Nafasku Hanya Untuk Dia -bab 22-



bab 22

Apabila Ainul kembali semula ke bilik tetamu 20 minit kemudiannya, dia mendapati pancur air masih lagi berbunyi. Dia melangkah masuk ke dalam bilik mandi dan dia tidak dapat melihat bayangan tubuh suaminya dengan jelas di sebalik kaca berwap itu tetapi dia tahu yang Mirza masih lagi di dalamnya dan tidak bergerak walaupun sedikit. Dia mengeluh dan menggigit bibirnya sebelum memasuki ke dalam bilik mandi itu bersama Mirza.

Mirza berdiri dengan belakangnya menghadap pintu bilik mandi, kepalanya ditundukkan di bawah pancuran yang kuat dan tangannnya disandarkan pada dinding. Lelaki itu tidak menyedari kehadiran isterinya sehinggalah tangan kecil Ainul menyentuh bahu tegap miliknya.

Mirza ternyata terkejut dengan sentuhannya dan secara lembut dia menggerakkan tangannya ke dada sasa suaminya. Ainul menarik lembut tubuh suaminya ke belakang supaya dia dapat meletakkan pipinya di belakang tubuh Mirza yang hangat. Kedua-dua tangannya memeluk pinggang lelaki itu dan dia dapat merasakan betapa kencang jantung suaminya berdegup ketika itu.

"I'm sorry," bisik Ainul, memberi beberapa kucupan hangat di tubuh Mirza. "I'm so sorry, Mirza." Mirza menggeletar sesaat sebelum berpaling dan membenamkan wajahnya pada rambut Ainul yang masih kering. Mereka berdiri seperti itu buat masa yang lama sebelum Mirza mengangkat muka dan memandang isterinya. Matanya basah dek air mata dan dia memegang wajah Ainul sebelum mengucup isterinya dengan penuh ghairah.

Dia tidak berbuat apa-apa melainkan cuma mencium Ainul seolah-olah dia tidak akan berpeluang untuk melakukannya lagi. Dia mengucupnya seperti seorang lelaki yang tahu bahawa dia akan pergi ke sesuatu tempat dalam jangkamasa yang lama. Kehilangan nafas, Mirza mengangkat kepalanya dan merenung wajah Ainul yang bingung.

"Kau cantik sangat," bisiknya lembut. "Satu-satunya anugerah yang paling indah dalam hidup aku. Aku tak boleh tinggalkan kau kat sini. Bukan sekarang."

"I'll be fine," Ainul memberi jaminan, kali ini dia pula yang mengangkat tangannya dan membelai wajah suaminya yang kusut itu. "Baby kita pun insya-ALAH okay. Sayakan ada Lily dan Suhairi.... Awak kena jaga keluarga awak sekarang, Mirza."

"Kau pun keluarga aku juga," Mirza mengulangi semula ayatnya petang tadi. "I have to take care of you too."

"No." Ainul menutup pancur air tersebut dan bertemu mata dengan suaminya. "Saya boleh jaga diri saya sendiri. And to be honest, having you here when you should be with your family, will simply add to my stress." Mirza tidak berkata apa-apa buat seketika sebelum menutup matanya dan mengangguk dalam enggan.

"Fine," dia menarik nafas dalam. "I'll arrange my flight immediately." Ainul membuka pintu dan mencapai beberapa helai tuala yang tergantung di sebelah bilik mandi, menyerahkan satu pada suaminya sebelum membalut dirinya sendiri, gembira kerana dapat menutup tubuhnya yang besar sekali lagi.

Satu jam kemudiannya Ainul dan Mirza sedang berdiri di hadapan pintu rumah mereka. Pemandu kereta sabar menunggu di sebelah kereta sedan hitam berkilat yang diparkir di hadapan rumah.

"Janji dengan aku yang kau akan makan," tegas Mirza dan Ainul mengangguk perlahan, tahu yang suaminya perlu mengosongkan fikiran dengan apa sahaja yang bakal berlaku. "Dan kau akan hubungi Dalily dan Suhairi kalau kau rasa tak sihat." Anggukan buat kali kedua. "Dan kau akan ingat untuk ambil vitamin kau?"

"Saya janji...."

"Kau cakap je macam tu... tapi kau selalu lupa... Aku dah faham sangat dengan kau ni," Mirza menggelengkan kepalanya, kecewa. "It is important for your health, hummingbird and you no remember to take. It drive me crazy. I worry..." Itu tandanya si suami sudah mula bimbang dan tertekan menyebabkan dia sudah tidak mampu berbahasa Inggeris dengan sempurna. Ainul melangkah merapati Mirza dan menghadiahkan sebuah ciuman di pipi lelaki itu.

"Apa kata awak telefon Zura dan Lily bila awak dah sampai di sana?" Ainul mencadangkan, lembut. "Dan kalau awak risau sangat dengan saya yang asyik lupa ni, awak ada mereka untuk ingatkan saya."

"Ya," Mirza mengangguk bersetuju. "Insya-ALLAH. Please Ainul, call me. Anytime.. Kalau kau perlukan apa-apa, kalau kau nak berbual... telefon aku. Aku akan telefon kau setiap hari..." Suaranya mula serak dengan emosi dan Ainul mengukir senyuman sebelum mengangguk sekali lagi.

"Baguslah kalau macam tu.." katanya perlahan, tidak pasti jika suaminya ada masa untuk berbual dengannya setiap hari. "Now you'd better go before you miss your flight," Mirza mengangguk dan menarik isterinya ke dalam pelukan sebelum melepaskannya tiba-tiba dan berjalan ke arah kereta.

Ainul berpatah balik masuk ke dalam rumah dan di ketika itu, dia terasa kehilangan. Tidak pasti hendak ke mana, akhirnya dia berhenti di hadapan bilik kerja Mirza. Dia sudah berada di dalam bilik itu beberapa kali sebelumnya dan kebiasaannya waktu itu dia ditemani oleh suaminya. Kini dia terasa bagai dia telah menceroboh masuk ke dalam kawasan peribadi milik Mirza pula. Tetapi itulah satu-satunya tempat yang mampu membuatkan dia terasa dekat dengan lelaki itu.

Bilik itu benar-benar kena dengan citarasa suaminya. Satu-satunya bilik yang Mirza berkeras ingin menghiasnya sendiri. Dia telah menyerahkan segala kerja di dalam rumah pada Ainul dan Ainul tahu tentangnya kerana lelaki tersebut tidak pernah peduli akan dekorasi rumah itu memandangkan Mirza tidak pernah terniat untuk menjadikan rumah itu sebagai tempat tinggal tetapnya.

Kini apabila dia melihat pada bilik yang serba gelap itu sekali lagi, dia tersedar bahawa betapa bezanya tempat itu berbanding dengan bilik-bilik lain di rumah mereka dan hatinya kecewa mengenangkan yang itu adalah petanda betapa keruhnya perhubungan mereka sejak dari dulu. Ainul melabuhkan punggung di sofa kulit berwarna hitam, bersandar dan menangis membayangkan kehidupan yang akan dilaluinya jika dia adalah wanita yang Mirza cintai sejak mula. Puas bersedih, dia berdiri dan mengelap air matanya sebelum melarikan tangannya pada perut yang sudah membulat besar.

"You and I will make our own lives, darling," janji Ainul. "And we'll be so happy. Just you wait and see."

__________________________________________________________

Mirza mengotakan janjinya. Dia telah meminta Lily dan Zura untuk menjaga isterinya dan mengingatkannya supaya mengambil vitamin dan berehat setiap hari... tetapi janji cuma sekadar janji. Sebulan sudah berlalu, masih tiada khabar berita dari suaminya, panggilan telefonnya juga bukan bersifat peribadi dan hanya bertahan selama tiga minit sahaja selalunya.

Apabila Ainul pula cuba menghubungi Mirza, lelaki itu tidak pernah ada, kalau tidak pun panggilannya dijawab oleh suara dingin dari beberapa orang wanita dan menggesanya supaya memutuskan talian. Ainul tiada pilihan melainkan mengikut kata-kata mereka.

Dia mengesan jejak suaminya menerusi berita; online, televisyen dan surat khabar, kematian Alfredo Abdullah; ayah mertuanya dan Mirza yang akan mengambil alih empayar perniagaan ayahnya menjadi tajuk hangat dan tidak sehari pun nama keluarganya tidak disebut di dalam apa jua jenis media massa. Telah banyak artikel berunsurkan kritikan mengenai isteri Mirza yang digin dan sombong dan ramai yang memuji Nelly kerana sentiasa bersama dengan suaminya tatkala susah ataupun senang.

Tiada satu pun cerita tentang kandungannya yang sarat yang menyebabkan dia tidak boleh berjalan jauh. Beberapa wartawan tempatan telah menghubunginya, mahukan cerita daripada pihaknya pula dan penolakan Ainul untuk ditemu bual atau untuk memberi sebarang komen telah mencurahkan lagi minyak ke dalam api yang sedang marak. Akhirnya, mereka membiarkan dia bersendirian, teruja untuk menulis apa yang mereka mahukan dan di setiap artikel tersebut, mereka memberi kritikan tentang sikapnya yang telah mengabaikan si suami yang sedang bersedih hati.

Ainul mengeluh lemah, sambil dia merenung titisan air hujan yang jatuh mencurah ke bumi. Luka hatinya kerana terlalu merindui Mirza dan berharap agar dia dapat berbual dengan suaminya. Bayinya bergerak-gerak dan Ainul tersentak, terasa sakit sedikit apabila kaki kecil itu menendang kuat hampir pada tulang rusuknya. Dia bernyanyi kecil dan membelai lembut perutnya.

"Ainul?" Suara perlahan itu datang daripada belakang membuatkan Ainul hampir sahaja terlompat dan dia menjerit sebelum menoleh untuk memandang Lily dan Suhairi yang sedang berdiri di ambang pintu.

"Ya ALLAH, kau orang ni buat aku terkejut je," Ainul menarik nafas dalam apabila mereka melangkah masuk ke dalam bilik, tiada senyuman di wajah mereka, kedua-duanya kelihatan muram. "Kenapa? Ada sesuatu berlaku ke?"

"Ain.. Kitorang kena bawa kau keluar dari sini," gesa Lily sambil mendekati sepupunya.

"Apa? Kenapa?"

"Nanti kami cerita bila kita dah keluar...."

"Tak nak," Ainul menggelengkan kepalanya. "Bagitahu aku sekarang. Mirza ke? Dia sakit?"

"He will be once I get done with him," tiba-tiba Suhairi mengugut dalam amarah.

"Abang, bukan sekarang," dengus Lily dan mata Ainul bertemu dengan mata lelaki itu, keliru.

"Aku tak faham..." Pandangan bingungnya beralih dari wajah Lily yang gelisah ke wajah Suhairi yang sedang menahan marah. "Apa yang dah terjadi?"

"A story just broke in the European newspapers...."

"Cerita apa?" tanya Ainul, teruja dan Suhairi beristighfar perlahan.

"Sweetheart we can discuss it later, for now we have to leave before the vultures descend."

"No, Suhairi," Ainul masih berdegil. "Aku takkan tinggalkan rumah ni selagi aku tak tahu apa yang kau nak cakapkan tu." Rahang Suhairi menegang dan ekspresi wajahnya menunjukkan bahawa dia kecewa dengan sepupu isterinya.

"Ain, diorang cakap yang Mirza telah diugut untuk berkahwin dengan kau. Yang dia buat semua tu semata-mata demi ayahnya. Ada orang kata lagi yang bila Mirza balik je ke sini, dia akan ceraikan kau."

"Aku tak pernah pula terfikir pasal tu," Ainul berbisik pada dirinya sendiri. "Mestilah dia dah bebas sekarang. Sebab tu lah aku dah lama tak dengar berita dari dia... aku patut perasan tentang perkara tu."

"Ainul, don't you dare beat yourself up about it. If the divorce rumors are true then he's a bastard for abandoning his pregnant wife when she needs him most," tingkah Suhairi.

"No, I'm happy for him. He was trapped...."

"My God, it's like you have battered wife syndrome. Stop making excuses for him, he's an ass who hurt you time and again." Apabila melihatkan yang Ainul ingin memprotes, Lily mencelah perbualan mereka.

"Jom sayang, kita kemas barang kau dan pergi dari sini," sepupunya mengambil alih, memegang tangan Ainul dan membawanya naik ke bilik. Lily memandang tajam pada suaminya yang masih lagi ingin menyambung kata-katanya.

Seusai sahaja Ainul sampai di rumah Suhairi dan Lily, dia memutuskan untuk melelapkan mata buat seketika. Baru sahaja hendak terlena, dia terdengar suara suaminya dari kejauhan. Dia mengerutkan dahi dan duduk tegak, menolak helaian rambutnya jauh dari muka. Ainul melangut, tidak pasti sama ada dia sekadar bermimpi ataupun realiti, sehinggalah dia terdengar lagi suara itu. Ia memang Mirza, tanpa ragu-ragu lagi dan nadanya kedengaran gelisah.

Ainul bingkas bangun dari katil dalam kepayahan sebelum membuka pintu bilik sedikit. Kali ini dia dapat mendengar dengan jelas perbualan itu.

"Aku tak ada kaitan dengan cerita tu," protes Mirza. "Dan aku cukup tak suka bila ada orang cuba jauhkan keluarga aku dengan cara macam ni."

"Dia tak nak jumpa kau, Mirza," beritahu Suhairi  bersama pandangan tajam dan suasana senyap sunyi seketika.

"Mungkin tak," akhirnya Mirza mengalah dalam diam. "Tapi itu sebab dia tak tahu lagi apa yang dah berlaku. Aku perlu jelaskan semuanya dekat dia. Aku nak bercakap dengan isteri aku..."

"Nak jelaskan apa lagi? Yang kau dah curang dengan dia sejak hari pertama korang berdua kahwin? Lepas tu sempat lagikan kau luangkan masa dengan perempuan tu dekat Itali. Kau tak tahu ke isteri kau yang tengah sarat mengandungkan anak kau tu, hari-hari dia tunggu panggilan dari kau?"

"Aku tak pernah curang pada dia," jerkah Mirza. "Not in deed and not in thought. Not once. Dia tahu tu."

"All she knows is that her husband left nearly two weeks ago, supposedly to attend his father's funeral but then started divorce proceedings once he realized that nothing nothing was tying him to his wife anymore."

"There's a hell of a lot tying me to my wife, Suhairi," Mirza mengetapkan giginya. "Our baby for one."

"Oh please, we know how little you actually want that baby, Mirza Aiman."

"Aku mahukan dia," kata Mirza perlahan, terlalu perlahan membuatkan Ainul hampir sahaja tidak mendengarnya. "Aku mahukan mereka berdua..."

"Sudahlah," Ainul tidak mampu bertahan lagi, dia menuju ke dalam ruang tamu di mana Suhairi dan Lily sedang berdiri di sebelah kanan ruang itu dan Mirza pula di sebelah kiri. Wajah Mirza berubah tatkala terpandang tubuh isterinya.

"Ainul," bisik Mirza. "Bukan ini yang sepatutnya kau dengar."

"It doesn't matter," Ainul mengangkat bahunya lemah. "Saya penat.. Saya dah penat dengan semua ni, Mirza."

"Aku tahu, hummingbird tapi semuanya akan berubah menjadi baik. Aku janji."

"Saya tak pasti kalau saya boleh..." Ainul menggelengkan kepala, pilu dan Mirza mengeluh sambil merapatkan lagi jarak di antara mereka, sebelum menarik isterinya lembut ke dalam pelukan.

"Insya-ALLAH kita boleh. Aku takkan ceraikan kau, Ainul. Tiada sebab untuk kita berpisah..."

"Mirza please just.. shut up!" Ainul menyinga, menolak lelaki itu jauh darinya dan raut wajah Mirza berubah menjadi kucam tetapi mulutnya tertutup rapat. "If you won't divorce me then I'll be the one divorcing you. Saya tak perlukan seorang suami yang rasa terbeban bila bersama dengan saya. Awak tak ada sebab untuk tinggal dengan saya lagi dah. Saya boleh jaga diri saya dan baby ni. Saya tak perlukan awak dan juga rasa bersalah awak tu. Awak bebas untuk pergi. In fact, I want you to go."

Mirza tidak berkata apa-apa, cuma merenung sayu isterinya. Dia hanya kaku di situ.

"Ya ALLAH, awak pergilah dekat perempuan yang awak sayang sangat tu! Pergi balik pada Nelly." Ainul berpaling dari lelaki itu, melangkah pergi secepat mungkin tetapi terhenti pergerakannya ketika suaminya mengeluh berat.

"God, you are the most contrary little woman! Aku tak cintakan Nelly. Aku tak rasa yang aku pernah cintakan dia pun. Mungkin dalam masa lima saat masa aku kahwin dengan kau dulu, aku rasa yang aku cintakan dia. But I was disabused of that notion pretty damned early on in our marriage. I don't love her... and I have no idea why the hell you're so fixated on her."

Ainul menoleh ke arah suaminya dalam geram, mengabaikan Suhairi dan Lily yang sedang menyaksikan drama sebabak mereka itu.

"Maybe I'm fixating on her because every time you go to Italy, the papers and Internet are full of pictures of you two attending the same functions, touching or dancing! Don't you dare insult my intelligence by saying that it meant nothing. I mean, how the hell could she be the other woman? I was the other woman. Satu keluarga awak tahu, ayah saya tahu... Saya pun tahu."

"Kehidupan sosial kami sama, Ainul. Dia akan sentiasa ada dekat mana-mana majlis yang aku pergi. Dia tu cuma kawan lama. Aku anggap dia macam adik aku sendiri je. Aku tak pernah inginkan dia, aku tak cintakan dia dan aku tak nak dia! Those are feelings reserved for you... only for you," suaranya mendalam dan raut wajahnya tenang. Matanya memandang lembut pada isterinya ketika dia membuat pengakuan itu.

Mirza tidak pernah mencintai Nelly? Dan kalau betul.. mampukah dia mepercayai suaminya? Ainul tidak tahu akan jawapan pada persoalan itu dan beberapa saat kemudiannya, dia sudah langsung tidak mengambil peduli apabila tiba-tiba dia terasa sakit yang teramat.

p/s : yeah, new entry. selamat membaca ^^,  
post signature

15 comments :

  1. best akak :)cepat sambung ;) fighting !

    ReplyDelete
  2. thank you :) insya-ALLAH, akak try habiskan secepat mungkin okay ^^,

    ReplyDelete
  3. Hi Weirdo! Tq!

    Breathless.. really breathless.. what did he just addressed Ainul? Contrary little b***h???? What right does he own for that? I could feel her Weirdo! Deep inside her!! Oh.. my tears running again!!!

    Egomaniac Mirza!!! Hate that man!!

    #snmbn# - Emo mood!! Grrr!!

    ReplyDelete
  4. hello.

    haha. lelaki kalau dah marah, macam tu la jadinya.ops~

    dia lelaki yang ego yet she still loves him. :)

    jangan emo2 okay. emo skjap je xpe. hahaha.

    ReplyDelete
  5. Well, I don't think when he said b***h, he actually meant that way... as we know, he has feelings for her... I see it as the writer's incorrect use of that word.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah, he doesn't really mean it. but okay, saya tukar kalau perkataan tu mengganggu certain pihak. sorry.

      Delete
    2. Is this going to be published dik?

      Delete
    3. Btw, saw the change... I am actually not affected by the b word... But in the context of the story, the b word does not apply here... Mirza is for sure angry with Ainul but with his changing feelings for her, that word would be too strong a word.

      Delete
    4. okay, sorry again. you're right. since he already falls in love with his wife, dia x patut sebut macam tu lagi dah. thanks for your insight anyway :)

      er, publish jadi novel ke publish dekat blog ke publish comment?

      kalau untuk real novel, then the answer is nope. cerita ni terlalu pendek. only around 200 pages. kalau saya nak buat lagi panjang, saya terpaksa ubah semua. ini memang perangai saya. i can't help it. so, bolehlah semua baca cerita ni sampai habis dekat blog.

      kalau boleh, saya nak bukukan cerita ni, tapi saya tak ada masa and saya tak reti.


      Delete
  6. Well written!
    Like2! I want more~~ please :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you. insya-ALLAH esok saya publish new entry :)

      Delete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes