Nafasku Hanya Untuk Dia -bab 5-



bab 5

Keadaan ketika mereka sedang bersarapan pada keesokan paginya sangat penuh dengan tekanan. Pembantu rumah sudah hampir siap menyediakan buffet sarapan pagi di patio bersebelahan kolam sebelum menghilangkan diri untuk menyambung kerja seterusnya. Mirza tidak suka diganggu pada pagi Ahad, jadi dia memilih untuk tidak bertembung dengan para pekerjanya. Kebiasaannya, walaupun Mirza memaksa Ainul untuk makan bersama dengannya demi menjaga maruah rumah tangga mereka, Mirza tetap mengabaikan isterinya dengan hanya membaca surat khabar Sunday Times. 

Pagi itu, walaupun pada hakikatnya dia sudah biasa menjadikan surat khabarnya sebagai penghalang antara dia dan seluruh dunia ataupun dalam kata lain isterinya, Ainul dapat merasakan ketegangan lelaki itu.

Akhirnya, selepas penat menunggu selama setengah jam, Mirza melipat surat khabar tersebut dan melemparnya ke tepi sebelum merenung Ainul di sebalik meja kaca.

"Aku nak tahu ke mana kau pergi semalam sebenarnya, Ainul," garang suara Mirza ketika itu.

"Yang awak sibuk tu kenapa?" tempelak Ainul. "Awak pun pernah menghilang tanpa bagi apa-apa penjelasan pada saya kan."

"Kita tak cakap pasal aku sekarang ni ya," tegas Mirza.

"Tak tapi sekarang ni ialah masa yang sesuai untuk kita bercakap pasal awak, pasal perangai awak yang  dah keterlaluan, pasal perempuan lain yang awak bawa kehulu kehilir padahal terang-terangan awak tu dah berkahwin!"

"Aku tak rasa macam aku dah kahwin pun tahu tak!" Mirza mempertahankan diri.

"No?" Ainul melulu dalam terpaksa. "Kalau macam tu, saya pun tak rasa yang saya ni sebenarnya isteri orang! Mungkin saya dah bersedia untuk buat apa je yang saya suka. Mungkin saya dan bersedia untuk berseronok dengan lelaki lain dan buat hubungan sulit juga!"

"Kau jangan cakap yang kau keluar dengan lelaki lain malam tadi, Ainul." Mirza memberi amaran, risau walaupun suaranya tenang sahaja. Ainul tidak mengendahkan kata-kata suaminya itu.

"Kalau betul macam mana?" Ainul bertanya berani. "Apa yang awak nak buat? Jadikan hidup saya macam neraka? Well surprise surprise.... it's already hell! Do your worst!"

"Apa nama dia?"

Ketegasan Mirza dalam suaranya yang lembut membuatkan Ainul menggigil sehingga menusuk ke tulang belakangnya. Ainul tersedar yang dia sudah berlebihan kata tetapi dia tahu kalau dia mengalah sekarang, kemarahan Mirza tetap tidak akan reda.

"Ainul, siapa lelaki tu?"

Walaupun Ainul tahu Mirza tidak akan sesekali menyakiti tubuh badannya, tetapi Ainul tidak mampu menghalang dari merasa takut. Ainul tahu kesabaran Mirza sangat tinggi tetapi nampaknya sekarang ini bagai sudah sampai ke tahap maksimum sahaja.

"S.... saya cuma bagi contoh je," Ainul gugup, hilang terus rasa beraninya selama ini.

"Aku tak percayakan kau," marah Mirza.

"Saya bukan dengan sesiapa pun lah, saya cuma nak berehat sekejap dari segala masalah kita ni!"

"Berehat...." ulang Mirza, perlahan.

"Yes a break! A break from you and from this life... Saya dah tak nak teruskan perkahwinan ni lagi, Mirza. Saya nak bebas. Saya nak jauh dari awak! Tolonglah.... Saya nak bercerai, Mirza. Please."

"Kau akan dapat cerai kau kalau aku dapat anak lelaki aku," Mirza mengingatkan.

"That's so sick," protes Ainul. "Kenapa awak nak sangat anak dengan perempuan yang awak tak sanggup nak tengok pun muka dia?" Mirza tidak membalas, sebaliknya dia memandang wanita itu dengan pandangan pelik.

"Kau betul-betul tak tahu ya?" Mirza menghela nafas, tidak percaya dan Ainul mengelipkan mata tanda keliru.

"Tahu apa?" Ainul bertanya, terganggu dengan raut wajah Mirza. Sekali lagi, Mirza tidak menjawab. "Tahu apa?"

"Kenapa kau kahwin dengan aku?" tiba-tiba Mirza bertanya.

"Awak tahukan sebabnya...." Marah Ainul kerana Mirza sanggup menabur garam pada lukanya kembali, tidak percaya walaupun sudah biasa menghadapi situasi yang sama selama satu tahun setengah, Mirza tetap boleh menjadi seorang manusia yang kejam.

"Humour me," Mirza mendorongnya untuk bercerita dan Ainul menghembuskan nafas, sebelum berdiri. Ainul menggigil dan terasa mual untuk berada dekat dengan lelaki itu lagi. Dia berjalan terhuyung-hayang, berpusing tidak menentu sehingga terlompat Mirza sebelum menggapai lengan Ainul dengan sebelah tangannya.

"Ainul?" Mirza risau.

"Saya okay," Ainul melepaskan tangan suaminya. "Saya bangun cepat sangat. Saya pergi dulu, saya ada kerja lain nak buat!"

"Tunggu...." Laju Mirza berkata. "Aku nakkan jawapan pada soalan aku tadi." 

"Soalan bodoh yang awak dah tahu pun jawapannya." ujar Ainul.

"Aku nak dengar balik kau cakap," Mirza betul-betul melampau dan ini bukannya kali pertama di dalam hidup Ainul, dia terasa hendak menyakiti hati Mirza.

"Ya ALLAH, yang awak nak sangat tahu ni kenapa?" Ainul mendengus geram.

"Kau memang cintakan aku, kan?" Mirza kelihatan teruja dan Ainul hanya memandang Mirza dengan pandangan tajam sebelum melangkah pergi.

"Awak patut tahu yang perasaan saya pada awak setahun yang lalu bukan lagi jadi satu isu. Saya nak awak lepaskan saya, tak ada apa yang awak cakap atau lakukan mampu menghalang saya dari terus berpisah dengan awak.." tegas Ainul dan Mirza hanya mengangguk sahaja tanda bersetuju.

"Ya. Aku dah nampak sekarang," Mirza mengakui, lembut. Sudah tiada apa lagi yang ingin Mirza perkatakan dan Ainul keluar dari bilik itu dengan perasaan bangga.

Serabut kepala Ainul apabila dia tiba di bilik tidurnya lalu dia menghempaskan diri ke atas katil, gentar dan mual masih lagi tidak hilang dari tubuhnya. Terasa seperti hendak memberitahu seseorang tentang apa yang baru sahaja berlaku tadi, Ainul mencapai telefon. Belum sempat nombor didail, dia terdengar bunyi deringan tanpa henti. Tersedar bahawa Mirza mungkin sedang menggunakan telefon di tingkat bawah, Ainul berniat untuk meletak kembali telefon tersebut tetapi deringan itu tiba-tiba sahaja berhenti.

"Amran bercakap," suara ayah Ainul menyapa telinganya dan matanya membulat, terkejut. Mirza dan ayahnya tidak pernah berbaik dan Ainul teruja dengan kerelaan Mirza untuk menelefon orang tua itu. Disebabkan oleh rasa ingin tahu, Ainul hanya mendiamkan diri dan cuba mendengar perbualan mereka.

p/s : insya-ALLAH lepas ni semua post hanya akan dipublishkan kat dalam blog ni. maybe saya akan post setiap dua post dalam satu hari. saya punya cerita ni pendek je sebenarnya, so x boleh nak dijadikan versi cetak. my bad. enjoy reading! ^^,
post signature

Tags:

Share:

2 comments

  1. Thanks sebab publish bab baru. Teruskan tau. Syaza akan baca cerita ni sampai habis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. no worries. saya dapat ilham nak menulis pun sebab baca novel awak buat tu. hehe. and thanks a lot!

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.