Nafasku Hanya Untuk Dia -bab 23-





bab 23

Mirza, Suhairi dan Lily laju bergerak ke arah Ainul, bimbang tetapi suaminya mendahului mereka. Lelaki itu memeluk pinggangnya sebelum sempat dia rebah ke lantai.

"Kenapa ni?" tanya Mirza, gelisah.

Ainul menarik tangan suaminya dan diggenggam kuat ketika dia merasakan kesakitan itu semakin memuncak. Buat beberapa ketika, sakit itu berkurangan dan akhirnya menghilang. Ainul cuba berdiri tegak sambil memandang wajah Mirza yang sudah pucat.

"Baby kita..." bisiknya dalam ketakutan. "Saya rasa dia dah nak keluar.."

"No, no, no, dia tak boleh keluar sekarang. Lagi sebulan patutnya kau lahirkan dia! Kau pasti ke?"

"Saya asyik cramp sepanjang hari ni tapi saya ingatkan mungkin sebab tekanan je," lirih Ainul selepas kesakitan itu semakin reda. "But now I think I'm having contractions."

"Okay, it's okay," pujuk Mirza sambil memeluk kuat tubuh isterinya. "We'll be fine. Kita kena bawa kau ke hospital."

___________________________

Ainul sudah puas bertengkar, merayu, memujuk, dan mencari pelbagai alasan tetapi Mirza tetap menolak untuk berganti dengan Lily sewaktu Ainul hendak bersalin nanti. Akhirya, Lily membuat keputusan untuk tidak mengikut mereka ke hospital, mengatakan bahawa lebih baik jika sepupunya itu ditemani oleh suaminya sediri. Terkejut dan terluka dengan kata-kata itu, Ainul mengelak dari memandang dan bercakap dengan sepupunya sewaktu Mirza mengiringinya ke kereta. Lily kelihatan ceria sahaja dan tidak perasan langsung akan rajuk Ainul. Tetapi dia berjanji bahawa dia dan Suhairi akan ke hospital kemudiannya.

_______________________________________________________

"Dia buat apa yang dia rasa bagus untuk kau, hummingbird," Mirza cuba mencari jalan ke hospital. Ainul hanya merenung jauh di luar tingkap kereta gara-gara takut dan marah dengan suaminya sendiri. "She knew that I would have insisted and we'd have just wasted time arguing futilely about it."

"Saya nak seseorang yang saya boleh percaya berada di sisi saya," tiba-tiba Ainul berkata, memakukan pandangannya di jalan raya di hadapan. Mirza tidak membalas tetapi dari ekor mata Ainul, dia dapat melihat cengkaman tangan suaminya pada stereng kereta semakin kuat dan dia tahu lelaki itu terasa dengan kata-katanya tadi. Perjalanan mereka berlalu dengan pantas dan sebelum Ainul sedar, dia sudah dimasukkan ke dalam klinik elit peribadi yang telah diatur oleh Mirza beberapa bulan dahulu. Baru pertama kali dia sakit sebegini, suaminya sudah pucat lesi.

Masa tetap berjalan seperti biasa, tetapi masih lagi tiada perkara menarik yang berlaku. Doktor sudah mengesahkan bahawa dia akan melahirkan anak dalam jangka masa terdekat tetapi beliau memberi jaminan kepada mereka yang ianya normal bagi kaum ibu bersalin beberapa minggu awal daripada tarikh yang dijangka. Mereka mengambil langkah berjaga-jaga disebabkan oleh Ainul yang mengalami masalah kesihatan di sepanjang kehamilannya. Doktor memantau keadaannya dengan penuh teliti dan menenangkan Mirza yang sudah resah gelisah di sisinya.

Hampir lima jam berlalu. Mirza masih lagi mundar-mandir di hadapan Ainul yang sedang terbaring di atas katil hospital.

"Masya ALLAH, pergilah minum kopi ke atau berehat, awak buat saya jadi gila tahu tak!"

"Aku takkan tinggalkan kau. Macam mana kalau kau sakit lagi? Macam mana kalau air ketuban kau pecah dan mereka bawa kau ke bilik bersalin? Macam mana kalau ada komplikasi?" tanya Mirza, serak suaranya. Dan Ainul menjulingkan matanya, geram.

"Takat nak minum kopi tu tak ada masalah pun Mirza," keluh Ainul tidak sabar.

"They could," tingkah Mirza, degil.

"Unlikely."

Mirza tidak menjawab, cuma terus melabuhkan punggungnya di sebelah katil isterinya. Mereka berdua senyap buat beberapa minit kemudian.

"Kenapa awak ada kat sini?" Ainul tiba-tiba bertanya dalam kepenatan.

"Sebab di sinilah tempat yang sepatutnya aku berada," balas Mirza spontan dan Ainul memejamkan matanya, rapat.

"Kenapa awak nak duduk dekat sini?" Ainul masih lagi bertanya.

"Kau isteri aku, hummingbird. Kau mengandungkan zuriat aku," Mirza meletakkan tangannya di atas tangan Ainul. "I belong here."

"You don't belong here," bisik Ainul.

"I do."

"Awak ada kehidupan yang lain, keluarga yang nak awak pulang ke rumah, perempuan yang awak cinta tu pun ada dekat sana. Awak tak perlu berada di sini, Mirza," Ainul menggelengkan kepalanya, air mata hampir sahaja mengalir keluar dari kelopak matanya.

"Aku ada kehidupan bersama dengan kau. Itu je yang penting bagi aku buat masa sekarang ni," tegas Mirza. "Aku ada isteri yang pernah mencintai aku sekali, dan mungkin... suatu hari nanti, berani untuk mencintai dan mempercayai aku lagi. Aku tak perlu berada di sini tapi aku mahu berada di sini."

"Dah macam-macam benda berlaku dekat kita berdua. Dua tahun yang terlalu menyakitkan," bisik Ainul dan tangan Mirza menggenggam lembut tangan isterinya. "Saya tak boleh jadi balik gadis naif yang pernah mencintai awak sepenuh hati dia, Mirza."

"Tapi mungkin... dia mampu mencari jalan untuk menyayangi semula lelaki yang serba kekurangan ni?"

"Dah banyak kali awak lukakan hati saya," Ainul mengakui. Membuka matanya dan bertemu dengan pandangan lelaki itu.

Mirza mengeluh berat mendengarnya.

"Aku tahu."

"In so many ways."

"Aku tahu."

"Kenapa saya perlu maafkan awak dan mencintai awak sekali lagi? Kenapa saya perlu membuka hati saya pada lelaki yang mungkin akan menghancurkannya semula?"

"You probably shouldn't," Mirza tersenyum pahit. "But i wish you would."

"Saya tak boleh," bisik Ainul, air mata berlinangan di pipi pucatnya dan Mirza mengangguk sedikit, menyeka titisan air mata itu.

"Aku tahu," kata Mirza sekali lagi, sebelum mendiamkan diri.

___________________________________________________

Air ketuban akhirnya pecah empat jam kemudiannya dan Ainul dipindahkan ke bilik bersalin. Mirza terus-terusan menenangkan isterinya.

Ainul tidak berkata apa tetapi dia bersyukur kerana suaminya ada di sisinya tatkala itu.

Walaupun Mirza cemas, dia cuba berpura-pura tenang demi isterinya.

Empat jam yang ternyata menyakitkan. Masih terbayang lagi apabila Mirza memegang kuat tangannya, ketika dia menyumpah ranah doktornya, mengugut jururawat yang ada di situ dan menangis tanpa henti.  Ainul meneran kesakitan buat kali terakhir. Keadaan kelam kabut seketika selepasnya.

Mirza masih lagi memandang isterinya, wajahnya bercahaya di sebalik topeng bedah yang dipakai itu. Dia menarik ke bawah topeng tersebut dan mendekatkan tubuhnya pada Ainul, sehinggalah bibirnya rapat dengan telinga isterinya.

"You're amazing, hummingbird. So incredible...." Terkejut, Ainul menjauhkan kepalanya dari bibir Mirza dan menoleh untuk merenung wajah suaminya. Tetapi mata Mirza sudah pun beralih pada doktor dan bayi kecil yang sedang dikendong itu.

"Here's the little lady who's been causing all that fuss and bother," wanita itu berkata ceria. "Congratulations Mr and Mrs Mirza you have a beautiful and perfectly healthy baby girl."

Ainul tersentak. Terasa bagai bumi menghempap tubuhnya yang kecil ketika itu dan terus matanya dihalakan ke arah Mirza. Tetapi dia ternyata terkejut sewaktu menyaksikan sesuatu yang tidak mampu dipercayainya jikalau tidak dilihat dengan matanya sendiri... dia melihat lelaki itu tersenyum gembira memandang bayi mereka yang telah diletakkan di dadanya oleh doktor tersebut.

Ainul terkilan ketika dia merenung bayi kecil itu dan tidak pasti apa yang patut dilakukannya memandangkan bayi lelaki yang diharapkan selama ini tidak menjadi kenyataan.

"Dia cantik sangat," ujar Mirza, tangannya diletakkan di atas kepala bayi mereka lalu membelai kulit halus dengan rambut yang masih basah dan lembut itu. "Cantik sangat anak kita, Ainul."

"Hmm," kata Ainul. "Cantik rasanya." Mirza mengerutkan dahi, keliru dengan reaksi isterinya.

"Ainul.. kenapa ni?"

"Your wife is exhausted, Mr Mirza. Give her time to recover and I'm sure she'll be fawning all over this little beauty in no time at all."


"Ya. Saya letih sangat," kata Ainul perlahan dan kening Mirza bertaut. Dia memerhatikan isterinya yang membelai lembut belakang badan bayi mereka, tetapi tidak sekalipun Ainul menatap wajah anaknya membuatkan Mirza merasakan bagai ada sesuatu yang tidak kena.

___________________________________________________________________

"She's gorgeous, Ain," lontar Lily dan Ainul tersenyum keletihan, menganggukkan kepalanya tanda menghargai komen tersebut.

Lily tidak perasan akan semangat sepupunya yang semakin berkurangan, ataupun dia sedar, tetapi mungkin dia menganggap bahawa Ainul cuma kepenatan sahaja. Suhairi datang lebih awal dari isterinya tetapi dia perlu ke tempat kerja selepas itu. Mirza pula, bersandar di dinding, tangannya disilangkan di dada sasanya dan kakinya juga disilangkan pada buku lalinya. Dia tidak berkata apa-apa tetapi Ainul sedar yang suaminya sentiasa memerhatikan segala pergerakannya.

Baru sahaja satu hari berlalu sejak bayi itu dilahirkan, dan Mirza hanya pulang ke rumah untuk membersihkan diri, menukar pakaian dan membawa pakaian isterinya bersama sahaja. Dia juga turut menyediakan sebuah beg kelengkapan bayi untuk anak mereka, ia dipenuhi dengan barangan kecil berwarna merah jambu dan putih yang dibelinya beberapa bulan dahulu sementara Ainul pula sibuk membeli barang mainan dan pakaian untuk bayi lelaki.

"Kau dah fikir ke nak letak nama apa?" Lily bertanya dan Ainul teringat kembali perbualan antara dia dan suaminya dahulu.

"Haritu kami dah bincang," kata Mirza buat pertama kali sejak Lily sampai sepuluh minit yang lalu. "Kalau diikutkan, dia nak letak nama Aniq, Amnan, Khalis ataupun Mirza." Lily mengerutkan dahinya.

"Nama lelaki je?" Dia bertanya dalam keliru.

"Kau lupa ke yang sepupu kau tu terlalu obses untuk dapatkan anak lelaki," Mirza mengejek.

"What a pity for her that she failed so dismally at achieving her goal." Bibir Ainul bergetar sedikit dan Mirza terus-terusan memprovoknya.

"She's so torn up by this inability of hers to do anything right, that she hasn't even bothered to look at our daughter. Atau pegang dia. Nak menyusukan dia apatah lagi. Kenapalah dia nak mengharapkan untuk menyayangi anak perempuan tu kalau dia tak boleh keluar dari perkahwinan ni? Bila dia tak mampu nak tawan hati ayah dia yang bongkak tu?"

"Ainul?" soal Lily, memerhati air mata yang jatuh berlingan di pipi pucat sepupunya. Mirza beristighfar perlahan, sebelum menjauhkan diri dari dinding dan duduk di atas katil untuk membawa isterinya ke dalam pelukan.

"Jangan menangis," bisik Mirza. "I'm sorry. Just don't cry."

"I'm sorry too," Ainul teresak-esak. "Betul cakap awak. Saya tak boleh tengok dia. Saya tak boleh nak pegang dia. Saya benci dengan diri saya sebab jadi macam ni tapi dia bukannya apa yang saya harapkan. Saya nak betulkan semula keadaan. Saya nak anak lelaki dan lepaskan awak daripada tanggungjawab awak pada saya. Saya nak akhirnya dapat juga buat benda yang betul di mata ayah saya...dan semuanya akan jadi sempurna."

"Kau benci ke dengan anak kita?" tanya Mirza sakit, membenamkan wajahnya pada rambut isterinya.

"Mestilah tak... saya sayang sangat dengan dia. Tapi saya rasa macam saya ni dah gagal..."

"Ya ALLAH, sayang, lepaskan je semua tu," dengus Mirza. "Let yourself love her. Allow yourself to be happy."

"Tapi macam mana dengan awak? Saya dah janji pada awak..."

"Cuba jangan ungkit balik benda tu," Mirza menggelengkan kepalanya sedikit. "Aku dah cakap kat kau sebelum ni kan yang aku tak nak keluar daripada perkahwinan ni. Dan kalau kau bagi aku anak perempuan sampai ke sudah pun, aku rasa bersyukur sangat."

 Ainul membuat bunyi sayu ketika dia membenamkan wajahnya pada leher Mirza dan menangis. Dia terlalu mahu untuk mempercayai suaminya.

Mirza membelai lembut tubuh Ainul. Beberapa ketika kemudian, Mirza melepaskan isterinya dan dengan lembut, dia membaringkan isterinya semula sehinggalah kepala Ainul mencecah bantal.

"Apa kata kau rehat, hummingbird dan bila kau bangun nanti, aku rasa dah tiba masanya untuk kau bertemu dengan anak kita dan sayangi dia seadanya. Sebab dia anak kita, dan tak ada sesiapa yang boleh gantikan dia."

Ainul merenung wajah kacak itu, tidak perasan akan sepupunya yang berdiri dan melangkah keluar untuk pulang. Bayangan semakin kabur selepas itu dan Ainul tertidur keletihan, tangan Mirza masih lagi digenggamnya erat.

p/s : new entry. :) yeah, dah nak dekat habis dah.. ^^ and sorry dengan penggunaan bahasa saya. ini first novel. so ayat macam tunggang langgang sikit. haha.

and korang nak tak dia berbaik dengan ayah? ending dulu, dia still x ngam dengan ayah dia. kalau nak, saya tukar ending dia.

post signature

Tags:

Share:

12 comments

  1. Hoping for happy ending, kesian Ainul hmm...thank you!

    ReplyDelete
  2. insya-ALLAH, ending dia saya x buat yang sedih2. :)

    thanks ^^,

    ReplyDelete
  3. Hi Weirdo! Tq..

    Another touching scenes. It's so sad when you torn apart of all you ever wanted! Hubby, child, father and all the sickening, miserable 2 years!

    Ending soon? Whatever, hope it would be the wise decisions especially for the little one! Mirza.... you're such... (better keep it to myself..)

    #snmbn#

    ReplyDelete
  4. hello! no worries ^^,

    yes, it will end soon. and lepas ni cerita pasal Suhairi and Lily pula :)

    insya-ALLAH, Mirza will know what to do later. he loves her, he loves them both. tapi dia kena usaha lebih untuk dapatkan balik kepercayaan dari isteri dia.

    ReplyDelete
  5. so touching but..happy at the same time...thanks Amy...

    ReplyDelete
  6. Sorry if i sound a bit demanding.. still, i want to ask for next entry :p
    keep up the good work, amy! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you :)

      haha. it's okay. nanti saya cuba post kan new entry asap ye. maybe tonight or tomorrow.

      but next week saya tak boleh janji. i'll be extremely busy later. dengan midterm and quiz bagai. so sorry.

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.