Nafasku Hanya Untuk Dia -bab 7-




bab 7

Suhairi dan Lily hanya menonton DVD sewaktu Ainul singgah di rumah mereka. Lily, yang sedang sarat mengandung, tidak mampu melakukan apa-apa kerja sekalipun. Mereka hanya bersantai di ruang tamu. Suhairi kelihatan kacak sekali dengan jeans koyak dan baju-T kelabunya berbading dengan hari-hari biasa. Manakala Lily pula, nampak sangat teruk dengan jersi biru berbelang putih milik Suhairi berserta leggings elastik berwarna biru. Lily sudah serupa anak ikan paus sahaja sekarang ini. Sedih hati Ainul apabila melihat sepupu mudanya itu tetapi sekali lagi, dia tidak mampu berbuat apa-apa, hanya mampu mendoakan kesihatan dan kebahagiaan Lily sahaja. Ainul mencium pipi Lily dan menganggukkan kepalanya memandang Suhairi ketika dia melepasi belakang sofa yang mereka duduki. Suhairi tersengih gembira sebagai balasan.

"Tak ada apa-apa plan hari ni, sweetie," Suhairi memberitahu semasa Ainul sedang melabuhkan punggungnya di sofa yang lain.

"Takut keluar nanti karang, ada yang emo pula. So kita orang melepak je lah dekat dalam rumah, dengan harapan boleh mengurangkan panas baran mak buyung ni... ouch!" Terhenti bicara Suhairi apabila Lily memukul belakang kepalanya.

"Janganlah cakap macam tu, abang tahu Lily tak suka kan! Lily bukannya budak dua tahun lagi, Lily ni perempuan sensitif yang abang hamilkan. So don't push me...." Suhairi memandang kesal ke arah sahabatnya dan membuat isyarat mulut "tengok?" dalam diam. Ainul hanya tersengih suka sebelum melipatkan kakinya, bersila di atas sofa. Dia turut berpakaian kasual, jeans lusuh bersama baju-T biru cerah bercorakkan rama-rama besar di hadapan.

"Kita tengah tengok cerita apa ni?" tanya Ainul, mendepankan badannya untuk mengambil bertih jagung di dalam mangkuk kaca di atas meja.

"Cerita romantik yang boleh buat Lily menangis setiap dua minit," Suhairi merungut, tidak mengendahkan pandangan tajam isterinya. "Ya ALLAH, betapa banyak pengorbanan yang aku buat untuk gembirakan hati wanita ni," rengek Suhairi dan Lily memandangnya sekali lagi, marah.

"Kalau abang nak sangat, kita boleh tengok cerita lelaki macho yang bergaduh setiap dua jam, kejar-kejar kereta dengan tembak-menembak tu," tingkah Lily dan Suhairi tersengih memandangnya.

"Your point being?"

"Aaaargh!" Lily memang menyebut "aaargh" dan buat pertama kalinya Ainul terasa geli hati. Suhairi tiba-tiba tersenyum sebelum menjatuhkan sebelah tangannya di sekitar bahu isterinya untuk menariknya lebih dekat lagi. Dia meletakkan sebelah tangannya lagi di atas perut isterinya dengan berhati-hati dan Lily memberontak perlahan sebelum mengeluh dan menjatuhkan kepalanya di atas bahu luas suaminya. Ainul memandang sayu ke arah mereka beberapa ketika sebelum cuba menumpukan perhatian pada filem yang sedang ditayangkan.

Ainul sangkakan Suhairi cuma mereka-reka sahaja cerita tentang sepupunya yang terlebih sensitif apabila menonton filem, rupa-rupanya memang betul, Lily akan tersedu-sedan setiap dua minit. Ainul baru sahaja hendak khusyuk dengan plot filem tersebut, tiba-tiba loceng pintu berbunyi. Suhairi meminta diri sebelum bingkas bangun untuk menjawab.

Lily hanya melihat Suhairi pergi bersama senyuman di bibirnya. Dia hanya diam buat seketika sebelum menggelengkan kepalanya.

"Kau tahu, kalau aku tak sayang gila dengan dia, mungkin aku dah bunuh dia sekarang ni," akui Lily dan Ainul ketawa kuat mendengar pengakuan tidak puas hatinya. Ainul tidak percaya bahawa  dia masih boleh ketawa walaupun selepas peristiwa yang tidak terjangka 48 jam sebelum itu.

Suhairi kembali ke ruang tamu, mukanya ketat sahaja dan segala hilai tawa tadi terus hilang dari wajah Ainul apabila dia ternampak lelaki tinggi berambut hitam pekat di belakang Suhairi.

"Apa awak buat dekat sini?" Ainul akhirnya bersuara selepas senyap sahaja dari tadi.

"Aku ingat aku nak join korang semua makan tengah hari," Mirza mengangkat bahu, menundukkan kepala, meminta maaf pada Lily yang masih terpaku di sofa. "Boleh aku duduk?" Dia menunjukkan ke arah sofa yang Ainul duduki.

"Eh, duduklah," Lily mengangguk setuju.

"Tak boleh!" Suhairi dan Ainul, kedua-duanya menjerit pada masa yang sama dengan Lily. Mirza cuma tersenyum sebelum memilih untuk tidak mengambil peduli dengan penolakan mereka berdua lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Ainul. Ainul menjarakkan diri sejauh yang mungkin tetapi Mirza tidak mengendahkannya juga. Mirza mendepankan badannya dan meletakkan sikunya di atas paha yang terbuka dengan tangannya yang kekar tergantung di antara kakinya. Mirza menumpukan sepenuh perhatian pada Lily.

"Macam mana kau sekarang, Dalily?" Mirza bertanya lembut. Mirza adalah satu-satunya manusia yang memanggil Lily dengan nama penuh dan Ainul dapat mendengar rengusan Suhairi.

"Alhamdulillah, sihat," kata Lily, membelai lembut perutnya yang boyot. "Letih sikitlah kot tapi biasalah bila kita dah bawa sekali sorang lagi manusia dalam perut, kan." Mirza tersengih dan mengangguk.

"Indeed."

"Masya-ALLAH abang, stop hovering and sit down," Lily menegur suaminya yang masih merenung Mirza. "Lily nak habiskan tengok filem ni tahun ni juga! Lagipun kita nak makan tengah hari pula lepas ni. Mirza, saya harap awak tak kisah?"

"Eh, tak kisah pun," lancar Mirza berkata-kata sambil bersandar ke belakang, membuatkan Ainul terasa fobia ketika tubuh badan Mirza dekat dengan tubuhnya. "Kita tengah tengok cerita apa ni?" Lily menjawab pertanyaan Mirza dan Mirza kelihatan tertarik dengan apa yang bakal mereka tonton sebentar nanti. Wah, pandai sungguh berpura-pura ya. Lily tidak mampu menyembunyikan senyumannya sebelum menekan butang play. Suhairi turut serta bersama isterinya di sofa, menghantar pandangan mautnya pada Mirza yang sedang khusyuk melihat skrin dan berada dalam keadaan yang selesa.

Lily melabuhkan kepalanya di atas bahu suaminya dan menyambung tangisannya kembali dan Suhairi tidak mampu menahan amarah dengan lama tatkala melihatkan keadaan isterinya itu. Suhairi menarik Lily rapat sekali lagi dan memeluknya. Jari-jemarinya bertaut dengan tangan Lily yang sedang berehat di atas perutnya dan Ainul merasakan hanya dia seorang sahaja manusia yang waras di dalam bilik itu. Mirza sengaja merapatkan lagi dirinya di sebelah Ainul. Bahu dan paha Mirza asyik bersentuh sahaja dengannya. Pasangan yang lagi satu itu pula sudah seperti lupa dengan alam sekeliling mereka. Hampir gila Ainul dibuatnya.

Cepat-cepat Ainul bangun dan beredar dari ruang tamu, menuju ke dapur, di mana dia berdiri di tengah-tengah ruang untuk mengambil udara sebanyak mana yang dia mampu. Dia sepatutnya sudah tahu yang Mirza pasti akan mengekorinya ke situ kerana apabila dia menoleh ke belakang sahaja, Mirza sedang berdiri tegak, memandangnya dan kelihatan menawan dalam versi pakaian kasualnya sendiri; sepasang jeans biru lusuh dan kemeja hitam di mana butang atasnya terbuka menampakkan batang lehernya.

"Kenapa awak datang sini?" Ainul bertanya dalam bisikan.

"Aku rasa kita patut luangkan masa bersama-sama," kelembutan bicara Mirza membuatkan Ainul kurang percaya padanya.

"Tapi saya dah cakap kan yang saya tak nak luangkan masa dengan awak," ujarnya, bingung. "Saya tak nak berada dekat dengan awak!"

"Ainul...." kata Mirza, masih dengan nada yang sama, mengambil langkah berhati-hati ketika masuk ke ruang dapur dan Ainul mengundur ke belakang sehinggalah dia terlanggar peti ais.

"Satu-satunya tempat yang saya ada... satu-satunya tempat yang saya boleh datang dan jadi diri saya sendiri," Ainul melangutkan kepalanya, bulat matanya digenangi dengan air mata. "Dan awak nak rampas tu juga dari saya..." Berlinang juga akhirnya air mata itu dan dia sedaya upaya menghapuskan air mata di pipi menggunakan bajunya.

Mirza bergerak sangat pantas sehingga tidak sempat Ainul untuk berbuat apa-apa. Satu saat dia sudah berada dekat dengan pintu masuk dapur dan satu saat yang lain, Mirza sudah berada di hadapannya. Terperangkap dia di antara badan Mirza dengan peti ais. Tangan Mirza mendekati wajah Ainul dan kedua-dua ibu jarinya mengelap air mata di pipi Ainul.

"Don't," nadanya rendah dan mendalam membuatkan Ainul tidak memahami ayat itu. Ainul mengangkat tangannya dan menggenggam kedua-dua tangan Mirza, cuba untuk melepaskan diri.

"I want to make things less difficult for us, Ainul..." lirih Mirza tidak selesa, wajahnya sangat rapat dengan wajah Ainul sehinggakan nafasnya menyentuh kulit Ainul membuatkan bulu romanya meremang.

"Kenapa sekarang?" Ainul mencabar kenyataan Mirza, marah, cuba untuk mengabaikan perasaan resah yang bertandang setiap kali berada dekat dengan Mirza. Mata coklat pekatnya yang masih bergenang dengan air mata memandang Mirza, tepat.

"Sebab saya ugut awak untuk ceraikan saya sebelum saya beri awak anak lelaki tu ke, awak buat saya macam ni?" Ainul menurunkan tangannya ke dada sasa Mirza dan cuba menolaknya. Mirza langsung tidak berganjak.

"Tak," itu sahaja ayatnya. "Bukan sebab tu... sebab aku tahu kau takkan pergi."

"Macam yakin sangat je awak ni?" Ainul mendengus dan Mirza cuma diam seketika sebelum menjawab.

"Perbincangan kita semalam tu," Mirza akhirnya, dengan berat hati, berkata dan Ainul tersandar lemah di dada Mirza, segala resahnya muncul kembali.

"Jadi, kalau awak pasti sangat yang saya takkan pergi, kenapa tiba-tiba nak habiskan masa dengan saya pula?" tanya Ainul.

"Kita kan dah kahwin, masya-ALLAH... dan kita ni macam orang asing! Aku tak tahu apa-apa pun pasal kau!"

"Mestilah awak tak tahu satu apa pun tentang saya," serak suaranya, berusaha untuk tidak meninggi suara pada suaminya. "You're the one who decided, even before we got married, that there was nothing worth knowing about me."

"Well, saya dah tukar fikiran," Mirza tidak mengambil peduli dengan tuduhan Ainul. Sebaliknya dia melabuhkan tangannya di bahu kecil Ainul, menggoncang badannya perlahan.

"Which once again begs the question of why... selepas lapan belas bulan kita kahwin, kenapa sekarang?" tangan Mirza jatuh dari bahunya sebelum dia mengeluh tanda tidak berminat dengan apa yang baru sahaja berlaku beberapa saat tadi.

"Kenapa tak boleh sekarang? Sekarang lagi baik dari tak ada langsung...." Mirza berubah kembali menjadi lelaki yang dingin dan Ainul terasa takut.

"Dah terlambat, Mirza," bisik Ainul, memeluk tubuh. "Saya mungkin terperangkap dalam perkahwinan ni tapi saya tak nak ada kaitan langsung dengan awak! Tengok muka awak je dah buat saya rasa nak muntah."

"There's a way out of this you know," akhirnya Mirza bersuara.

"Saya tahu," pandangan kuyunya terus memandang wajah Ainul. "Dapatkan anak, kan? You want a son...and I'm the chosen incubator." Ainul memandang wajah Mirza dengan berhati-hati tetapi Mirza tidak menunjukkan sebarang emosi walau sedikit pun, cuma rahangnya sahaja yang semakin menegang.

"So apa yang akan jadi bila saya dah bagi anak kesayangan awak tu? Siapa yang dapat hak untuk jaga dia bila kita dah bercerai? Awak cuma harapkan saya untuk jadi ibu tumpang je kan. Saya yang mengandungkan dia tapi akhirnya awak akan rampas dia dari saya, kan?"

Ainul tidak sabar hendak mendengar jawapan Mirza. Apa sahaja yang boleh membuktikan bahawa Mirza benar-benar menginginkan anak itu. Dan dia cuma salah faham sahaja dengan perbicaraan yang dicuri dengar antara suami dan bapanya pagi tadi.

"Mestilah aku takkan rampas dia dari kau," Mirza menggelengkan kepalanya, membuatkan hati Ainul bergetar. "Aku bukanlah kejam sampai macam tu sekali. Biasanya, kau yang dapat hak penjagaan anak," Ainul memejamkan mata bagi menutup kesedihan yang dirasai dan dia terasa air matanya berlinangan di pipi.

"How very... magnanimous of you," bisik Ainul. "To be so desperate for something only to give it up in the end... you're so much generous than I gave you credit for. Berapa kerap awak nak jumpa anak awak nanti?"

"Rasanya aku akan pindah balik ke Itali jadi aku mungkin akan jumpa dengan dia dua tiga kali setahun. Ini yang kau nak, kan? Less contact with me?" Ainul menarik nafas dalam dan keningnya bertaut. Dua tiga kali setahun? Itu sahaja masa yang dia mahu bersama dengan anak yang merupakan miliknya juga? Ainul membuka mata dan bertemu dengan pandangannya, tepat.

"Macam saya pernah cakap sebelum ni, awak memang baik sangat, tapi saya tak pernah teringin nak ada anak dengan awak!"

"Kau ni macam budak-budaklah, Ainul," Mirza menegur senyap-senyap.

"Tak, akhirnya saya buat keputusan sendiri juga. Selama saya hidup, semuanya dah ditentukan untuk saya.. perkahwinan ni takkan pernah terjadi pun kalau ayah saya tak pilih awak untuk jadi menantu dia yang serba-serbi sempurna ni. Selepas tu, tarikh perkahwinan, tempat, kek, kat mana kita nak tinggal.... itu semua awak dengan ayah saya yang tetapkan. Saya tak boleh pilih gaun pengantin saya pun," suaranya semakin bergetar di ayatnya yang terakhir. Masih teringat lagi akan ayahnya yang menghantar sepasang gaun pengantin ke biliknya, mengatakan bahawa dia perlu memakai gaun tersebut pada hari perkahwinannya. Tiada perbincangan dan tiada pilihan.

p/s : cerita ni sikit je sebenarnya, so x boleh nak jadi novel. sori kalau dah menyusahkan certain pihak. and dapatlah semua baca cerita ni sampai habis kat sini. enjoy reading :) adios~

post signature

Tags:

Share:

19 comments

  1. saya sukak...sedih ny.rasa macam aku di tempat ainul..huuu (T_T)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. tunggu2. ini belum bab yg betul2 sedih.. hehe.

      Delete
  2. the chosen incubator? adoi... sakan weyh. anyway, salam kenal :)

    ReplyDelete
  3. Seriously .... umo u ni berapa? ?.

    Best la cerita ni .... sgt matang ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya nak masuk 21 sekarang ni.
      and thank you. :)

      risau gak takut org x suka.

      Delete
    2. Waaahh muda lg ... bagus2 ..... ada style la writing u ni ....

      Kak leen

      Delete
  4. Tolong tolong! ?.
    Tolong naik bab 8 ... hihiji
    Bestnya cerita nii

    ReplyDelete
  5. Akakkk seriuosly best ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you :)
      otw nak buat bab 8 ni. haha.

      Delete
  6. Saya baru baca kat penulisan2u n terus cari blog.best sgt. Geram dgn mirza.Biar ainul tinggal jer mirza n lari jauh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi baca :) kite tgk je apa jd nnti okay.

      Delete
  7. Replies
    1. kan.. nak wat cm ne.. terperangkap di antara perjanjian ayah dia and suami dia.

      Delete
  8. sambung lg ya...teruja nk baca yg ni ni matchmaker love tu skli

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-ALLAH :) esok saya try post CM ye. ^^,

      Delete
  9. sian ainul tu...hhehehe...akak nk lg dik oii....

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasiblah dapat suami macam Mirza. hehe.

      sabar ye kak. esok saya post :))

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.