What Maisie Knew

1:22 a.m
apartment murni
xbalik lagi. waaaa...



genre : drama
imdb rating : 7.4


okay, tadi lepas makan malam, aku bersembang dengan kawan aku. biasalah perempuan, macam-macam kitorang cerita. and then, termasuk pasal movie. kawan aku kata yang dia suka dengan cerita ni. What Maisie Knew. Serious aku x pernah dengar. Maybe pernah la kot, tapi ingat-ingat lupa.

bila dia cerita, dah buat aku rasa tertarik. sebab macam kawan aku cakap, this time cerita ni, dia buat ikut perspektif budak kecil tu pula. aku pun tanpa berlengah tengoklah secara online, nak cepat sangat. oh, okay. aku memang pernah tengok cover cerita tu. memandangkan cover dia x seberapa, aku buat keputusan untuk x tengok cerita tu. (memilih rupanya -.-). so, janganlah terlalu judge a story based on its cover okay. 

and masa aku tengah mengupdate ni pun, aku tengah tengok lagi cerita ni. buffer... hmm. setakat yang aku dah tengok, aku boleh bagi rating lebih kurang 7 lah. 

cerita dia bermula macam ni. Maisie (Onata Aprile) ni hidup dengan parents dia. Unfortunately, parents dia selalu sibuk. Selalu bergaduh. Her father (Steve Coogan) is a businessman. Selalu travel around the world (maybe), selalu ada occasion. Emak (Julianne Moore) dia pula seorang artis. Selalu ada tour. Selalu ada show.

Eventually, diorang bercerai. Diorang fight each other untuk dapatkan custody. so, ayahnya berkahwin dengan nanny (Joanna Vanderham) Maisie. Si emaknya pula berkahwin dengan seorang bartender (Alexander Skarsgard). Tapi at the end, si nanny dengan si bartender tu yang menjaga Maisie. Kiranya emak and bapa dia serahkan bulat-bulat tugas yang sepatutnya diorang galas dekat orang lain. Kesian si Maisie. Jadi mangsa keegoan parents dia sendiri.

Dengan parents dia, dia x pernah rasa gembira. Ayahnya lebih banyak berjanji dari buat. Emaknya selalu mencarut dekat depan dia. Bila salah seorang busy, ditolaknya Maisie macam tu je. pernah sekali dia tersadai dekat restoran sorang-sorang. Nasib baiklah orang kenal si Maisie tu. tapi bila nanny dengan bartender tu jaga sama-sama, si emaknya pula marah. padahal dia sendiri yang x menjaga anaknya. -.- selfish betul!

At the same time, dia rasa bahagia sangat hidup dengan nanny and bartender tu. Sebab diorang tak pernah bergaduh. diorang main sama-sama. bawa dia jalan. i mean, itulah apa yang seorang budak nak. have fun together. akhirnya dia pilih siapa? ha, tu kena tengok sendiri. :)

Memang agak menarik cerita ni. Berbaloi lah aku rasa habiskan masa untuk loading je.

moral of the story : 


- janganlah terlalu sibuk dengan kerja sampai lupa tanggungjawab yang sedia ada. 
- jangan suka bergaduh depan anak-anak. tak elok. satu hari nanti, dia akan ikut perangai kita. 
- hargai apa yang kita ada sekarang ni. 
- jangan suka lepaskan amanah yang ALLAH bagi kat kita pada orang lain macam tu je.

Share:

0 comments

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.