Nafasku Hanya Untuk Dia -bab 26-



bab 26

"It's a surprise birthday party, girl," usik Suhairi sebelum bergerak mencari isterinya. Semua orang tersenyum padanya, para tetamu perempuan pula sibuk mencium pipinya dan berjabat tangan dengannya. Ainul dapat melihat kelibat Alfie Hakimi dan kesemua kawan-kawan malam jumaat Mirza bersama adik perempuan Suhairi, Suhaila yang juga hadir ke majlis ini. Sempat gadis itu menepuk bahunya sambil mengucapkan 'selamat hari jadi' sebelum menghilang semula ke tempat lain. Ainul semakin keliru. Bagaimana semua orang boleh berada di sini? Bagaimana pula Lily tahu untuk menjemput Alfie Hakimi dan yang lain-lain?

"Happy birthday, my love," sepasang tangan yang cukup dikenali memeluk erat pinggangnya dan dia tersandar di dada sasa lelaki itu. Mirza menghadiahkan ciuman tulus di kepala isterinya. Ainul berpaling dari dalam pelukan suaminya dan merenung Mirza, terharu.

"Awak yang buat semua ni?" Ainul bertanya tidak percaya. "Tapi saya ingat awak tak..."

"Hummingbird," Mirza mencelah tidak sabar. "Aku bukannya bodoh, aku takkan ulang balik kesilapan lama aku tu. Aku cintakan kau dan aku nak buktikannya."

"Dah berapa lama awak plan majlis ni?" tanya Ainul.

"Sejak sebelum ayah aku meninggal lagi. Aku terpaksa tangguhkan majlis ni sampailah aku pulang balik ke rumah. Lagi-lagi bila Humaira dah lahir, lagi tak ada masa aku nak siapkan semua benda ni. But I wanted to do something special to make up for all the times your birthday was neglected or forgotten over the years." Ainul tahu kata-kata Mirza itu merujuk kepada ayahnya dan juga lelaki itu sendiri. Itu membuatkan Ainul berasa sangat terharu.

"Terima kasih," Ainul tersenyum dan menjengketkan kakinya untuk mengucup pipi suaminya. Lantas, Mirza menarik isterinya ke hujung bilik tersebut di mana tiada sesiapa di situ dan terus mencium Ainul dengan ghairah.

"Kau nampak cantik sangat," Mirza memberitahu.

"Awak pun apa kurangnya," kata Ainul, berundur setapak ke belakang untuk melihat suaminya yang segak berpakaian tuxedo.

"Hoi, sudah-sudahlah tu korang berdua," satu suara kasar mengganggu perbualan intim mereka dan kedua-duanya berpaling untuk melihat Alfie Hakimi yang sedang tersenyum sumbing.  "Mirza, tiap kali aku nampak kau dengan bini kau yang cantik rupawan ni, tangan kau tu tak habis-habis nak merayap kat badan dia. Agak-agaklah sikit bro." Alfie melangkah ke hadapan dan tersenyum mesra pada Ainul.

"Happy birthday gorgeous. We've missed you..." Ainul terdiam. Memikirkan bahawa mereka hanya bertemu sekali sahaja beberapa bulan yang lalu, hampir sahaja Ainul bersangka buruk pada kenyataan lelaki itu. Tetapi sinar keikhlasan di wajahnya, membuatkan Ainul percaya yang Alfie benar-benar memaksudkan setiap ayat yang dituturnya.

"Terima kasih," Ainul tersenyum. "Saya minta maaf sebab dah lama tak datang tengok korang main."

"Tak apa. Awak kan sakit, kami faham," putus Alfie. "Dan tahniah juga untuk anak perempuan awak. Mirza tak habis-habis tunjuk gambar-gambar dia dekat kitorang. Tak sabar pula nak jumpa dia in real life. Mana nya anak korang?"

 "Ada dengan suami sepupu saya," Ainul mencari-cari sebentar kelibat Suhairi dan ternampak lelaki itu yang sedang memegang Humaira sambil bersembang dengan adik perempuannya bersama rakan perniagaan Suhaila, Jason Love. Kumpulan kecil itu kemudiannya didatangi oleh rakan perniagaan Suhairi pula, Addam dan juga isteri Jason. Semuanya sibuk mengusik-usik anaknya yang masih tidur lena itu. Alfie yang ternampak bayangan Humaira, terus sahaja dia melangkah ke arah mereka tanpa berkata apa-apa pada Mirza dan Ainul. Mereka berdua hanya sekadar tersenyum.

"Think you can spare some time to flirt with your husband, hummingbird?"



"Well, I have a few minutes to dance," Ainul menganggukkan kepalanya selepas terdiam seketika dan Mirza menggumam sebelum menarik isterinya rapat ke tubuhnya. Mereka menari bersama perlahan-lahan. Ainul mengeluh dan tersandar pada tubuh suaminya, menikmati kehangatan dan haruman lelaki itu. Mereka terlalu asyik dengan dunia mereka sendiri sehingga tidak menyedari akan kehadiran beberapa orang yang berdiri di sebelah mereka sehinggalah satu suara menghilangkan suasana romantik tadi.

"Mirza?" Mirza membuat bunyi protes sebelum mengangkat kepalanya dan merenung pada seseorang yang sedang berdiri di belakang Ainul. Ainul memandang wajah suaminya yang bercahaya dan sebuah senyuman terukir di bibir Mirza sebelum lelaki itu bercakap di dalam bahasa Itali. Bingung, Ainul menoleh dan terkaku....

"Hummingbird, ini mama dan kakak-kakak aku... diorang datang ke sini semata-mata untuk berjumpa dengan kau dan ahli baru dalam keluarga kita. Mama, Kak Syaf, Kak Qis, ini isteri Mirza, Ainul." Keempat-empat wanita itu cuma terpegun di situ. Antara mereka, tiada siapa yang tahu untuk berbuat apa. Akhirnya, wanita yang paling muda sekali di antara mereka semua bergerak ke hadapan bersama sebuah senyuman. Ainul meneka bahawa itu mungkin Balqis. 

"I'm very pleased to finally meet you, Ainul," kata wanita itu dan tiba-tiba dia memeluk Ainul membuatkan Ainul terkejut seketika. "Nama akak Balqis."

 "I... nice to meet you," Ainul gugup, matanya memandang mata Mirza. Lelaki itu kelihatan cemas tetapi senyumannya menenangkan hati Ainul yang sedang gundah gulana.

"I was expecting them to arrive next week but they flew in late last night, just in time for your birthday,"Ainul dapat melihat sinar keresahan di dalam mata suaminya, seolah-olah Mirza takut akan kehadiran mereka yang mungkin akan mengubah perasaan bahagianya ketika itu. Ainul menggelengkan kepala, gerakan itu terlalu perlahan tetapi hanya Mirza sahaja yang dapat melihatnya dan Ainul tersenyum pada suaminya.

 "Well, what a doubly wonderful surprise then," Ainul segera membuang rasa gentarnya dan menghadiahkan senyuman mesra kepada mereka. Hampir kesemua pemuda di dalam bilik itu terjeling-jeling ke arah kakak-kakak Mirza. Maklumlah, wanita kacukan biasanya berjaya menarik perhatian kaum Adam ini.

"Anak perempuan mama, Sofi tak dapat datang,  anak dia sakit," emak Mirza akhirnya bersuara. "Mak mertua mama pula terlalu tua untuk berjalan. Tapi mereka berdua kirim salam pada kamu." Ainul meragui kata-kata ibu mertuanya itu, teringat akan sinar kebencian yang pernah dilihatnya menerusi panggilan video suatu ketika dahulu.

"M...mama," Ainul mencapai kedua-dua tangan wanita tua itu. "Saya minta maaf atas kehilangan papa dan saya minta maaf sebab tak dapat datang majlis pengebumiannya."

"Janganlah cakap macam tu, Ainul," wanita tua itu mencemuh, sambil menyeka air mata yang sudah mengalir di pipinya. "Kamu kan tengah sarat masa tu. Takkanlah mama nak suruh kamu datang ke sana pula. Karang takut sakit kamu makin melarat pula. Ha, mana cucu perempuan mama tu? Selama ni asyik tengok gambar dia je. Sekarang mama dah bersedia nak peluk cium cucu mama tu."

Mirza yang hanya terdiam sahaja dari tadi terus bergerak meninggalkan mereka semua untuk mencari kelibat anak perempuannya.

Ainul tertekan, ketika dia tersedar yang Mirza sudah meninggalkannya seorang diri bersama keluarga mertuanya dan dia cuba menenangkan diri untuk apa sahaja yang bakal berlaku sebentar lagi. Tidak mungkin mereka sudah mula menyukai dan menerimanya. Dia yakin bahawa mereka cuma berpura-pura berbaik dengannya demi Mirza.

"Mama minta maaf," Puan Maria akhirnya mengejutkan Ainul dengan kata-kata tersebut dan Ainul dengan beraninya merenung wajah wanita tua itu. Puan Maria tidak lagi kelihatan angkuh, sebaliknya wajah itu sudah berubah menjadi lembut sepenuhnya. Ainul mengelipkan mata, terkejut.

"Mama rasa syukur sangat, bila kamu sempat berbual dengan suami mama. Lepas funeral tu, Mirza berterus terang pada kami tentang perkahwinan kamu berdua. Tentang bagaimana dia dan ayah kamu telah melayan kamu, jadi mama tahu sekarang kenapa kamu tak mahu bercakap dengan suami mama. But you showed a greater depth of character than the rest of us combined when you agreed to meet him. Kamu membuatkan seorang lelaki yang sedang nazak menghabiskan sisa hidupnya dalam keadaan gembira. Dia risau sangat pasal Mirza dan segala pengorbanannya demi keluarga kami tapi bercakap dengan kamu menghilangkan segala keresahannya. Papa meninggal dunia malam tu dalam keadaan yang tenang. Mama berterima kasih sangat-sangat dengan Ainul."

"Walaupun sekali je saya dapat bersembang dengan papa, tapi saya rasa seronok sangat, mama." Balas Ainul.

"Rasanya mama dah terlambat sangat nak cakap tapi mama gembira sangat dapat berjumpa dengan kamu, Ainul," ibu mertuanya tiba-tiba memeluknya erat. Ainul juga turut membalas pelukan tersebut dengan senang hati sebelum kedua-dua wanita tersebut berundur setapak ke belakang beberapa saat kemudiannya. Syafiah dan Balqis cuma tersengih.

Akhirnya, Mirza datang bersama dengan bayi di dalam pelukannya. Bayi itu sudah terjaga dan merengek, tidak suka dengan keadaan di sekelilingnya. Wajah kecil Humaira sudah basah dan kemerahan. Pantas sahaja kakak-kakak ipar dan ibu mertuanya memujuk si kecil itu.

Mirza menyerahkan Humaira pada Puan Maria seketika sebelum berpaling ke arah Ainul.

"Kau okay?" tanya Mirza dalam nada rendah yang Ainul sahaja dapat mendengarnya. Ainul menganggukkan kepala, tersenyum cuba meyakinkan suaminya.

"Aku minta maaf, aku tak sangka pula diorang akan sampai cepat sangat. Harap-harapnya diorang tak buatlah kau hilang mood untuk berparti. Aku nak sangat malam ni jadi sempurna."

"And it has been pretty near perfect so far," Ainul meyakinkan Mirza. "Diorang semua baik sangat, Mirza. Semuanya."

"Bagus, sebab aku boleh je suruh diorang balik semula ke Itali kalau-kalau apa yang diorang cakap akan menyakitkan hati kau." kata Mirza, tegas.

"Ish, takkanlah sampai macam tu sekali. Diorang kan keluarga awak..."

"Wife trumps all," bantah Mirza dan Ainul menjulingkan matanya.

"Saya nak pergi selamatkan Humaira daripada semua manusia yang sibuk menggomol dia tu. Kesian anak kita, mesti dia dah lapar," terus Ainul pergi ke arah mereka yang sedang sibuk berebut untuk memegang anak kesayangannya itu. Tetapi dia tetap dapat merasai pandangan mata Mirza mengiringi langkahnya juga.

Wife trumps all?

Sungguh dia suka dengan ayat itu.

________________________________________________________________

Akhirnya, tercapai juga impian Ainul untuk mempunyai majlis hari jadinya sendiri. Ia disempurnakan juga bersama nyanyian, kek yang besar dan berdozen belon helium yang terapung di udara. Malam itu sungguh sempurna dirasakannya. Setelah memastikan keluarga Suhairi masuk ke dalam teksi yang akan membawa mereka ke hotel, Mirza menelefon pemandunya untuk datang dan mengambil mereka pula. Adlan telah pun diletakkan di dalam bilik tidur bersama seorang pengasuh profesional yang telah disediakan oleh pihak hotel untuk Lily dan Suhairi.

"Saya penatlah," Ainul menguap setibanya mereka berada di tempat duduk belakang kereta. Mirza memaut bahu isterinya dan Ainul melentokkan kepala di dada lelaki itu.

Humaira sedang asyik menghisap susu dari ibunya dan kedua-dua mereka berada dalam keadaan bahaya kerana hampir tertidur di pangkuan Mirza.

"I had a wonderful evening Mirza," Ainul menggumam perlahan.

"Baguslah kalau macam tu, hummingbird," bisik Mirza ke dalam rambutnya.

"Semua belon tu," suara Ainul semakin menghilang dan perkara terakhir yang didengari olehnya sebelum terlena ialah bunyi ketawa kecil dari suaminya.

p/s: hello! okay, saya bagi sampai sini je. macam cepat sangat sikit cerita dia kan. hehehe. sorry, insya-ALLAH next chapter will be the last entry in this e-novel NHUD. dah nak habis rupanya cerita Mirza and Ainul. ingatkan cukup sampai bab 30, tapi saya dah kekeringan idea. sorry, and saya try buat last entry sehabis baik. adios~ :)

11 comments :

  1. best...lepas ni mesti rindu dgn mirza dan ainul...teruskan menulis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. nak buat macam mana kan. lepas ni insya-ALLAH cerita pasal Suhairi and Lily pula. ^^,

      Delete
  2. bestnyer teruskan usaha akak fighting :)

    ReplyDelete
  3. Syukurnya akhirnya cite niy habis kat blog .. nak meraung pas dapat part19 kat blog tu tapi tangan niy asyik kelek2 terjumpa juga.. thanks cik writer.. cite niy betul2 mainkan perasaan .. meski tak pandai sangat omputeh tu tapi bolelah.. betul2 terserlah apa yg terpendam dlm hati dan rasa seorang wanita yg mencinta tapi terluka dan harus menata nya kembali demi kebahgiaan di hadapan.. 5 star i bgi u..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah, alhamdulillah :)

      terima kasih banyak-banyak sebab setia baca cerita ni sampai habis. insya-ALLAH lepas ni saya try kurangkan penggunaan english ya. sorry!

      and thanks again ^^,

      Delete
    2. :) okey.. tapi english awak memang baiklah.. teruskan berkarya..

      Delete
  4. Hello Weirdo! Tqvm.

    It's reaching the end? Not till 30? Oh, meaning it's going to be easy shot for Mirza to win over Ainul without elaborating on Nelly? Well, you're the writer it's yours! Eagerly to commence Lili and Suhairi? :-)

    Teruskan berkarya kerna karya Amy sangat dewasa. Saya suka!!!

    #skmbn#

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello. :)

      ha'a, sorry. saya dah takde idea nak sambung macam mana. Nelly sekadar watak sampingan. x best sebab watak dia x hidup tapi saya xnak panjang2 kan cerita. kadang2 dalam hidup kita, certain people cuma sekadar satu nama yang akan jadi sejarah dalam kisah cinta pasangan kita. biarlah ia terus jadi sejarah. x perlu dikenang semula.

      cerita Lily and Suhairi tu, saya buat simple je kot.

      Delete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes