Cinta Matchmaker -bab 11-


BAB 11

Alfie memandu melepasi pagar kawasan rumahnya dua jam awal daripada apa yang dimaklumkannya kepada Safrina. Dengan dilema yang melanda di Timur Tengah, beberapa laluan kapalnya terpaksa bertukar arah untuk mengelakkan daripada rusuhan antarabangsa. Lebih mudah untuk mengendalikan situasi terkini di dalam syarikatnya jika dia berada di Eropah, tetapi Alfie sudah biasa melepaskan diri di antara dua benua ini. Kini dengan kehadiran Safrina di dalam hidupnya, dia sudah mempunyai alasan munasabah untuk menapis segala kerjanya ke Amerika. 

Apabila dia menelefon isterinya tepat pada pukul lima tiga puluh minit petang untuk memberitahu wanita itu bahawa dia akan pulang lewat ke rumah, Safrina berbunyi terlalu kecewa. Kekecewaan itulah yang mendorongnya untuk mempercepatkan lagi kerjanya supaya dia dapat mempunyai masa yang lebih bersama isterinya sebelum wanita itu berpatah hati kembali. Nalurinya kuat untuk mengenali isterinya dengan lebih rapat lagi.

Memori Safrina yang dengan selamba bercampur malu memakai bajunya membuatkan hati lelakinya bergetar tidak semena-mena. Hatinya terlalu mengingini isterinya. Alfie sudah berjanji untuk memberi masa kepada Safrina agar memikirkan tentang tawarannya tetapi itu tidak bermakna dia tidak akan cuba untuk menggoda isterinya bila-bila masa yang dia suka. Ah, wanita itu juga mahukannya. Dia nampak dari lirikan mata Safrina ketika wanita itu fikirkan yang dia tidak perasan akan pandangan itu.

Alfie sedaya upaya mengelakkan diri dari menyentuh isterinya semenjak wanita itu berpindah ke rumahnya. Masih, setiap sentuhan, setiap kali dia menolong Safrina keluar daripada kereta, atau melabuhkan tangannya di belakang tubuh wanita itu untuk mengiringinya ke pintu, adalah satu seksaan yang terlalu berat.

Berjalan masuk ke dalam rumah, Alfie mempunyai keinginan yang kuat untuk menjerit, "Assalamualaikum, sayang, abang dah balik ni." Dia tersenyum akan angannya itu dan berjalan ke arah dewan yang sunyi sehinggalah satu cahaya lembut menangkap perhatiannya dari ruang makan.

Safrina sedang duduk di situ sambil memakai gaun merah sutera bersama senyuman di bibir. Rambutnya lurus melepasi bahu beralun lembut. Matanya bercahaya ketika dia melihat lelaki itu berjalan masuk ke ruang itu. 

Bau daging kambing panggang menusuk ke dalam rongga hidugnya dan mengingatkannya bahawa dia masih lagi belum menjamu selera sejak dari tengah hari lagi.

Safrina meletakkan gelas yang berisi air sejuk ke atas meja semula sebelum berjalan ke arah lelaki itu.

"Apa semua ni?" Alfie bertanya sambil matanya meliar memandang tubuh ramping si isteri. 

"Saya rasa makan berdua dekat sini macam lagi seronok pula. Rumah awak dekat Eropah tu bunyi macam sangat.... padat."

Alfie tersenyum dan cuba mendengar sebarang suara yang datang daripada mak cik Munirah di dapur ataupun Zarina di dewan. Dia tidak mendengar apa-apa melainkan bunyi sayup-sayup yang datang dari lautan menerusi tingkap yang terbuka. "Kita berdua je?"

"Saya bagi cuti dekat mak cik Mun dengan Kak Za malam ni."

Alfie sangat suka mendengarnya, dan renungan menggoda di sebalik mata Safrina itu menghantarnya pelbagai persoalan. Akhirnya dia berjalan ke meja dan mengikut sahaja gerak geri isterinya. Jika wanita itu sudah memutuskan untuk menerima tawarannya, dia akan tahu juga pasal itu tidak lama lagi.

"Diorang mesti terima punyalah."

Safrina menarik kerusi dan mempelawa suaminya untuk duduk di situ.

"Diorang cuma tanya pukul berapa diorang patut ada dekat sini balik pagi nanti."

"Pagi nanti? Diorang kan duduk sini juga."

Safrina mengalihkan penutup dari salah satu mangkuk yang tersedia di atas meja dan wap terkeluar. Dia menghidangkan daging panggang, salad bersama kentang bakar di atas pinggan lelaki itu. "Kak Za ada teman lelaki. Mestilah dia lagi suka kalau dapat keluar dengan pakwe dia. Bukan senang diorang nak keluar sama."

"Saya tak tahu pula Kak Za ada pakwe."

"Dan mak cik Mun pula lagi suka sebab dia dapat melawat cucu dengan anak perempuan dia."

Safrina menyudahkan hidangan tersebut dan duduk bersebelahan dengan lelaki itu sebelum meminta lelaki itu membaca doa terlebih dahulu. Seusai membaca doa, lelaki itu masih lagi tidak bergerak. Tumpuannya kepada makanan tersebut tidak mampu menandingi bau lavender yang datang daripada tubuh isterinya yang begitu hampir itu. "Adam pula?"

"Dia ada dekat kotej dia. Saya dah suruh dia duduk senyap-senyap kat sana. Bagi kita privacy sikit."

Perut Alfie terasa memulas tiba-tiba dan tubuhnya menghangat."Kenapa kita perlukan privacy, Safrina?"

Dia menghantar pandangan ingin tahu kepada isterinya lalu mengangkat garpu di sisi meja. 

"I thought it would be a nice change." Safrina memotong daging supaya menjadi cebisan kecil dan dibawa ke mulut untuk dirasa. 

Persoalannya... adakah mereka akan makan dahulu.. ataupun selepas ini.

Alfie menggumam ketika isterinya menggigit perlahan makanan itu dan mengunyah dengan gerak perlahan. Dia menelan air liur. Mata masih lagi terpaku pada wanita itu ketika dia bergerak mendapatkan gelasnya. 

Memaksa diri untuk mengangkat makanan menggunakan garpu dan membuka mulutnya, dia menguyah lebih pantas daripada biasa. 

"How was your day?" Soalan lurus yang ditanya selepas Safrina menyisip air sejuknya. 

"Okay." Suara diakah itu?

Safrina tersenyum, tahu benar akan tindak balas lelaki itu. Kemudian dia menyisip sekali lagi airnya dan mengigit makanannya. 

Bibir wanita itu bergerak perlahan-lahan, membuatkan minda Alfie sudah tidak mampu berfungsi sepenuhnya. Tidak pernah lagi dia makan dengan keadaan menggoda sebegini.

Alfie makan dengan pantas.

Tidak mampu untuk menelan lagi, dia mengangkat gelasnya dan meneguk air dengan rakus.

Safrina tersenyum sumbing. "Ada apa-apa masalah ke?"

Alfie berdiri, kerusinya ditolak ke belakang. "Oh tak, semuanya okay je."

Baru sahaja Safrina ingin mencapai gelasnya, lelaki itu sudah menangkap pergelangan tangannya dan menariknya ke dalam pelukan. Bibir itu semakin lama semakin dekat dengan bibirnya. Alfie tidak memberi sebarang peluang untuknya melepaskan diri lalu pantas dia dihadiahkan dengan satu ciuman hangat. Sama seperti suaminya, dia juga merelakan. 

"Saya dah fikirkan pasal lamaran awak tu." 

Lebih dari berfikir rasanya.

Sambil melarikan tangan ke bahu wanita itu, dia mengucup leher isterinya. "Dah ada jawapan?" tanya Alfie, bermain dengan permainan Safrina, tetapi dia sudah tahu akan keputusannya.

Badan Safrina bergetar. Malu terasa menyelubungi diri. Mampukah dia menjadi seorang isteri yang sempurna? Akan bahagiakah dia nanti bersama lelaki itu? Ah, dia sudah terlambat. Dia sendiri yang meminta perkara ini terjadi.

"I... I decided I'm a mercenary and not a masochist."

Alfie tersenyum di sebalik leher Safrina. Dia membenamkan kedua-dua belah tangannya di rambut lurus isterinya dan memaksa wanita itu supaya bertentang mata dengannya. "Betul? Awak pasti ke ni, Safrina?"

Mata Safrina mencari mata lelaki itu. "Ya," bisiknya.

Jantung Alfie bagai menendang dadanya sendiri. "Tapi saya bukan nak awak untuk malam ni je. Saya nak setahun yang penuh."

Belum sempat Safrina membalas, Alfie sudah mengucupnya sekali lagi. Desahan lembut tadi sudah bertukar menjadi berat. Dan akhirnya dia menerima sahaja apa yang bakal terjadi kepada dirinya.


INTERMISSION







post signature

Tags:

Share:

4 comments

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.