Nafasku Hanya Untuk Dia -bab 13-



bab 13


"Kita bagi dia cucu lelaki and then baru kita boleh bercerai." Ainul ingatkan dia sudah bersedia dengan perkara ini tetapi apabila Mirza berkata sebegitu rupa membuatkan hatinya hancur berderai.

"An out," ulang Ainul perlahan. "Setiap kali awak sentuh saya, setiap hari itu je yang awak selalu fikirkan? Getting out?" Dia ketawa, pahit. "And how diligently you worked towards your goal... so often and so very thoroughly."

"Ainul," bisik Mirza, bergetar suaranya. Tetapi itu sahaja yang disebutnya, nama Ainul. Seolah-olah Mirza tahu tiada apa yang boleh menghilangkan segala keperitan yang dirasai oleh isterinya.

"Astaghfirullah al'azim," Ainul menyeka air mata di pipi, benci dengan dirinya kerana membiarkan Mirza melihat keadaan dirinya sekarang. "Setiap kali kita 'bersama', awak selalu cakap yang awak nak anak lelaki. Itu je yang awak fikir selama ni, setiap kali....escape! Ada satu masa yang orang lain tak boleh nak ingat pun nama diorang sendiri, awak merayu pada saya untuk berikan awak anak lelaki sebab hidup dengan saya ni sangat-sangat membebankan pada awak."

"Bukan sebab kau," celah Mirza. "Situasi kita ni lain."

"Jadi anak lelaki tu," Ainul cuba mengawal nada suaranya. "Awak memang tak nak dia lah, kan? Dia cuma satu cara untuk awak melepaskan diri?"

"Aku tak pernah terfikir macam tu," akui Mirza tidak selesa.

"I mean, surely you wouldn't want anything to do with a child spawned with a woman you despise and carrying the blood of a man you consider your enemy?" 

"Aku tak terasa nak anak tu pun," dia merungut.

"Yang aku tahu, kau yang akan dapat dia dan aku pindah balik ke Itali lepas tu. Aku tak pernah terfikir lebih dari tu."

"Dengan ayah yang takde perasaan sayang langsung pada dia, ibu yang tak nak mengandung dan atuk yang cuma nakkan waris, rasanya lagi bagus kalau anak tu tak wujud langsung," akhiri Ainul, patah hatinya.

"Janganlah cakap macam tu," ujar Mirza, sebelah tangannya menggenggam tangan Ainul yang berada di atas meja. "Dia pasti akan disayangi."

"Apa yang membuatkan awak yakin sangat ni? Bila awak sendiri mengaku yang awak tak tahu apa perasaan awak pada dia?"

"Aku kenal kau," kata Mirza, tenang. "Sifat penyayang tu memang ada dalam diri kau. Mestilah kau akan sayangkan baby tu; aku pasti sangat."

"Habis tu, macam mana saya nak teruskan hidup saya dengan awak sekarang, Mirza?" Ainul bertanya, buntu. "Keadaan dah memang teruk sebelum ni tapi memikirkan yang saya akan serumah dengan awak sekarang.... saya tak boleh terima." Mirza meleraikan genggamannya dan dia membelai pipi Ainul lembut.

"We'll get through this," bisik Mirza dan Ainul menjauhkan diri dari sentuhan Mirza. Matanya berkelip bersama pandangan yang aneh sebelum menjatuhkan tangannya semula ke atas meja.

"Saya penat," kata Ainul. "Saya nak balik." Mirza mengangguk dan memanggil pelayan tersebut untuk membuat bayaran. Ainul memandang kesal pada makanan yang dipesan oleh Mirza tadi.

"Membazir je," Ainul cuma berbisik pada dirinya sahaja tetapi dia terkejut apabila Mirza terdengar apa yang dikatanya dan dia meminta pelayan tersebut untuk memberi makanan itu semua kepada rumah kebajikan yang terdekat.

Mereka cuma diam sahaja sehinggalah mereka tiba di rumah, di mana Ainul meminta diri untuk berehat dan dia berkurung sahaja di dalam bilik sepanjang tengah hari itu.

"Mirza," Dengan penuh berhati-hati, Ainul memasuki ke dalam bilik kerja Mirza pada malam harinya. Selama dia menetap di rumah tersebut, inilah kali pertama Ainul menjejakkan kakinya di dalam bilik kerja ketika Mirza berada di situ. Mirza mendongak dan melihat Ainul yang sedang mundar-mandir di ambang pintu dan dia berdiri tiba-tiba, hampir sahaja kerusinya terjatuh ke belakang. Ainul terlompat kebelakang dengan pergerakan kasar Mirza tetapi Mirza masih lagi kekal di mejanya dan mula mendekati Ainul bersama tangan yang dihulurkan ke hadapan.

"Ainul," kata Mirza. "Masuklah." Mirza kelihatan gembira dengan kehadirannya di situ. Tak sama macam yang dijangkakannya. Mirza mengiringinya ke arah kerusi kulit yang terletak di sudut bilik, mempelawanya duduk sebelum mengambil kerusi bertentangan dengannya dan bergerak ke arahnya.

"Saya nak tahu kenapa," akhirnya Ainul berbisik, setelah lama mendiamkan diri. "Saya nak tahu perkara apa yang awak nak sangat sampai sanggup menjual beli kebahagiaan saya ni. Apa yang bermakna sangat pada awak sampai sanggup melepaskan kebebasan awak?" Mirza cuma senyap sahaja selepas itu membuatkan Ainul tertanya-tanya sama ada Mirza akan membalas pertanyaannya ataupun tidak.

"Ayah aku dah tua dan dia sakit," Mirza mula bersuara dengan nada rendah, menundukkan kepalanya dan memakukan pandangannya di tangan. "Dia membesar di ladang anggur. Ladang tu takdelah bawa keuntungan sangat tapi dia dah jadi sebahagian dari keluarga kami selama bertahun-tahun dan ia sangat bermakna untuk ayah aku. Itulah tanah tempat dia dilahirkan, tanah yang dia impikan untuk bersara dan akhirnya mati juga di situ... tapi belum sempat mencapai matlamat dia; nasibnya malang dan dia membuat beberapa keputusan kewangan yang teruk dan akibatnya, dia kehilangan hak ke atas ladang anggur tu. Tapi dia bangkit balik dan jadi kaya-raya tapi ladang tu dah pun dibeli oleh ayah kau. Macam-macam cara ayah aku buat untuk dapatkan ladang tu balik, tapi ayah kau yang degil tu selalu menolak tawarannya. Ladang tu bukan bawa untung pada dia pun, sebab tu aku syak yang ayah kau saja nak mengenakan ayah aku," Mirza mengeluh berat.

"Ayah aku tak pernah berhenti dari cerita pasal tempat tu. Dia kesal sebab takde seorang pun anak dia yang pernah lahir di tanah tu, rasa bersalah yang ada dalam dirinya membuatkan dia jadi obses untuk dapatkan balik apa yang pernah menjadi miliknya satu masa dulu. Kesihatannya semakin terjejas. Dia disahkan menghidap kanser. Ayah aku makin tak boleh terima kenyataan yang dia akan mati sebelum sempat dia dapat ladang tu. Aku nak raih balik kehormatan dan maruahnya. Aku nak dia dapat ketenangan dan mati dengan gembira. Jadi aku berjumpa dengan ayah kau, yang, nampak reaksi kau bila ternampak aku kali pertama, akhirnya bersetuju untuk menyerahkan balik ladang tersebut berserta dengan syarat yang kau dah pun tahu."

Merah muka Ainul apabila dia teringat kembali kejadian tersebut.

"Ayah awak sekarang macam mana?" tanya Ainul dan Mirza mengangguk perlahan,

"Gembira mungkin," Mirza cuba menyembunyikan kepedihan yang dirasainya.

"Dan keluarga awak tahu pasal 'deal' yang awak buat untuk dapatkan tanah tu balik?"

"Ya."

"Patutlah diorang tak nak jumpa dengan saya," kata Ainul, merujuk kepada dirinya sendiri. Sayu hati Mirza melihat keadaan Ainul dan dia mengangkat tangan memegang wajah isterinya. Ainul mengelak sebelum sempat Mirza melakukan apa-apa.

"Saya minta maaf pasal apa yang dah terjadi pada ayah awak," ujar Ainul tanpa nada. "Sekarang saya dah nampak betapa rumitnya situasi awak ni."

"Tapi... aku tak patut layan kau macam tu..." pujuk Mirza, cuba menenangkan hati Ainul yang sedang kecewa.

"Takpelah," Ainul memotong percakapan Mirza, dia tidak mahu mendengar sebarang keluhan dan rungutan dari suaminya. "Terima kasih sebab bagitahu saya." Ainul mula bangun perlahan, terasa pening tiba-tiba dan laju Mirza berdiri, cuba mencapai Ainul.

"Ainul, tunggu... please...."

"Dah takde apa lagi yang perlu diperkatakan...." Ainul berpusing dan menuju ke pintu.

"Macam mana dengan kita? Perkahwinan kita?"

"Kita buat jelah macam biasa. Cuma, tanpa hubungan intim lagi Mirza, saya tak mampu nak handle perkara tu lagi dah. Kita ikut haluan masing-masing."


"Aku tak nak macam tu,"


"Lagipun dah tak lama dah," Ainul berbisik lemah, pelik dengan kedudukan pintu yang semakin jauh dari tempat dia berdiri.


"Apa maksud kau?" Mirza bertanya, cemas. "Ainul?" Hampir sahaja Ainul terjatuh ke bawah tapi sempat disambut oleh Mirza dan dia membawa isterinya ke kerusi tadi.


"That's it," lenting Mirza, berlutut di hadapan Ainul, sementara tangannya dibawa ke wajah pucat isterinya. "Aku nak panggil doktor. Ini..."


"Saya mengandung," Dua patah perkataan yang disebut oleh Ainul membuatkan Mirza terkelu. Dia terduduk di atas lantai sambil cuba memproses ayat tersebut.


"Betul ke?" Mirza bertanya, tangannya yang menggeletar menyelak helaian rambut di wajah isterinya.

"Saya baru je ambil empat pregnancy tests dalam masa dua jam tadi," akui Ainul. "Keputusannya : empat jalur pink bagitahu yang saya akan jadi seorang ibu dalam beberapa bulan yang akan datang nanti! Saya boleh je buat lagi dua tests yang saya dah buang kat atas tapi saya dah tak larat nak paksa diri minum air banyak-banyak," Ainul berjenaka, lemah. Mirza tidak berkata apa-apa, masih lagi memandang wajah isterinya.

"So you see, Mirza? You're just a few short months away from getting rid of your unwanted wife, child and life. No more need for pretense, no need to humour your sham-wife with Friday night football games, or introductions to your friends," suaranya bergetar, berusaha berkelakuan seperti biasa tetapi Mirza perasan dengan apa yang dilakukan oleh isterinya. Mirza menjatuhkan tangannya ke kerusi dan dia cuba untuk tidak bersentuhan dengan Ainul walaupun kedudukan mereka tersangat rapat.

"Tapi kau tetap kena jumpa doktor," katanya lembut, namun dia menegaskan dan Ainul menganggukkan kepala.

"Saya dah buat temujanji dengan doktor Lily." Mirza mengeluh perlahan, sebelum pantas berdiri dan bergerak menjauhi Ainul.

"Mereka akan suka dengan kau," tiba-tiba Mirza bersuara, matanya redup memandang wajah Ainul.

"Ha?" Ainul bertanya, tidak mengerti.

"Keluarga aku," jelasnya dan Ainul mengerutkan dahinya, tidak pasti apa perlunya Mirza berkata sebegitu.

"I doubt that, Mirza... kalau saya dekat tempat keluarga awak pun, saya takkan suka dengan orang yang perangkap abang atau anak saya dalam perkahwinan yang dia tak mahu."

"Tapi kau tak...."

"Diorang ingat saya yang buat dan sekali awak dah tetapkan fikiran awak macam tu pada seseorang, susah untuk awak ubah balik."

"Ia tak susah macam yang kau fikirkan," katanya separa nafas.

"Saya tak tahu kenapa awak nak timbulkan perkara macam ni," Ainul mengangkat bahunya. "Tak lama lagi kita akan dapat apa yang kita nak : bebas daripada situasi ni."

"Macam mana dengan baby tu?"

"Kalau saya dapat anak lelaki, syarat kontrak antara awak dan ayah saya akan dipenuhi. Awak akan bebas.... baby tu bukan lagi menjadi masalah pada awak tapi awak jangan risau, ayah saya takkan boleh sentuh pun anak saya! Saya cuma nakkan rumah ni dan support kami sementara saya belajar jewellery desingning. Saya tak rasa yang kami perlukan bantuan awak lebih dari dua tahun pun... lepas tu, saya dah boleh uruskan diri saya sendiri."

"Nampaknya kau dah fikir panjang pasal ni," kata Mirza, reaksi wajahnya kembali dingin. Ainul mengangguk gelisah.

"Saya dah fikirkan tentang semuanya dari petang tadi. Please Mirza, habis je dua tahun nanti, saya akan keluar dari hidup awak dan sementara awak memberi nafkah pada kami, saya takkan ganggu awak, awak tak perlu bercakap dengan saya atau mendengar sebarang berita dari kami. Itu je."

"Kau ingat aku ambil peduli ke dengan duit tu?" Tiba-tiba Mirza 'meletup', hilang segala kedinginan di wajahnya tadi. "Kau ingat aku ni berkira sangat ke nak tanggung kebajikan isteri dengan anak aku?"

"Bekas isteri," Ainul mengingatkan, terkejut dengan kemarahan yang membara di dalam mata suaminya, ia semakin hangat membara selepas Ainul membetulkan ayatnya.

"Nothing's set in stone. It could be a girl." Hilang terus seri di wajah Ainul, aneh kerana dia tidak pernah terfikir tentang kemungkinan itu.

"No," bisiknya.  "It's a boy, it's got to be!"

"Aku minta maaf, Aku tahu kau mesti tertekan dengan semua ni, Ainul... walau apa sahaja yang akan berlaku, kau jangan risau. Aku akan support kau dengan apa cara sekalipun selagi mana kau memerlukan aku."

"Tak lama pun," Ainul bersungguh-sungguh meyakinkannya. "Saya tahu awak nak teruskan kehidupan awak yang sebenar. Mungkin berkahwin dan mempunyai anak-anak."

"Ini kehidupan aku," dengus Mirza. "I am married and having a child."

"Tapi ini bukannya kehidupan yang awak mahukan," Ainul mengingatkan.  "Bukan isteri dan anak yang awak damba. Dan sememangnya bukan kehidupan yang saya inginkan."

"So what the hell are you saying? That you're looking forward to getting married to someone else and having his kid?" Mirza tiba-tiba menjerkah dan Ainul tersentak, tertanya-tanya pada mood suaminya yang tidak menentu.

"Awak ni kenapa sebenarnya?" Ainul bertanya, keliru. "Saya ingatkan awak happy.  It's what you've been asking me for since the day we married. Every time we had ...." terhenti sebentar ayatnya, cuba menyusun kata-katanya. ".... 'that thing',  without fail you'd ask me...."

"Aku tahu," potong Mirza laju. "Kau tak perlu nak ingatkan aku pasal tu banyak kali."

"Well," Ainul cuba berdiri semula dan Mirza pantas bangun, risau jika Ainul terjatuh lagi. Ainul geli hati melihat Mirza ketika itu. "Saya nak balik ke bilik..."

"Kau dah makan belum?" Mirza bertanya, prihatin.

"Roti bakar," Ainul mengeluh.

"Aku tak suka cara kau menguruskan pemakanan kau, Ainul," Mirza merengus. "Kalau kau serius dengan kesihatan kandungan kau, kau patut makan makanan yang berkhasiat."

"Saya tahu... tapi saya rasa badan saya tengah menyesuaikan diri dengan kandungan ni so things are probably going to be a bit out of synch for a while. Saya yakin yang selera makan saya ni nanti datang balik, dengan sepenuh hatinya. Jangan risau, Mirza. The baby will be fine."

"Yes babies are resilient," Mirza mengangguk bersetuju. "I have no doubt he will be fine but what about you? Kau takkan dapat menikmati kebebasan kau kalau berlaku apa-apa pada diri kau sepanjang tempoh kehamilan ni."

"Saya akan okay," pujuknya lembut.


"How the hell can you be so damn cavalier about your health?" Mirza melenting dan tiba-tiba hilang segala kesabaran Ainul pada suaminya.

"Itu takde kaitan dengan awak pun, Mirza. Kandungan saya, badan saya dan sepanjang hidup saya bukan lagi menjadi isu yang perlu awak bimbangkan.  Dengan segala hormatnya, awak bebas untuk berbuat apa sahaja. In fact why don't you go out, celebrate your impending freedom in the time honoured tradition."

 "Pukul berapa appointment dengan doktor kau esok?" Mirza bertanya tenang, mengabaikan bebelan Ainul seolah-olah tiada apa yang berlaku. Ainul merenung tajam ke arah Mirza, sebelum berpaling dan menuju ke pintu. Tangannya sudah pun berada di tombol pintu ketika Mirza bersuara semula. "I never, not once, was unfaithful to you during this marriage, Ainul."

p/s : yeah, sorry lambat lagi sekali! x sihat :( enjoy reading ^^,
agak-agak anak diorang lelaki ke perempuan? hehehehehe...
post signature

Tags:

Share:

14 comments

  1. wah...tak sabar nak tunggu yg berikutnya..cepat2 sambung tau.

    ReplyDelete
  2. biar diarong dapat kembar terus kak emy...bayi lelaki dan perempuan...kan best.. cepat2 smbung kak emy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. tapi apa jadi kang ngan marriage diorang? haaaa.. okay! insya-ALLAH. dah sparuh siap pun next chapter :)

      Delete
  3. Baru terhegeh2 ye mirza .... klu i ... lepas dgr phone conversation tu terus lari bawak diri .... majuk .. hehehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. nk buat macam mana, salah faham punya pasal kan. :P

      Delete
  4. Replies
    1. entah2 dapat baby boy ke. hehehehe..

      Delete
  5. Baru jmpe ur blog and tersgtt sukee cerita nyh tak sabar nk tggu next n3 ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. thank you very much. insya-ALLAH esok keluar okay :)

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.