Nafasku Hanya Untuk Dia -bab 9-





bab 9


"Saya mana ada berahsia apa-apa dengan awak," balas Ainul.

"Habis tu ni apa dia?" Mirza menunjukkan bilik itu dan Ainul ketawa tetapi tiada jenaka di dalam suaranya.

"Ini bukannya rahsia pun," dia menggelengkan kepalanya, pilu. "Kalau awak datang sini bila-bila masa sepanjang tahun lalu, awak mesti dah tahu pasal ni. Saya tak pernah pun kunci pintu tu... awak bebas masuk dalam bilik ni bila-bila yang awak suka."

"Bukan ada faedah pun kalau aku naik atas tengok bilik ni." Mirza bersuara, kasar nadanya. "Ini tempat yang paling tak logik langsung untuk buat bengkel."

"Ini juga satu-satunya bilik yang saya habiskan kebanyakan masa saya, so mestilah awak tak pernah tergerak hati nak datang sini," Ainul membalas sinis. "Awak tak pernah prihatin dengan saya sebelum ni, Mirza... and I believe that the only reason you're doing so now is because things aren't going according to whatever Master Plan you have devised for this so-called marriage of ours. Pura-pura berminat dengan saya adalah taktik baru awak untuk buat saya patuh dengan awak, kan?"

"Stop trying to second guess me, hummingbird," Mirza menegur lembut. "You have no idea what makes me tick or what's going on in my head."

"Oh, saya rasa saya boleh cakap perkara yang sama tentang awak. Sebenarnya, saya kenal awak lebih baik daripada awak pada saya!"

"Jangan nak tipulah," Mirza membantah, memasukkan tangannya ke dalam poket seluar, separa bersandar pada meja kerja Ainul dan menyilangkan sebelah kaki panjangnya di atas sebelah kaki lagi membuatkan dia kelihatan sangat menggoda.

"Okay..." Ainul mendongakkan kepalanya, cuba menatap wajah Mirza. "Saya suka kopi apa?" Mirza bengang dengan soalan yang ditanya sebelum mengeluh berat.

"Hitam..." Mirza menyatakan dengan penuh yakin.

"Tak, awak yang suka kopi hitam, saya tak pernah minum kopi."

"This is pointless," sampuk Mirza. "and juvenile..."

"Semuanya tentang saya, atau apa yang saya lakukan, memang tak pernah bermakna untuk awak," ujar Ainul, pahit.

"Bukan...." Mirza bersuara tetapi Ainul mengganggu percakapannya lagi, tidak mahu kalah pada suaminya. Dia tidak pernah sekali pun melawan kata-kata Mirza sebelum ini tetapi dia sudah penat mengalah. Dan disebabkan dia terperangkap di dalam perkahwinan ini tidak bermakna dia boleh dipijak-dipijak sesuka hati oleh mereka.

"Semuanya melainkan rahim saya lah, kan...." Ainul ketawa kuat. "You have a lot of use for that! that's all I am to you, a womb on legs!"

"You're being ridiculous," ejek Mirza.

"Macam mana pula dengan tarikh lahir saya?" Ainul bertanya tiba-tiba, tidak mengendahkan suaminya. "Bila saya dilahirkan?"

Rahang Mirza menegang dan dia membisu, memakukan pandangannya ke arah Ainul.

"Aku tak rasa perlu untuk aku buktikan dengan cara sebegini..."

"Awak tak boleh jawab, kan?" provok Ainul. "Awak lahir pada 25 Februari. Awak ada empat kakak, Syafiah, Balqis, Sofi dan Badrina, dan awak ada satu keluarga yang sangat besar. Awak tak suka bayam dan awak alah dengan lebah. Awak suka...."

"Cukup!" potong Mirza tiba-tiba dengan tangannya diangkat menutupi mukanya. "This is bordering on stalkerish and it proves nothing other than you possess a creepy excess of information about me, which I must admit, I am more than a little uncomfortable with."

"Hardly stalkerish," Ainul menggelengkan kepalanya.

"Saya dah hidup dengan awak selama lapan belas bulan dan saya pernah cintakan awak sebelum saya berkahwin dengan awak lagi. Saya pernah berminat nak tahu pasal awak. Ini semua adalah jenis fakta biasa pasangan pengantin patut tahu antara satu sama lain. Semua yang saya tahu tentang diri awak, saya belajar sendiri. Tak ada siapa yang bagi maklumat tu pun pada saya. Awak tak tahu hobi saya, atau saya suka kopi ke tak, atau bila saya dilahirkan. Saya tak pernah berahsia langsung dengan awak.."

".....I mean semua tu bukannya rahsia pun. Cuma awak je yang tak berminat untuk ambil tahu pasal saya. Macam tulah selama lapan belas bulan ni. Tiba-tiba sekarang berpura-pura nak kenal saya dengan lebih mendalam pula." Mirza hendak mengatakan sesuatu tetapi Ainul mengangkat tangannya untuk mendiamkan Mirza dan tidak tersangka apabila Mirza benar-benar tidak mengeluarkan suara pun.

"Saya tahu saya bukan pilihan hati awak," berjaya juga dia menyatakannya walaupun terasaperit tetapi dia tidak mampu bertemu mata dengan suaminya kerana dia akui apa yang dia cakapkan itu adalah benar. "Awak dah terangkan dengan cukup jelas waktu malam pertama perkahwinan kita dulu dan juga hari-hari yang seterusnya. Tapi sekurang-kurangnya, saya berhak untuk dilayan dengan rasa hormat..."

Ainul menggigit bibir bawahnya untuk menahan dari bergetar dan dia memeluk tubuhnya sendiri. Mirza terdiam membisu, hanya merenung jauh padanya.

"Aku tak tahu apa yang kau nak aku katakan," akhirnya Mirza mengaku dan Ainul tersenyum sedih.

"Saya tahu," kata Ainul sambil menganggukkan kepala. "Itulah sebahagian besar masalah kita."

Tanpa disangka-sangka, Mirza menolak dirinya jauh dari meja dan mengambil beberapa langkah, mendekatkan dirinya dengan Ainul. Mirza kemudiannya mengejutkan Ainul dengan meletakkan tangannya di atas kerusi yang diduduki oleh isterinya dan memerangkapnya.

"Aku mungkin tak tahu semua perkara yang kau tanya aku tadi, Ainul," suara seksi Mirza semakin mendalam ketika dia merendahkan lagi nadanya. "Tapi aku memang kenal kau...." Ainul menggeleng-gelengkan kepalanya; terganggu dengan jarak kedudukan mereka dan renungan suaminya. Mirza tidak mengelak dari memandangnya kali ini, pandangan lelaki itu bagai boleh menusuk sehingga ke belakang kepalanya.

Ainul memandang ke tempat lain, dia mahu melarikan diri tetapi dia hampir tidak bernafas, apatah lagi untuk mengelakkan diri dari menatap mata suaminya.

Mirza menaikkan tangannya dan Ainul bersiap sedia dengan sentuhan yang tidak diingininya itu. Dia cuba untuk tidak menepis tangan Mirza. Dan akhirnya, dia masih terlompat sedikit ketika jari-jemari Mirza mengusap bibirnya.

"Things change, Ainul."

"Some things are inexcusable, Mirza," bisik Ainul, pedih. "And unforgivable."

"We're not getting anywhere with this," Mirza merengus dalam kekecewaan dan Ainul menolak tubuh Mirza menjauhinya.

"Itulah apa yang saya cuba beritahu awak selama tiga hari sebelum ni," kata Ainul dan Mirza bermonolog perlahan sebelum bangun tiba-tiba. Ainul juga cepat-cepat berdiri. Tapi dia tersalah perkiraan, kedudukan Mirza tersangat rapat dengannya dan apabila dia cuba berdiri tegak, tubuhnya bersentuhan dengan tubuh Mirza.

Ainul membuat bunyi perlahan dan cuba untuk meletakkan beberapa jarak di antara mereka tetapi kedua-dua lengan Mirza terus mengelilingi pinggangnya, tangannya bertemu di belakang badan Ainul. Mirza merendahkan kepalanya sehingga bibirnya berada betul-betul bersebelahan telinga Ainul.

"Kau mahukan aku, hummingbird," bisik Mirza, nafasnya hangat menyentuh cuping telinga si isteri. "Dan ALLAH sahaja yang tahu betapa aku dambakan kau...."

"Hmmm..." Mirza menggumam lembut.

____________________________________

Beberapa ketika kemudian...

Nada suara Mirza sangat sayu tetapi Ainul dapat mendengar apa yang suaminya sebutkan... mantranya, doanya....

"Bagi aku anak lelaki, Ainul..." Dan seperti itu sahaja, maka berakhirlah bagi Ainul. Dia menolak dada Mirza membuatkan Mirza memandang ke bawah, melihatnya dengan penuh tanda tanya.

Mirza membuat bunyi protes apabila dia perasan ada air mata di pipi Ainul dan cuba untuk memeluk isterinya. Tanpa diduga, Ainul menolaknya sekali lagi sehinggalah dia menjauhi Ainul.

"Kenapa kau menangis?" Mirza bertanya kasar sambil membetulkan semula baju yang dipakainya sebentar tadi.

"Saya benci awak," lirih Ainul, masih lagi menangis.

"Apa yang kita lakukan tadi tak nampak macam kau benci aku pun," Mirza menegaskan.

"Itu cuma satu...." mulutnya hampir sahaja menyebut perkataan yang tidak patut disebut tapi pantas dipintas oleh Mirza.

"Jangan sebut," sampuk Mirza. "Jangan kau berani sebut ayat tu!"

"Kenapa tak boleh?" Ainul memprotes. "Dah memang itu kebenarannya dan awak jangan cuba nak berpura-pura dengan perkahwinan kita ni, Mirza. Awak ingat apa yang kita buat tadi boleh betulkan semula keadaan ke? Sekarang benda ni dah jadi makin teruk awak. Awak dah buktikan segalanya bahawa saya memang tak mampu nak menolak kehendak awak!"

"That is entirely mutual," Mirza menjawab dan Ainul terpaku.

"Oh, tolonglah..." tersedak Ainul. "Mestilah awak tak boleh menolak saya. Saya ni cuma satu lagi perempuan yang hadir dalam hidup awak kan. Awak jangan cuba nak permainkan saya lagi, Mirza! I'm sick of your lies and deceit."

"Astaghfirullah al'azim, kau bukannya sekadar seorang wanita biasa, kau isteri aku! Kau bagi impak yang sangat besar dalam hidup aku."

"Seorang isteri yang awak malu nak mengaku? Saya tak rasa macam tu!"

"Siapa yang cakap aku malu nak mengaku kau sebagai isteri aku?" Mirza semakin berang dengan apa yang dicakapkan oleh isterinya tadi.

"Awaklah yang cakap..."

"Ainul, segala perkara yang kau tuduh aku selama ni mungkin ada benarnya. Tapi yang lain tu tipu semata-mata! Aku tak pernah, walaupun sekali, bagitahu kau yang aku malu dengan kau...."

"Awak tak pernah cakap pun; awak tak perlu...." Ainul beralih dari meja kerjanya, memastikan skirt yang dipakainya kembali kemas sebelum memandang Mirza semula. "Awak tunjuk pada saya hari-hari."

"Apa?"

"Saya tak pernah jumpa keluarga awak. Saya tahu awak ada dua orang sahabat baik, Alfie dan Mikael, kawan awak sejak dari universiti lagi kalau tak silap saya. Awak main bola sepak dengan diorang setiap minggu kan. Awak ingat saya tak tahu ke? Saya tak pernah berkesempatan lagi nak bertemu dengan orang-orang penting dalam hidup awak tu." Dan termasuklah Nelly, sudah semestinya tetapi Ainul belum bersedia untuk membicarakan soal itu.

"They are the people who matter to you and if I'd been the wife you wanted, a wife you were not ashamed of, I would undoubtedly have met them by now!"

"It's not like that," Mirza menafikan, lantas mencapai tubuh Ainul tetapi cepat-cepat Ainul menjauhkan dirinya sebelum sempat Mirza menyentuhnya.

"Yes it is. Please don't insult my intelligence by denying it..." kata Ainul tergesa-gesa, sibuk melihat sekeliling untuk mencari pakaian dalamnya dan akhirnya ternampak 'barang' miliknya berada di sebelah papan lukisan. Cepat-cepat Ainul mengambilnya sebelum berpusing ke belakang untuk berdepan dengan Mirza.

"Saya nak mandi," Ainul membisik pahit. "Belengas... awak pun mesti rasa macam tu kan. Cuba hilangkan segala kekotoran setiap kali bersentuhan dengan saya." Ainul berpaling dan meninggalkan bilik itu sebelum sempat Mirza membalas balik.

________________________________________________________________________


Mereka sudah jarang bercakap pada hari seterusnya, apatah lagi berselisih di rumah sendiri. Mirza masih menegaskan bahawa mereka mengambil sarapan dan makan malam bersama. Mereka juga perlu tidur bersama-sama tapi Mirza tidak pernah menyentuhnya di atas katil, mengekalkan jarak seperti yang isterinya mahukan.

Separuh dari diri Ainul merasa lega manakala separuh lagi, sebahagian besarnya, meratapi kehilangan 'ikatan' yang mereka kongsi bersama.

Masih, Ainul memberitahu dirinya sendiri bahawa itu tidak membawa apa-apa makna. Lagipun dia ada satu lagi masalah yang membelenggu dirinya. Salah satunya ialah dia asyik muntah sejak kebelakangan ini... dan juga dia sepatutnya sudah datang bulan sekarang ini juga. Ainul berasa lega kerana keintiman antara dia dan suaminya telah terhenti. Mirza arif dengan kitaran hormon badan Ainul dan Ainul hendak memastikannya terlebih dahulu sebelum memberitahu Mirza. Dia juga perlu masa untuk memikirkan apa langkah seterusnya yang dia akan lakukan.

Satu lagi keputusan yang perlu diambil,  tetapi sekurang-kurangnya Ainul boleh memutuskan masa dan tempat untuk memberitahu Mirza. Itupun jika memang sedang berbadan dua, di mana dia sangat-sangat berharap itu bukanlah penyebab pada sakitnya itu. Ainul menggigit bibir bawahnya, merenung kosong pada batu permata yang sedang diukirnya hampir seminggu lebih. Ia sepatutnya menjadi seutas rantai tetapi nampaknya rantai tersebut tidak lagi menjadi seperti yang dia harapkan.

Ainul menggeleng kepala, tidak suka; nampaknya dia tidak boleh menyelesaikan apa jua kerja yang dilakukan. Ainul tersangat kecewa, samalah seperti seorang penulis yang kekurangan idea untuk menghasilkan nukilannya. Telefon bimbitnya bergetar tanpa henti dan Ainul pantas mengangkatnya. Dia selalu berbalas mesej dengan Lily setiap hari dan mengharapkan mesej itu datang dari sepupunya. Ainul terkejut tatkala dia melihat nama Mirza yang tertera di dalam peti mesej.

Mirza biasanya tidak suka berhubungan dengan Ainul di siang hari. Ainul bengang melihat nama lelaki itu, tidak berminat untuk membaca teks suaminya. Akhirnya dia menghembuskan nafas perlahan dan membuka mesej.


p/s : sorry kalau terover! >.<  rajin2 la komen ye. hehe.
post signature

Tags:

Share:

11 comments

  1. darrlliinngggg .. muah muah!! .. I love it !!!

    kasihan ainul ... u hate and love him at the same time ...
    lelaki kalau pun tak suka, seks ttp berjalan ye!! .. dasar jantan!!! ..


    hahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. thank you :)

      nak buat macam mana kan,dah nama pun suami.
      Ainul pun mmg sygkan dia, mmg x boleh menolak ler..

      Delete
  2. jalan cita sangat bagus.ada idea baru.cuma jangan berlalu meleret.coz dlm 1 chapter,1 situation je..cuba main dengan masa.ada part y dipercepatkan,ada part y perlu cita detail..
    xsabar nk tunggu next chapter.

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay, thanks for the comment. insya-ALLAh sy try buat. tapi rasanya mcm x reti je. heh.

      insya-ALLAH, kalo ada tergerak hati nk buat e-novel yg lain, saya buat mcm yg awak cadangkan. thanks again :)

      Delete
    2. saya cadang je..saya bangga amy dapat tulis best cmni.saya follow tiap2 chapter n tak sabar nak baca sampai habis. tulis lagi ye..

      Delete
  3. amyyyyy .. bab 10 please ....

    heheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeeeeeeaayyyyyy sayang mirza ..... hehehehehe ...opssss sayang amy jugak

      Delete
    2. aww, thank you anon. hahahaha.

      Delete
  4. awwww i terangkat2 youuuuu

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.