Nafasku Hanya Untuk Dia -bab 16-



bab 16

Masa berlalu begitu pantas, perjanjian baru antara Ainul dan Mirza berjalan dengan lancar, mereka makan bersama tanpa ada pergaduhan, Mirza juga sentiasa menyokong dalam diam di setiap janji temu Ainul bersama doktornya. Dia mengotakan janjinya, cuma memerhati dan tidak mengganggu tetapi dengan ada suaminya di situ sudah cukup bermakna buat Ainul. Apa yang mengejutkan dia adalah betapa gembira hatinya ketika mereka meluangkan masa bersama-sama. Berbeza pula dengan sangkaannya, Mirza tidak pernah membatalkan walau sekali pun hari-hari tersebut, malah suaminya juga turut pulang lebih awal daripada biasa.

Kadang-kala mereka cuma duduk bersantai di sofa, berkongsi semangkuk bertih jagung dan menonton filem, walaupun masing-masing tidak mengeluarkan suara. Kadang-kala pula mereka akan bermain Scrabble dan Ainul benar-benar sukakannya, bukan selalu dia dapat mengalahkan Mirza dalam apa jua perkara dan kemenangannya dalam permainan itu membuatkan dia sangat teruja.

Disebabkan oleh kurang mahir dalam permainan itu, Mirza bermain dengan bersungguh-sungguh dan dia selalu membuatkan Ainul keliru dengan ejaan kreatifnya dan perkataan yang direka sesuka hati. Mereka juga turut bersaing dalam permainan catur dan selalunya tiada siapa yang akan menang. Ainul akhirnya menyedari bahawa dia sentiasa menunggu setiap dua jam tersebut dan benci dengan hakikat yang Mirza berjaya membuatkan hatinya terusik kembali.

Malangnya, ibarat kemalangan kereta, dia nampak ia sedang berlaku tetapi dia tidak punya cara untuk menghalang daripada musibah itu melanda dirinya. Ainul sangat tegas tentang masa, apa sahaja yang mereka lakukan, belum selesai ataupun tidak, perlu ditamatkan tepat pada dua jam selepas ia bermula. Mereka biasanya menyambung kembali permainan yang ditangguhkan di kemudian hari.

"Ala," kata Ainul satu malam, ketika mereka sedang bermain Scrabble, mereka sedang duduk di atas lantai dengan papan diletakkan di atas meja kopi rendah di antara mereka. "I totally challenge that word! L e x i q u o n i is not a word, Mirza and you know it."

"Eh, mestilah ada," Mirza mengangguk yakin. "Kau cabar aku sebab kau tak nak aku dapat markah bonus tu, kan!"

"Mana ada, dua ratus tujuh puluh lima poin untuk ayat yang direka sendiri? Whoa, mana adil! Saya tak buat amal kat sini okay..." Mirza tersengih suka dan Ainul mengalihkan pandangan, cuba sedaya upaya untuk tidak tergoda dengan ketampanan suaminya. Akhirnya Mirza mengalihkan ayat-ayatnya tadi dari papan tersebut.

"Ayat Perancis kot agaknya," Mirza mempertahankan diri dan Ainul menjulingkan matanya.

"Kalau macam tu awak mainlah dengan orang Perancis!" Ketawa Mirza mendengar kata-katanya dan Ainul kehilangan nafas seketika pada hilai tawa itu. Setiap hari Mirza semakin tenang semasa berada di sisinya dan dia dapat merasakan yang suaminya ingin memanjangkan lagi waktu mereka bersama. Mirza memandang semula papan itu, mengusap-usap dagunya sambil memikirkan langkah seterusnya.

Akhirnya perkataan 'eel' diletakkan di tempat yang hanya bernilai tiga poin sahaja. Ainul mendengus, sambil mencatat poin suaminya. Dia tersenyum manis pada Mirza, sebelum meletakkan 't' di mana suaminya menggunakan ayat 'exit' tadi, dengan meletakkan ayatnya sendiri bersama dengan 't' tersebut, membuatkan dia memperoleh tiga puluh sembilan poin untuk 'smithy' -nya.

"Ayat apa tu?" Mirza menjerkah. "Mana boleh pakai nama!" Ainul tidak dapat menahan diri dari ketawa kecil apabila Mirza memarahinya sebelum menunjukkan maksud perkataan tersebut padanya. Mirza merenung ke arah kamus itu sebelum bermonolog dan menyambung kembali memandang papan di hadapan. Ainul tersenyum sendiri, memerhati rambut Mirza yang sudah terjatuh ke dahi dan terdesak untuk menyelaknya semula, dia meyembunyikan tangan di sebalik meja dan digenggam kuat, cuba untuk tidak mengikut perasaan.

"Saya tahu masih awal lagi perkara ni tapi saya rasa saya nak hias bilik baby lah," kata Ainul semata-mata untuk mengalihkan niat di hatinya untuk menyentuh Mirza. Ayatnya menarik perhatian Mirza dan dia memandang ke arah isterinya bersama senyuman kegembiraan.

"Idea yang sangat bagus," Mirza mengangguk bersetuju. "Kita boleh pergi shopping, beli perabot dan mainan, aku nampak ada satu panda bear yang besar dekat satu kedai mainan ni minggu lepas, sesuai sangatlah untuk baby." Ainul terkedu melihat betapa semangatnya Mirza dalam hal ini dan dia merenung sahaja suaminya beberapa ketika.

"Kedai mainan?" Ainul akhirnya bertanya dan wajah Mirza berubah kemerah-merahan.

"Ada satu.. dekat dengan office and aku dah ke sana banyak kali masa lunch hour aku," Mirza akui dalam terpaksa. "Saja nak tengok mainan apa dan barang apa yang babies perlukan nanti."

Ainul tidak tahu bagaimana untuk memberi respons pada kata-kata Mirza itu. Perlukah dia merasa terharu? Dan bagaimana pula dia perlu bertindak balas pada sangkaan Mirza bahawa mereka akan menghias bilik bayi bersama-sama? Terganggu emosinya lantas dia hanya memutuskan untuk berdiam diri... Mirza perasan akan perubahan mood Ainul dan dia tersedar yang dia sudah melebihi kata.

"Saya penatlah. Saya nak balik ke bilik," ujar Ainul tiba-tiba dan Mirza memandang kecewa.

"Tinggal satu jam je lagi," katanya, pahit dan Ainul menggigit bibir, gelisah.

"Hmm.. betul jugak," akhirnya Ainul bergerak semula ke arah papan. "Giliran awak sekarang." Mata Mirza bercahaya bersama emosi yang tidak dapat dikenalpasti sebelum dia menggelengkan kepala dan berdiri tegak.

"Kau bukan banduan aku, Ainul, kalau kau penat, pergilah tidur," Mirza berkata perlahan, memasukkan tangan ke dalam poket seluar jeansnya.

"Nanti saya kena ganti balik pulak," Ainul masih berdegil walaupun tiada apa yang ingin dilakukannya melainkan melarikan diri.

"Kau ni macam budak-budak lah," marah Mirza dan berpaling keluar dari ruang tamu sebelum sempat Ainul membalas kata-katanya. Ainul duduk di situ beberapa ketika sebelum dia tersedar yang suaminya tidak akan kembali. Itu adalah kali pertama dalam sebulan lebih ni mereka bertengkar dan Ainul menyesal dengan sikapnya, tahu yang dia berperangai kebudak-budakan, kerana dia sedar tiada cara lain lagi untuk mengawal emosinya. Ainul mengeluh, tahu yang dia perlukan kemaafan dari suaminya dan dia memaksa dirinya untuk bangun dari atas permaidani, memikirkan bahawa dia perlu cepat menyelesaikannya secepat mungkin.

Ainul menuju ke arah bilik kerja Mirza dan baru sahaja dia sampai di pintu, dia tersedar yang Mirza sedang bercakap dengan seseorang dalam nada rendah. Tidak mahu menganggu panggilan telefonnya, langkah Ainul semakin perlahan dan dia bergerak ke dapur untuk mengambil sebungkus roti. Baru sahaja dia hendak melangkah pergi, dia terdengar Mirza mengeluh berat, sebelum  berkata, "Nelly...." dengan suara paling sayu yang dia pernah dengar.

Satu patah perkataan itu membuatkan hati Ainul terasa sakit yang amat. Mirza masih lagi bercakap dengan suara yang rendah, kata-katanya, seolah-olah dia dalam keadaan terdesak. Ainul melangkah setapak lagi ke hadapan pintu bilik kerja dan suara Mirza semakin jelas di pendengaran.

"Nelly, hummingbird..." dua ayat yang membuatkan hatinya berdegup kencang dan dia menggigit bibirnya, tidak pasti sama ada Mirza sedang bercakap dengan Nelly ataupun tentang Nelly. Ya ALLAH, kenapalah dengan aku ni? Baru sekarang dia memahami erti cemburu dan sakit hati. Selepas mendengar nama perempuan itu, buat pertama kalinya selama beberapa bulan ini, Ainul cuba mencari bayangan perempuan itu di dalam fikirannya.... Tiada apa yang dia tahu tentang Nelly. Sekarang, dia berharap yang dia patut mencari maklumat tentang Nelly, walaupun satu nama itu cuma akan merumitkan lagi keadaan dan Ainul takkan sesekali bertanyakan ayahnya ataupun Mirza tentang perempuan misteri tersebut.

Mirza tidak menyedari akan kehadiran isterinya di sebalik pintu bilik kerja semasa dia menyambung perbualannya. Ainul mundar-mandir di luar bilik kerja suaminya, sebelum berpusing  dan bergerak naik ke tingkat atas. Dia sudah pun membersihkan diri, bersedia untuk tidur dan baru sahaja dia menutup lampu bilik, Ainul terdengar bunyi tapak kaki Mirza yang sedang menaiki tangga. Ainul menahan nafas apabila Mirza terhenti, seperti yang selalu dilakukannya, di luar pintu bilik tidurnya tetapi berlainan pula perasaannya kali ini. Ketika Mirza melangkah pergi selepas beberapa saat kemudian, kali ini Ainul menoleh membenamkan wajahnya ke dalam bantal dan menangis teresak-esak sehinggalah dia tertidur.

______________________________________________________________

"Aku tak dapat ikut kau jumpa doktor harini, Ainul," Mirza memberitahu Ainul ketika mereka sedang bersarapan pagi di ruang makan keesokan paginya. Ainul enggan mengakuinya tetapi dia benar-benar mengharapkan suaminya ada sisi pada hari tersebut. Hari ini sudah masuk minggu keenam belas kandungannya dan dia telah dijadualkan untuk menjalankan amniocentesis untuk hari itu. Disebabkan oleh keguguran yang dia alami sebelum ini, doktor inginkan langkah berjaga-jaga. Ainul benar-benar risau akan prosedur tersebut dan walaupun dia tahu risikonya sangat rendah, tetapi ia tetap ada. Dan walaupun dia selalu memberitahu dirinya bahawa bayi mereka akan baik-baik sahaja, dia masih takut dengan keputusan yang akan keluar nanti.

Mirza sangat-sangat membantunya ketika dia menjalankan ultrasound bulan lepas, memegang tangannya ketika Mirza mendengar bunyi degupan jantung bayi mereka buat pertama kali dan menggengamnya kuat tatkala melihat bayangan kecil di monitor hitam putih itu. Ia masih terlalu awal untuk mengetahui jantina bayi mereka tetapi Ainul yakin yang dia akan mendapat anak lelaki. Mirza cuma diam sepanjang prosedur tersebut tetapi suaminya sentiasa menenangkan dirinya.

"Kenapa tak boleh?" tanya Ainul bersahaja.

"Aku kena ke Itali minggu depan dan aku ada banyak kerja yang perlu disiapkan di office sebelum aku bertolak," Mirza memaklumkan padanya dan Ainul menjatuhkan pandangan pada pinggannya.

"Ayah awak okay ke?" Ainul bertanya lembut dan Mirza teragak-agak sebelum dia membalas.

"Okay. Aku pergi ke sana bukan sebab urusan keluarga," Ainul menutup matanya, kecewa, tiba-tiba menyedari suaminya akan ke Itali adalah disebabkan oleh panggilan telefon malam tadi.

"Okay," Ainul mengangguk, bertahan supaya tidak kedengaran sedih. "Cuma... saya kena buat amniocentesis hari ni." Mirza beristighfar perlahan.

"Aku minta maaf, Ainul," kata Mirza, seolah-olah baru tahu tentang perkara tersebut. "Aku betul-betul terlupa."

Dan itulah yang menjadi masalah besar dalam perkahwinan mereka. Ketika dia sedang sibuk risaukan tentang prosedur itu, tertekan dengan komplikasi yang mungkin berlaku, takut akan risikonya untuk gugur sekali lagi dan menderita sepanjang malam memikirkan tentang kecacatan genetik yang mungkin akan diwarisi bayinya, si suami terlupa akan ujian tersebut. Dan tepat pada masanya ketika dia mula bergantung harap pada Mirza supaya berada di sisinya.

 "Takpelah, nanti saya ajak Lily," Mirza mengeluh lega.

"Bagus juga tu...." dia mengangguk senang hati. "Aku ikut kau masa next appointment nanti. Aku cuma ke sana dalam seminggu lebih macam tu. Aku balik ke sini sebelum kau tahu pun."

"Saya okay je," Ainul menolak, sambil menguis telur hancurnya. Suasana senyap sunyi seketika, Mirza memerhati isterinya makan tetapi Ainul masih lagi menundukkan kepalanya.

"Aku tak nak kau sendirian masa aku takde," tiba-tiba Mirza memecahkan kesepian antara mereka dan Ainul mengerutkan dahi, memandang suaminya dengan garpu yang sudah hampir ke mulutnya.

"Saya takkan bersendirian, Suhairi dengan Lily kan selalu ada. Pembantu rumah pun ada ha," baru sahaja dia menyebut tentang itu, datang seorang pembantu mereka sambil membawa sepinggan pancake dan diletakkan di hadapan Ainul dengan pandangan yang bermakna. Zura, orang yang dibayar untuk mengendalikan pekerja-pekerja yang lain, tanpa rasa bersalah dia memberitahu bahawa Ainul terlalu kurus untuk wanita yang sedang hamil dan dia memastikan supaya Ainul makan makanan yang berkhasiat. Ainul mengesyaki dalam diam yang Mirza juga turut bersubahat dalam perkara ini. Zura menghilang semula ke dapur dan Mirza mengeluh, tidak sabar.

"Mana boleh," kata Mirza. "Aku nak kau duduk dengan sepupu kau."

"Tak nak." Ainul menyambung semula sarapannya, tidak mahu menimbulkan kemarahan Zura.

"I insist."

"No." Ainul tidak mahu bertemu mata dengan Mirza kali ini.

"Ainul, you're being very difficult," Mirza mengawal nada suaranya dan cuba bersabar.

"And you're being unreasonable," Ainul melenting tiba-tiba, merenung Mirza tajam. "Suhairi dengan Lily baru je dapat baby. Nanti saya jenguklah diorang selalu dan saya rasa diorang okay je kalau nak datang sini tapi untuk saya duduk dekat sana? Mengarutlah awak ni. Takkan saya nak kacau hidup diorang pulak; saya boleh jaga diri saya sendiri."

"Macam mana kalau sesuatu perkara buruk berlaku pada kau? Macam mana kalau kau perlukan pertolongan waktu tengah malam tapi takde siapa pun yang ada?"

"Apa kata awak duduk rumah je kalau awak risau sangat?" jawab Ainul, berang dan terus dia berharap yang dia dapat menarik balik kata-katanya tatkala melihat pandangan redup Mirza.

"Kau nak aku duduk kat rumah ke?" Mirza bertanya perlahan.

"Tiada bezanya apa yang saya mahu," lirih Ainul, sedih.

"Mestilah ada," Mirza memujuk lembut. "Aku boleh tinggal kat sini kalau itu yang kau mahu."

"Macam mana dengan hal penting awak tu pulak?" Ainul bertanya sinis.

"Kau lagi penting," katanya.

"Maksud awak baby yang saya kandungkan ni lagi penting?" Ainul membetulkan dan rahang Mirza menegang.

"Tak, bukan itu maksud aku," Mirza cuba untuk bersabar dan Ainul mengelipkan matanya sebelum menggelengkan kepala.

"Awak cuba nak kelirukan saya," Ainul mengadu pada Mirza, membuatkan dia tersengih.

"Mana ada, sayang," katanya. "Aku cuba untuk bersikap jujur dengan kau."

"Tak payahlah, saya takkan percaya walau satu patah ayat sekalipun dari awak lagi," dengus Ainul, sambil menolak dirinya jauh dari meja dan Mirza juga turut bangun, mengeluh.

"Kau tak jawab soalan aku," pinta Mirza tegas dan renungan Ainul padanya semakin mendalam.

"Tak perlu, saya nak awak pergi sana dan uruskan segala bisnes awak tu kat Itali. Saya tak nak halang awak dari buat sesuatu perkara yang yang penting, karang nanti ada pulak yang mengungkit." Mirza semakin bengang tetapi dia tidak membalas. Ainul berdiri tiba-tiba, penat dengan perbincangan itu.

"Excuse me, saya nak bersiap untuk janji temu saya," laju Ainul berkata, berpaling untuk keluar dari ruang makan tersebut.

"Aku tetap nak kau duduk dengan sepupu kau masa aku takde," Mirza menegaskan kata-katanya ketika Ainul sedang bergerak keluar dari situ.

"And I still say no to that."

"This subject is far from closed, Ainul," Mirza meninggikan suaranya sedikit ketika Ainul semakin menjauh darinya tetapi Ainul cuma melambaikan tangan ketika dia sudah sampai ke penghujung ruang itu dan terus menghilang dari pandangan Mirza. Setibanya dia di bilik tidur, Ainul membaringkan diri di atas katil dan menarik nafas dalam, terasa gentar.

__________________________________________________

Lily tidak dapat menemaninya ke hospital untuk amniocentesis, Adlan ada pemeriksaan kesihatan dan ia perlu diutamakan terlebih dahulu. Jadi dia cuma keseorangan, terasa gelisah yang amat walaupun dia tahu kemungkinan untuk salah dari segala segi adalah tipis. Ainul cuma menunggu penuh sabar, menyelak beberapa naskhah majalah, berbual dengan kaum ibu mengandung yang lain tetapi daripada semua itu, Ainul cuma berharap Mirza ada di sisinya tika itu. Wanita yang lain semuanya ditemani oleh pasangan masing-masing ataupun kawan-kawan mereka dan dia tidak pernah merasa sakitnya bersendirian sebelum ini. Dia terlalu asyik melayan fikiran sendiri sampaikan tidak sedar akan kehadiran seseorang yang sedang duduk di sebelahnya sehinggalah dia terdengar suara dalam milik suaminya bergetar di telinga.


p/s : okay, new entry! enjoy :) dua minggu lagi, saya takkan update blog, i'm going for a vacation! :D and lepas tu pulak saya masuk uni balik -.-" . so, i'm going to be very extremely busy afterwards. insya-ALLAH saya try buat 1-2 lagi chapter sebelum saya sibuk okay :) adios~
siapa pergi pesta buku esok?^^
post signature

6 comments :

  1. Sungguh! Sangat menyakitkan bila dia ada dekat tapi tak mampu digapai apatah dibelai..

    To the junior, daddy loves u so much!!

    Tq Amy... we till me meet again.. p/s sorry.. I speaks Malay all the time too just that hoping to improve while communicating with you.. if it disturbs maaf!!"

    #LilyPuteh#

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. betul tu :)

      eh, jangan salah faham. sorry sangat-sangat! it's good talking to you in english. i don't mind at all, seriously. :)

      maksud saya, bila face-to-face, saya x suka kalau orang tu berlagak sampai x suka langsung nak cakap bahasa melayu. yeah, i've this one friend yang bila kita tanya melayu dia jawab inggeris and no malay at all, bila kita suruh dia cakap melayu, dia xnak.

      and this one time, ada sorang kawan, dia cakap melayu tapi dia pakai i u. xtaulah, rasa macam ala-ala mak datin pula bila cakap macam tu. lol~

      that's what i meant. i'm so sorry! didn't mean to hurt anyone :(

      Delete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes