bab 18
"Your baby's just fine. In fact the baby is doing a hell of a lot better than you are right now, Mrs Mirza. I want you to stay in bed for a week, you are to do nothing, is that understood?"
"I take it that I am allowed bathroom breaks?" Ainul bertanya sinis.
"You can get as snippy as you like with me, young lady but if you want a healthy, full-term baby, you will do what I say! Or I will be forced to hospitalize you to ensure that you get the prescribed bed rest."
"She'll do what you've ordered, doctor," Mirza meyakinkan doktor itu dan Ainul menggigit bibirnya dan mengangguk. Dia tidak mahu membahayakan nyawa bayinya atas kesalahannya sendiri.
"Right," Doktor Mia berpuas hati. "I'd like to keep her here for tonight. Tomorrow, you may take her home... and try to get beyond the parking lot this time." Selepas menjalankan tugasnya, doktor itu berpaling dan keluar dari bilik. Ainul dan Mirza hanya memerhati doktor yang melangkah keluar di sebalik pintu sebelum berpandangan antara satu sama lain, canggung.
"I'm sorry," mereka berdua mengucapkannya dalam masa yang sama setelah lama membisu.
"Kenapa kau minta maaf?" Mirza bertanya dalam kekeliruan, menarik sebuah kerusi dan melabuhkan punggung di sebelah katil itu, masih lagi menggenggam tangan isterinya seolah-olah dia sedang lemas dan mengharapkan bantuan daripada Ainul.
"Saya tak sepatutnya mengungkit hal peribadi awak macam tu. Apa yang awak buat selepas kita berpisah, tiada kaitan dengan saya dan selepas.... selepas apa yang ayah saya lakukan pada awak, sejujurnya saya percaya yang awak patut memperoleh kebahagiaan dengan wanita yang awak cintai. Jadi saya minta maaf sebab melebih-lebih macam orang gila tadi, saya cuma.... saya geram bila awak cakap macam tu. Saya tak perlukan simpati daripada awak..... Awak tak perlu berkata apa-apa untuk memujuk hati saya. Awak tak perlu berpura-pura yang awak ambil berat tentang saya dan bayi ni." Mirza mengeluh perlahan, mengangkat tangannya dan diletakkan di dahinya.
"Betapa banyaknya masalah yang aku dah buat," dia separuh ketawa, suaranya bergetar. "Tiada apa yang aku katakan sekarang ni yang dapat mengubah perasaan kau, kan? Apa sahaja yang aku cuba lakukan nampak macam terpaksa dan tidak ikhlas."
"Apa yang saya tak fahamnya, kenapa awak masih mahu mencuba?" bisik Ainul keliru, memandang Mirza yang sudah menunduk ke bawah. "Awak dah menang. Awak dapat semuanya yang awak mahukan, ladang tu, kebebasan tapi awak tetap nak mencuba, datang pada saya, masuk campur dalam urusan hidup saya. Kenapa?"
"Boleh tak kita jangan cerita pasal tu sekarang ni?" Mirza mengangkat kepalanya untuk bertemu mata dengan isterinya, mata coklatnya ditakungi dengan air mata kekesalan. Ainul mengangguk perlahan dan Mirza tersenyum separuh hati.
"Aku dah telefon Lily dan minta dia bawakan pakaian kau. Kau haus ke?" Ainul mengangguk malu dan dia tersenyum. "Aku pergi ambilkan kau minuman kejap, boleh?" Mirza bingkas berdiri dan membelai lembut kepala isterinya. "Kau menakutkan aku tadi, Ainul... jadi mulai sekarang kau kena tenang dan jangan biarkan suami kau yang bodoh ni buat kau bersedih sekali lagi. Okay?"
"Okay," Ainul tersenyum melihat pandangan lembut suaminya.
"Bagus," Mirza mendekatkan tubuhnya dan memberi kucupan di dahi Ainul. "Baguslah kalau kau faham, Ainul." Ainul memerhatikan suaminya beredar dan mengeluh perlahan; berharap yang hidupnya berbeza daripada ini dan mereka cuma pasangan normal, gembira menantikan kehadiran anak pertama mereka. Ainul melarikan tangannya ke perut yang sudah menampakkan benjolan, dengan penuh lemah lembut dia berkomunikasi dengan bayinya, meminta maaf atas kecuaian dia yang boleh membahayakan nyawa mereka.
Ainul khayal dalam dunianya sendiri, bersenandung lagu berentak perlahan sambil dia menyambung membelai kandungannya. Dia tidak sedar akan kehadiran seseorang yang berada di muka pintu. Ainul terpana, tidak pasti berapa lama lelaki itu sudah berada di situ. Dia melangkah ke hadapan, wajah dinginnya lebih suram daripada biasa. Bagi seorang lelaki yang tidak pernah menunjukkan emosinya, dia kelihatan seperti seseorang yang sedaya-upaya menyembunyikan ekspresi muka supaya kelihatan normal, walaupun rahangnya menegang, bibirnya menipis. Tiba-tiba Ainul tersentak dan terlompat ke belakang.
Segala kepura-puraan tadi terus pudar, wajah Mirza bertukar menjadi pucat dan pantas dia melarikan diri ke arah bilik peribadi yang mewah itu, meletakkan kotak jus di atas kabinet di sebelah katil.
"Kenapa, Ainul? Kau sakit ke?" Ainul menggelengkan kepalanya, sebelum mengangkat wajahnya yang berseri-seri. Mirza terkedu, menghela nafas dalam ketika melihat wajah ceria isterinya. Mata Ainul digenangi dengan air mata kegembiraan sementara bibirnya terbuka, mengukir senyuman manis yang tidak pernah Mirza lihat sebelum ini.
"Dia bergerak," kata Ainul. "Saya baru rasa pergerakan dia, Mirza! Untuk kali pertama..."
"Kau... dia.... baby kita?" Dia bertanya tidak keruan, merapatkan lagi tubuhnya pada katil dan bersandar pada belakang tubuh isterinya.
"Ya. Subhanallah! Ha, dia gerak lagi...." Ainul ketawa dalam kesukaan dan tanpa berfikir dia menarik tangan kekar milik Mirza dan diletakkan perlahan-lahan di atas perutnya. Tangannya yang besar hampir meliputi benjolan kecil di perut isterinya. Dia menarik nafas dalam ketika bayi itu bergerak dan dia ketawa suka, tidak percaya.
"Masyaallah..." Mirza menghela nafas, memakukan pandangannya pada tangan mereka yang
bersentuhan, tangannya di atas perut Ainul dan tangan isterinya pula di atas tangannya. "Sakit tak, sayang?"
"Tak," Ainul ketawa kecil. "Rasa geli je..."
"Ya, tunggulah berapa bulan lagi, memang kau takkan rasa selesa punya," datang suara kasar dari pintu bilik. Ainul menjerit dalam keterujaan, mengangkat tangannya dari tangan Mirza sementara Mirza pula, masih lagi membiarkan tangan hangatnya di atas perut si isteri, berpaling untuk melihat sepupu Ainul, Suhairi dan Lily yang sedang berdiri santai di muka pintu, sebuah potret keluarga yang sempurna.
"Cepatnya," Mirza memerhati sebelum, dalam keengganan, beralih ke tepi dan mengalihkan tangannya. Ainul terasa kehilangan dan cuba menyembunyikannya di sebalik senyuman ceria di wajahnya.
"Terima kasih sebab datang," kata Ainul, matanya bergenang dan sepupunya bergerak ke hadapan lagi, mendekatkan diri ke katil untuk memeluk Ainul, mesra.
"Oh sayang, aku selalu ada untuk kau," bisik Lily di telinganya dan Ainul, tanpa diduga, menangis teresak-esak. "No... oh no, sweetheart, don't...." sepupunya memujuk. "Janganlah bersedih macam ni; tak baik untuk kau dan juga baby."
Ainul berusaha untuk menghentikan air matanya, malu dengan emosinya yang tidak menentu. Suhairi pula berada di sebelah kanan katil; dia memangku Adlan yang sedang bercakap dalam bahasa bayinya sendiri.
"Aku minta maaf, aku tak berniat nak buat macam tu," luah Ainul dan Suhairi tersengih melihat wajah suram sepupu isterinya.
"Hormon. Kau tahulah macam mana dengan you-know-who. Bankrupt aku asyik beli tisu," katanya dalam bisikan, sambil menunjukkan ke arah Lily menggunakan bibirnya dan Ainul separuh ketawa, separuh teresak sebelum memandang sekeliling bilik dalam kekeliruan.
"Mana Mirza?" Ainul bertanya resah.
"Aku tak sangka aku boleh memaafkan lelaki tu," Suhairi memberitahunya, serius. "Tapi bila kau jatuh sakit tadi, lelaki tu nampak macam orang yang telah kehilangan kawan baik dan kucing kesayangannya dalam satu kemalangan yang sama. Mundar-mandir dia dari tadi sampai buat aku menyampah pun ada."
"Hmmm..." Ainul mengeluh berat. "Dia dah buat lebih dari apa yang patut dia lakukan."
"Oh tolonglah," Lily membulatkan matanya, tidak suka. "Ini tanggungjawab dia. Dia yang nak kau mengandung, ingat?"
"Aku ingat," Ainul mengangguk sepi.
"Look, aku takde masa nak pertahankan dia..." Suhairi mencelah perbualan mereka. "Maksud aku, kau tahukan yang aku tak suka dengan cara dia melayan kau dan aku dah patut hapuskan dia dari dulu kalau kau tak menghalang aku, Ainul... tapi sejujurnya lelaki tu nampak macam berserabut sangat sekarang. Tak macam suami kau yang kejam dulu."
"Aku pun nampak perubahan dia sejak kebelakangan ni, Ainul," ujar Lily.
"Tolonglah," Ainul menggelengkan kepala. "Dia tetap sama, dulu ataupun sekarang. Dia nak keluar daripada perkahwinan ni, aku pun sama."
"Ainul...."
"Lily, jangan nak bela dia.... kau tahukan apa yang dia dah buat...." dan tidak semena-mena segalanya keluar dari bibirnya, bagaimana Mirza mengugutnya daripada menceraikannya, dengan menggunakan pinjaman Lily sebagai cagaran. "Dia bagi kau pinjaman tu sebab senang dia nak elakkan daripada aku keluar dari perkahwinan ni!" Suhairi dan Lily bertukar pandangan yang membawa seribu makna sebelum Suhairi mengangkat bahu, seolah-olah memberi jawapan kepada soalan yang tidak terluah oleh Lily.
"Ainul," sepupunya memeluk sebelah tangannya kuat. "Aku tahu pasal tu."
"Kau tahu?" Terkejut Ainul mendengarnya. "Macam mana? Dah berapa lama kau tahu?"
"Mirza beritahu aku semuanya masa korang berdua singgah ke rumah kami. Ingat? Dia nak cakap dengan aku seorang je?" Ainul mengangguk, bingung. "Atas sebab tertentu, dia tak nak teruskan cagaran tu, dia menawarkan untuk melangsaikan hutang aku sepenuhnya. Aku menolak... tapi aku dapat rasakan yang dia akan lakukannya juga."
"Itu yang dia nak bincangkan dengan kau tempoh hari?" Ainul terkedu, ragu-ragu.
"Ya dan dia buat aku berjanji yang aku takkan sesekali beritahu kau tentang perkara ni.. tapi aku rasa aku patut meringankan bebanan kau," Lily menganggukkan kepala dan Ainul mengerutkan dahinya.
"Tapi aku tak faham langsung... kenapa dia mesti buat macam tu?" Dia bertanya dalam kekeliruan sebelum dia tergelak mengenangkan kenaifannya. "Hmm, mungkin dia dah tak perlukannya lagi, kan? Sebab aku buat sepertimana yang dia mahukan? Tapi untuk melangsaikan hutang tu sebelum bayi ni lahir macam tak masuk akal.... melainkan...."
"Ini perbualan peribadi ke ataupun sesiapa boleh join sekali?" Suhairi mengganggu perbincangan mereka dan Ainul mengelipkan matanya pada lelaki itu. "Aku rasa kau ni terlebih fikir. Daripada apa yang Lily beritahu aku, dia sangat terdesak untuk membatalkan hutang tu. Lily rasa, dan aku juga fikirkan perkara yang sama selepas apa yang aku baru nampak tadi, yang dia mahukan hubungan yang baik dengan kau tapi dia tak tahu bagaimana mahu melakukannya."
"Aku hidup dengan dia dan aku tahu yang korang berdua salah," tegas Ainul, membuang segala bayangan peristiwa permainan Scrabble dan catur dalam fikirannya, cuba tidak memikirkan tentang sokongan dalam diam yang diberi oleh suaminya sepanjang temu janjinya bersama dengan doktor. "Dia jatuh cinta dengan perempuan lain! Aku tak boleh cakap orang ketiga, dalam kes ni, aku rasa akulah perempuan tu."
"Apa maksud kau ni?" Suhairi bertanya, berang.
"Dia jatuh cinta dengan perempuan tu sebelum ayah aku paksa dia dalam perkahwinan ni. Dialah perempuan yang Mirza mahukan sebagai isteri. Aku cuma memusnahkan hidup dia, Suhairi.... bukan sebaliknya. Bila aku dah bersalin nanti, kami akan ikut haluan masing-masing dan kedua-duanya bahagia dengan cara ni."
"This is so messed up," Suhairi menggelengkan kepala, jelek. "Macam mana dengan kau dan baby tu? Don't you count for anything?"
"Biarlah aku macam ni... daripada aku menagih kasih sayang dia, betul tak?"
"Betul," bisik Lily, sebelum duduk di atas kerusi bersebelahan katil dan mendekatkan dirinya dengan Ainul. "Jadi kau rasa baby tu gerak?"
Mata Ainul bercahaya dengan kegembiraan.
"Menakjubkan," Ainul mengangguk dan Suhairi dan Lily kedua-duanya tersenyum apabila teringatkan kembali pergerakan pertama Adlan. "Lepas apa yang berlaku tadi, aku rasa lega sangat bila dia bergerak-gerak."
"Nakalnya dia! Auntie Lily nak sangat jumpa dengan dia," Ainul menggelengkan kepalanya bersama tawa.
"Dia dah senyap dah sekarang," Ainul merehatkan tangannya di atas perutnya. "Aku tak percaya yang aku kena duduk dekat katil ni selama seminggu."
"Ha'a, mengarut je," Lily mengangguk simpati. "Nasib baiklah aku tak kena macam tu masa aku mengandung dulu."
"Ya ALLAH, kalaulah boleh... dia dah macam dinamo kecil, aku kena paksa dia untuk slow down," rungut Suhairi, tidak suka.
"Eh, boleh tak kalau aku nak duduk dekat rumah korang untuk seminggu dua?" Ainul bertanya teragak-agak, Suhairi dan Lily mengerutkan dahi mereka sebelum menganggukkan kepala.
"Boleh," jawab Lily. "Tapi kenapa?"
"Mirza nak ke Itali selama seminggu dan sebelum benda ni berlaku, aku baru je ingat nak duduk seorang diri dekat rumah tapi...."
"Kalau kau rasa yang aku akan ke Itali dengan kau yang tengah terlantar dekat katil ni, lebih baik kau fikir balik," suara kasar Mirza tiba-tiba menganggu dari muka pintu dan ketiga-tiga kepala menoleh ke arahnya. Dia kelihatan.... aneh. Rambutnya berserabut, kemejanya berkedut dan tali lehernya dilonggarkan. Dia juga membawa bersama sejambak bunga di sebelah tangan dan sekotak bungkusan yang dibalut kemas di sebelah tangan yang lain. Ditambah lagi dengan beberapa biji belon mengekori belakangnya dan lakaran pada belon itu yang menarik perhatian mereka bertiga. Semuanya berwarna-warni, sebahagiannya memang menonjol coraknya dan selebihnya sama ada ditulis Happy Birthday atau Happy Anniversary dan yang paling tiada kaitan sekali ialah lukisan seekor ikan lumba-lumba bersama "Yippee for SUMMER" terpampang di sebelahnya, sentimen yang optimis memandangkan ia adalah bulan Julai dan di pertengahan musim sejuk.
"Mirza, bro..." Suhairi bersuara walaupun dia ingin ketawa ketika itu. "Kau pergi serang wad hospital ni ke semata-mata nak dapatkan bendalah tu?"
"Ini je yang kedai hadiah tu ada buat masa ni," Mirza merungut, terasa dengan penghinaan Suhairi, membuatkan kening Ainul terangkat kerana dia tidak pernah mendengar suaminya merungut sebelum ini.
"Terima kasih, Mirza," katanya sebelum Suhairi menyambung kata-kata sinisnya. "Saya suka belon helium."
"Aku tahu kau suka," lirih Mirza... melangkah ke hadapan sehinggalah dia menyiku Suhairi di sisi dan berdiri merenung ke arah isterinya, dalam. "Aku tahu kau suka belon helium dan bunga lily putih. Aku tahu kau suka coklat," Mirza memberi kotak hadiah yang berbalut itu, yang mungkin mengandungi coklat, dan sejambak bunga lily putih ke dalam pelukan Ainul. "Aku tahu pasal kau, Ainul. Aku sedang belajar."
p/s : new chapter. jangan pernah berhenti membaca novel ni. pada yang rajin komen, jangan pernah berhenti juga, i need support from you guys. and saya minta maaf kalau ada yang terasa dengan saya. enjoy! :)
and ni facebook page untuk novel ni.

best....
ReplyDeletethank you :)
Deletebest sangat cepat update eh akak..fighting^_^
ReplyDeleteuniknya nama awak. :D
Deletethank you! insya-ALLAH :)
Hi Weirdo! Sangat-sangat melelahkan terpaksa membayangkan masa hadapan yang tidak pasti.. My tears dropped again! Take care dear!! Busy is a good sign of progressing!
ReplyDelete#shouldknowmebynow#
thank you :) yep, ALLAH sahaja yang tahu apa yang terjadi pada kita di masa depan. apapun, kita cuma mampu berdoa yang kita mampu menghadapi apa sahaja yang akan berlaku.
DeleteMirza dah mulai syg isteri dia...kuasa sakti gerakkan bby dia....
ReplyDeleteyep :) kita tengoklah apa yang Mirza nak buat nanti untuk isteri dia okay :)
Delete