bab 27
Ainul terjaga keesokan paginya apabila dia tersedar yang Mirza sedang bergerak menjauhi katil mereka. Ainul mengelipkan mata dalam kebingungan, tidak pasti bagaimana dia boleh berada di atas katil ini. Dia tidak memakai sebarang pakaian tidur dan dia tidak ingat pula naik ke tingkat atas bilik ini. Telinga Ainul laju sahaja terdengar rengekan Humaira melalui monitor bayi. Dia baru sahaja hendak bergerak bangun daripada katil apabila dia terdengar suara lembut Mirza yang sedang memujuk bayi mereka.
Humaira mula bertenang sedikit demi sedikit dan Ainul tersenyum ketika dia terdengar suaminya sedang menyanyi pada Humaira, suaranya yang baru bangun tidur itu sangat tidak sedap didengar. Bunyi tadi menghilang. Ainul berdiri untuk membuka suis lampu meja dan membetulkan bantal di belakangnya apabila dia tersedar yang Mirza mungkin sedang membawa Humaira masuk ke dalam bilik tidur mereka untuk disusukan.
Mirza muncul beberapa kemudiannya. Dia kelihatan sangat selekeh dan hanya memakai seluar pendek berwarna putih sahaja. Lelaki itu tersenyum apabila melihat dirinya yang sedang duduk santai di atas katil.
"Anak kita dah laparlah, hummingbird." Mirza memandang anak perempuan mereka yang masih terjaga itu dan Ainul pantas mengambilnya. Suaminya mengalihkan anak kecil itu ke pangkuannya perlahan-lahan, sebelum memanjat katil dan bersandar di sebelahnya.
Mirza cuma memerhatikan isterinya menyusukan bayi mereka.

"Saya tak ingat pun masa bila kita sampai rumah," bisik Ainul selepas beberapa minit berlalu.
"Ha'a, kau memang tak sedar apa langsung. Aku angkat Humaira dulu naik ke atas dan lepas tu baru aku angkat kau."
"Awak angkat saya? Mirza, saya ni beratlah..."
"Mana ada," Mirza mencemuh.
"Hmm, patutlah saya tak pakai apa-apa langsung sekarang ni."
"Bukan senang nak angkat kau, jadi tak salahnya kalau aku dapat ganjaran sikit kan," Mirza tersengih sumbing dan Ainul menjulingkan matanya.
"Mirza, saya ingat nak pindah balik ke bilik tidur kita esok," beritahu Ainul perlahan. Mirza tidak berkata apa-apa pada mulanya dan sebaliknya mencapai jemari kecil Humaira dan bermain dengannya.
Itulah apa yang difikirkan oleh Ainul semenjak Humaira lahir. Suaminya menghabiskan sepanjang malam di dalam bilik ini bersama dengannya. Jadi daripada berasingan bilik, lebih bagus jika dia berpindah semula. Bilik tidur utama lebih selesa dan hampir dengan bilik tidur anak mereka.

"Baguslah kalau macam tu," kata Mirza akhirnya, matanya terpaku pada anak perempuan mereka.
Suasana senyap sunyi kembali dan Ainul tidak pasti apakah yang telah berlaku. Jawapan lelaki itu tadi sangat meresahkan hatinya.
"Awak memang nak saya pindah balik, kan?" tanya Ainul setelah lama mendiam dan terkejut apabila terlihat sinar kemarahan di dalam bola mata Mirza yang sedang memandangnya.
"Mestilah aku nak, Ainul. Aku nak kau percayakan aku, maafkan aku... dan mencintai aku," marah Mirza, bangun secara tiba-tiba, meninggalkan katil dan mundar-mandir tidak tentu arah.
Ainul memerhatikan suaminya dengan rasa serba salah.
"Aku tak tahu lagi dah nak cakap atau buat apa, Ainul," kata Mirza perlahan, melarikan tangannya ke rambut. "Tapi walau macam mana sekalipun aku cakap pada kau... kau sedaya-upaya menjauhkan diri kau daripada aku. Kau ingat aku tak nampak ke? Berapa lama lagi kau nak menghukum aku atas segala kesilapan aku tu?"
"Mana ada saya menghukum awak," tingkah Ainul, tidak sangka suaminya akan berfikir sebegitu. "Saya cuma...." Terhenti kata-katanya seketika, tidak tahu apa yang perlu diucapkan. Ah, rasanya memang itulah niat dia yang sebenarnya dahulu.
"Aku ada sesuatu untuk kau. Hadiah sempena hari jadi kau. Aku ingat nak bagi kat kau esok pagi je tapi alang-alang kau dah bangun ni...." terus Mirza meninggalkan bilik tidur tersebut dan berpatah balik beberapa minit kemudian bersama sampul surat tebal di tangan. Mirza mengambil bayi yang sedang tertidur itu dari isterinya dan menjatuhkan sampul tersebut ke pangkuan Ainul.
Ainul merenung sampul tersebut buat masa yang lama, sementara Mirza menyambung mendodoikan Humaira yang berada di dalam kendongannya. Akhirnya, dalam teragak-agak, Ainul mengambil sampul itu. Tetapi sampul surat A4 berwarna coklat tersebut tidak memberi sebarang klu tentang apa yang terkandung di dalamnya. Ainul memandang ke arah Mirza tetapi suaminya sudah pun berada di tepi tingkap, mungkin sedang merenung kegelapan malam.
"It won't bite you," suaranya yang dalam mengejutkan Ainul dan Ainul tersedar, kerana dari kesuraman cahaya lampu yang bersinar, Mirza dapat melihat bayangan wajah isterinya di sebalik tingkap tersebut. Ainul melarikan jari-jemarinya pada sampul untuk membukanya dan menarik senaskhah kertas yang tebal. Perutnya terasa memulas pada mulanya apabila dia ternampak nama mereka tercetak di atas kertas tersebut. Buat seketika, Ainul sangkakan bahawa suaminya ingin menyerahkan kertas penceraian kepadanya. Kemudian, dia memerhatikan dengan lebih teliti dan keningnya bertaut.
"Mirza... apa yang awak dah buat ni?" bisik Ainul, terkejut. "Awak tak boleh buat macam ni."
"Mestilah aku boleh...aku dah buat pun," Mirza mengangkat bahu, masih memerhatikan isterinya di sebalik tingkap itu. "It's yours."
Mirza telah menyerahkan ladang tersebut. Ladang milik arwah ayah mertuanya.
"Tapi ni kan milik ayah awak."
"Dan bila dia dah tak ada, ladang tu secara automatik nya jadi hak mutlak aku. Kalau diikutkan, ayah kau boleh je ambil ladang tu bila-bila masa yang dia nak tapi semua tu dusta je semata, Ainul."
"Kenapa?" tanya Ainul.
"Aku tak nak kau salah sangka dengan segala sebab aku untuk bersama dengan kau. Aku tak nak benda ni buat hubungan kita tergantung macam dulu lagi."
"Tapi mama dengan kakak-kakak awak..."
"Diorang tahu pasal tu dan sebenarnya dioranglah yang suruh aku buat macam ni. Tapi ini bukan pasal diorang, ini tentang kita. Aku nak betulkan semula segala kesilapan aku." Mirza akhirnya menoleh untuk memandang wajah si isteri dan berjalan mendekati katil.
"Ladang tu dah jadi milik kau pun, Ainul dan kalau kau tak nak, kau boleh bakar terus kertas tu atau kau serahkan pada Humaira. Aku tak kisah. Apa yang penting bagi aku sekarang ni ialah kau. You're the Sun I revolve around and without you....." Mirza menggelengkan kepala apabila suaranya semakin menghilang.
"Saya rasa sekarang dah tiba masanya awak bercerita tentang Nelly," ujar Ainul akhirnya dan Mirza menarik nafas dalam, sebelum melabuhkan punggung di sebelah isterinya. Ainul mengambil semula Humaira dari lelaki itu. Nasib baiklah Humaira masih tertidur lagi ketika itu.
"Nelly..." tertutup mata Mirza tatkala dia membayangkan kembali kenangan lamanya.
"Dia adalah seorang wanita yang aku inginkan sebagai isteri. Berdikari, sofistikated, cantik... dia tak pernah tunjukkan emosi dia dekat sesiapa, sebab tulah aku pilih dia. I never appreciated messy emotional scenes. Kami keluar bersama dan semuanya berjalan dengan lancar. Aku ingatkan yang aku dah jatuh cinta padanya. It was a very neat, clinical and uncomplicated version of love. Aku cukup yakin yang kami berdua memang serasi bersama.."
Ainul cuba berlagak seperti biasa walau hakikatnya dia terlalu terluka ketika mendengar nama wanita lain terucap di bibir suaminya. Ah, dia sendiri juga yang meminta penjelasan dari lelaki itu.
"Satu hari aku berjumpa dengan ayah kau dan masa tu lah aku ternampak kau buat pertama kalinya. Sifat kau yang pendiam buat aku tertarik untuk kenal kau dengan lebih rapat. Aku tak boleh berhenti dari tengok kau dan aku betul-betul nakkan kau. Kalau ayah kau yang bodoh tu tak masuk campur dalam perjanjian ni, mungkin aku dah mulakan langkah untuk pikat kau. Tapi bila dia bincangkan pasal isu tu, dia dah lakukan satu-satunya perkara yang membuatkan aku jauhkan diri dari kau. I don't like being told what to do, hummingbird. Walaupun aku memang suka sangat dengan kau, aku cuba menjarakkan lagi hubungan antara kita."
Senyap.
"Aku bencikan kau dengan ayah kau sebab dah menghancurkan hidup aku dan masa depan aku. Masa kita dah kahwin, aku nak sangat kita cepat-cepat dapatkan anak lelaki supaya kita boleh berpisah seawal mungkin. Tapi kehidupan kita ni dah jadi makin berserabut... Sedaya-upaya aku mencipta jarak antara kita berdua. Aku tak nak cium kau, aku berpura-pura mahukan perempuan lain dan setiap masa aku terpaksa bersikap dingin dengan kau. Dah terlalu banyak aku lukakan hati kau dan...."
Ainul memerhatikan sahaja Mirza yang seperti berusaha mencari ayat yang sesuai untuk dikata sebelum lelaki itu menggelengkan kepala dan menjatuhkan pandangannya.
"Mulanya aku tak ambil kisah sangat. Aku tahu itu yang sepatutnya kau dapat. Tapi semakin jauh kau lari dari aku, semakin kecewa aku dibuatnya. Aku bagitahu dekat diri aku sendiri yang aku buat macam ni sebab aku nak tengok kau merana tapi bila aku fikirkan balik, aku tahu benda ni dah jadi terlalu mendalam. Aku benci bila tak dapat perhatian dari kau. Bila kita berkahwin buat kali pertama, kau sayangkan aku sepenuh hati kau. Kau tahu ada sesuatu yang tak kena tapi kau selalu jadi seorang isteri yang prihatin dan penyayang. Bila aku tengok perasaan sayang dan percaya tu hilang dalam sinar mata kau... aku.... tak boleh terima."
Mirza berdiri dan mundar-mandir sekali lagi. Ainul terasa bagai ais yang menyeliputi hatinya cair ketika mendengar kata-kata dari suaminya. Mirza terlalu jujur dengannya, ada di antara bait bicara itu yang menyakitkan hati, tetapi dalam masa yang sama, ia membuatkan luka di hatinya kembali pulih.
"Setiap kali aku pulang ke Itali dan habiskan masa dengan Nelly...." akui Mirza, berhenti bergerak tiba-tiba untuk menatap wajah isterinya dengan pandangan yang membara.
"Aku tak pernah sentuh dia. Aku nak kau tahu pasal tu. Aku tak pernah berniat pun. Mama dan kakak-kakak aku selalu paksa kami untuk menghabiskan masa berdua bersama-sama. Tak pernah sehari pun aku keseorangan di sana. Selalu aku terjumpa dia dekat mana-mana majlis tapi aku tak terasa nak berbual dengan dia lagi dah. Kau tak pernah lari dari ingatan aku setiap kali aku ke luar negara, Ainul. Kadang-kadang aku tertanya-tanya juga apa yang kau buat, kau bersama dengan siapa, kau bahagia ke... kalau kau rindukan aku," Mirza menelan air liur yang terasa kesat.
"Aku nak sangat kau rindukan aku, Ainul. Aku bagitahu diri aku sendiri sebab kau mungkin akan lebih merana, manalah tahu kalau kau tertanya-tanya apa yang aku tengah buat masa tu.... what a joke! Aku nak kau rindukan aku sebab aku rindukan kau. Setiap kali aku telefon kau, kau dingin sangat dengan aku. Gila aku jadinya. Setiap kali aku bersama dengan Nelly, aku cuma fikir untuk pulang ke pangkuan kau je."
"Pagi tu bila kau cakap yang kau nak bercerai," Mirza menggelengkan kepala. "Kau buat aku terkejut. Sebab selalunya kau terlalu pasif dan menerima sahaja keadaan."
"Maksud awak, saya ni cepat sangat mengalah?" Ainul mencelah.
"Aku tak pernah rasa yang kau ni cepat mengalah, Ainul. Aku tahu yang kau berusaha sebaik mungkin untuk membaiki keadaan yang dah jadi terlalu teruk ni. Bila satu hari kau tunjukkan sikap kau yang sebenarnya, aku betul-betul terkejut. I was fascinated with you before but once I started seeing the real you, I feel hard and fast. Sungguh aku tak sangka yang kau tak tahu apa-apa pun pasal perjanjian ayah kau tu. Aku benci dengan setiap kelakuan buruk aku pada kau, betapa sengsaranya hidup kau gara-gara kesalahan aku sendiri. Aku cuba berbaik semula dengan kau tapi kau pula yang makin menjauhkan diri. Aku nak kenal dengan kau, aku nak kita mempunyai perkahwinan yang sebenarnya. Tapi kau terlalu berharap yang kau tak nak ada kaitan langsung dengan aku. Ainul, if you ever wanted revenge for the way I'd treated you, you got it in spades when it felt like nothing I was doing or saying was making any difference to the way you felt about me."
"Dan lepas tu bila kau kata yang kau mengandung," Mirza melutut di atas katil dan merenung seraut wajah comel anak mereka yang sedang tidur itu, sebelum bertemu mata dengan isterinya.
"Tiba-tiba aku rasa macam ada bom yang akan meletup kat dalam rumah ni. Aku tak ada banyak masa untuk buatkan kau jatuh cinta pada aku lagi memandangkan aku cuma ada berapa bulan sahaja. Aku sayangkan baby kita tapi aku takut dalam masa yang sama sebab aku risau kalau dia akan membawa kau jauh dari aku. Aku tak nak kau asingkan aku daripada kehamilan kau tu, aku nak tunjukkan pada kau yang kita boleh menjadi keluarga sempurna. Tapi kau terlalu obses untuk dapatkan anak lelaki sampai buat aku jadi takut. Aku mula berdoa pada ALLAH supaya Dia kurniakan kita anak perempuan sebab aku tahu kalau kita dapat anak perempuan, aku akan ada lebih banyak masa untuk bersama dengan kau. Aku nak buktikan juga yang kontrak mengarut ayah kau tu tak membawa apa-apa makna pada aku lagi. Aku nak sangat perkahwinan kita ni kekal selama-selamanya."
Mirza akhirnya berhenti berbicara, sudah tidak tahu lagi apa yang perlu dikatakan. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembuskannya dalam getaran. Matanya mencari mata Ainul tetapi isterinya cuma menunjukkan reaksi wajah yang biasa.
Saat inilah yang ditunggu oleh Ainul. Akhirnya Mirza menunjukkan dirinya yang sebenar dan sungguh dia terlalu sukakannya.
"Jadi awak nak perkahwinan kita supaya kekal selamanya?" Ainul akhirnya bertanya setelah lama membisu.
"Ya."
"Dan awak sayangkan anak kita?"
"Mestilah aku sayangkan dia."
"Dan awak sayangkan saya?"
"Sepenuh hati aku, Ainul!"
"Bagus."
"Bagus je?" Mirza bertanya tidak percaya.
"Habis tu, apa lagi yang awak nak daripada saya?" Ainul bertanya tanpa rasa bersalah dan Mirza merengus. Ainul ketawa besar sebelum memegang dagu suaminya.
"Mirza sayang... saya tak pernah berhenti mencintai awak. Saya cuma lagi pandai sembunyikannya berbanding dengan awak. Saya takut sangat kalau awak akan lukakan hati saya sekali lagi."
"Aku takkan buat macam tu lagi dah. Itu janji aku," Mirza berjanji.
"Jangan berjanji kalau awak tak boleh nak tepati, Mirza Aiman." Ainul memberi amaran.
"Okay, aku akan cuba sedaya upaya untuk tidak melukakan hati kau sekali lagi," ulang Mirza dalam ayat yang berlainan dan Ainul tersenyum. Senyuman yang pernah diberinya sewaktu awal perkahwinan mereka dahulu. Mirza turut tersenyum manis.
"Much better."
Mirza pantas memeluk kedua-dua permata kesayangannya tetapi bunyi protes dari Humaira membuatkan dia melepaskan pelukannya serta-merta.
"Aku cintakan kau sepenuh hati aku, Ainul dan aku nak sangat kahwin dengan kau," kata Mirza dan Ainul terkejut.
"Saya cintakan awak juga, Mirza tapi rasanya kalau tak silap saya, kita dah lama kahwin."
"Aku nak bagi kau perkahwinan yang kau idamkan, hummingbird. Aku nak betulkan semula segala janji aku dan tunaikannya."
"Tak payahlah awak buat macam tu, Mirza." Ainul menggelengkan kepala. "Saya tahu awak cintakan saya. Awak tak perlu buktikan apa-apa lagi dah."
"Please sayang, aku nak buat juga. Aku nak keluarga aku menyaksikan persandingan kita bersama. Please marry me again, Ainul dan jadikan aku lelaki yang paling bahagia dalam dunia ni."
Ainul memeluk leher lelaki itu dan menariknya rapat untuk mengucup suaminya, lama.
"Yes. With all my heart, yes, Mirza."
____________________________________________
EPILOGUE
Cuaca pada bulan September itu sangat sempurna. Matahari bersinar ceria dan langit pula tidak dilindungi oleh sebarang awan-awan kelabu. Terdapat beberapa orang yang sedang duduk di kerusi yang disediakan untuk majlis persandingan tersebut. Mereka sabar menunggu ketibaan pengantin lelaki dan perempuan.
Ainul diiringi oleh sepupunya ketika dia melalui karpet merah. Matanya terpaku pada lelaki tinggi yang sedang berdiri tidak jauh darinya.
Mirza juga turut memandang isterinya yang sedang berjalan menuju ke arahnya. Mirza kelihatan sangat menawan dengan baju Melayu berwarna biru laut, rambutnya dipotong pendek.
Ainul dapat melihat kesan parut kecil pada rahang Mirza ketika lelaki itu sibuk mencukur janggutnya pagi tadi. Dia berdiri di sebelah suaminya. Mirza tersenyum manis ketika melihat wajah isterinya yang gembira.
"Kau nampak..." Mirza menggelengkan kepala. "Tiada kata-kata yang mampu aku ucapkan, hummingbird. Beautiful doesn't begin to describe you."
Ainul mengangkat sebelah tangannya untuk memegang wajah Mirza dan membelainya lembut, bersama cinta yang terpancar di sinar matanya. Si pengapit membetulkan suaranya dan mereka berdua melabuhkan punggung di atas kerusi pelamin yang disediakan. Ainul memandang hadapan untuk melihat anaknya yang sudah berumur sepuluh bulan yang sedang duduk di atas riba neneknya yang masih lagi cantik jelita. Ainul tersenyum pada ibu mertua dan ketiga-tiga kakak iparnya yang hadir ketika itu.
Suhairi yang tersenyum sentiasa sedang duduk di sebelah Syafiah bersama Adlan yang sedang enak tidur di dalam pelukan ayahnya. Ayahnya turut hadir dan duduk di meja belakang keluarga Mirza. Keadaan masih lagi tegang di antara ayahnya dan Mirza tetapi ayahnya telah melepaskan Mirza daripada kontrak mereka dan dia juga tidak lagi mencuba untuk merampas ladang itu kembali. Ainul masih lagi tidak tahu apa yang ingin dilakukannya terhadap ladang tersebut tetapi mungkin dia akan menyerahkannya kepada Humaira sahaja nanti.
Ainul selalu membawa Humaira datang melawat ayahnya dan seringkali lelaki tua itu bersikap dingin dengan cucunya. Dia seolah-olah menyayangi cucu perempuannya itu dengan caranya sendiri.
Walau bagaimanapun, Ainul tetap menjemput ayahnya ke majlis perkahwinannya. Dan sungguh tidak dia sangka apabila ayahnya dengan rela hati hadir hari ini. Dia menghadiahkan senyuman yang paling manis kepada ayanya dan lelaki itu cuma membalas dengan sekali anggukan.
Ainul memandang semula ke arah suaminya, lelaki kacak ini adalah dunianya dan dia mencintai lelaki itu sepenuh hatinya. Dia cukup yakin akan cinta suaminya kini.
Mirza turut menoleh untuk merenung isterinya dan akhirnya dia berkata sesuatu yang hanya Ainul sahaja mampu mendengarnya.
"Ainul, cinta hatiku..."
-HABIS-

p/s : hahaha. x reti nak buat ending yang sweet. sorry la ye readers. terima kasih sebab baca sampai habis. tanpa sokongan dari korang, cerita ni mungkin takkan habis. oh, tunggu special edition punya pula ya. and don't forget to leave your comment below this post. ^^,
adios~

ending citer ni memang best..teruskan menulis kak emy.. :)
ReplyDeleteterima kasih banyak2. :)
Deletebest apa ending dia...keep writing ehh...kalau buat special entry much better...hihi...
ReplyDeletegood luck for your next e-novel
thank you. special entry tu x pasti la. x reti nk wat T___T kalo saya ada ilham, saya try ya. hehe
DeleteBest sangat ending citer ni..good job kakk amy :)
ReplyDeletethank you :) jgn lupa baca cerita pasal Dalily pula ye. hehe
DeleteTHE ENDDD! <3<3<3 congratulations and well done! Very interesting story line. Lain daripada yang lain with very good english grammar. Tak sabar nak baca cerita pasal Dalily. Salam. :)
ReplyDeletethank you :)
Deletecerita pasal Dalily simple je, tak macam cerita Ainul. apapun, enjoy reading ^^,
wassalam.
Ending cite niy dah ok, best but i macam rasa tak puas lah,, dari mula cerita my feel betul2 tersentuh but last niy j yg rasa tak puas.. jgan marah eh.. apaon i tunggu enovel u yg seterusnya..
ReplyDeletehmm... thanks anyway for the comment. sorry ye, saya tak reti nak buat ending dia macam mana. dulu nak start cerita pun x tahu T___T
Deletenanti saya try baiki cerita seterusnya. (harap2 okay la) :)
Best.
ReplyDeletethank you baby mio :)
DeleteHi Weirdo! Finally, the finale.....
ReplyDeleteEmm... happy ending indeed, of course! Dear, am lil frustrated just like anon above, felt as if the ending was crushed to its finishing line. Tapi, akak sangat berbangga dengan bakat pengolahan cerita Amy. Sangat dewasa!
Jujurnya akak mengharapkan ianya lebih syahdu.
Keep on writing as am following you.. :-)
#skmbn#
hmm.. that means i'm really really super bad at giving a good happy ending to a love story. aaa.. T_____T
Deletesaya try wat special edition kalau saya mampu. harap2 okay la kot.
thanks anyway :)
Best citer ni dik...
ReplyDeleteterima kasih kak fiza :)
ReplyDelete