Nafasku Hanya Untuk Dia -bab 20-



bab 20

Hari itu merupakan satu titik perubahan dalam hubungan mereka, ketenangan masih kekal sama, dan mereka semakin menghormati antara satu sama lain. Mirza akan meminta pendapat darinya tentang beberapa keputusan perniagaannya, mengambil kira segala pendapat dan nasihatnya dan, Ainul juga melakukan perkara yang sama, dia mula bertanyakan tentang cadangan lelaki itu mengenai reka bentuk ciptaannya dan kagum dengan idea kreatif yang lahir dari fikiran suaminya. Berbekalkan galakan dari Mirza, Ainul mula berjinak-jinak dengan kepingan yang lebih sukar menggunkan bahan baru dan dia ternyata terkejut dengan hasilnya itu.

Kehidupan semakin bertambah baik tetapi tidaklah sempurna mana, mereka masih tidur berasingan atas kehendak Ainul, dan walaupun Mirza selalu menemaninya di setiap perjumpaan bersama dengan doktor dan menghantarnya ke kelas bersalin secara normal yang baru dihadirinya, Ainul tidak pernah bercerita pada suaminya tentang bayi mereka dan dia cuba mengelak dari mengungkit hal itu. 

Sepatutnya Lily yang menjadi penemannya tetapi sepupunya itu sudah tidak cukup tangan kerana menjaga Adlan dan berjanji untuk berada bersamanya ketika dia melahirkan nanti tetapi dia tidak boleh berjanji untuk memberi sebarang komitmen terhadap kelas tersebut. Itu bermakna Mirza hanyalah pengganti sementara sahaja. Walaupun Ainul sedaya-upaya menghindarkan diri dari menyebut nama wanita lain, mindanya tetap tidak boleh lari bayangan Nelly.

Mirza telah pergi ke Itali beberapa kali sejak tiga bulan ini dan selepas melayari Internet untuk mencari sebarang berita mengenai suaminya sementelah pemergiannya ke sana, Ainul akhirnya terjumpa beberapa gambar suaminya berdua dengan Nelly bersama-sama, menghadiri satu majlis mewah di Milan. Ainul tidak memahami artikel Itali itu tetapi cerita mengenai majlis itu sahaja sudah memenuhi empat muka surat dan Mirza dan Nelly D'Angelo, menjadi topik hangat berita tersebut. Jadi beberapa dozen gambar mereka diambil; tersenyum, berbual dan menjamu selera.

Mirza kelihatan sangat tenang dan bahagia bersama wanita jelita di sisinya, membuatkan Ainul tidak boleh berhenti dari merenung gambar tersebut. Itulah riak yang sepatutnya terlakar di wajahnya semasa hari perkahwinan mereka, riang dan penuh dengan cinta di dada. Sebaliknya wajah suaminya muram sahaja, satu senyuman pun payah untuk dilihat. Hatinya terluka mengenangkan memori dahulu.

Ainul mengeluh dan menggelengkan kepalanya sedikit, ketika dia tersedar yang dia asyik memikirkan tentang gambar itu sekali lagi. Sudah hampir sebulan sejak dia melihatnya dan sekalipun dia tidak memberitahu Mirza, tahu bahawa perkara itu akan meluaskan lagi jurang di antara mereka. Dia membelai lembut perutnya yang sudah sebesar bola sepak, cuba menenangkan bayinya yang bergerak aktif dari tadi. Dia tiada hak untuk cemburu... walaupun perhubungan mereka semakin baik sekarang berbanding dengan perkahwinan mereka setahun setengah dahulu, mereka berkahwin atas dasar nama sahaja dan akan berpisah setelah bayi itu dilahirkan.

Ainul sudah mula menghias bilik tidur bayi dan Mirza pula mengecat dinding bilik tersebut.  Ainul meluangkan sepenuh masanya di dalam bilik tersebut, menokok tambah apa yang perlu, selalu keluar membeli perabot dan barang mainan. Sudah tiada apa yang perlu dibuat tetapi dia tetap menambah barang-barang mainan dan baju bayi. Bilik tidur itu berwarna krim dan kuning cair. Ainul ingin mewarnakannya biru tetapi Mirza telah mengubahnya kepada warna yang lebih neutral apabila dia pulang daripada melawat Lily di rumah mereka.

Ainul tidak memprotes kerana warna cat itu membuatkan bilik tidur tersebut kelihatan tenang dan jauh lebih cantik dari warna biru yang dirancang olehnya. Terlalu banyak sentuhan Mirza di bilik itu.... suaminya membeli anak patung, beruang mainan, apa sahaja yang boleh menawan hati seorang anak perempuan. Dia memilih untuk tidak berfikir tentangnya dan apabila dia teringat tentang perkara itu, Ainul akan mengalihkan perhatiannya pada katil yang dihiasi oleh mereka berdua.

Dua jam tiga kali seminggu mereka sudah bertukar menjadi berjam-jam lamanya setiap hari. Sudah tiada lagi had masa untuk mereka meluangkan masa bersama-sama. Kesihatan Ainul semakin tidak menentu, kandungannya menjadi lebih sukar daripada apa yang dia, Mirza ataupun doktor itu jangkakan. Dia telah disahkan menghidap pre-eclampsia sebulan sebelumnya, Mirza telah bertukar menjadi seorang wanita tua yang paranoid tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh isterinya.

Mirza juga sudah berhenti pergi ke pejabat, bekerja di rumah dan membebel setiap dua puluh empat jam. Ainul tidak tahu bagaimana dia boleh bertahan dengan sikap suaminya sepanjang dua bulan terakhir kandungannya kerana lelaki itu membuatkannya hampir gila.

Kini dia berdiri merenung jauh ke arah hujan yang mencurah-curah turun di luar. Dia terlalu asyik dengan dunianya sehingga tidak menyedari kehadiran Mirza yang melangkah masuk ke dalam bilik itu dan hampir sahaja dia terlompat tatkala Mirza menyentuh bahunya.

"Aku tak berniat nak takutkan kau," kata Mirza, menunduk ke bawah untuk memberi kucupan di tengkuk isterinya. "Aku panggil nama kau dari tadi tapi kau terlalu leka dengan dunia kau."

"Saya cuma berfikir...." Ainul mengangkat bahu, suaranya perlahan sahaja.

"Tentang?"

"Semuanya.... tiada apa-apa." bahu diangkat sekali lagi.

"Macam mana kau rasa sekarang?" tanya Mirza, sambil memusingkan Ainul supaya menghadapnya.

"Saya sihat. Cuma penat sikit je..." Mirza mengangkat tangan dan membelai lembut pipi si isteri sebelum melabuhkan punggung di sofa bersebelahan isterinya. Kedua-dua mereka tidak berkata apa-apa kemudiannya, mereka cuma mendengar bunyi hujan dan memerhati titisan itu mengalir turun dari tingkap seperti air terjun.

"Aku nak kau jumpa dengan ayah aku," Mirza tiba-tiba memaklumkan perkara tersebut dan Ainul kaku sebelum berpaling perlahan untuk memandang suaminya.

"Apa?"

"Ayah aku..." ulang Mirza dan Ainul menggigit bibirnya sebelum membetulkan suaranya.

"Saya tak pasti kalau tu..." mula Ainul tetapi Mirza mencelahnya sebelum sempat dia menghabiskan kata-katanya.

"Keadaannya semakin tenat sekarang," lirih Mirza, suaranya pecah sedikit ketika dia menyebut ayat itu dan rahangnya menegang.

"Oh Mirza, saya minta maaf...." bisik Ainul, matanya berair bersama simpati pada suaminya. "Bila awak nak pergi?"

"Aku takkan pergi," beritahu Mirza, suram dan mata Ainul dibayangi dengan kekeliruan, sebelum membara ketika dia tersedar apa sebabnya Mirza menolak untuk pergi dan bersama dengan ayahnya.

"Mirza, awak tak perlu duduk di sini disebabkan oleh kesihatan saya. Awak kena pergi dan bersama dengan keluarga awak. Awak sepatutnya berada di sisi mereka sekarang ni."

"Kau keluarga aku juga, Ainul," lenting Mirza, kekecewaan dan kesakitan terpancar di bola matanya. "Dan aku takkan tinggalkan kau sendirian di sini."

"Mana ada, Mirza...." Ainul menolak lembut. "Pembantu rumah, Lily dan Suhairi, ayah saya pun ada di sini untuk saya. Awak baliklah ke pangkuan keluarga awak..."

"This is where I have to be, this is where I'm staying. Stop arguing with me for God's sake!" dengus Mirza.

"You are not going to blame me for this too, Mirza..." tingkah Ainul, dia kenal sudah dengan kedegilan Mirza hanya melalui pandangan matanya dan tahu bahawa suaminya tidak akan mengubah keputusannya melainkan sesuatu perkara buruk berlaku. "The only reason you're here now is because of my father and his corrupt little blackmailing scheme! My father and I have messed up your life and your family enough; don't make it worse by staying here with me of all people, when family you sacrificed your freedom for needs you the most."

"Don't you ever," Mirza tiba-tiba menyinga, menarik dan memegang kuat tangan isterinya sehingga menghalang peredaran darah. "Lump yourself into the same category as your father again, Ainul, none of this is your fault and right now you need me too."

"Saya tak perlukan awak," bantah Ainul, jelas. "Saya tak nak buat awak jadi macam ni. Tanggungjawab lagi penting... kan? Mirza yang sudah lama menderita, selalu melakukan perkara yang betul, selalu meletakkan kepentingan pada orang lain dahulu sebelum dirinya sendiri. Selalu mengorbankan kebahagiaannya sendiri demi maruah keluarga. Saya ni bukan kepentingan awak, Mirza. Saya tak nak... pergilah pada keluarga awak!"

"Kau pun keluarga aku! Kau, kau, kau!" Mirza tiba-tiba menjerit kecewa dan Ainul terlompat ketakutan, bibirnya menggeletar. "Aku ingin bersama dengan kau... kenapa susah sangat untuk kau fahami?" Suaranya sudah bertukar menjadi bisikan. Matanya tiba-tiba ditakungi dengan air mata di mana dia tidak mampu untuk menyembunyikannya dari Ainul dan dia bercakap sesuatu di dalam bahasa Itali, suaranya penuh dengan emosi. Ainul menggigit bibir dan menggelengkan kepalanya.

"Saya tak faham...." bisik Ainul kesal dan Mirza mengangkat sebelah tangannya untuk membelai pipi mulus isterinya.

"Ayah aku tenat sangat, hummingbird," Mirza mengulangi di dalam Bahasa Melayu, suaranya sayu sahaja. "Tolonglah... aku tak nak kau bergaduh dengan aku sekarang ni." Ainul mengangguk dan menyelak ke belakang helaian rambut Mirza di dahi. Perbuatannya itu menenangkan hati Mirza dan wajahnya yang kucam semakin pudar ketika dia memeluk pinggang isterinya dan membenamkan wajah di perut Ainul. Ainul berbisik dalam pujukan sambil membelai rambut suaminya lembut.

"Saya minta maaf," kata Ainul lembut. "Saya tak berniat nak kusutkan keadaan; I just thought that you were staying out of some misguided sense of honour and obligation. Saya akan bencikannya, Mirza dan macam mana kalau...sesuatu perkara buruk berlaku... awak akan salahkan saya sebab awak tak boleh berada di sisi ayah awak."

"Aku tahu," ujar Mirza, akhirnya mengangkat kepalanya untuk memandang Ainul, wajahnya tenang sahaja, walaupun matanya menunjukkan emosi yang bercampur baur di dalam matanya. "Dan aku tahu kenapa kau fikir macam tu.. aku dah banyak kali salahkan kau dulu dan layan kau dengan teruk sangat tapi kau perlu percayakan aku bila aku cakap yang perkara terakhir yang aku akan buat di dunia ni, ialah menyakitkan hati kau, Ainul." Ainul terdiam... tahu bahawa Mirza tetap akan menyakitinya walaupun tidak disengajakan, suaminya akhirnya akan meninggalkan mereka, apabila mereka berpisah, apabila dia berkahwin dengan Nelly.

"Jadi apa yang awak nak tanya saya tu?" akhirnya Ainul bertanya, tanpa mengendahkan kata-kata Mirza. Mirza mendengus sebelum menarik nafas sedalamnya.

"Aku nak kau berjumpa dengan ayah aku," ulang Mirza dan mata Ainul menunjukkan kekeliruannya.

"Saya tak faham... awak tahu kan yang doktor dah melarang sebarang penerbangan pada semester ketiga saya," Mirza tersenyum sedikit sebelum menggelengkan kepalanya.

"Ainul, hummingbird, kau ni ketinggalan zamanlah," usik Mirza separuh hati, ianya telah menjadi gurauan biasa bagi dirinya dan Suhairi, dalam seramai manusia di dunia ini, Ainul satu-satunya orang yang berputar pengetahuan teknologinya. Isterinya tidak reti menggunakan telefon bimbit, begitu juga emel, mesej segera dan segala jenis bahan elektronik.

"Habis tu, apa yang perlu saya buat?" Ainul bertanya, ingin tahu.

"Yang pastinya, ia tak melibatkan sebarang penerbangan sama ada kau ataupun ayah aku ke mana-mana. Kau pernah dengar tak pasal video-conferencing?' soal Mirza.

"That thing where you have a meeting and you can see people on the other side of the world on a monitor in the room?" Ainul bertanya, kurang pasti dan Mirza tersengih sedikit.

"Ya... aku selalu bersembang dengan keluarga aku melalui cara tu," terang Mirza.

"Okay," Ainul mengangguk perlahan. "Jadi bila awak nak buatnya?"

"Kalau malam ni boleh tak?" Mirza memberi cadangan dan perut Ainul terasa memulas seketika sebelum dia mengangguk sekali lagi.

"Okay," katanya lagi, sebenarnya dia tidak tahu untuk memberi jawapan yang bagaimana.

"Mereka semua akan sayangkan awak," Mirza memberi kata-kata semangat, menggenggam kuat tangan isterinya.

"Mereka?" Ainul bertanya, gementar. "Saya ingatkan cuma ayah awak je."

"Insya-ALLAH ibu dan nenek aku ada sekali... mungkin beberapa orang kakak aku. Dengan keadaan ayah aku yang macam tu, mereka semua mungkin ada di sana."

"Ayah awak kat rumah ke?" Mirza mengangguk, matanya kuyu.

"Dia menolak untuk duduk di hospital, dia cakap kalau dia mati, dia nak mati kat dalam rumah dia sendiri. dia pun dijaga dengan baik sekali di rumah."

"Betul juga tu," Ainul mengangguk, simpati. "Dia dah lama menunggu untuk pulang ke rumah." Suasana senyap sunyi seketika.

"Saya bersyukur yang awak dapat balik apa yang ayah awak mahukan, Mirza," luah Ainul. "Even if it cost you more than it should have." Senyap sekali lagi, sebelum Mirza mengangguk dalam keengganan.

"Hmm.. bila awak nak buat?" Ainul memecahkan kesunyian beberapa minit kemudiannya dan Mirza membetulkan suaranya. "Diorang tahu ke saya... diorang nak ke berjumpa dengan saya?"

"I've been making noises about wanting them to meet you for a while now," Mirza memberitahu. "So they won't be too surprised by it."

"Always thinking ahead, aren't you?"

"If you mean that I'd anticipated having to introduce you to my dying father by these less than ideal means, then no, I wasn't really preparing for this eventuality!" lenting Mirza, sakit hati.

"I didn't mean it like that," bisik Ainul cuba mempertahankan dirinya.

"Of course you didn't," Mirza bersetuju dalam sinis dan terluka, Ainul cepat-cepat menjauhkan diri dari suaminya.

"Saya penat, saya ingat nak rehat sekejap sebelum makan malam," lirih Ainul. "Saya jumpa awak nanti..." Ainul meninggalkan Mirza tanpa menoleh ke belakang, cuma sakit dan penat disebabkan oleh tekanan yang terpaksa mereka hadapi semenjak mereka bersama.

p/s : new entry. enjoy ^^,
post signature

4 comments :

  1. Hi Weirdo! Tqvm..

    Nelly D'ngello.... she had made her appearance.. it must hurt Ainul a lot reading the article but.. who knows there's nothing between them actually (statement tuk sedapkan hati sendiri Cik Writer!!!!)

    Tetiba lagu Bukan dia tapi aku by Judika berkumandang di minda dan telingaku. Sob! Sob! Nangis lagi!!!

    #snmbn#

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello :) no worries!

      yeah, finally. rasa macam malas je nak cerita pasal perempuan tu. tapi x bestlah nanti kan. hahaha. there's something between them actually. but what kind of 'something' is that, we'll know about it later okay ^^,

      oh, macam best je lagu tu. nanti saya dengar. hehe.

      Delete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes