Nafasku Hanya Untuk Dia -bab 17-



bab 17

"Kenapa kau off handphone kau? Berapa kali aku call kau tak angkat," terlompat Ainul dibuatnya sebelum berkelip mata pada Mirza, tidak pasti bagaimana suaminya boleh ada di situ. Mirza tersengih melihat wajah bingungnya dan Ainul turut sama tersengih polos, entah apa yang difikirkannya sampai membalas sengihan Mirza itu.

"Awak buat apa kat sini?" Ainul bertanya tanpa nafas dan Mirza mengeluh perlahan.

"Bila aku tak dapat call kau, aku cuba call Lily pula dan bila dia bagitahu yang dia di klinik bersama Adlan, aku tersedar yang kau keseorangan dan mungkin kau perlukan sokongan moral," jelas Mirza bersahaja.

"T..tapi kerja awak pula?"

"Boleh buat nanti..."

"Awak tak perlu datang, saya baik-baik je ni," terasa berat hatinya hendak membantah.

"Ainul, aku perasan yang muka kau selalu berubah jadi pucat bila tiap kali doktor sebut tentang ujian ni. Nampak sangat kau takut dengan prosedurnya. Aku tak boleh biar kau hadapinya seorang diri," walau bagaimana dia cuba menyembunyikan ketakutannya daripada Mirza, lelaki itu tetap berjaya membaca isi hatinya seolah-olah dia ini adalah sebuah buku yang terbuka.

"Saya takdelah takut sangat," katanya cuba berlagak berani dan Mirza menggigit bibirnya, menghalang senyuman dari terukir di wajahnya.

"Kau mungkin tak takut tapi aku seriau sangat, hummingbird," keluh Mirza. "Jarum... lagi-lagi jarum besar, memang aku tak suka." Ainul tahu Mirza bercakap jujur kerana wajah suaminya berubah menjadi pucat apabila dia menyebut tentang perkara itu. Dia merenung dalam mata lelaki itu lama sebelum menggelengkan kepalanya sedikit.

"Terima kasih sebab datang, Mirza," bisik Ainul akhirnya. "Saya risau bila memikirkan tentang prosedur ni." sukar untuk dia mengakuinya tetapi Mirza cuma menghadiahkan senyuman mesra kepadanya.

"Insya-ALLAH, semuanya akan berjalan dengan baik," Mirza memujuk, sambil mencantumkan jari-jemarinya dengan jari-jemari isterinya. "Tengoklah nanti." Pujukan lelaki itu berjaya menenangkan hatinya yang sedang gundah gulana ketika ini dan dia tersenyum syukur. 

Akhirnya, Ainul berjaya juga melepasi ujian itu, walaupun mulanya dia berasa tidak selesa tetapi kembali tenang seperti biasa. Cuma Mirza sahaja yang menghadapi masalah untuk meneruskannya. Nampaknya dia tidak menipu apabila dia berkata yang dia tidak sukakan jarum besar dan ketika lelaki itu terlihat jarum berukuran 7.5 sentimeter di hadapannya, dia terhuyung-hayang seketika membuatkan jururawat itu memintanya supaya duduk di kerusi yang berdekatan; Mirza mengucapkan terima kasih tetapi dengan semangat seorang anak jantan  yang mengalir dalam dirinya membuat dia memilih untuk berdiri sahaja. Muka macho yang dipamerkan hanya bertahan sementara sahaja kerana sejurus doktor menusukkan jarum itu ke dalam abdomen isterinya, hampir-hampir dia pitam. Mirza cuma memakukan pandangan pada wajah Ainul.

"Dulu, masa saya umur sepuluh tahun," Ainul memulakan perbualan untuk mengalihkan perhatian lelaki itu. "Saya terjatuh pokok...." ia sememangnya berjaya menarik minat Mirza.

"Apa yang kau buat dekat atas pokok?" Mirza kedengaran ragu-ragu. "Aku tak rasa kau ni jenis tomboy dulu."

"Memang tak pun.. tapi ada seekor anak kucing yang terperangkap kat situ dan saya kan memang sayang sangat-sangat dengan binatang," Ainul mengeluh, mengaduh sedikit ketika jarum itu dicucuk lebih dalam lagi, tangan Mirza kuat memegang tangannya, sementara doktor dengan gembiranya memberitahu mereka bahawa semuanya hampir selesai.

"Habis tu, apa jadi?" Mirza menyoal lembut.

"Lily ada dengan saya dan dia bersungguh-sungguh cari alasan supaya saya tak panjat pokok tu tapi saya tak nak dengar," Ainul menggelengkan kepala. "Kadang-kadang saya ni boleh jadi degil sangat." Mirza mendengus mendengarnya.

"Ha! Iye?" Ainul mengangkat wajahnya dan memilih untuk mengabaikan sindiran suaminya.

"Betul-betul masa saya dah boleh capai kucing bodoh tu, dia pergi cakar tangan saya dan turun ke bawah," kesakitan yang dirasainya semakin menghilang apabila jarum itu dikeluarkan dari tubuhnya. "Tapi kucing tu dah menakutkan saya dan saya hilang imbangan terus terjatuh dari pokok tu."

"Apa jadi lepas tu?" Mirza masih berminat dengan ceritanya walaupun doktor sudah melangkah menjauhi mereka.

"Tangan saya patah dan sejak tu saya dah tak sukakan kucing, tapi sekarang ni suka balik," akui Ainul malu-malu. Mirza tergelak sedikit sebelum mendekatkan badannya dan memberi ciuman di dahi isterinya. "Saya tak tahulah kenapa saya cerita pasal tu pada awak... tapi awak macam perlukan distraction."

"Dan macam mana pun," kata Mirza. "Aku tetap rasa pening lepas tengok jarum tu...." dia menelan air liur dan wajahnya pucat kembali. "Aku tak tahu macam mana kau boleh lalui benda tu tanpa rasa takut?"

Doktor menawarkan khidmatnya untuk menyuntik sekali lagi bagi menghilangkan kesakitannya tetapi satu jarum yang besar sudah cukup menggerunkan, Ainul tidak sanggup berhadapan dengan dua jarum dalam satu masa.

"Saya rasa tak selesa sikit," Ainul mengakui lemah ketika jururawat membantunya berdiri. "Tapi takdelah teruk sangat."

Setelah siap berpakaian sepenuhnya, Ainul dan Mirza memandang wajah doktor itu dengan penuh teruja.

"Right... that went very well, Mr. and Mrs Mirza...." Doktor Mia memulakan bicaranya. "Both you and your baby came through it with flying colours. Right... so no heavy lifting, no sex and no flying for the next couple of days. Try to relax and not overtax yourself. You may experience some cramping for a day or two, that's normal... but if the cramping carries on for too long or is too severe, if it's accompanied by spotting or bleeding, come in immediately." Kedua-dua Mirza dan Ainul tersentak mendengar amaran itu dan Ainul tanpa sedar mencapai dan menggenggam tangan suaminya kuat.

"We should have your results in a couple of weeks," wanita hampir separuh abad itu menyambung dengan senang hati. "We'll contact you when you arrive."

"Do you think I'm at risk for another miscarriage?"  Tiba-tiba Ainul bertanya dan doktor terkejut mendengar soalan yang tidak diduga itu.

"Not at all..." pantas doktor menggelengkan kepalanya. 

"But the last time...." Ainul tidak sanggup meneruskan kata-katanya.

"...... was just one of those tragic things that sometimes happen in life. You're healthy, your baby looks healthy, there's no reason you shouldn't carry to term and deliver a perfect baby. Now onto happier topics; would you like to know your baby's sex?"

"You could tell?" Ainul bertanya berserta senyuman yang terukir di bibir.

"The image was as clear as a bell today," wanita itu mengangguk perlahan.

"No," tiba-tiba Mirza menggelengkan kepalanya. "I'd rather not know."

"Tapi Mirza..." Ainul berpaling ke sisi tetapi Mirza tidak mahu bertemu mata dengan isterinya. "Kenapa awak tak nak tahu?"

"Takde bezanya kalau kita tahu..." semakin terluka hatinya mendengar kata-kata Mirza dan dia kemudiannya tersandar ke belakang, mengalihkan tangan daripada tangan suaminya. Mestilah ia takkan membawa apa-apa perubahan, kalau bayi itu lelaki Mirza akan meninggalkannya tanpa berkenalan dengan anak kecil mereka terlebih dahulu dan kalau bayi itu perempuan pula lelaki itu pastilah akan terperangkap dalam perkahwinan yang tidak diigininya ini lebih lama. Mirza merengus tatkala dia ternampak ekspresi wajah isterinya lantas mencapai tangan Ainul sekali lagi. "Aku tak maksudkan macam apa yang kau fikirkan tu, Ainul."

"It's okay," beritahu Ainul kepada doktor, yang kelihatan tidak selesa kerana menyaksikan kelakuan mereka itu. "I don't have to know." Lagipun dia yakin 100% bayinya ini ialah seorang anak lelaki. Doktor mengangguk dan membetulkan suaranya.

"Very well then, my lips are sealed," wanita itu mengangguk, cuba bersikap professional, walaupun dia masih lagi tidak selesa. Mirza cuma membisu, masih lagi memandang wajah ayu isterinya. Doktor menasihatinya sekali lagi supaya Ainul tidak membahayakan nyawanya dan kandungannya sebelum mereka berdua beredar.

"Biarlah aku terangkan dulu," pinta Mirza ketika mereka berdua sudah berada di luar klinik. Hujan mencurah-curah turun membasahi bumi dan Ainul bergegas memakai kotnya sebelum bergerak ke kereta yang diparkir tidak jauh dari klinik. Mirza mengekorinya walaupun Ainul tidak mengendahkannya dan membelakanginya. Ainul mencari kunci kereta di dalam beg tangannya yang besar itu dan Mirza mendengus kecewa sebelum menjatuhkan tangannya ke atas bahu si isteri untuk memusingkan badannya. Wajah Ainul basah dan dia menarik nafas dalam ketika membersihkan wajah isterinya, yang mungkin tangisan ataupun hujan.

"Aku minta maaf," bisiknya, merendahkan kepala supaya Ainul dapat mendengar suaranya di sebalik bunyi bising kereta yang lalu-lalang di situ dan hujan yang lebat. "Ainul, aku silap cakap tadi. Aku tak maksudkan macam apa yang kau fikirkan tu."

"Penting sangat ke apa yang saya fikirkan ni?" akhirnya Ainul bersuara, pahit.

"Ya, ianya penting," tangan besarnya memegang wajah Ainul dan dahinya direndahkan supaya separas dengan dahi isterinya. "Ianya sangat penting, Ainul."

"Tak," Ainul menggelengkan kepalanya sedikit. "Tak penting." Dia meletakkan tangannya di dada Mirza, cuba menolak suaminya menjauhinya tetapi setiap titisan hujan yang telah diserap oleh baju putih itu membuatkan tubuh Mirza terdedah, sebaliknya Ainul cuma membiarkan tangannya di situ. Mirza menggumam perlahan sebelum mencuri bibir isterinya lama. Ainul tidak menolak dan dia memeluk Mirza lebih rapat. Bunyi hon kereta menyedarkan mereka dan rasa bersalah bercampur dengan malu menguasai diri, kedua-duanya menggeletar tidak henti. Ainul merenung ke arah mata bundar Mirza.

"Aku minta maaf sebab buat kau terluka," ujar Mirza tiba-tiba Ainul hanya diam sahaja.

"Apa yang awak cakap memang betul pun," akhirnya Ainul berbisik dan kening Mirza bertaut, geram mendengar kata-kata isterinya.

"No! Maksud aku.... memang betul tapi.... kau dah salah faham dengan aku," semakin berkecamuk perasaannya ketika ini dan Ainul menatap wajah Mirza, tidak pasti bagaimana mahu memujuk lelaki yang sedang beremosi ini.

"Jadi terangkanlah,"Ainul mengharapkan penjelasan, setelah lama mendiamkan diri. Mirza terkejut mendengarnya dan buat seketika dia tidak memberi sebarang reaksi.

"Maksud aku tak kisahlah anak kita lelaki ataupun perempuan, tiada bezanya bagi aku sebab aku akan sayangkan dia sepenuh hati," katanya dalam tergesa-gesa dan Ainul memandang suaminya, keliru sebelum meletakkan kedua-dua tangannya di dada Mirza dan menolaknya kuat. Terkejut Mirza dibuatnya, hampir-hampir dia jatuh tersungkur sebelum dia menstabilkan dirinya semula.

"Kenapa awak perlu cakap macam tu? Kenapa awak perlu menipu? Saya tak boleh terima, Mirza.... saya tak patut terima ini semua tapi awak sentiasa mencari jalan lain untuk menyakitkan hati saya." Ainul kembali menggeledah begnya dan akhirnya terjumpa juga kunci kereta yang dicari dari tadi.

"Jangan berpura-pura untuk ambil berat," Ainul menyinga. "Saya tahu awak tak. Lima bulan je lagi dan awak bebas untuk pergi semula pada Nelly awak tu dan mulakan hidup yang baru dengan isteri dan anak-anak yang awak sayang!" Mirza seolah-olah terkejut dengan serangan mengejutnya tetapi tatkala terdengar nama Nelly, terus pandangannya terpaku pada wajah Ainul.

"Apa? Awak ingat saya tak tahu pasal Nelly kesayangan awak tu? Perempuan yang awak cintai, perempuan yang awak ingin kahwini sebelum ayah saya jerat awak dalam kontrak ni? Saya tahu awak selalu jumpa dia setiap kali awak balik ke Itali, sama macam saya tahu yang awak akan berjumpa dengannya minggu ni!" terjerit Ainul, kecewa kerana Mirza cuma membatu di situ. Bagaikan terkena serangan bom, Mirza kelihatan bingung dan terkejut.

Ainul mula berasa pelik, pening kepala dan loya. Dia meletakkan tangannya di atas bumbung kereta dan cuba berdiri tegak, sedar yang Mirza sedang menghampirinya. Mirza mencapai tubuh isterinya dan walaupun dalam keadaan lemah, Ainul cuba menolak pegangan suaminya tetapi pergerakannya itu membuatkan kepalanya bertambah sakit dan hampir sahaja dia rebah. Mirza pantas memaut isterinya dan Ainul sudah tidak boleh memikirkan apa-apa.

"Ainul, hummingbird. Aku kat sini. Kau akan okay...." itulah ayat terakhir yang didengarinya sebelum semuanya berubah menjadi gelap gelita.

________________________________

"When I said she shouldn't overtax herself, I meant both  physically and emotionally Mr Mirza," Ainul mendengar teguran daripada suara yang pernah didengarinya sebelum ini dan dia mengerutkan dahinya ketika dia terdengar bunyi bising berdengung di kepalanya. "What on earth were you thinking, upsetting her like this less than half an hour after the procedure she'd just been through?"

"Will she be okay?"

"She bled a little, which is never a good sign and I'm not willing to take any chances, not after this, I want her to remain in bed for at least a week. Complete bed rest."

"I can't stay in bed all week," tiba-tiba Ainul memprotes, membuka matanya dan laju Mirza bergerak ke arahnya dan mencapai sebelah tangan si isteri.

"Ainul, alhamdulillah! Macam mana kau sekarang?"

"Rasa macam kena langgar dengan bas," akui Ainul dalam getaran, mengangkat pandangan matanya memandang doktor yang sedang berdiri di sebelah kirinya. "My baby? Is he alright?"

p/s : yeah, new chapter. sorrylah pasal kiss tu, tapi kena ingat. cerita ni berlaku dekat Capetown bukan kat Malaysia okay :) enjoy! adios~
comment anyone? please....

post signature

4 comments :

  1. yeahh..dah nak meroyan baca intai sat tu tadi..tergantung di tengah2 cerita..
    heh...pasal kiss tu xda hal punya banyak je dlm story lain.. :3
    cepat2 sambung yek :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. sorry sorry! sebab dah lama x masukkan chapter baru, so tunjuklah sikit perkembangannya. hehehe. okay, thank you :)

      Delete
  2. Thought it would be long gap before another chap my weirdo (trying hard not to call you by this nick but seemed it just can't, SORRY would maintaining it.. is it okay?)sebab kata nak pegi vacation, relaxation and new sem coming.. anyway tq so much.

    Kiss? No worries. Part of expressing love. Not a big issue at all....

    My tears dropped Weirdo! Don't they realized that the emotions would only eventually passed on to their junior? Tertekannya bila ego dan emosi menguasai!!!

    #shouldknowmebynow#

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. xpe. sebab saya memang gelarkan diri saya weirdo pun. hehehe.

      saya kadang2 cakap x serupa bikin. kata busy, tapi ada pulak masa nak buat chapter baru -.- tapi susah sebenarnya bila kita dah addict dengan something kan. so, even busy macam mana pun saya nanti, saya try habiskan secepat yang mngkin. ^^

      oh, thank you. x sangka awak boleh menangis bila baca cerita ni. i'm really glad :) sbb saya rasa macam susah nk create a sad situation yg boleh buat orang sedih bila baca. biasalah kan, perempuan mengandung ni emosi dia terlebih skit.

      Delete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes