Nafasku Hanya Untuk Dia -bab 21-





bab 21

"Kau dah bersedia?" tanya Mirza beberapa jam kemudiannya. Kedua-dua mereka berada di dalam bilik pejabat di mana Mirza telah meletakkan komputer dan kamera untuk 'pertemuan' mereka sebentar sahaja lagi. Tiada webcam biasa dan skrin komputer untuk Mirza kerana dia mempunyai kamera video bersama skrin televisyen besar yang sudah disediakan. Dia menerangkan bahawa mudah untuk keluarganya melihat mereka berdua dalam masa yang sama, dan keluarganya juga mempunyai peralatan yang serupa di rumah.

"As ready as I'll ever be, I suppose," Ainul mengangguk gelisah dan Mirza mengiringinya ke sofa besar yang menghadap kamera. Mirza memastikan bahawa isterinya duduk dengan selesa sebelum berlutut di hadapannya tanpa dijangka.

"Aku minta maaf pasal tadi," kata Mirza lembut, tajam matanya merenung mata Ainul. "Being around you is a curiously humbling experience... I do not believe I have ever apologized this much to one person in my entire life before. I always seem to be getting it wrong with you."

"You're under a lot of emotional strain at the moment, Mirza... and I know that I probably wasn't making it any easier on you. Please just forget about it." Mirza mengeluh berat sebelum menganggukkan kepala dan melabuhkan punggung di sebelah isterinya. Dia mencapai alat kawalan jauh dari atas meja kopi di hadapan mereka dan mula menghidupkan kamera, menghalakan ke arah lampu merah yang berkelip-kelip di mana dia memberitahu bahawa kamera itu sudah terpasang. Figura sepasang orang tua menghiasi skrin yang gelap tadi.

Senyuman lebar terlakar di wajah mereka dan mereka berdua mula berbicara pada masa yang sama. Ainul tahu bahawa mereka adalah ibu bapa Mirza daripada gambar yang dilihatnya di dalam bilik kerja suaminya. Ayahnya sudah kelihatan lemah dan tidak bermaya berbanding dengan lelaki gagah di dalam gambar tersebut dan Ainul dapat melihat dari kedutan kulit dan mata sembap itu, betapa sakitnya lelaki tua itu sekarang ini.

Mirza tersenyum mesra pada ibu bapanya yang masih lagi berbual, sebelum akhirnya mengangkat sebelah tangan dan  mereka semua terdiam. Mirza berkata sesuatu pada mereka di dalam Bahasa Itali, sebelum menunjuk ke arah Ainul, yang sedang duduk bersama senyuman beku di wajahnya. Ainul tidak pasti hendak berbuat apa, atau berkata apa, dia pun tidak pasti sama ada mereka bercakap di dalam Bahasa Melayu ataupun tidak.

"Mama, papa... I know this has been a long time in coming," kata Mirza. "But this is Ainul... la mia moglie, my wife."

"Piacevole per incontrarli," ujar Ainul terputus-putus, tidak pasti sama ada dia menyebutnya dengan betul atau jika mereka memahaminya tetapi senyuman Mirza yang ditujukan kepadanya diisi dengan kebanggaan dan kelembutan membuatkan Ainul terasa senang hati. Mirza menyatukan jemarinya bersama dengan jemari si isteri tetapi Ainul tidak faham apa perlunya mereka perlu berkelakuan seperti itu di hadapan kamera.

"I'm pleased to meet you," ulang Ainul di dalam Bahasa Inggeris, manalah tahu kalau pasangan itu tidak memahami kata-katanya, yang mungkin juga boleh membawa ekspresi yang lain bagi mereka berdua. Bibir ibu mertuanya terangkat sedikit menunjukkan yang dia tidak menyukai tetapi senyuman di bibir ayah mertuanya pula melebar dan dia berkata sesuatu dengan sangat pantas di dalam Bahasa Itali yang Ainul tidak berpeluang lansung untuk memproses ayat tersebut.

"Ayah aku cakap yang kau ni cantik sangat," Mirza menterjemahkan padanya. "Dan dia gembira sebab akhirnya dapat berjumpa dengan kau." Mata Ainul digenangi dengan air mata dan dia mengangguk sedikit.

"Thank you, grazie," Ainul tersenyum mesra pada lelaki tua itu dan dia kelihatan gembira dengannya. Ayah mertuanya berkata sekali lagi di dalam Bahasa Itali dan Mirza tergelak kecil sebelum membalas dengan nada geli hati. Ianya terlalu jelas yang mereka sedang berbual tentangnya dan Ainul menoleh ke arah Mirza menunggu untuk diterjemahkan, apabila tiada langsung tindak balas dari suaminya, Ainul menolak lembut bahu Mirza dan lelaki itu tersengih sebelum berkata sesuatu pada ibu dan ayahnya sebelum memandang wajah isterinya bersama renungan yang lembut.

"Ayah aku cakap yang walaupun kau ni nampak manis dan menawan seperti seorang bidadari, dia tak boleh bayangkan yang hidup dengan kau ni boleh jadi susah. Dia percaya yang di sebalik wajah lembut kau tu tersimpan sifat baran dalam diri kau..."

"Oh?" tanya Ainul tenang, sambil dia mencerunkan pandangannya pada si suami. "Dan awak cakap apa pula?"

"Aku cakap yang dia sememangnya tahu pasal perempuan lebih dari yang aku tahu sebab aku kahwin dengan kau, aku ingat kau ni naif je, sampailah satu masa aku provok kau, barulah aku sedar pasal tu."

"Serius?" Kedua-dua Mirza dan ayahnya tergelak mendengarnya.

"Easy hummingbird," Mirza mengangkat tangan sebagai tanda mengalah dan ayah mertuanya tergelak besar, bunyinya sangat menyenangkan membuatkan semua orang, termasuklah ibu mertuanya merenung ke arah suaminya bersama senyuman lebar. Orang tua itu akhirnya mengawal tawanya dan berkata sesuatu di dalam bahasa asing itu, yang ditujukan kepada Ainul. Ainul memandang Mirza menunggu terjemahan darinya dan suaminya teragak-agak buat beberapa saat sebelum membetulkan suaranya dan menoleh ke arah isterinya.

"My father says that it's good to see me with a woman who isn't intimidated by me, who can give as good as she gets. He thinks we will have strong sons and daughters...." Mirza menelan air liur sedikit sebelum menyambung, walaupun dia enggan untuk berbicara. "He is honoured to call you daughter and is proud that his son's children will come from a worthy woman like you."

"Oh..." bisik Ainul, tangannya diangkat untuk menutup mulut dan matanya ditakungi dengan air mata. "Ya ALLAH."

"Hummingbird," suara Mirza yang lembut menyapa telinganya dan dia mengangguk, menutup matanya, cuba mengawal emosi yang hampir menguasai diri, sebelum menarik nafas dan membuka matanya untuk melihat wajah lelaki tua yang duduk beribu batu jauhnya dari tempat mereka itu.

"Thank you," katanya lagi. "You are so very kind to say that. I am equally proud to know that my child comes from a strong family such as yours. I look forward to the day I can present my son to you, sir."

"Or daughter," Mirza mencelah tiba-tiba.

"Kamu.. perempuan baik.. maaf semua salah saya," lelaki itu berkata di dalam Bahasa Melayu yang tunggang langgang tetapi masih boleh difahami dan bibir Ainul bergetar dengan emosi. "Kamu bagi anak saya happy. Saya nampak... grazie. Saya risau.... tapi saya nampak sekarang, dia gembira kamu. Banyak cinta situ. Saya nampak."

Ainul tidak tahu untuk membalas apa melainkan dengan hanya anggukan dan ucapan terima kasih, tersentuh hatinya dengan lelaki tua itu yang nampak betapa dalamnya cinta dia terhadap Mirza. Mirza dan ayahnya kemudian berbual sesama sendiri dan lelaki tua itu mula berhenti bercakap beberapa kali, seolah-olah dia terlupa apa yang terlintas di fikirannya sehinggalah isterinya melangkah masuk dan menghentikan perbualan tersebut.

"Mama cakap yang papa penat dan perlukan ubat dan rehat," bisik Mirza pada Ainul, ketika mereka sedang memerhati lelaki itu memprotes separuh hati sebelum membenarkan dirinya untuk ditolak melalui kerusi roda, keluar daripada bilik itu bersama ucapan selamat tinggal pada Mirza dan Ainul. Mirza menggenggam kuat tangan Ainul tetapi dia tidak membantah, tahu bahawa suaminya terfikir yang itu mungkin kali terakhir dia akan melihat dan berbual bersama ayahnya. Mereka memerhati dalam diam semasa pintu itu ditutup di belakang tubuh besar ibunya sebelum tersedar yang ada seorang bayangan manusia lain di skrin tersebut. Seorang wanita tua yang sudah berkerepot tiba-tiba melabuhkan punggung di kerusi yang diduduki oleh ibunya tadi dan seluruh wajah Mirza bercahaya.

"Nonna!" sambut Mirza mesra dan menoleh ke arah Ainul, yang terpinga-pinga melihat wanita tua itu. Baru sahaja dia hendak tersenyum, wanita itu tiba-tiba menjerkahnya. Apa sahaja yang dikatanya membuatkan wajah Mirza berubah menjadi keruh dalam sesaat sahaja dan Ainul melihat mata suaminya membara dan bibirnya menipis. Mirza melepaskan tangan isterinya dan merengus pada neneknya, yang tersentak sebelum menengkingnya sekali lagi. Kali ini dua wanita muda, yang merupakan kakak-kakak Mirza melangkah masuk ke dalam bilik itu. Tiba-tiba ayat wanita tua itu bertukar menjadi bahasa Inggeris dan matanya merenung tajam pada Ainul.

"You make my family miserable! You take my grandson and keep him away from his family, keep him away from his dying father... you nothing but selfish. Why you want a man who no love you? No pride... you no pride. He love a good woman, he no love you!"

Ainul terkejut dan mengangkat tangannya ke mulut, terluka melihat kebencian di mata wanita tua itu. Matanya bergenang dengan air mata kesedihan dan Mirza beristighfar perlahan sebelum berkata sesuatu dengan lembut pada ketiga-tiga wanita tersebut tetapi Ainul menghalang percakapan mereka, berlari perlahan dan mengabaikan suaminya yang sedang memprotes.

Ainul baru sahaja hendak menuju ke tingkat atas sebelum Mirza menangkapnya.

"Dia dah tua, hummingbird," pujuk Mirza dalam desakan, masih lagi memegang lengan isterinya yang cuba melepaskan diri. "Dia tu tua dan degil. Apa yang dia cakap tu tak betul."

"Saya tak buat keluarga awak sengsara?" tanya Ainul, patah hati. "Mestilah saya yang buat, Mirza. Awak pun tahu kan... Saya tak jauhkan awak daripada mereka? Atau dari ayah awak yang sedang nazak? Saya juga yang buat tu. Awak tak cintakan saya? Cerita lama. Awak cintakan perempuan lain? Sekali lagi. Cerita lama.. dan betul kata dia. Saya ni tiada maruah.. None whatsoever.. if I did I would never have stood for this sham of a marriage. But everything she said was true. So she was just being honest.. and that's my shame to deal with."

"Ainul, please..." Ainul tidak tahu apa yang Mirza mahukan darinya. Dia menarik kuat lengannya dari cengkaman suaminya dan dia hilang imbangan... hampir sahaja dia terjatuh sebelum Mirza menyambutnya.

"You foolish woman, stop fighting me and just listen, damn it!" Mirza menyinga.. "She didn't get it all right; you have more stubborn pride than any person I have ever met. You did not keep me away from my father, I chose to stay."

"Disebabkan oleh saya," celah Ainul, gundah gulana.

"Sebab aku memilih untuk bersama dengan kau," Mirza meninggikan suara tetapi bagai tiada apa perubahan, Ainul cuma terdiam seribu bahasa. "Kau tak nampak ke, Ainul? Aku ingin bersama dengan kau!"

"Saya penat, Mirza," bisik Ainul setelah lama membisu. Cengkaman suaminya mengetat sedikit sebelum dia melepaskannya dan berundur ke belakang memberi laluan kepada isterinya untuk menaiki tangga.

Apabila Ainul terjaga dari lenanya beberapa jam sebelum subuh menjelma, ia tidak mengambil masa yang lama untuknya tersedar bahawa suaminya sedang tidur di sebelahnya. Tubuh suaminya yang besar dan sasa memeluknya, kaki Mirza menindih kakinya. Sebelah tangannya di bawah leher Ainul dan sebelah lagi melingkari pinggang isterinya, tangannya yang besar terletak elok di perut Ainul yang membulat. Ainul dapat merasakan nafas hangat suaminya di leher, menunjukkan bahawa suaminya sedang lena dibuai mimpi dan dia terasa tenang sekali ketika itu berbanding dengan tekanan yang mereka alami setiap kali lelaki itu terjaga. Walaupun sebelum ini mereka sudah mula tidur berasingan, Mirza tidak pernah memeluknya sebegini rupa... jadi ini merupakan pengalaman yang cukup indah buat dirinya. Baru sahaja dia hendak terlena apabila telefon bimbit tiba-tiba bergetar perlahan di atas meja bersebelahan katilnya. Ainul menggerakkan tubuhnya sedikit membuatkan Mirza terjaga dari tidurnya.

"Kau okay?" tanya Mirza, pening dan Ainul mengangguk ketika telefon itu bergetar sekali lagi.

"Hmm.. siapalah yang nak telefon pukul..." Ainul melihat pada jam digital di sebelah telefon itu. "Empat pagi?" Ainul tersedar siapakah gerangan orangnya itu dan daripada kelakuan Mirza, dia tahu yang suaminya tersedar akan perkara yang sama. Mirza terduduk tegak dan Ainul tiba-tiba terasa sejuk, ketika Mirza bersandar padanya untuk mengangkat panggilan.

"Mirza," tengking Mirza. "Si... si.." Ainul terduduk dan menolak rambut yang menghalang pandangannya ketika dia cuba melihat ekspresi wajah suaminya di dalam cahaya malap. Rahang suaminya menegang dan dia menundukkan wajahnya sedikit. Ainul menggigit bibir, cuba menahan air matanya dari keluar, dia meletakkan sebelah tangannya di atas bahu suaminya yang terdedah.

"Quando?" tanya Mirza pilu, suaranya serak. Dia berkata lagi selepas itu tetapi Ainul dapat mendengar kesakitan di dalam suara suaminya yang cuba dikawal sedaya upaya supaya kelihatan tenang. Ainul merendahkan kepalanya ke bahu lebar lelaki itu, cuba menenangkannya dan membelai lembut belakangnya ketika dia sedang berbual. Mirza terdiam buat masa yang lama, sebelum Ainul tersedar yang suaminya sudah berhenti bercakap dan dia telah meletakkan telefon itu di sebelahnya. Ainul mengangkat wajahnya memandang Mirza dan ternampak yang suaminya sedang termenung jauh.

"Bila?" tanya Ainul lembut, mengambil telefon tersebut dan meletakkannya di atas meja semula. Mirza mengangkat bahunya sedikit sebelum berpaling memandang isterinya.

"Lebih kurang sepuluh minit yang lalu," bisiknya dan Ainul mengangguk, mengangkat sebelah tangan untuk menyentuh pipi suaminya.

"Awak pergi mandi dulu, saya kemaskan barang awak," Ainul membuka suis lampu kecil sebelum bangun dan bergerak dari katil. Mirza masih kaku di situ dan Ainul mengeluh lembut, sebelum memberi kucupan di dahi suaminya perlahan.

"Cepatlah, Mirza," pujuk Ainul, tegas. "Awak pergi mandi dulu dan saya akan uruskan semuanya." Nada suaranya menyedarkan Mirza dan dia mengangguk dan bangun seperti robot sebelum menuju ke bilik air. Ainul berdiri di situ beberapa ketika sehinggalah dia terdengar bunyi pancuran air sebelum dia cepat-cepat melangkah keluar dari bilik tersebut untuk mengemas barang milik suaminya.

p/s : new entry. ^^,
post signature

6 comments :

  1. Replies
    1. insya-ALLAH saya sambng secepat mungkin ^^,

      Delete
  2. Hi! Weirdo. Tqvm... Listened to the song? What do you think?

    Oh! It hurts so much at one point when you're willing to sacrifice your own happiness, you're labelled as foolish and to the extend as no pride. The cut spread bigger when you're point as the reason for the man whom you love dearly had lost the chance of being showered by a good woman... and now the it hits its climax, when the oldman left! Nelly D'Angelo, she is only the victim of time!

    I could feel the pain that she is suffering.. Weirdo, you've gotten me crying again and again.. well done!

    #snmbn#

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, i did. and it is a very good song. thanks anyway ^^,

      hmmm.. semuanya mangsa keadaan. manusia macam tu lah kadang-kadang. selalu dengar dari sebelah pihak je. lagi satu dia x tahu, terus dia buat andaian macam-macam. manusia. always make mistakes and there's nothing we can do about it.

      Delete
  3. salam emy..boleh email akak tak..redskat7@gmail.com

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes