Nafasku Hanya Untuk Dia -bab 25-





bab 25

Tiga minggu kemudian..

Ainul menuju ke dapur untuk bersarapan dan mendapati suaminya sudah pun berada di situ, bersama surat khabar di tangan.

Mirza sudah pun menyiapkan Humaira dan diletakkan anak mereka di dalam bakul bayi di atas meja berhadapan dengannya. Humaira sedang tidur lena dan Mirza pula asyik dengan surat khabar tersebut membuatkan dia tidak perasan akan isterinya di situ. Memandangkan hari itu merupakan hari cuti bagi Zura, jadi Mirza sendiri yang telah menyediakan sarapan semangkuk bijirin, roti bakar dan secawan kopi untuk dirinya.

Ainul tersenyum melihat mereka, hatinya dipenuhi dengan rasa cinta pada mereka berdua.

"Selamat pagi," Ainul berkata ceria, sambil bergerak ke meja makan. Dia menghadiahkan sebuah ciuman di pipi bayinya dan kemudian, dalam keadaan teragak-agak, dia mengucup pipi suaminya. 

Walaupun Mirza semakin mesra dengannya kebelakangan ini, dia masih tetap merasa canggung. Tidak pasti jika dia boleh menyentuh dan mencium lelaki itu sepertimana yang dilakukan oleh suaminya. Ainul tahu dia bersikap naif tetapi dia tidak mampu menghalang perasaan itu dari bertandang di dalam hatinya. Mirza mengucapkan kata-kata cinta padanya setiap hari tetapi Ainul masih tidak boleh mempercayai suaminya. Dia selalu tertanya-tanya sama ada jika Mirza benar-benar memaksudkan setiap bait tersebut ataupun lelaki itu cuma mengatakannya kerana suaminya fikirkan itu yang mahu didengari olehnya. Ainul tidak memahami dirinya sendiri, kadang-kadang dia merasakan yang dia sudah mempunyai segalanya yang dia mahu tetapi ada masanya pula dia masih kurang percaya bahawa semua itu adalah benar. 

"Selamat pagi," Mirza tersenyum pada isterinya dan meletakkan surat khabar tersebut di sisi apabila Ainul menyediakan sarapan untuk dirinya sendiri dan melabuhkan punggung bertentangan dengan lelaki itu. Mirza berkelakuan mesra setiap masa sejak dua menjak ini. Dia seolah-oleh mendapat perhatian sepenuhnya dari suaminya : hal bisnes akan diketepikan, televisyen dimatikan, panggilan telefon ditamatkan dan laporan saham dibuang jauh-jauh setiap kali dia memasuki ke dalam mana-mana bilik.

Mirza ingin mengetahui tentang perasaannya, bagaimana keadaannya seharian, apa yang ingin dilakukannya. Mereka bersembang sepanjang masa, mereka menghabiskan masa bersama-sama dan Mirza tidak teragak-agak untuk menolongnya menguruskan Humaira. Mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri sekeluarga dan kedua-duanya teruja untuk membeli barang mainan untuk Humaira, barang yang anaknya masih belum boleh bermain lagi untuk tahun yang sangat lama. Mirza mengejutkannya dengan memberinya loket zamrud berserta anting-anting dan Ainul pula memberi suaminya sebatang pen Montblanc bersama nama Humaira dan namanya terukir pada pen itu. Sambutan Hari Raya mereka biasa sahaja, mereka hanya menjemput Suhairi, Lily dan adik perempuan Suhairi untuk berbarbeku bersama-sama. Mereka mempunyai kehidupan yang sangat indah.... jadi mengapa Ainul masih tidak boleh mempercayai suaminya?

Ainul tahu sikapnya itu telah mengecewakan hati Mirza. Ah, dia juga turut kecewa tetapi dia perlukan lebih dari itu. Dia cuma masih tidak tahu apa yang dia mahukan.

"Aku ingat nak bagi kau rehat je," kata Mirza, sambil menyisip kopinya. "Dengan karenah Humaira and permintaan aku malam tadi, kau tak dapat tidur yang cukup." Muka Ainul memerah dan dia cuma memandang bijirinnya.

"Terima kasih," ujar Ainul. Telefon bimbitnya berdering dan Ainul segera mendapatkan telefonnya yang diletak di atas kaunter dapur. Sekilas pandang pada skrin memberitahunya bahawa itu adalah Lily.

"Hey," 

"Hey yourself birthday Girl," kata sepupunya dan Ainul terpana. Hari ini merupakan hari jadinya. Dia benar-benar terlupa. "Suhairi dengan aku nak bawa kau dan Humaira keluar makan tengah hari kejap lagi. Kami belanja. Tapi kitorang ingat nak shopping sikit sempena hari jadi kau."

"Aku tak pastilah..."

"Jangan nak bantah cakap aku, okay. Aku tahu Mirza mesti faham punya. Takkanlah dia nak biarkan kau sambut hari jadi kau sorang-sorang pula masa dia pergi kerja.. dan dia boleh ambil kau balik petang ni." Ainul menjeling ke arah Mirza, yang sedang mengagah Humaira yang baru sahaja terjaga dari tidurnya. Senyuman terukir di bibirnya ketika dia memerhatikan suaminya yang sedang asyik melayan anak perempuan mereka. Humaira kelihatan bingung tetapi sekurang-kurangnya dia tidak merengek.



Ainul mengalihkan perhatiannya pada perbualannya dengan Lily, dia pasti yang Mirza tiada klu bahawa hari itu merupakan hari jadinya dan dia tidak mahu memaklumkan suaminya tentang hal tersebut, tidak apabila dia tahu Mirza yang baru ini pasti akan berang jika dia sendiri tidak mengetahui tentang perkara itu. 

"Uhmm.. okay, pukul berapa kau nak jumpa?" Ainul dan sepupunya berbincang buat seketika dan Ainul mematikan talian selepas mereka sudah menetapkan rancangan mereka.

"Kau nak jumpa Dalily?" tanya Mirza, dia mengangkat Humaira dari carriernya dan mengendongnya, sementara si kecil itu sibuk menghisap ibu jari ayahnya.

"Ha'a, boleh tak kalau saya nak shopping sikit dengan makan tengah hari dengan dia?"

"Boleh. Kau nak aku bawa Humaira ke pejabat ke masa kau keluar nanti?" Ainul tersenyum mendengar tawaran itu, tahu bahawa Mirza sangat teruja untuk menunjukkan anak perempuan mereka kepada para pekerja suaminya.

"Saya tak kisah sebenarnya Mirza, tapi selagi awak tak ada susu badan, saya tak rasa yang dia boleh berjauhan dengan saya selama beberapa jam nanti." Mirza menyeringai. Ainul tahu Mirza rindukan anaknya ketika dia bekerja. Selepas sebulan bercuti, Mirza mengelat untuk bekerja semula tetapi dia tetap menelefon mereka setiap hari, dengan mengatakan bahawa dia rindukan "gadis-gadis kesayangannya."

Ainul memerhatikan suaminya yang sudah beralih perhatian kepada Humaira semula sambil menyisip kopinya.

"Mirza, awak tahu ke siapa yang bocorkan rahsia pasal perkahwinan kita dekat wartawan tu?" Ainul terkejut mendengar soalan yang terkeluar dari mulutnya itu dan dia perasan yang suaminya juga terpana ketika mendengarnya.

Mirza memandang Ainul.

"Kakak sulung aku, Syafiah, dia yang ceritakan pasal bisnes keluarga pada salah seorang kawan dia. Bila ayah aku meninggal, cerita tentang keluarga kami terpampang dekat surat khabar selama beberapa minggu dan 'kawan' dia tu nampak peluang keemasan untuk mencari duit lebih. Bukan perkahwinan kita je yang masuk dalam akhbar, keguguran kakak kedua aku Balqis disebabkan kecuaian dia sendiri pun ada dalam berita, kecurangan suami kakak aku Sofi..." Mirza menggelengkan kepalanya, meluat. "Cerita tentang kita menjadi topik hangat sebab ia melibatkan ayah kau sekali. I was so busy doing damage control after the news of Balqis' pregnancy and subsequent abortion that when the story of our marriage first hit, I wasn't even aware of it, until my mother brought it to my attention. Aku tinggalkan segala-galanya dan balik ke rumah kita. Aku tak sanggup kau fikirkan tentang aku sampai macam tu sekali... yang kau ingat aku ni terlalu mengharapkan penceraian tu tanpa berbincang dengan kau terlebih dahulu."

"Apa jadi dengan kawan dia tu?"

"Dia jual rahsia kita untuk wang. Tapi orang macam dia bukan pentingkan wang sebenarnya, dia nakkan nama. Jadi, aku buat sesuatu sampailah status yang dia ada sekarang ni bukan lagi menjadi milik dia. Dia tidak lagi dibenarkan untuk berada dekat dengan kami. Percayalah cakap aku, tiada hukuman yang lagi berat dari tu bagi perempuan macam dia. Syafiah pun menyesal dengan apa yang dia lakukan... dan beberapa syarikat penerbitan Itali sekarang disaman sebab menyalahgunakan fakta yang diberi dan menokok tambah maklumat yang tidak patut disebarkan. Contohnya macam aku yang kononnya akan menceraikan kau."

"Lagi satu..." Ainul terhenti.

"Lagi satu?" pinta Mirza.

"Kenapa awak tak telefon? Awak dah janji yang awak nak telefon setiap hari," bisik Ainul.

"Hummingbird, ayah aku baru je meninggal dunia, kakak-kakak aku, mak aku dan nenek aku semuanya tengah berkabung.... terlalu banyak yang perlu aku uruskan tapi, setiap kali aku bercakap dengan kau, apa yang aku mahukan ialah berada di sisi kau. Percayalah bila aku cakap, rasa nak balik tu kuat sangat sampai aku hampir je sewa kereta untuk ke airport selepas salah satu perbualan kita haritu. Aku keliru antara mengikut kata hati aku ataupun menunaikan tanggungjawab aku. Tapi kalau aku tak mengehadkan panggilan telefon kita, aku mungkin akan tinggalkan je amanah yang diberi pada aku tu."

"Takkanlah awak sanggup buat sampai macam tu sekali," kata Ainul, separa ketawa.

"Jangan pandang rendah dengan kehebatan kau, sayang. Aku mungkin akan lakukannya...dalam sekelip mata. Aku tahu yang aku pentingkan diri bila aku buat keputusan untuk tak telefon kau tapi itu saja caranya untuk aku menangani masalah kakak-kakak aku waktu tu. Dalam masa yang sama, aku kecewa dan benci dengan kau yang macam menjauhkan diri daripada aku. Aku pun takut kalau-kalau aku tersalah cakap dan akhirnya buat kau jauh lagi dari aku. It was driving me into the wall."

Ainul ketawa sedikit.

"Up the wall," Ainul membetulkan.

"Apa?" Mirza kelihatan bingung.

"It was driving you 'up the wall'.... not into it."

"Into the wall, up the wall, over the wall, whatever," Mirza mengangkat tangan tanda mengalah. "It was driving me crazy." Terpesona dengan kegagalan Mirza menggunakan ungkapan Bahasa Inggeris, Ainul ketawa sekali lagi dan memutuskan untuk membiarkan sahaja perkara tersebut. Humaira mula merengek dan Ainul mendapatkan anaknya sebelum menyusukan anaknya. Mirza menongkat dagu sambil memandang mereka berdua. Dia seronok memerhatikan Ainul menyusukan Humaira.

"Terima kasih sebab menjawab soalan-soalan saya," kata Ainul setelah lama membisu.

"Aku rela menjawab apa sahaja persoalan yang kau mahu," Ainul menganggukkan kepala.

"Baguslah." Ainul mahu bertanyakan suaminya tentang Nelly, tentang masa depan mereka.... tetapi dia perlu berjumpa dengan Lily. Mungkin nanti, Ainul berkata pada dirinya sendiri. Ainul mengabaikan sahaja suara kecil yang datang dari dalam kepalanya yang menggelarnya seorang pengecut.

______________________________________________________________

"So what are the plans for tonight?" Lily bertanya ingin tahu ketika Ainul sedang menikmati sepotong kek mousse sebagai pencuci mulut.

"Mungkin tak ada apa-apa kot," Ainul mengangkat bahu. "Mirza pun tak tahu hari jadi aku bila."

"Oh," Lily memandang ke arah lain buat seketika sebelum memandang sepupunya semula. "Kau nak aku bagitahu dia ke?"

"Tak perlulah. Nanti dia rasa serba salah pula kalau dia dah tahu," Ainul mencebik.

"Well, at least he wouldn't be indifferent," kata Lily. "Which is probably what he would have been a year ago." Ainul menganggukkan kepala.

"Aku tahu..." Ainul terhenti. "Dia cakap yang dia cintakan aku... lebih kurang sebulan yang lalu. Dan dia masih sebut setiap hari semenjak dari hari tu. Tapi, aku tak tahu kenapa aku tetap tak boleh percayakan dia."

"Ainul, jelas sangat kot yang dia memang cintakan kau," ujar Lily.

"Ye ke?"

 "Ya.... aku rasa aku mula nampak cinta Mirza bila dia nak lupakan hutang aku tu tanpa sebab dan bila kau pengsan sebab amniocentesis kau dan mula menangis bila aku sampai ke sana. Betul cakap Suhairi, lelaki tu nampak teruk sangat bila kau tengah bersedih. Aku rasa yang kau patut mula percayakan suami kau, Ainul. Aku tahu dia dah lukakan kau sebelum ni tapi inilah masanya untuk kau menentukan sama ada kau boleh maafkan dia ataupun tidak. Sebab kalau kau tak boleh, tak ada gunanya kau orang berdua bertahan dalam perkahwinan ni dah. Tapi kalau kau boleh, aku rasa lelaki tu akan buat apa sahaja demi kebahagiaan kau sampai ke hujung nyawa."

______________________________________________________

Lily pulang ke rumah bersama Ainul petang itu. Dia memutuskan untuk mengadakan majlis hari jadi secara kejutan untuk sepupunya. Tetapi sejurus sahaja mereka tiba di rumah dan Mirza menelefon sepupunya mengatakan dia akan pulang lambat atas urusan kerja, Lily dengan sesuka hati membuli Ainul supaya memakai gaun labuh yang baru dibelinya tadi. Dia juga turut menelefon Suhairi dan mengatakan bahawa mereka akan membawa Ainul dan Humaira keluar makan malam di restoran mewah.

Ainul tiada hati untuk menyambut hari jadinya dan apabila mereka tiba sahaja di restoran tersebut, dia mengheret kakinya ke pintu masuk, di mana Suhairi sudah sedia menunggu di situ. Lelaki itu kelihatan sangat menawan dengan tuxedo yang dipakai dan sepadan pula dengan Lily, yang memakai gaun labuh yang baru dibelinya tengah hari tadi.

"Cuba tengok tu, ramai sangat oranglah..." protes Ainul. "Apa kata kita balik ke rumah je dan makan malam sama-sama?"

"Dah terlambat, Sunshine, kita dah ada kat sini, jadi kau ikut je arahan aku." Suhairi tersengih, sebelum mengucup pipi isterinya dan mengambil Humaira dari Ainul. "Selamat hari jadi, Ainul, kau nampak cantik sangat."

Yalah sangat, dengan gaun yang berwarna putih bercampur kelabu dan dikenakan sekali dengan pashmina membuatkan dia kelihatan bersinar-sinar malam itu dek pantulan cahaya dari lampu restoran. Dia berasa kurang selesa dengan gaun tersebut tetapi Lily telah pun memilihnya, mengatakan bahawa warna gaun itu menyerlahkan lagi wajahnya.



"Ish, korang ni tak terfikir ke nak buat reservations dulu?"

"Ainul, dengan status ayah and suami kau tu, kau ingat susah sangat ke kita nak masuk dalam restoran mewah macam ni?" Lily mengejek dan Ainul menggaru hidungnya, menyetujui kata-kata sepupunya. Lily melangkah masuk melalui pintu tersebut dan Suhairi beralih ke tepi untuk memberi laluan kepada Ainul.

Pelayan itu tersenyum dan mengiringinya tanpa bertanya apa-apa soalan. Terkejut, Ainul mengikut sahaja lelaki itu bersama kerutan di wajah. Pelayan tersebut membawanya melalui pintu kaca. Tempat itu dipenuhi dengan orang ramai dan tiada pula yang sedang duduk di situ. Ainul terkaku seketika apabila semua orang menoleh dan merenung ke arahnya. Makin keliru jadinya, tidak pasti apa yang sedang berlaku sekarang ini.

"Surprise!" Ainul hampir sahaja terlompat apabila tiba-tiba mereka menjerit dan akhirnya dia tersedar akan beberapa wajah yang dikenali di dalam bilik itu. Suhairi, yang sedang berada di luar bilik sehinggalah selepas kejutan tadi yang mungkin akan menakutkan Humaira, bergerak dan berdiri di sebelahnya.

"Apa semua ni sebenarnya?" bisik Ainul, panik dan keliru.

p/s : new entry. :) sorry lambat!


post signature
thank you for spending your time exploring my world :)


14 comments :

  1. bestnya akak.. :) cepat sambung ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you :) insya-ALLAH akak try okay. tapi xley janji bila. busy sangat. sorry!

      Delete
  2. Hi Weirdo! Tq

    Special surprise awaits Ainul? A lil fishy! If it's true, okay, I buy the idea of them teaming-up to please her!

    Mirza, you have to work triple xtra to make-up to her. Ainul, we're focusing for future.. Oh Weirdo, cinta itu sangat indah bila kita saling memberi dan menerima seadanya tanpa ada kekangngan yang membatasi penzahirannya. Feeling in love. Good, no more tears, its time for real honeymoon!! LOL.

    Take good care and study hard! <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello! yes, there is a special birthday surprise for Ainul! insya-ALLAH next chapter, kita akan tahu apa surprise yang akan Ainul dapat. ;)

      yep, betul tu. dalam perkahwinan ni, kena ada sikap toleransi. janganlah si suami or isteri je yang memberi. si lagi satu pasangan x buat apa2. biarlah setiap perkara dilakukan dengan penuh perasaan kasih sayang ^^,

      thanks a lot :DD

      Delete
  3. The cousins and hubby have teamed up to spring a surprise for Ainul...can't wait for the next entry.

    ReplyDelete
    Replies
    1. indeed they are. :) insya-ALLAH, i'll try to post it as soon as I can.

      Delete
    2. Is this story going to be published?

      Delete
    3. nope. this story is too short unfortunately. boleh nak buat panjang, tapi takut melalut entah ke mana. so, xpela.

      Delete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes