Nafasku Hanya Untuk Dia -bab 14-



bab 14


"So you keep saying," lirih Ainul. "But guess who always wound up getting hurt anyway?"

"Aku tahu..." Mirza sengaja menggeselkan bibirnya pada telinga Ainul, dan mula merayap di sekitar leher isterinya. "It was stupid and I realised it was a bad move from the first but once the papers sank their teeth into the juicy story of recently-wed Mirza Aiman playing away from home, everything I did came under scrutiny and any woman I had even passing conversation with became my latest 'mistress'. It got completely out of control."

"Lepaskan saya,"  pinta Ainul lemah, apabila bibir Mirza mula menjalar ke bawah.

"Hummingbird," gumam Mirza. "I honestly don't think that I can." Buat seketika, Ainul ingin Mirza meneruskan perlakuannya, lebih-lebih lagi apabila Mirza memeluk pinggangnya kemas. Pergerakan tubuh dan fikirannya tidak sehaluan membuatkan Ainul mengangkat kaki dan memijak kaki suaminya, kuat.  Mirza menyumpah dan terlompat ke belakang, meninggalkan Ainul yang masih terpinga-pinga di situ.

________________________________________________________

"Apa awak buat dekat sini?" Ainul terhenti di muka pintu dapur dan merenung lelaki yang sedang berdiri di hadapan peti ais yang sedang terbuka dengan hanya memakai seluar sukan longgar, tanpa kasut ataupun baju. Mirza memusingkan badannya perlahan-lahan untuk bertentang mata dengan Ainul dan Ainul menelan air liur, membasahkan tekaknya yang kering tiba-tiba. Ugh, makin tampan suaminya sekarang. Dia, walau bagaimanapun, terasa selekeh dengan hanya memakai baju tidur lengan pendek Sylvester the Cat. Rambutnya juga serupa macam sarang burung.

"Aku tinggal kat sini," Mirza membalas bersahaja, sebelah tangan menggenggam kotak jus oren dan sebelah lagi pula menggosok-gosok malas ke atas dan ke bawah otot perutnya. Pandangan Ainul jatuh ke arah tangan itu dan dia membayangkan tangannya sendiri menggantikan tangan suaminya. Dia menggelengkan kepalanya sedikit, membuang segala fantasi nakalnya dan memberi tumpuan pada kemarahannya yang melihat betapa santainya lelaki itu berdiri di dapur.

"Awakkan selalunya dekat tempat kerja waktu macam ni," katanya.

"Memang pun," Mirza bersetuju. "Tapi disebabkan kau asyik mengelat je bila tiap kali aku keluar waktu pagi dan balik pada waktu malam, aku rasa satu-satunya cara untuk aku tahu apa yang terjadi pada kau adalah dengan duduk kat rumah je hari ni."

"Awak mana boleh sesuka hati je duduk dekat rumah," Ainul terkejut dengan tanggapan Mirza itu. "You're the boss."

"Exactly and kalau boss pun tak boleh nak ambil cuti, takde fungsilah aku jadi boss macam tu," ujarnya bersahaja, tenang tetapi matanya liar memandang tubuh kecil Ainul, menatap muka bulat dan tubuhnya dengan penuh terperinci. Sudah hampir tiga bulan mereka tidak bertemu muka antara satu sama lain, sedaya-upaya Ainul mengelakkan diri dari Mirza ketika dia di dalam rumah. Dia mengabaikan teks mesej suaminya dan membiarkan mesin sahaja yang menjawab panggilannya.

Mirza turut meninggalkan nota kecil padanya, kadang-kadang mengajaknya untuk makan malam bersama, kadang-kadang bertanyakan tentang kesihatannya. Baru-baru ini Mirza menampal Post-it di peti ais mengingatkan Ainul untuk membeli vitamin kerana dia perasan yang Ainul sudah kehabisan bekalan ubat! Apabila dia terlupa untuk membeli vitamin tersebut, Ainul ternampak satu botol kecil di atas meja dapur dan sehelai Post-it, bersama setengah dozen tanda seru ditulis di atasnya, dilekatkan pada penutup botol itu.

Mirza tidak pernah memasuki biliknya tanpa izin dan Ainul tidak pernah mempelawa. Mereka masih lagi berkongsi bilik air yang menggabungkan  dua bilik tidur. Mungkin sebab itulah suaminya tahu yang bekalan vitamin sudah berkurangan tetapi Ainul hanya membersihkan diri selepas Mirza keluar pada waktu pagi atau sebelum dia pulang pada waktu petang. Sekarang, setelah berjaya menjauhkan diri dari lelaki itu selama hampir tiga bulan, melihatnya berdiri santai di dapur, tidak memakai baju dan tampak menawan, membuatkan hatinya nanar sekejap.

"Kenapa awak berminat nak tahu apa yang saya buat?" akhirnya Ainul bertanya.

"Kita hidup dalam rumah yang sama, kau mengandungkan zuriat aku dan aku tak tahu pun khabar berita dari kau. Kau tak rasa pelik ke dengan keadaan kita ni?"

"Saya rasa biasa je," akhiri Ainul, lalu berpaling dari suaminya dan melangkah ke kabinet untuk mengambil sebiji mangkuk.

"So it would seem," Ainul mendengar peti ais itu ditutup dan resah ketika dia dapat merasakan Mirza sedang menuju ke arahnya, suaminya berdiri betul-betul di belakangnya dan mengambil sebiji lagi mangkuk. Betapa rapat Mirza dengannya sehingga dia boleh merasakan kehangatan dada Mirza yang terdedah dan bau harum tubuh lelaki itu menyelubungi rongga hidungnya. Ainul menutup mata,  tidak mahu tergoda dengan suaminya. Mirza berlama-lama di belakangnya sebelum tiba-tiba bergerak dan meninggalkannya di situ.

Apabila Ainul berpaling untuk berhadapan dengannya, Mirza sudah duduk di meja kayu dan menuang sebanyak mungkin corn flakes ke dalam mangkuknya. Ketika dia tersedar yang Ainul sedang memerhatikannya, dia mengangkat semula kotak tersebut. Ainul mengeluh sebelum membawa mangkuknya ke meja di mana dia duduk bertentangan dengan Mirza dan melihat sahaja Mirza menaburkan bijirin itu ke dalam mangkuk, meletakkan strawberi bersama hirisan pisang yang mungkin dipotongnya tadi sebelum dia turun ke tingkat bawah.

Hari ini merupakan hari cuti untuk pembantu rumahnya jadi Ainul tidak bercadang untuk sarapan begini rupa. Ainul memandang Mirza yang sedang menuang susu pula ke atas bijirin tadi dan mengisikan gelas dengan jus oren. Ainul cuma mengangguk tanda berterima kasih sebelum mengangkat sudu dan memulakan sarapannya. Mirza sudahpun menghabiskan makanannya sedangkan Ainul baru makan separuh. Dia bingkas bangun dan menghala ke peti sejuk, menyelongkar barang-barang di dalamnya sebelum mengeluarkan buah anggur yang dipotongnya menjadi separuh, diletakkan di dalam mangkuk-mangkuk dan dibawa semula ke tempat yang Ainul duduki. Dia meletakkan satu mangkuk dihadapan Ainul sebelum dia duduk, menyeringai pada dirinya sendiri dan menyambung kembali makan.

"Saya ingatkan awak tak suka anggur," Ainul tiba-tiba memecahkan kesunyian di antara mereka dan Mirza tersengih padanya.

"Ha'a," akui Mirza. "Tapi apa salahnya aku cuba."

"Kenapa?" Ainul bertanya, ingin tahu. Mirza hanya mengangkat bahu dan Ainul memutuskan untuk tidak memaksa Mirza menjawab persoalannya.

"So morning sickness dah habis ke?" Mirza bertanya setelah lama mendiamkan diri dan Ainul mendengus kecil. Mirza mengangkat pandangannya dan ekspresi wajahnya membuatkan Ainul mengeluh dan menggeleng kepala.

"Not completely, no..." akui Ainul. "Tapi sekarang lagi okay dari dulu."

"Apa plan kau harini?" Mirza bertanya lagi, memakukan pandangan matanya pada Ainul.

"Saya nak habiskan masa saya dengan Lily and baby dia," Sepupu Ainul sudah pun selamat melahirkan seorang anak lelaki, Adlan, beberapa hari selepas Ainul disahkan hamil.

"Aku nak ikut sekali boleh?" tanya Mirza bersahaja dan Ainul mengerutkan dahinya, terganggu dengan perkataan 'ikut sekali' itu.

"Well...." Ainul enggan mengulas apa-apa.

"Aku nak bincang pasal business sikit dengan Dalily," Mirza menambah.

"Business apa?"

"Pasal pinjaman dia," hurai Mirza.

"Kenapa dengan pinjaman dia?" Suara Ainul meninggi tetapi wajah Mirza tetap begitu, tiada riak.  "Saya tak nak awak kecewakan dia, Mirza."

"Well, I either tell her today, while you're there as moral support... or I tell her sometime when she's alone and vulnerable."

"Apa yang awak nak bagitahu dia?" Panik Ainul dibuatnya.

"Aku tak rasa benda ni ada kaitan dengan kau, Ainul," jawab Mirza dengan suara yang menjengkelkan. "Now why don't you hop into the shower while I clean up down here? I'll use of of the guest bathrooms this morning."

Ainul menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Mirza, awak tak boleh buat macam ni...."

"Well, I have no aversion to doing a bit of housecleaning," ujar Mirza, sengaja tidak memahami apa yang dikatakan oleh Ainul.

 "You know that's not what I meant," Ainul memarahi suaminya dan Mirza mengerutkan dahi, bingung dengan kelakuan Ainul.

"Kalau kau tak suka aku pakai bilik air tetamu, aku tak kisah nak mandi dengan kau sekali," Mirza tersengih menggoda dan Ainul mendengus kuat, sebelum bergerak jauh dari Mirza dengan kepalanya ditinggikan sedikit.

Ainul enggan berbicara dengan Mirza sepanjang perjalanan mereka ke rumah Lily dan Suhairi. Hanya ketika kereta Mirza sudah melalui pagar sekuriti, barulah dia menoleh ke arah Mirza.

"Mirza, janganlah macam ni...." rayu Ainul, matanya bercahaya mengharapkan belas kasihan. Wajah Mirza yang dingin berubah menjadi suram dan dia membelai wajah Ainul lembut sebelum berpaling dan keluar dari keretanya. Sayu hatinya dengan tindak balas Mirza tadi dan dia melangkah keluar apabila Mirza hendak membukakan pintu untuknya. Mirza mencapai tangan Ainul tetapi Ainul cuba menarik semula tangannya dari genggaman suaminya. Buat seketika, apabila Mirza mengeratkan lagi pegangannya, Ainul ingatkan yang Mirza tidak suka tetapi Mirza pantas melepaskan tangannya dan sebaliknya dia meletakkan tangan kekarnya di belakang Ainul, membawa Ainul ke pintu masuk rumah tersebut.

Lily sudah pun menanti kehadiran Ainul di pintu hadapan bersama senyuman lebar di wajahnya. Berseri-seri wajah Lily, seri seorang ibu mungkin. Lily menyambut mesra Ainul, memeluknya kuat dan tersenyum sedikit pada Mirza yang sedang memerhatikan kelakuan mereka.

"Mirza, what a surprise," Lily mengangguk sopan. "Tak sangka pulak jumpa kau harini."

"Aku cuti," balas Mirza. "Bila aku dengar yang Ainul nak datang melawat kau, aku fikir alang-alang biarlah aku ikut sekali and tengok baby kau lagi." Lagi? Ainul tidak tahu pula yang Mirza selalu datang melihat Adlan sebelum ni. Semakin keliru dibuatnya, tertanya-tanya kenapa Lily tidak pernah memberitahunya selama ini.  "Also, I had some business I needed to discuss with you." Ainul bengang mendengar ayat Mirza itu tetapi Lily hanya senyum dan mengangguk, membuatkan Ainul berharap bahawa dia sepatutnya memberi amaran kepada sepupunya terlebih dahulu tentang perkara itu.

Kenapa mesti sekarang? Bila dia sudah dapat semua yang dia mahukan? Apa faedahnya bila dia memusnahkan bisnes Lily? Ainul mendongak memadang wajah tenang suaminya dan memikirkan jika dia tersalah memahami situasi ini tetapi bisnes apa lagi yang dia nak bincang bersama sepupunya?

Lily mengiringi mereka masuk ke dalam rumah dan laju sahaja Mirza bergerak ke arah bayi yang sedang duduk di kerusi bayi yang diletakkan di atas meja kopi di ruang tamu. Seluruh wajahnya bercahaya ketika Mirza memerhati anak kecil itu dan Ainul tertarik untuk melihatnya ketika Mirza sedang menyamakan paras mukanya dengan kepala bayi tersebut.

"Dia dah makin bulat sejak aku tengok dia dulu," Mirza memandang suka sambil mencapai tangan anak kecil yang sedang tergapai-gapai itu.

"Nak buat macam mana, susah betul dia nak berhenti makan," Lily menyeringai dan Mirza ketawa. Ainul mengundur ke belakang, terasa bagai orang asing pula di situ. Mirza mengagah Adlan dan bayi itu cuma merenung wajah Mirza, tidak berkelip langsung mata coklat pekatnya.

"Korang nak minum ke?" Lily bertanya sopan dan Ainul menggelengkan kepalanya, memerhati Mirza yang sedang membuka tali kerusi bayi dan mengangkat anak kecil itu ke dalam dukungannya.

"Kopi okay jugak," Mirza menganggukkan kepala, mengusap lembut bayi itu. Adlan cuba mencapai rambut Mirza dan berjaya menarik beberapa helai dengan tangan kecilnya. Mirza tersenyum suka dan berbual dengan Adlan, sementara dia melonggarkan cengkaman bayi tersebut.  Lily meminta diri untuk ke dapur tetapi Ainul tidak mendengarnya, dia terlalu asyik melihat suaminya bersama bayi itu.

"Saya tak tahu pulak awak suka budak-budak," bisik Ainul, sebelah tangan mengusap lembut perutnya yang masih leper.

"Aku suka babies," ujarnya. "I am quite fond of them actually." Dia cuba untuk menyembunyikan kepedihan daripada kata-kata suaminya itu.

"Any baby except mine, of course," kata Ainul perlahan dan Mirza menarik nafas dalam, matanya hangat membara tetapi dia pendamkan sahaja, mengenangkan bayi di dalam dukungannya itu.

"Kalau nak gaduh pun, biarlah aku tak pegang apa-apa dekat tangan aku ni, senang sikit aku nak cekik kau,"  katanya selembut mungkin yang dia mampu. Mirza melabuhkan punggung di sofa, Adlan masih lagi dalam dukungannya. Ainul berjalan ke arah Mirza dan menghulurkan tangannya untuk mengambil bayi tersebut.

"Saya nak dukung pulak anak saudara saya, kalau boleh," kata Ainul dan Mirza menaikkan kening kirinya angkuh sebelum berdiri dan perlahan-lahan memberinya kepada Ainul. Dengan penuh berhati-hati Ainul duduk di atas kerusi yang bertentangan dengan sofa itu dan memegang jari-jemari bayi comel tersebut. Mirza menggeliat malas.

"Sementara kau sibuk kat sini, aku nak berbual dengan Dalily sejekap," Ainul mendongak memandang Mirza tetapi Mirza cuma tersenyum lembut padanya, matanya diselubungi dengan emosi yang tidak dapat dikenalpasti oleh Ainul.

"Mirza."

"Kau duduk sini dengan Adlan," pujuk Mirza lembut. "Aku tak nak kau sedih pulak pasal perbincangan aku dengan Lily nanti." Belum sempat Ainul membantah, Mirza sudah menghilangkan diri. Ainul bangun dengan cemas, merapatkan lagi bayi itu ke dadanya. Sedaya upaya dia cuba mencuri dengar perbincangan mereka tetapi hatta satu patah perkataan pun tidak didengarinya. Perlahan-lahan Ainul menuju ke arah dapur. Ainul betul-betul di belakang pintu dapur apabila suara yang samar-samar tadi semakin jelas.

"Tapi kenapa?" Lily bertanya, gayanya seperti sedang bingung tetapi tidak pula dia bersedih hati. "Aku ada sekurang-kurangnya setahun lagi nak habiskan pinjaman tu, banyak kot duit yang aku pakai, so aku tak nampak apa perlunya kau buat macam ni?" Ainul menggigit bibir, ingin mencelah tetapi dia tidak tahu bagaimana untuk memujuk Mirza untuk mengubah fikirannya. Dia terasa tidak berdaya, berang dan terluka kerana Mirza sanggup mengugut sebegini rupa.

"Ini yang terbaik," suara dalam Mirza membuatkan Lily terdiam. "I gave you the loan for all the wrong reasons. Reasons which I now... regret... I can't in good conscience allow it to continue."

"Habis tu, biarlah aku bayar and kita boleh lupakan perkara ni," Lily memohon dan Ainul tidak dapat menangkap ayat Mirza yang seterusnya.

"Mirza, ini gila namanya," Lily sudah mula berbunyi kecewa dan Ainul menenangkan dirinya, bersedia untuk masuk campur dalam urusan mereka, tidak kira apa jua yang akan berlaku. Kata-kata Mirza selepas itu membuatkan dia terhenti.

"Dalily, please, you have to let me do this...." Mirza bagaikan..... terdesak.

"It doesn't feel right," ujar Lily dan Ainul mengerutkan dahi, keliru. Apa yang terjadi sebenarnya ni?

p/s : yeah, new entry. ^^, okay x cover novel yang baru tu? hehe, barulah nampak macam sesuai sikit rasanya. (kot...)

post signature

12 comments :

  1. tks laling ... u made my day ...

    mirza dah suka ainul ... ke? ... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aww, thank you :)

      entah.... hahaaha. kena tnggu abes cerita baru boleh tau perasaan Mirza :P

      Delete
  2. cover yg comel...bila tengok cover baru ni saya dapat bayangkan bila mirza bersama anaknya.... dan gambar ainul pulak saya dpt bayangkan bila ainul jadi ibu...memang sesuai sangat cover baru ni... boleh tak kalu kak emy buat group kat fb utk nvel2 kak emy? smbung cepat2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. thank you thank you :D

      group? alahai..segannya nk buat. haha. lagipun akak x active lah kat fb :\

      2 minggu sekali je buka. heh~

      insya-ALLAH kalau akak ada plan nk wat e-novel yg lain, maybe group tu akan dipertimbangkan :) thank you for the suggestion!

      Delete
  3. Hi Emy Weirdo Girl! Been wanted to comment badly.. Finally got the chance to.

    Ya Allah! It hurts so much when the truth suddenly popped up from its hidden dungeon and proven that the silly thought was really a mess. Dear, you wrote well. Congracts! Believed u’re still single but My! The flow as if u’re the relationship counsellor. LOL! Keep on writing as I’m obsessed into the sto. BTW, the current pics relate more compared to earlier ones.

    Cinta suci menuntut pengorbanan yang jitu. Sekali terperangkap, bukan mudah mencari jalan keluarnya kan? Sangat bersimpati dengan Ainul yang selalu kelam sendirian!!! Sob! Sob! Who is Nelly?????

    #Lily Puteh#

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello Lily Puteh. :)

      ahaha. thank you so much for your comment! yep, masih single -.-"

      maybe sebab dah banyak sangat baca novel and tengok movie. saya suka baca cerita pasal life after marriage. and that's why saya nak try buat satu cerita macam tu. :D

      hmm, betul2. tapi kalau dah namanya cinta suci, lagi2 cinta pertama dia, lagi susah dia nak buang perasaan tu. Ainul nak keluar dari perkahwinan ni pun x boleh, banyak sangat halangannya, ayah dia, kontrak Mirza, bisnes Lily (eh, sama nama la. x perasan tadi. haha).
      maybe dia fikir anak ni je yang akan jadi her only treasure in this world.

      oh, Nelly. insya-ALLAH next next next bab nanti, nama dia akan muncul balik. :)

      Delete
  4. Bila lg nak sambung bab bru ni kak amy...x sabarnya nak tunggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. esok insya-ALLAH :) dah siap pun, cuma akak scheduled kan post tu.

      so, tunggu ye, sorry!

      Delete
  5. Best citer ni x sabar tunggu next bab.....

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes