Nafasku Hanya Untuk Dia -bab 19-





bab 19

"Uhm...." okay? Oh, jadi Mirza masih lagi ingat tentang perbualan mereka beberapa bulan dahulu apabila dia menuduh suaminya kerana tidak mengetahui apa-apa tentangnya. Nampaknya Mirza memang mengambil sepenuh perhatian sepanjang mereka bersama tetapi apa yang lelaki itu cuba sampaikan sebenarnya ini? "Terima kasih."

Itu sahaja yang mampu diucapkannya dan dia ternampak kedua-dua Suhairi dan Lily mengenyitkan mata mereka dan memerhatikan Mirza yang hanya menganggukkan kepala.

"Sama-sama," kata Mirza dalam suara yang bisa meluluhkan hatinya, dan lelaki itu mengundur setapak ke belakang. "Aku dah tundakan perjalanan aku ke Itali. Aku nak pastikan yang kau mendapat rehat yang secukupnya."

"Okay," Ainul mengangguk.

"Bagus..." Mirza seperti kehilangan arah, tidak pasti akan langkah seterusnya, sebelum dia mengangkat tangan dan membelai pipi mulus Ainul. "Are you feeling better?"

"Fine," bisik Ainul. "Penat sikit je."

"Righty-o...." Suhairi menyanyi perlahan. "Itu maksudnya kita kena keluar dari sini..."

"Eh bukan tu maksud aku...." Ainul terkejut kerana mereka menyangka bahawa dia berkias supaya mereka beredar dari situ.

"Kami tahu..." Lily tersenyum padanya. "Tapi kau penat dan kau perlukan rehat. Aku letak beg baju kau kat sini ya," Lily meletakkan sebuah beg kanvas ke atas kerusi pelawat. "Telefon aku kalau kau perlukan apa-apa."

Mereka akhirnya pergi dari situ, meninggalkan Mirza yang hanya mendiamkan diri di belakang. Ainul menjeling ke arah suaminya, dan tiba-tiba dia ketawa kecil. Sekarang tiada siapa yang akan menyaksikan kelakuan mereka dan disebabkan itulah dia sesuka hati mengetawakan suaminya. Mirza kelihatan seperti badut pula bersama belon di tangannya.

"Apa dia?" tanya Mirza, wajah suram itu menghilang tatkala melihat wajah ceria isterinya.

 "Hmm... belon tu, Mirza..." kata Ainul, cuba menahan tawanya dan senyuman mesra terlakar di wajah suaminya.

"I know, right?" Mirza menggelengkan kepala kecewa ketika dia mengikat belon-belon tersebut di kepala katil. "Satu-satunya hospital yang tak ada jual belon 'get-well-soon' langsung. Gila betul."

"Apapun terima kasih. Belon tu menceriakan lagi bilik ni."

"Aku ingat lagi yang kau pernah cakap pasal majlis hari jadi kawan kau yang kesepuluh dulu. Kau pun mahukan yang sama kan..."

Tetapi Ainul tidak pernah mempunyai majlis seperti itu pada tahun yang sama, apatah lagi belon seperti itu. Ainul tidak tahu kenapa dia perlu menceritakan kisah itu pada suaminya. Keadaan senyap sunyi seketika sementara Mirza berdiri santai di sisi katilnya.

"Awak tak perlu tunggu kat sini, Mirza..." bisik Ainul. "Apa kata awak pergi ke pejabat dan habiskan kerja awak? Saya pasti awak ada kerja yang lagi berfaedah daripada melepak dekat sini."

"Aku di tempat yang sepatutnya aku berada," tingkah Mirza. Dia mencapai coklat dan bunga di tangan Ainul. Membuang kotak bungkusan itu ke dalam tong sampah dan memasukkan bunga itu ke dalam pasu bunga plastik yang telah jururawat tinggalkan di meja katil. Mirza menarik kerusi yang diduduki oleh Lily sebentar tadi, mengalihkan beg tersebut ke atas lantai dan melabuhkan punggungnya di situ.

"Okay," Ainul terlalu letih untuk bertengkar dan sejujurnya, dia bersyukur kerana suaminya ada di sisi. Buat seketika, mereka cuma mendiamkan diri. Mirza bersandar pada kerusi plastik itu dan merenung ke arah lelangit bilik, sementara Ainul pula merendahkan pandangannya dan memerhatikan lelaki itu, bingung dengan kelakuannya.

Kebiasaannya suaminya penuh bertenaga, sentiasa bersemangat, sibuk menekan kekunci komputer riba atau Blackberry atau memberi arahan menerusi telefon dan apabila Mirza tidak melakukan sebarang kerja, dia akan berenang atau bersenam di gim rumah mereka. Ainul tidak pernah melihat suaminya hanya duduk bersantai dan termenung jauh dan tidak semena-mena ia menganggu fikirannya.

"Awak rasa ayah saya nak datang jenguk saya tak?" Ainul memecahkan kesunyian hampir setengah jam kemudiannya. Mata Mirza bertemu dengan matanya dan lelaki itu menggelengkan kepala perlahan.

"Aku tak rasa dia akan datang, sebab dia pun tak tahu yang kau ada di sini," Mirza mengangkat bahu dan Ainul tersentak, berusaha untuk duduk tegak.

"Tapi kenapa awak tak bagitahu dia?" tanya Ainul, terkilan atas pihak ayahnya. Orang tua itu seorang pembuli dan zalim tetapi dia tetap ayahnya.

"Doktor cakap kau tak boleh bersedih dan aku tak rasa yang kehadiran ayah kau akan membuatkan kau gembira," Mirza berkata sinis. Memang benar, ayahnya akan mengejek Mirza, yang pasti akan menyedihkan hatinya dan akhirnya, mereka akan bergaduh jua. Kebiasaannya, perkara itulah yang akan terjadi setiap kali mereka bertemu. Ainul terbaring lemah dan pandangan Mirza berubah menjadi lembut.

"Aku boleh telefon dia kalau kau nak, Ainul," Mirza menawarkan dirinya dan Ainul menggelengkan kepala, tiba-tiba dirinya terasa ingin mengalirkan air mata sekali lagi.

"Betul cakap awak, kedatangannya tidak akan disenangi," ujar Ainul, pilu. "Tapi saya tetap berharap...." Ayatnya hanya dibiarkan tergantung begitu sahaja tetapi Mirza memahaminya.

"Aku tahu," Mirza, tanpa teragak-agak, meletakkan tangannya di atas perut Ainul.

"Saya tak faham kenapa dia bersikap macam tu," Ainul mengelak dari memandang wajah suaminya. "Sepanjang hidup saya, saya cuba sedaya-upaya untuk membuatkan dia sayangkan saya tapi dia tetap tak boleh. Sampaikan satu masa, saya ingat yang saya dah jumpa apa yang saya cari, seseorang yang mampu mencintai saya...." Ainul tidak sedar akan luahan hatinya, pandangan kaburnya masih kekal pada tautan jari-jemari mereka. Suasana senyap semula dan Mirza akhirnya mengeluh berat.

"Apa kata kau berehat sejekap?" Mirza mencadangkan, lembut. "Aku ada di sini kalau kau perlukan apa-apa." Mendengar kata-kata suaminya membuatkan dia rasa lebih tenang dan Ainul terbaring bersama keluhan dalam dan akhirnya dia tertidur juga.

_______________________________________________________________

"You are an extremely difficult patient, hummingbird," Mirza mengetap giginya kuat tiga hari kemudiannya. Hari itu hampir menginjak ke tengah hari dan dia terjumpa isterinya yang sedang berdiri di tengah-tengah bilik. Ainul memeluk buku lukisannya yang baru diambil dari tingkat atas tadi, rapat ke dadanya.

"Saya bosanlah," rungut Ainul. "Jadi saya ingat kalau saya ada buku ni, saya bolehlah cari ilham baru sikit."

"Kenapa kau tak panggil aku atau Zura je ambilkan buku tu untuk kau?"

"Awakkan tengah buat kerja," sudah banyak kerja yang Mirza tangguhkan semata-mata untuk menemaninya. "Zura pula pergi beli barang dapur sikit."

"Mengarut je," Mirza mendengus, lantas mengendong isterinya seolah-olah Ainul itu hanya seberat bulu burung. "You're being impossible. Why didn't you watch some TV, or read a book or take a nap, or anything until Zura got back?"

"Sebab saya bosan sekarang ni," Ainul mengadu dalam rajuk dan Mirza berkata sesuatu dalam Bahasa Itali perlahan.

"Apa maksudnya?" pinta Ainul ingin tahu dan Mirza menjeling padanya sebelum mendengus lembut.

"Aku cakap, "Ya ALLAH selamatkanlah aku daripada perempuan degil macam ni'," Mirza menterjemahkannnya dan wajah Ainul berkerut, masam.

"Mana ada saya degil," tegas Ainul dan bibir Mirza mengukir senyuman sinis.

"Mestilah tak," Mirza menggelengkan kepalanya, membuatkan Ainul ragu-ragu dengan kenyataan suaminya itu.

"And you don't have to patronize me," Ainul menyinga. "I'm not made of glass..."

"You're just spoiling for a fight, aren't you?" Mirza tersenyum dan Ainul cuma berdiam diri dan memandang wajah tampan suaminya. Mirza mengeluh dan merapatkan lagi isterinya ke atas dadanya sebelum menuju ke tingkat bawah. Usai mereka tiba di bilik Ainul, Mirza meletakkan si isteri di sisi katil dan berdiri merenungnya bersama tangan yang dimasukkan ke dalam poket seluar kargo berwarna biru laut. Ainul suka apabila Mirza memakai seluar tersebut, potongannya membuatkan tubuh suaminya nampak menggoda.

Sekarang, ketika Mirza sedang berada dekat dengannya, Ainul menelan air liur, kesat melihatkan tubuh sempurna itu dan baju-T kegemarannya, berwarna kelabu bersama logo Batman di hadapan. Rambutnya berserabut dan Mirza sepatutnya bercukur tetapi dia kelihatan sangat menawan dan Ainul tiba-tiba kehilangan nafas, mendambakan suaminya sendiri.

Mata Mirza mencerun tatkala terpandang wajah Ainul yang berubah kemerah-merahan. Serta-merta dia tahu apa yang bermain di dalam fikiran isterinya, hujung bibirnya ternaik ke atas ketika dia menggeliat tiba-tiba, sambil menguap lama sebagai tambahan. Bajunya terangkat sedikit menampakkan susuk tubuhnya, dan Ainul hampir sahaja mendesah kuat apabila dia terasa ingin menyentuh kulit di hadapannya itu. Mirza akhirnya menggoyangkan kepalanya ke kiri dan ke kanan, membetulkan segala urat di leher.

"Aku penatlah," Mirza memberitahu, membaringkan diri di sebelah Ainul dan Ainul cepat-cepat mendekatkan diri di kepala katil. Mirza mengabaikan sahaja pergerakan itu dan dia tidur di sisi katil dengan kakinya diletakkan ke atas lantai. Sekali lagi bajunya terangkat dan Ainul merenung ke arah tubuh itu dalam diam. Mirza mengangkat tangannya untuk menutup muka, baju itu ternaik lebih jauh, dan dia mengeluh sekali lagi.

"Bagi aku rehat kejap kat sini ya, hummingbird. Aku nak pulihkan balik tenaga aku lepas angkat kau tadi. Berat badan kau makin bertambahlah sejak beberapa bulan ni...." Ainul terlalu asyik memandang figura lelaki di hadapannya itu, membuatkan dia mengambil beberapa saat untuk memahami maksud kata-kata suaminya. Apabila dia tersedar, dia menjerit marah dan menumbuk lengan sasa suaminya sebagai balasan. Bibir Mirza, satu-satunya bahagian wajah yang Ainul dapat melihat di sebalik tangan Mirza, bertukar menjadi senyuman malas.

"Kau pukul macam perempuan," kutuk Mirza, masih lagi melindungi matanya dan Ainul berniat untuk memukulnya sekali lagi, tetapi Mirza sudah bersedia kali ini dan menarik tangan isterinya itu membuatkan Ainul tersungkur di atas badan Mirza. Ainul cuba mengalihkan dirinya dari Mirza tetapi tangan suaminya kejap memeluk pinggangnya.

"Lepaskanlah saya," arah Ainul, sambil cuba melarikan diri. Tetapi dia kecewa kerana dia tidak boleh bergerak langsung dan akhirnya dia berputus asa. Kedua-dua tangannya di atas dada sasa suaminya, sebelah kaki terjuntai di sisi katil dan sebelah lagi kakinya terperangkap di antara kaki Mirza. Ainul memandang wajah lelaki itu dia mata Mirza tertutup rapat dan dia kelihatan begitu tenang sekali membuatkan Ainul percaya yang Mirza sudah tertidur. Kelopak mata Mirza terbuka apabila sudah berhenti bergerak.

"Just relax will you?" rayu Mirza, lelah.

"I can't relax like this," bisik Ainul dan Mirza mendengus sebelum dia beralih sehinggalah mereka berdua terlantar di tengah-tengah katil.

"Kau masih belum bertenang," Mirza memerhati selepas beberapa minit mendiamkan diri dan Ainul mengangkat kepalanya dan mengerutkan dahi melihat wajah suaminya.

"Mestilah tak," Ainul melenting. "Macam mana saya nak bertenang kalau awak ada di tempat yang tak sepatutnya awak berada?"

"Kau yang minta benda ni terjadi," Mirza mengangkat bahu, tidak kisah.

"Apasal pula saya?"

"Sebab tak mengikut arahan doktor," bebel Mirza, lemah sahaja suaranya. "Ini je satu-satunya cara aku boleh pastikan yang kau duduk di atas katil sepanjang masa."

"I'm not going to have 'that thing' with you," akhirnya Ainul berkata dan Mirza mengeluh.

 "No. But you are going to sleep with me," kata Mirza, suaranya bergetar. "So you might as well relax." Ainul tidak berkata apa-apa, hanya kaku di dalam pelukan suaminya. Tangan Mirza yang berlabuh di pinggangnya mula bergerak ke atas dan ke bawah tubuhnya, sementara sebelah tangannya lagi diletakkan di perut Ainul yang membulat. Ainul semakin tertekan dengan kelakuan lelaki itu tetapi Mirza tidak berbuat apa-apa melainkan cuma membelainya lembut. Lama-kelamaan Ainul semakin tenang, membiarkan fikirannya melayang.

"Kau dah fikirkan nama-nama untuk anak kita nanti?" Mirza bertanya setelah hampir setengah jam mereka melayan perasaan masing-masing dan Ainul terasa begitu selesa sehingga tidak menyedari akan topik yang sangat dibenci baginya terkeluar dari mulut Mirza.

"Hmmm..." rintih Ainul, menyedut bau harum suaminya. "Saya suka nama Aniq dan Amnan. Khalis mungkin tapi saya lebih suka nama Mirza..." suaranya semakin menghilang ketika dia tersedar yang dia sudah terlepas kata dan berharap Mirza tidak perasankannya. Tetapi ini ialah Mirza dan dia lebih peka jika dibandingkan dengan orang lain.

"Mirza?" tanya Mirza, bersahaja. "Sempena nama aku?"

Bodoh. Bodoh betul! Ainul memarahi dirinya sendiri. Kenapalah dia hendak meletakkan nama anaknya sama dengan nama lelaki itu? Mirza tidak berkata apa-apa selepas itu dan Ainul cuma terbaring santai selama beberapa minit kemudiannya.

"Macam mana pula dengan nama perempuan?" Mirza akhirnya bertanya. "Kau ada fikirkan tak?" Mestilah dia tidak pernah memikirkannya! Dia hanya akan melahirkan anak lelaki. Ainul menolak untuk menjawab soalan tersebut.

"Aku suka nama Humaira," ujar Mirza, suaranya perlahan, seolah-olah dia sedang berbisik, sambil dia terus membelai lembut bonjolan di perut isterinya. "Atau Dania... Humaira akan memiliki rambut hitam pekat macam aku tapi bermata coklat macam kau.. tapi aku rasa kalau Dania pula, dia berambut keperangan dan bermata hazel, kan?" Mirza tidak menunggu balasan dari isterinya, dia hanya terus berbicara tanpa henti. "Humaira akan jadi seorang anak yang mendengar kata... tapi Dania pula... dia panas baran sikit. Dia suka baling-baling barang...."

"Stop it," jerkah Ainul, geram. "Kita takkan ada Humaira atau Dania! Yang ada cuma Aniq atau Amnan, mungkin Khalis atau Mirza... dan dia akan mempunyai rambut hitam dan bermata hazel. Dia akan menjadi seorang anak yang disayangi oleh semua orang." Mirza tidak membalas, dia cuma meneruskan belaiannya. Beberapa ketika kemudian, pergerakan itu semakin perlahan, sebelum berhenti sepenuhnya dan tangannya semakin memberat di atas tubuh Ainul. Dengkuran lembut meyakinkan Ainul bahawa suaminya sudah tertidur dan dia mengeluh perlahan sebelum menutup matanya juga.

p/s : yeah, new entry! ^^, enjoy
post signature

10 comments :

  1. Replies
    1. thank you. insya-ALLAH minggu ni or minggu depan :)

      Delete
  2. waa.... nak lagi...

    ReplyDelete
  3. Hi Weirdo! Short yet touching n3. Well.. sangat-sangat bersimpati pada Ainul. She is really in deep stress! Mirza... be a real man will you?
    Ha... ha.. there goes the statement, emo sentiment! Tq dear!

    #skmbn#

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a, sikit je. sorrylah ye. nanti saya buat panjang sikit. hahaha. tunggulah apa yang Mirza buat nanti ^^,

      you're most welcome :)

      Delete
  4. Ooh nooooo, i can't open d next n3. How sad me.. please open miss writer. PleaseeEeee. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak habiskan lagi chapter baru. sorry ye. insya-ALLAH esok saya habiskan.

      Delete
  5. Miss writer kenapa eh bab 20 tak leh bukak,, sedeynye... hiiiiksss.. cite u ni best .. nak tengok bab 20 n seterusnya ...bukalah..bukalah..eh..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya x letak link lagi sbb saya x habes buat. adalah dalam 20% lagi untuk disiapkan. nnti saya gtau kat fb apa-apa hal ye. sorry banyak2. ^^

      Delete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes