Nafasku Hanya Untuk Dia -bab 15-



bab 15

"I've drawn up the papers, it's practically a done deal," ujar Mirza.

"Aku kena fikir dulu pasal benda ni and bincang dengan suami aku," kata Lily, lembut.

"Of course," Mirza bersetuju dan apabila tersedar yang perbualan mereka semakin tiba di penghujungnya, pantas Ainul berpatah balik ke ruang tamu. Ainul duduk semula di atas kerusi dan menepuk lembut paha Adlan ketika meraka berdua muncul. Pantas Ainul berdiri, matanya bulat memandang dari satu wajah ke wajah yang lain. Mereka berdua kelihatan tenang sekali dan tiada riak pun terpancar di wajah mereka. Mirza meletakkan dulang yang dibawanya ke atas meja kopi dan melabuhkan punggung di atas sofa yang sama dia duduki tadi. Lily pula duduk di sebelahnya dan menyibukkan diri dengan meletakkan segelas besar jus oren di hadapan Ainul.

"Jangan melawan," Mirza menyampuk ketika Ainul ingin membuka mulutnya untuk memprotes. "It's good for you." Mirza melayan dirinya sendiri sambil dia dan Lily menyambung perbualan mereka seperti sahabat lama. Tersentap Ainul dibuatnya, benci kerana dia diketepikan.

"Sorry lah aku tak dapat join kau semalam, Ainul," Lily tiba-tiba berkata. "Macam mana kau punya check up?" Ainul merenung tajam pada sepupunya kerana mengungkit topik itu di hadapan Mirza, yang sedang duduk dan memandangnya bagaikan burung helang, menanti jawapan darinya.

"It was okay," ujarnya, canggung.

 "Apa yang dia cakap pasal dizzy spells kau tu?" Lily bertanya dan Ainul sedar Mirza terkejut mendengar soalan itu.

"Takde apa yang penting pun," Ainul mengelat,  sambil memandang bayi di dalam pelukannya.

"Dizzy spells apa?' tiba-tiba Mirza bertanya dengan suara yang menggerunkan.

"Dia asyik pitam je sejak dua bulan lepas," Lily memaklumkan dan Ainul mengetap giginya.

"And kau tak nak bagitahu aku?" Mirza tiba-tiba menjerkah.

"Bukannya awak kisah pun pasal saya," lirih Ainul, sedih dan Mirza beristighfar perlahan.

"Dia ingatkan aku tak kisah," Mirza mengulanginya. "Masya-ALLAH, perempuan... you assumed that I would not care about something that directly impacts your health and the baby's well-being?"

"Mestilah, saya tahu awak mesti risau kalau ada sesuatu berlaku pada baby tu tapi saya tak nak risaukan awak tentang perkara kecil macam ni."

"Macam mana kau boleh tahu pasal tu? Kau ambil ijazah kedoktoran ke dalam masa tiga bulan ni? Jarang sangat aku dapat jumpa kau, entah-entah kau dah dapat ijazah dalam fizik pun dan aku tak pernah tahu!" Lily ketawa kecil mendengarnya dan kedua-dua Ainul dan Mirza merenung tajam padanya.

"Mirza, kan saya dah cakap kat awak.. saya akan jaga diri saya dan kandungan ni. Awak tak perlu risau pasal tu. Tanggungjawab awak pada saya, kami, dah sampai ke penghujungnya," Ainul mengingatkan suaminya.

"Tapi kita masih berkahwin," Mirza bersuara. "Jadi biar aku yang tentukan bila dan di mana tanggungjawab aku pada kau dan baby tu akan berakhir. Mulai sekarang, kau kena beritahu aku tentang apa sahaja yang berkaitan dengan kesihatan kau dan baby kita."

"No," Ainul membangkang. "Bukannya ada kaitan dengan awak pun. Awak dah cakap dengan jelas yang awak nak saya mengandung supaya awak boleh lepaskan diri dari perkahwinan ni, so apa kata awak tinggalkan saya sendiri sementara saya cuba, sekali lagi, berbuat apa sahaja demi kebahagiaan awak?"

"The only thing that would make me happy right now, you stubborn red-headed little cat, is if you would simply do as you're told for a change!"

"I'm sick of doing what I'm told, I'm sick of being your obedient little lapdog... I was happy without your interference in my life these last few months, so I refuse to go back to the way it was before."

"Aku pun tak nak jugak," tanpa disangka-sangka, Mirza juga mengakuinya. "Kita tak pernah merasa erti perkahwinan yang sebenarnya sebelum ni..."

"Awak jangan cakap yang awak nak a real marriage pulak sekarang ni?" Ainul mencemuh.

"What if I am?" pertanyaan Mirza membuatkan Ainul ketawa terbahak-bahak.

"Saya rasa awak ni dah gila sampai fikir yang saya akan bersetuju dengan awak dalam perkara ni. Apa faedah yang kita dapat untuk perkahwinan yang akan tamat dalam masa enam bulan aje lagi?"

"It wouldn't... tapi bukan itu yang aku nak..."

"Oh, semuanya mesti pasal apa yang awak nak, kan? Well, saya ada berita untuk awak, Mirza..." Ainul masih lagi memegang bayi yang sudah tertidur itu ke dadanya dan memandang geram pada lelaki tinggi yang duduk bertentangan dengannya, tidak perasan yang sepupunya sedang memerhatikan drama sebabak mereka itu. "I don't give one damn about what you want. I don't want to stay married to you... I want my life back and I want you gone as soon as your contract with my father has been fulfilled." Suasana senyap sunyi seketika. Akhirnya, bagaikan terasa sudah lama keadaan mereka begitu, Mirza bersandar ke belakang pada kerusinya dan menggeleng kepala perlahan.

"Kita akan tetap bersama sampailah baby tu lahir," Mirza akhirnya memberitahu. "Tapi mulai sekarang, aku nak tahu tentang perkembangan kesihatan kau setiap hari. Aku tak nak diasingkan dari apa-apa sahaja berita walaupun benda tu cuma perkara biasa."

"Saya tak faham apa yang awak boleh dapat daripada rundingan macam ni," kata Ainul keliru dan kecewa dengan apa yang baru Mirza utarakan tadi.

"Absolutely nothing," ujar Mirza. "But what do you stand to gain by keeping me out of the loop?"

Absolutely nothing... Dan Mirza tahu; Ainul tiada sebab untuk menolak permintaannya.

"Fine, I'll keep you updated but I want your word that you won't interfere in any part of my pregnancy and that you'll remain a casual observer."

"Mana boleh aku berjanji macam tu?" tanya Mirza, bengang. "Aku bukannya casual observer, Ainul! Aku pun berminat nak tahu tentang kau dan baby kita."

"Awak dah serahkan hak awak tu pada kami sebelum awak dapat kami pun," Ainul mengingatkan dan Mirza terasa dengan kata-katanya. "Saya mungkin boleh lupakan perkara tu, tapi untuk sebuah kemaafan? Mirza... saya takkan pernah maafkan awak."

"Aku ingat kau faham dengan situasi yang aku hadapi ni," Mirza menggelengkan kepala, marah.

"Saya faham dan saya bersimpati tapi itu tetap tak boleh ubah yang orang yang saya ingat saya cinta, lelaki yang saya kahwini, tak pernah wujud langsung dan saya tak rasa saya boleh biarkan ia berlalu macam tu je." Mirza mengeluh berat.

"Fair enough," Mirza akhirnya memutuskan. "Tapi buat masa ni, kita kena lakukan yang terbaik untuk diri kita dan hidup bagaikan orang asing walaupun kat dalam rumah yang sama bukanlah satu penyelesaian yang bagus."

"Fine," bisik Ainul. "Apa cadangan awak?"

"Aku mesti kena ada setiap kali kau berjumpa dengan doktor," kata Mirza setelah lama membisu dan Ainul teragak-agak, menjeling meminta pertolongan ke arah sepupunya yang hanya mengangkat bahu, buntu.

"Kenapa?"

"Saja," ringkas sahaja jawapannya dan Ainul mengerutkan dahi, cuba memikirkan tentang perkara itu dari pelbagai sudut sebelum mengeluh perlahan.

"Baiklah... tapi saya tak nak dengar apa-apa pun cadangan atau maklumat dari awak. Jadi awak ke sana hanya untuk menjadi pemerhati je... A silent observer. Saya akan uruskan sendiri kesihatan saya dan kandungan ni," rahang Mirza menegang, bengang tetapi dia menutup mulutnya  dan mengangguk.

"Aku juga rasa...." suaranya serak sedikit dan Mirza terhenti untuk membetulkan suaranya sebelum menyambung. "Aku juga rasa yang tinggal kat dalam rumah yang sama dan tak pernah bertemu antara satu sama lain ni.... well... sangat-sangatlah mengarut. Tolonglah jangan menghilangkan diri bila kau tahu aku ada dekat rumah. Aku terasa macam raksasa yang kau cuba jauhkan diri sebab kau lagi rela tidak bersua muka dengan aku." Mirza tidak mampu mencari ayat yang sesuai untuk meredakan hati Ainul dan Ainul merengus kemarahan.

"Mana ada saya jauhkan diri," kata Ainul, tidak perasan yang Mirza sedang bertukar pandangan dengan sepupunya.

"Tapi aku rasa macam tu," balas Mirza. "Aku tahu susah untuk kau dekat dengan aku sebab perasaan yang pernah kau ada pada aku dulu..." sekali lagi Ainul tersentak. "And I also know that with the attraction between us you're probably afraid the chemistry will flare up and we'll wind up in bed again, I mean it's fairly obvious how much you want me.... but.... "

"Saya.... awak...." Ainul benar-benar geram dengan Mirza kerana menyebut tentang cerita dalam bilik tidur mereka di hadapan sepupunya dan terkejut kerana Mirza sangkakan yang dia menyembunyikan diri darinya. Macam tahu-tahu je. Okay, mungkin dia memang sembunyikan diri tapi dia lakukannya untuk mengelakkan mereka dari merasa canggung dengan situasi tersebut. "Egonya awak ni.... Mana ada saya buat macam tu! Saya cuma tak tahan bila dekat dengan awak."

"Mestilah kau cakap macam tu sekarang," Ainul tersentak lagi, dengan penuh geram dia membelai Adlan sambil dia cuba mencari respon yang terbaik untuk membalas kata-kata suaminya.

"Anyway," ujar Mirza. "Aku cadangkan supaya kita bersarapan dan makan malam bersama semula, takde faedah kita makan berasingan."

"Fine," Ainul melenting.

"And can we try to be civil?" tanya Mirza. mengharap. "Boleh tak kita berbual seperti biasa masa kita tengah makan?" Ainul menjeling tetapi dia cuma mengangguk, senyap-senyap memberitahu dirinya sendiri bahawa benda ini cuma hanya untuk enam bulan sahaja lagi.

"Ada lagi?" sinis Ainul bertanya, nadanya menunjukkan dia tidak mahu lagi sebarang "cadangan" tetapi Mirza tidak memahaminya.

"Ya..." Mirza mengangguk. "Geng malam Jumaat dah tertanya-tanya ke mana kau menghilangkan diri. Si perempuan pula semua kecewa sebab kau dah tak datang lagi." Ainul tidak berkata apa-apa, dia tidak mampu melakukannya.... dia tidak mahu melakukannya.

"S.. saya tak boleh," Ainul akhirnya mengakui lembut. "Diorang kawan-kawan awak dan bila kita bercerai nanti.... diorang akan tetap jadi kawan awak. Saya tak nak bermesra dengan orang yang saya tahu betapa singkatnya perhubungan tu akan menjadi. Saya tak boleh terus ucapkan selamat tinggal pada orang yang saya sayang." Ainul merendahkan suaranya ketika dia menyebut ayat yang terakhir dan Mirza menelan air liur sebelum menganggukkan kepala sedikit.

"Then one last request," kata Mirza, sambil mendepankan badannya ke arah Ainul.

"Apa dia?"

"Dua jam...." perlahan sungguh suara Mirza, seolah-olah dia berbicara dengan dirinya sendiri.

"Apa maksud..."

"Setiap petang...."

"Dua jam untuk apa?"

"Cuma untuk..." Wajahnya beriak kecewa dan dia mengeluh berat. "Luangkan masa bersama-sama. Bersembang, tengok filem, membaca, duduk... apa saja, asalkan kita habiskan masa bersama-sama."

"Tapi.... saya tak faham kenapa awak nak semua tu?"

"Please." Ayatnya, lembut dan mengharap, membuatkan Ainul berat untuk menolaknya.

"Dua jam... tiga kali seminggu," Ainul memikirkan apa yang sepatutnya dia lakukan. Mirza mengangguk laju.

"Name the days," Mirza menjawab dan Ainul menggigit bibir bawahnya, berfikir sekali lagi.

"Isnin, Selasa dan Khamis," Ainul sengaja memilih hari kerja yang paling sibuk sekali bagi Mirza, hari-hari di mana Mirza selalu pulang lambat daripada biasa, mengharap yang ia akan membuat Mirza membatalkan temu janji mereka setiap masa. Renungan tajam Mirza memberitahunya bahawa suaminya tahu kenapa dia memilih hari-hari tersebut tetapi dia tersengih tiba-tiba dan mengangguk.

"Fine with me," Mirza akur dan Ainul bersandar ke belakang terasa bagai dia diperdaya pula. Adlan sudah tertidur dan Lily mengambil bayinya dari Ainul.

"Biar aku letak si kecil ni kat katil dia," kata Lily perlahan dan Ainul mengangguk pilu. Dia benar-benar kusut ketika ini. Mirza bergerak ke arahnya, perlahan-lahan mengangkat gelas jus oren itu dan dibawa kepadanya. Ainul menghantar amaran dalam pandangannya dan Mirza tersengih sedikit.

"Aku bukannya nak buli kau dengan suruh kau minum satu gelas besar ni, Ainul," kata Mirza lembut. "Aku tengok kau ni lembik semacam je." Ainul mengetap giginya dan niat jahatnya menghalang dia dari mengambil gelas tersebut walaupun dia terasa sangat dahaga. Mirza tidak berkata apa-apa lagi, cuma bersandar semula ke kerusinya bersama keluhan lembut.

"Jadi apa yang doktor cakap sebenarnya semalam?" Mirza bertanya setelah mendiamkan diri.

"Saya ada anaemic, itu yang menyebabkan saya asyik pening je, dia selaraskan balik diet saya supaya banyakkan lagi zat besi," Ainul membalas perlahan dan Mirza mengangguk.

"Yang lain semua normal?" tanya Mirza lagi.

"Ya."

"Kau akan beritahu aku kalau sebaliknya yang berlaku?"

"Ya," Mirza berpuas hati dengan jawapannya dan tersenyum suka.

"Terima kasih," Ainul mengeluh dan mengangguk tanda mengerti sebelum memutuskan bahawa perangai kebudak-budakkannya takkan bawa ke mana. Dia mengengsot ke hadapan untuk mengambil gelas berisi jus oren itu dan diteguknya. Nasib baiklah Mirza tidak memberi komen dan ekspresi wajahnya kekal seperti biasa. Sekali lagi, sepi menyelubungi diri mereka sehinggalah Lily kembali. Keadaan berlalu seperti biasa selepas itu dan Ainul dan Mirza bertolak pulang empat puluh minit kemudiannya.

Ketika mereka sedang dalam perjalanan ke rumah, Ainul bertanyakan Mirza tentang perbualannya bersama Lily tadi tetapi Mirza menolak untuk membincangkan soal itu dan Ainul akhirnya mengalah, kecewa.


INTERMISSION~

p/s : sorry saya kena simpan dulu entry yang lain untuk penilaian apa entah orang panggil. kalau x diterbitkan, saya publish balik ye cerita ni. :)

and i was scrolling down my dashboard on tumblr and i found this .gif. awww, cute sangat!! agaknya macam ni lah kot anak diorang kan (ainul and mirza) hahahaha.





                  daddy, what are you doing to me actually? -.-

post signature

10 comments :

  1. suka sgt...memang patut ainul x layan mirza dan sebelum ni pun mirza x pernah layan ainul... tapi xpe mirza pun dah berubah..kalu blh jgn bagi diarong berpisah...apa2 pun terus menulis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-ALLAH diorang xkan berpisah. maybe kejap kot. xtau la. tengok la macam mana ceritanya erk. hehe.

      Delete
  2. Tq my dear. What both of them need now is real communication. Spilling time without any censoring.. 2 hours 3 times a week aint enough!!!
    Oh well, I'm obsessed!!!!

    #Lily Puteh#

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm. yep, betul tu! men with the egos and women with the emotions, there's nothing we can do about it.

      and thank you :)

      Delete
  3. tak nak dorang berpisah... kalau ye nk berpisah pun... may be for just a short while??? likeeeee 1 day??? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu, tapi x bestlah 1 hari je. kite buat lama2 ckit diorang berpisah ye. hhehehe.

      Delete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes