jam yang memberitahunya bahawa hari itu sudah pun menjejak ke angka sepuluh pagi dan cuaca mendung di luar memberitahunya bahawa hujan mungkin akan turun bila-bila masa sahaja. Ainul terkejut kerana dia boleh tertidur sampai lewat begini dan terburu-buru dia melakukan rutin paginya, sambil cuba mengabaikan rasa mual yang sentiasa hadir tidak kira masa. Ainul turun ke tingkat bawah dalam keadaan lemah, terasa bagai orang mabuk sahaja semasa dia menuju ke dapur.

Nasib baiklah tiada makanan berbau yang berlegar-legar di udara dapur itu tetapi baru sahaja dia sampai di pintu dapur, Ainul ternampak Mirza yang sedang duduk di meja makan dan merenung pada secawan kopi suaminya. Mirza mengangkat pandangannya tatkala Ainul melangkah masuk ke dalam dapur, matanya memandang pakaian yang tersarung di tubuh isterinya; jeans lusuh berserta baju panas yang sudah pudar warnanya.

"Macam mana kau rasa sekarang, hum...Ainul?"

"okay." Ainul menggumam, mengambil segelas jus oren sebelum bergerak ke meja makan dan duduk bertentangan dengan tempat duduk Mirza.

"Kau tak nak makan apa-apa ke?" Mirza bertanya lembut dan Ainul menyeringai, kepalanya yang tiba-tiba teringat pasal makanan membuatkan perutnya sebu.

"Saya okay."

"Kau nampak macam tak sihat," Mirza menjerkah. "Aku tak tahu apa yang kau akan dapat dengan berlapar sampai macam ni sekali."

"Masya-ALLAH, saya bukan berlapar pun, saya cuma tak nak sarapan je."

"Gaya kau ni macam kau dah lama tak makan," Mirza menggelengkan kepala dan menghantar pandangan ke atas dan ke bawah pada tubuh kurus Ainul.

"Nanti saya bakarlah roti ke apa." Ainul menjawab sebelum meletakkan gelasnya ke bawah. Silap Ainul kerana tidak sedar bahawa dia meletak gelasnya betul-betul di tepi meja membuatkan gelas itu tergolek ke bawah dan pecah berderai, tertumpah segala isi jus tadi di atas lantai biru itu. Bunyi deraian tersebut membuatkan Ainul terkejut dan gelabah.

"Oh," Matanya sudah dibanjiri dengan air mata ketika dia tersedar salah siapa sebenarnya.

"Ainul," Mirza berada di belakangnya sesaat kemudian, tangannya di atas bahu Ainul dan wajahnya melihat Ainul dengan penuh prihatin. "Kau okay?"

"Hmmm," itu sahaja yang mampu Ainul ucapkan, melepaskan diri dari cengkaman suaminya dan Mirza menjatuhkan tangannya serta-merta.

"Are you sure?" paksa Mirza, ingin tahu. "You're as white as a sheet..."

"Terkejut sikit je," Ainul mengalihkan perhatian Mirza. "Hujanlah kat luar," Ainul memerhati, cuba mengubah subjek dan matanya terpaku pada kegelapan di dunia luar.

"Ha'a," Mirza bergerak menjauhi Ainul dan berlutut untuk mengutip serpihan kaca di atas lantai. "Memang hujan pun." Ainul mula bangun tetapi Mirza memandang Ainul dari tempatnya dan meletakkan tangan di paha Ainul, menghalangnya dari bergerak.

"Lantai ni licin; biar aku bersihkan dulu sebelum kau bangun." Ainul mengeluh dan diam sahaja sambil memerhati Mirza membersihkan segala kotoran itu.

"Kau nak buat apa je hari ni?" Mirza bertanya selamba, membelakangkan Ainul ketika dia membuang kaca gelas tersebut dan kertas tisu yang dia gunakan untuk mengelap lebihan jus ke dalam tong sampah.

"Saya ingat nak pergi shopping," jawab Ainul. "Saya ingat nak pergi ke bandar kejap beli barang sikit..." Ainul berhasrat untuk membeli sedozen home pregnancy kits, satu perkara yang dia asyik tangguhkan sekian lama.

"Barang aku pun banyak dah habis..." balas Mirza, berpaling untuk menghadap Ainul. "Nanti aku hantar kau." Tiba-tiba Ainul tersenyum sinis.

"Wow. That was such a transparent lie that I'm almost embarrased for you," Mirza ketawa kecil mendengar ayat isterinya dan mengangkat bahu perlahan.

"I know it wasn't up to scratch but give me a break, it's been an eventful twenty-four hours and I'm not in top form," Mirza berjenaka walaupun matanya masih lagi liar memandang Ainul, risau dengan keadaan isterinya. "Aku tak nak kau yang drive, Ainul. Ke kau ada sakit apa-apa ni?"

Ya. Hamil.

"Saya sihat cuma letih sikit je pagi ni, mungkin sebab saya tidur lambat kot malam tadi," betullah sangat, selepas mereka bergaduh, terus sahaja dia tertidur. Letih memikirkan perkara yang takkan selesai sampai bila-bila. Tapi  nampaknya Mirza percaya dengan apa yang dia cakap dan suaminya mengangguk sahaja.

"Bila kau nak gerak?" Ainul menghembus nafas lembut; Ainul sememangnya tidak mahu Mirza ada bersama dengannya ketika dia cuba mencari jalan bagaimana caranya untuk membeli home pregnancy tests tanpa Mirza sedari. Mirza takkan ketinggalan untuk melihat keputusan itu.

"I really do have some stuff to take care of, Ainul," serius Mirza berkata, seolah-olah dapat membaca fikiran Ainul. "Aku akan biar kau buat hal kau sendiri." Ainul menggigit bibir bawahnya, tidak melepaskan pandangan pada mata Mirza yang bercahaya ketika lidahnya menjilat bibir yang terluka kerana terkena bisa gigitannya sendiri.

"Okay... bagi saya satu jam untuk bersiap," untuk mandi, cari baju, muntah dan sebagainya... Mirza mengangguk.

________________________________________________


Mirza mengotakan janjinya dan membiarkan Ainul sendirian untuk ke butik pakaian yang terkenal di situ. Sepuluh minit yang pertama dihabiskan dengan membeli pregnancy kits, ada enam semuanya, berlainan jenama (siapa sangka produk macam ni pun ada banyak pilihan, kan?). Ainul risau juga kalau Mirza mengubah fikiran tentang tinggalkannnya seorang diri tetapi suaminya memang tidak berbuat apa melainkan berterusan menelefon dan menghantar SMS untuk memastikan keadaan Ainul. Tapi makin berlarutan pula Mirza, kali ini sudah masuk panggilan yang kelima dalam satu jam setengah ini. Akhirnya, Ainul memberitahu bahawa dia sudah habis membeli belah dan Mirza bercadang supaya mereka berjumpa di restoran untuk makan tengah hari bersama.

Mirza sememangnya pengunjung setia restoran mewah seperti ini, walaupun hari itu merupakan Sabtu tengah hari dan tempat ini sangat terkenal, cepat sahaja mereka mendapat tempat duduk. Ainul hanya melihat sahaja para pekerja bersembang dengan suaminya dan tiba-tiba dia terfikir sama ada Mirza pernah membawa perempuan lain ke sini ataupun tidak sebelum ini. Syak wasangkanya terbukti, apabila pelayan tersebut menyeringai sedikit padanya.

"And what will the lady be ordering today?" Pemuda tersebut bertanya dengan angkuh sepertimana lagak seorang pelayan di restoran mewah sebegini.

"Your Caesar salad, no dressing, toast and water," Ainul berkata, kasar.

"And have you decided on a main course yet?" Pemuda tersebut bertanya lagi dengan senyuman sinisnya.

"That would be it," Ainul menjawab pendek, perlakuan biadab lelaki itu membuatkan dia rasa menyampah.

"Ainul," Mirza memanggilnya dengan penuh prihatin. "Kau tak sarapan pun tadi; kau kena makan benda yang lebih berat daripada salad."

"Saya bukannya lapar mana pun," Ainul mengeluh perlahan, memberi semula menu berkulit tebal itu kepada pelayan tersebut. "Please just let it go."

"If you're on some crazy diet..."

"Saya tak dietlah!" lenting Ainul. "Tolonglah, jangan cuba putar belit segala aspek dalam hidup saya!" Rahang Mirza tegang dan bibirnya menipis, jelas kemarahannya di wajah tetapi Mirza hanya membiarkannya sebelum menyambung memesan makanan kepada pelayan tersebut. Ketika mereka tinggal berdua sahaja, Mirza tersandar ke belakang dan merenung isterinya, dalam.

"Seriously," Mirza mula berbicara setelah lama mendiamkan diri. "Apa kena dengan kau ni?" Ternganga mulut Ainul, tidak percaya dengan kebodohan soalan yang ditanya dan Mirza mengecilkan matanya, nampaknya dia juga sedar sendiri.

"Aside from the obvious," sambungnya lagi. "And try to keep the sarcasm down to a minimum."

"Dah memang terang lagi nyata yang saya tak gembira dengan hidup saya sekarang," Ainul mengangkat bahu. "Takde perubahan baru pun."

"Kau menipu aku," Mirza kedengaran ragu-ragu pada kenyataan itu dan Ainul ketawa suka. "Are you having an affair?"

"Lah, pasal tu lagi?" Tawa Ainul semakin kuat. "Mirza, not everybody stoops to infidelity when things aren't going right in their lives."

"What the hell is that supposed to mean?" Mirza tersinggung dan dia mendepankan lagi badannya, dekat dengan Ainul.

"Oh come on, Mirza, awak tahu apa maksud saya!"

"No I don't, do enlighten me," sinis Mirza meminta.

"It means that I'm not the one who has been having the affairs. It means that I had the misguided notion that the sacred marriage vows we took were just that, sacred vows. It means that I'm not the one who deliberately set out to hurt and humiliate my spouse as publicly and as painfully as possible."

"Aku mengaku yang aku dah banyak lukakan hati kau.. aku hukum kau pada kesalahan yang bukannya berpunca dari kau," Dengan penuh berhati-hati Mirza memulakan bicara.

"Memang bagus sangatlah awah buat macam tu, kan," celah Ainul, sinis.

"Kau telah diperdaya oleh ayah kau bahawa aku cintakan kau," Mirza mengabaikan sahaja kata-kata Ainul tadi, "Aku pula ditipu bulat-bulat bahawa kau..."

"Your drinks,"  suara garau pelayan tadi mengganggu perbualan mereka yang buat pertama kalinya mereka dapat berbicara secara tenang dan Mirza hanya menjeling tajam sebelum mengetap giginya dan menunggu dengan penuh sabar sehinggalah lelaki tersebut selesai. Apabila pelayan itu beredar, Mirza memandang semula ke arah Ainul.

"Aku ingat kau tahu pasal rancangan ayah kau, aku ingat kau bersubahat sekali," akui Mirza lembut.

"Apa sebenarnya 'rancangan' ayah saya tu?" Ainul bertanya perlahan, takut dihentam sekali lagi.

"Dia miliki sesuatu yang aku mahu dan satu-satunya cara dia akan benarkan aku ambilnya semula adalah dengan bayaran yang tinggi dan berkahwin dengan kau."

"Oh," Ainul menjatuhkan pandangannya pada napkin yang terlipat di atas meja di hadapannya dan membuka lipatan tersebut menggunakan jari-jemarinya. "So, in essence, you paid an exorbitant sum for this mysterious something you so desperately wanted, with me tossed in as your unwanted free gift?"

"Aku tak punya pilihan yang lain, untuk dapatkan apa yang aku nak; aku perlu terima kau sebagai sebahagian daripada tawaran tu.... Aku ingat...." suaranya menghilang dan Mirza mengeluh lemah.

"Awak ingat sayalah yang jadi dalang pada segala perancangan ni dan betapa terdesaknya saya mahukan awak, sampai saya sanggup buat ayah saya ugut awak untuk berkahwin dengan saya?" Mirza mengangguk mengiakan.

"Well you got what you wanted and since it's obvious that we're both miserable in this sham of a marriage why won't you give me that divorce?" Ainul bertanya lagi, benar-benar mengharapkan yang Mirza takkan sedar bahawa pengakuan lelaki itu nanti akan melukakan hatinya.

"Keadaan dah jadi makin rumit sekarang ni. Aku rasa ayah kau tahu yang kita berdua tak sanggup nak teruskan lagi perkahwinan ni, " kata Mirza pahit. "Jadi dia tambahkan lagi syarat dalam kontrak tu."

Inilah dia.... Ainul bersedia untuk mendengar bicara Mirza yang seterusnya.

"Syarat?" Ainul mengulangi semula ayat itu dengan lemah dan Mirza berdehem tidak selesa.

"Ayah kau..." Pelayan tersebut kembali semula lantas menghidangkan makanan di atas meja mereka. Mirza menyumpah dalam diam, sementara dia menunggu lelaki muda itu menghabiskan kerjanya.

"Will there be anything else?"

"No!" jerit Mirza, tetapi masih lagi dalam nada yang rendah. Lelaki tersebut menelan air liur dan cepat-cepat mengundurkan diri. Ainul tidak mengendahkan perbualan antara kedua-dua lelaki tadi, dia cuma memandang resah pada makanan yang dipesan oleh Mirza. Pastas, pai, ikan, daging, sayur-sayuran semuanya terbentang di hadapannya dengan bau yang sangat menyelerakan.

"Ainul?" suara Mirza terasa bagai sangat jauh darinya. "Kenapa ni?"

"Banyak sangat makanan," kata Ainul muak, takut sakitnya datang kembali.

"Aku nak share dengan kau," akui Mirza.

"Kan saya dah cakap yang saya tak lapar," Ainul memarahinya, geram dengan perangai Mirza yang suka memutarbelitkan segala benda yang dicakapkannya.

"Kau tak terliur ke? Walau sikit pun?" Mirza mengangkat garpu dan menyucuknya pada makanan yang terdekat, ala-ala kek keju bakar dan mendekatkannya pada mulut Ainul. Ainul terasa semakin mual dan membelakangkan kepalanya tiba-tiba.

"Tak!" Mirza merendahkan garpu tersebut dan merenung Ainul tajam.

"Apa kena dengan kau ni? Are you on some insane hunger strike?" Ainul ketawa resah.

"That's what prisoners do, isn't it? When they want to make a statement about the unjustness of their imprisonment, they go on a hunger strike," Ainul ketawa lagi.

"Kau main-main je, kan?" Mirza benar-benar percaya dengannya dan itu membuatkan Ainul sedih dan kagum.

"Saya tak lapar," ujar Ainul.  "Tolong teruskan pasal syarat yang awak nak cakapkan tadi," Mirza kelihatan kecewa tetapi dia tahu yang Ainul tidak akan menimbulkan semula isu itu.

"Basically, we have an out...." Mirza memulakan biacara perlahan.


p/s : yeah, done for this chapter! please, any comment? or give it a like on one of this reaction kat bawah ni. i'd appreciate that a lot.
dah banyak kali dengar darling, honey, baby, so i changed it to hummingbird. okay tak?
tak tahulah kenapa korang suka sangat baca cerita ni. but anyways, thank you so much for reading this story (macam dah habis pulak). but seriously, i love you all. lol~



 

 

post signature

8 comments :

  1. thank u for the n3...twice in a week lg..
    sy pun xtau kenapa sy suka cerita ni just teruja nak tau apa kesinambungan cerita ni..
    keep writing ya writer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. sebab haritu lambat post kan. so mnggu ni buatlah dua.
      insya-ALLAH. :) thank you.

      Delete
  2. aaaaaaaa ... bestnyaaaaa ....

    amyyyy ... bab 13 plak ... heheheheh ....

    mirza mmg akan jatuh cinta dgn ainul satu hari nanti kan? ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu kena tunggu smpai habis cerita ni okay. haha :P

      Delete
  3. best....saya pun suka kak amy guna hummingbird...rupa2nya selama ni mirza dah salah faham dgn ainul.. patutlah mirza layan mcm tu kat ainul sebelum ni...smbung cepat2 kak amy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a, dia salah faham sbnarnya, yg jadi mangsanya ainul.
      insya-ALLAH :)

      Delete
  4. Replies
    1. thank you :)
      insya-ALLAH dalam masa terdekat ni.

      Delete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes