Cinta Matchmaker -bab 10-


BAB 10

Alfie tergelak besar sambil menggerakkan tangannya dan mencapai tangan si isteri. "Tak sangka pula ayat tu datang daripada seorang perempuan yang berkahwin dengan saya disebabkan dia nak menjaga kebajikan adik dia sendiri."

Safrina tersentak dan dia menggenggam erat tangan lelaki itu. "Allahuakbar, Sadiya!" Dia mula menjadi kelam-kabut, hilang sudah rasa senang di dalam hatinya tadi.

"Kenapa, ada masalah ke?"

"Hari ni hari Sabtukan.  Saya terlupa nak melawat adik saya." Safrina menarik tangannya dari pegangan Alfie. "Saya kena pergi."

"Bukan dah terlambat sangat ke?"

"Mestilah tak." Safrina menghantarnya pandangan ingin tahu. "Awak nak ikut saya? Manalah tahu kalau awak nak tengok, ke mana duit awak tu semua pergi?"

Alfie mempunyai banyak lagi perkara lain yang perlu dilakukan daripada menceritakan kisah silamnya kepada isterinya. Dia tidak mahu melakukan kesemua perkara itu. "Saya nak sangat jumpa dengan adik awak."

____________________________________________________________________

"Cantiknya tempat ni." Alina mundar-mandir di sekeliling ruang tamu rumah Alfie. "Aku tak sangka pula kau tak terus duduk dekat rumah ni bila korang balik dari Malaysia hari tu."

"Rasa macam tak kena pula."

"Tapi sekarang dah lah? Apa yang buat kau ubah keputusan?" Alina mencampakkan diri ke atas sofa dan meyilangkan kedua-dua belah kakinya.

Safrina merendahkan suaranya walaupun tukang masak sibuk menyediakan makan tengah hari mereka dan pembantu rumah ada di tingkat atas membuat apa sahaja kerja yang perlu mereka lakukan. Alfie perlu menghabiskan masanya di pejabat, membuatkan Safrina keseorangan di situ tidak tahu berbuat apa. "Saja nak merapatkan lagi hubungan kami ni, aku rasa. Sekuriti dekat sini bukan sama macam yang aku pernah manage dekat rumah kita dulu."

"Tahu takpe. Si Adam tu menakutkan aku lah." Alina teringat apabila bertemu buat pertama kalinya dengan lelaki bertubuh besar itu.

"Dia tak cakap banyak."

"Dia tak cakap apa-apa langsung dekat aku. Dia cuma tenung aku je."

"Alfie cakap dia tak merbahaya pun. Melainkan kalau kau cari gaduh dengan dia dulu." 

Apabila Alfie mengikutnya sekali ke Blue Moon, Safrina terpaksa menghadapi tekanan perkahwinannya bersama dengan seorang lelaki yang kaya dan kacak sebagai suaminya. Lelaki itu menawan hati pihak pekerja di situ dan berjaya membuatkan adiknya tersenyum lebih banyak daripada biasa. Semenjak Sadiya disahkan menghidap strok, kemampuannya untuk meluahkan apa yang dia mahu menjadi lebih sukar. Expressive aphasia, itulah apa yang doktor katakan mengenai kondisi adiknya itu. 

Safrina selalu menghabiskan ayat Sadiya untuk mengelakkan adiknya daripada merasa terlebih cemas dan kecewa. Alfie seolah-olah memahami situasi tersebut dan dia mencuba sedaya upaya untuk bertanyakan soalan ya dan tidak sahaja dan mengelakkan diri daripada subjek yang hanya mendatangkan tekanan sahaja.

Sebelum mereka bergerak pulang ke rumah, Alfie berjumpa dengan pihak pengurusan terlebih dahulu dan sama seperti suis, daya penariknya tadi terus dimatikan dan dia berubah semula menjadi seorang lelaki yang serius. Dia mahu tahu mengenai kawalan keselamatan di rumah tersebut. Bagaimana mereka memastikan Sadiya selamat daripada orang asing yang berjalan masuk ke dalam biliknya? Siapa yang berada di sisi adiknya ketika waktu makan? Soalan-soalan yang boleh sahaja dia bertanyakan kepada Safrina, diluahkan segala-galanya dan dijawab sebelum sempat dia mencelah.

Keikhlasan lelaki di atas penjagaan dan keselematan adiknya membuatkan hati Safrina menjadi gundah gulana. Pulang sahaja ke rumah, lelaki itu mula mempersoalkan tentang kebolehan Blue Moon dalam menjaga Sadiya, dan dia mula mempertahankan diri.

"Rumah tu adalah rumah yang paling bagus untuk orang macam Sadiya. Kebanyakan rumah lain cuma untuk pesakit tua dan yang ada Alzheimer je. Blue Moon pula khas untuk pesakit muda yang ada masalah mental."

"Kenapa tak jaga dia kat rumah je?"

Mestilah, itu adalah cadangan yang paling bernas sekali, tetapi Safrina tidak mampu untuk menjaga adiknya setiap masa. Malah, dia pernah mencubanya dahulu dan dia gagal. 

Alfie tersedar perbualan mereka itu telah menyedihkan hati isterinya dan pantas dia mendiamkan diri.

"Aku syukur sangat yang Adam tu berada di pihak kau. Aku takkan sesekali jadi musuh lelaki tu," kata , menyedarkan Safrina daripada berfikir tentang memori yang sudah berlalu. "Habis tu, apa kita nak buat dengan Sinful Cupid sekarang ni?"

Safrina sudah berfikir masak-masak berkenaan bagaimana mahu meneruskan perniagaannya itu. Tugasnya sebagai seorang isteri kepada Alfie Hakimi memerlukan sepenuh masanya di situ. Tambahan, pasportnya juga sudah pun sampai pada hari Isnin yang lalu dan dia dan Alfie sudah mengaturkan tiket penerbangan mereka awal Rabu ini.

"I have a proposition for you." Dia menungu sehinggalah Alina memandang tepat ke arahnya sebelum dia memulakan. "Aku dah habiskan segala penat lelah aku demi naikkan nama Sinful Cupid tu, tapi aku takkan selalu ada dalam masa beberapa bulan nanti."

"Aku ingatkan korang memang nak duduk dekat tempat lain-lain."

Safrina menggelengkan kepala. "Rancangan awal kami tak berjalan macam yang kami harapkan. Gara-gara kamera dengan peranti tu, kami fikir ada bagusnya kalau kami duduk bersama." Minda Safrina melayang pada lamaran Alfie. Lelaki itu tidak memaksanya untuk tidur bersama ekoran daripada peristiwa di bilik air hari itu, tetapi suaminya selalu menghantar lirikan penuh makna dan komen nakal yang mengatakan bahawa Alfie menginginkan dirinya sebagai isteri dalam kata yang sebenarnya. Masih, Safrina tetap tidur di bilik bersebelahan dengan bilik lelaki itu dan mereka memberitahu staf di situ yang dia tidak berapa sihat. Alasan itu terlalu tidak munasabah tetapi tiada sesiapa yang berani mempersoalkannya.

"Habis tu sekarang macam mana?"

"Apa kata kalau kau jadi partner aku?"

Mata Alina membulat dan senyuman terukir di bibirnya. "Maksudnya?"

"I'd need you to do some of the field work." Mereka berdua tahu itu bermakna Alina perlu keluar menghadiri majlis-majlis kenamaan di mana kaum Hawa sibuk mencari lelaki kaya. Bersosial adalah satu cara yang paling berkesan dalam mengumpul prospektif klien. Kata-kata yang keluar dari mulut lebih bagus daripada iklan di surat khabar. "Gina dah bersetuju untuk kenalkan kau dengan kawan-kawan lama dia. You know, to set you up."

"Gina yang uruskan Blue Moon tu, kan?"

Seorang wanita cantik jelita yang Alfie tidak melirik buat kali kedua sekalipun. Safrina mengangguk. "Bila kau dah ada contact baru, fax kan aku maklumat tu dan aku akan selidik latar belakang diorang. Aku boleh buat yang tu dekat mana-mana je. Apa yang aku tak boleh buatnya bila kena jumpa dengan diorang sampailah masa aku jadi milik aku balik."

"Sampai bila kau rasa?"

"Adalah dalam beberapa bulan. Mungkin lagi cepat."

Alina seakan-akan sedang memproses segala kata-katanya itu. "Aku rasa macam tak elok pula bercerita pasal perkahwinan sementara ni lepas kau dah berkahwin dengan Alife. People might ask questions."

"It wouldn't look good. I'll place things in your name so it looks like I'm your employee." Kerana mana-mana peguam pasti akan dapat tahu juga mengenai perkara ini lambat-laun.

"Kau sanggup buat macam tu?"

"Aku percayakan kau. Dan bila aku tawarkan partnership tu, I meant it. Kalau keadaan jadi makin rumit bila aku pergi jauh nanti, kita akan cari seorang setiausaha semetara. Kalau ada rezeki, kita cari terus pekerja tetap sorang. Kita akan bahagikan keuntungan tu berdua dan sementara aku jadi seorang permaisuri, aku akan bayar segala perbelanjaan."

Mata Alina bercahaya. "As in fancy dresses and dinner with clients?"

Safrina ketawa. "Aku yakin kita boleh come up with a reasonable budget."

"Aku tak tahu nak cakap apa."

"Cakap ya je."

"Tapi inikan anak kau. Kau dah kerja keras dan aku masih baru dalam situasi ni."

Meluruskan kaki semula, Safrina berdiri dan meletakkan sebelah tangannya di atas tangan kawannya itu. "Kau selalu tolong aku bila aku tengah susah dulu dan kau tak pernah merungut bila aku tak ada duit nak bayar."

"Kau bagi aku tempat tinggal dekat rumah kau kot. Takkanlah aku nak bising pula bila kau tak suruh aku bayar apa-apa pun masa aku duduk dekat sana dulu."

Safrina tersenyum. "I may have started this business, but it's taken both of us to get it where it is today. Aku tak percayakan orang lain melainkan kau sorang je, Alina."

Pergerakan perlahan kepala Alina berakhir dengan anggukan dan senyuman. "Macam manalah perempuan nak menolak dengan semua benda tu?"

"Bagus."

"Puan?" tukang masak memanggil dari laluan ke ruang tamu.

"Ya, mak cik?"

"Makan tengah hari dah siap. Puan nak makan dekat sini ke dekat ruang makan?"

Senyuman Alina dalam diam memberitahu Safrina bahawa betapa kagumnya wanita itu. "Kami makan dekat sini je. Jomlah makan dengan kami sekali."

Mata Munirah membulat. "Eh, mana boleh puan. Saya tak boleh buat macam tu."

Safrina dan Alina, kedua-duanya berdiri dan berjalan ke arah Munirah. "Eh, apa pula tak bolehnya," Safrina ketawa ketika dia bersuara. "Takkanlah mak cik dah penat-penat masakkan tengah hari lepas tu makan sorang-sorang pula."

"Tapi...."

"Lagipun, hari jadi Alfie ada lagi dalam seminggu je, dan sejujurnya, saya tak tahulah nak belikan apa untuk suami saya. Mungkin mak cik boleh tolong saya ke."

Mulut Maria membulat membentuk O. Wanita tua itu berhenti berbalah dan mengekori Safrina dan Alina ke ruang makan.

post signature

Tags:

Share:

4 comments

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.